AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Friday, September 30, 2005

Bercerita tentang "Beg Sekolah"

Apa sebenarnyaPhoto ini Am ambil masa tengah boring yang teramat sangat, Ambil photo ini secara tak sengaja dan tiba-tiba nampak menarik pula.

Am rasalah kalau ambil dengan kamera yang lebih canggih tentu lebih menarik.

Apa Sebenarnya
Original Upload from Samsung SGH-D500


Pernah suatu ketika dahulu, isu tentang beg sekolah palajar ini menjadi satu isu hangat tetapi seperti banyak isu-isu lain, benda ini hanya bersifat sekejab sahaja. Bila semua senyap, isu ini dan perancangan untuk menyediakan lokar disekolah pun senyap juga.

Sudah adakah lokar disekolah? Am sendiri pun tak tahu, ada sesiapa boleh jawab? Yang pastinya semasa pak-pak menteri sedang rancak berbincang mengenai isu-isu panas sekarang, bahu pelajar makin pedih mengandang beg mereka.

Am rasa hanya pembuat beg sahaja yang perihatin tentang isu ini, tak percaya cuba lihat makin banyak beg-beg yang memudahkan pelajar telah dicipta (ala-ala Akademi Fantasia).


Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu dan semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.

Labels:

Thursday, September 29, 2005

Bercerita tentang "Mood"

Pasangan Ideal
Besok belanjawan, yang pastinya rokok akan naik harga lagi. Makin tinggilah belanjawan rokok Am.

Mulut ada juga kata nak berhenti, masaalahnya kata itu tak sampai ker hati

Pasangan Ideal
Original Upload from Samsung SGH-D500



Hari ini berblog dari rumah, so kalau bercuti ini Am akan terpaksalah melayan kerenah anak Am, semuanya abah.

Ingat nak berehat, nampaknya makin penat adalah, sambil tulis entry ini pun sambil melayan dia berborak.

Berbalik poada cerita yang hendak diceritakan hari ini. "Mood". Am pernah dengar orang cakap " Jangan usik aku hari ini, aku tak ada mood".

Bagi Amlah jika kita memulakan setiap hari dengan pemikiran yang positif maka mood kita akan sentiasa baik begitu sahaja sebaliknya. Semua ini bergantung pada kita, kita yang sepatutnya kawal mood kita.

Am setuju kadang kala benda ini datang sendiri sehinggakan kita hilang mood dan seterusnya semangat. Selalunya bila benda ini terjadi pada Am, Am akan cari satu alternative lain, selalunya alternative itu ilah anak Am, lihat anak Am sahaja selalunyalah semangat Am akan naik semula.

Secara peribadi, Am seboleh-bolehnya cuba memulakan setiap hari dengan fikiran yang baru dan positif, dengan erti kata lain dengan mood yang baik. Seperti kata orang tua 'Susah rezeki nak masuk jika pagi-pagi muka dah masam'


Nota Kaki:
Besok pembentangan Belanjawan, sudah pasti ramai yang tertanya-tanya, tema belanjawan kali ini.

Labels: ,

Wednesday, September 28, 2005

Bercerita tentang "Warisan"

Menara KL
Photo ini dah lama Am ambil, sebenarnya sebelum ini am tak perasan boleh nampak Menara KL ini dari tempat yang Am ambil ini.

Bilalah agaknya Am nak bawa anak Am naik menara KL ni?

Menara KL
Original Upload from Samsung SGH-D500



Beberapa hari yang lepas, Am ada terbaca satu entry dari blog kawan, entry mengenai blog yang tuan punyanya sudah meninggal. Am tergerak hati melawat blog2 itu. Membaca setiap entry memberikan satu perasaan pada Am, melihat keceriaanya diwaktu hidup dan setiap nasihat yang diberikan.

Agaknya ini jugalah yang akan terjadi pada blog Am pada suatu hari nanti. Tak mustahilkan? Hari ini Am masih bernafas, menulis entry di komputer yang sama, mungkin besok Am akan senyap, mungkin kerana sakit, mungkin kerana Am sudah tak berupaya atau mungkin Am sudah berangkat ke alam lain. Mungkin kerana dalam hidup ini seperti kata sahabat Am, banyak kemungkinannya.

Salah satu warisan yang mungkin Am tinggalkan adalah blog ini, sebab itu setiap kali Am menulis di blog ini Am ingin berkata dari hati dan menjadi diri sendiri. Mungkin suatu hari nanti orang akan kenal siapa diri Am melalui blog Am.

Nota Kaki:
Bersyukur dengan apa yang kita dapat, bergembira dengan apa yang kita ada, merenung apa yang kita telah tinggalkan.

Labels: ,

Tuesday, September 27, 2005

Bercerita tentang "Web Lucah"

PelangiPhoto Pelangi, sudah agak lama Am tidak melihat pelangi, bila sesekali terjumpa terus Am rakamkan.

Sebenarnya pelangi ini berbentuk separuh bulatan tetapi kerana hanya kemera telefon jagi hanya ini sahaja yang dapat dirakamkan.

Tersepit
Original Upload from Samsung SGH-D500

Potret kekasih dalam laman lucah
Oleh Zainal Zawawi Mohamed

KUALA LUMPUR: Pengasas laman web lucah Melayu terbaru yang didedahkan Harian Metro, baru-baru ini, dikesan menyalahgunakan potret seorang gadis remaja yang diperoleh melalui laman mencari kenalan di Internet.

Dalang terbabit dipercayai memindahkan gambar wajah gadis berkenaan menggunakan teknik pertindihan atau `super impose' untuk dijadikan tarikan kepada laman web lucah, sekali gus membolehkannya mengaut keuntungan cara mudah.

Tindakan ini menyebabkan beberapa mangsa berasa malu apabila dituduh terbabit dalam `pesta seks' anjuran laman web lucah terbabit, selepas mendapati gambar mereka dicuri daripada laman web mencari kenalan.

Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta di ibu kota yang hanya mahu dikenali sebagai Halim, 24, berkata pengasas laman web terbabit menyalahgunakan potret kekasihnya yang dipercayai diperoleh melalui laman mencari kenalan sebelum diubah suai menjadi gambar bogel menggunakan teknik super impose.

Menurutnya, dalang terbabit menggunakan teknik potong dan tampal untuk memindahkan gambar teman wanitanya dan tindakan itu menyebabkan dia dan gadis berkenaan berasa malu.

"Mereka mengeksploitasikan gambar terbabit untuk tujuan mencari keuntungan `atas angin' dengan cara mudah.

"Ramai rakan menghubungi saya dan memberitahu mengenai perbuatan teman wanita saya menghadiri satu pesta seks berdasarkan gambarnya terpampang di muka depan akhbar baru-baru ini.

"Gambar teman wanita saya dipaparkan bersama dua gadis lagi yang sedang mandi dalam kolam sambil berbogel. Saya sedih dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu," katanya ketika menghubungi Harian Metro, semalam.

Bagaimanapun, pemeriksaan Harian Metro mendapati laman web lucah yang dipercayai didalangi sindiket penipuan dengan mengumpan pelanggannya menyertai pesta seks di Port Dickson pada malam sambutan tahun baru 2006, didapati sudah disekat.

Difahamkan, ini berikutan tindakan pantas Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menyekat siaran laman web lucah Melayu itu sebaik berita mengenainya disiarkan Harian Metro, sehari sebelum itu.

Halim berkata, berdasarkan pemerhatiannya, dua lagi gadis yang dipaparkan dalam keadaan berbogel itu rakan teman wanitanya yang juga menjadi mangsa dalang laman web memualkan itu.

"Mereka mengubah suai gambar berkenaan selepas menyalinnya daripada laman web lain dan kemudian mencantumkan gambar bahagian kepala gadis itu dengan gambar bogel yang diambil daripada laman web lucah.

"Perbuatan `syaitan' itu sungguh tidak bertanggungjawab," katanya.

Menurutnya, selepas gambar itu tersebar, jiran termasuk rakan teman wanitanya melemparkan pelbagai hinaan sehingga ahli keluarganya tidak keluar rumah berikutan malu dengan perbuatan anak mereka.

Muka depan Harian Metro Khamis lalu membongkar perbuatan satu sindiket penipuan yang dikesan mencipta laman web lucah Melayu terbaru untuk meraih keuntungan 'atas angin' dengan mengumpan pesta seks eksklusif bersama model dan artis sekiranya menjadi ahli berbayar laman berkenaan.

Setiap ahli dikehendaki membayar RM60 menggunakan kad prabayar telefon bimbit bagi melayakkan mereka menyertai pesta seks beramai-ramai di Port Dickson, pada 31 Disember depan sempena sambutan tahun baru 2006.

Selain itu, ahli atau ejen yang mengumpul mata tertinggi ditawarkan hadiah percutian 'seks' bersama 'Ratu Seks Melayu' dan gadis tertentu yang disediakan khas pengasas laman web berkenaan.

Ahli yang berjaya mempromosi atau menarik penyertaan rakan lain pula ditawarkan mata bonus yang melayakkan mereka membuat 'temu janji seks' dengan model lucah Melayu terkenal, 'Babyrina' dan rakannya di hotel lima bintang di ibu kota.

Penemuan laman web lucah terbaru itu dianggap memeranjatkan apabila ia didakwa lebih 'panas' berbanding beberapa laman web lucah Melayu terdahulu seperti 'Melayu Boleh', 'Seks Melayu', 'Melayu Telanjang' dan 'Skandal Melayu' yang sudah ditutup.


Komen Am.

Moralnya janganlah kita dengan mudah meletakkan photo kita dilaman web, tujuan kita baik tapi selalu akan disalahgunakan oleh pihak yang berperangai tidak senonoh itu

Satu lagi jika laman web itu boleh kerajaan sekat kenapa banyak lagi laman web lucah lain kerajaan tak dapat sekat?


Nota Kaki:
Internet memang banyak kegunaannya TETAPI web lucah bukanlah salah satu kegunaannya.

Labels:

Monday, September 26, 2005

Bercerita tentang Hujung Minggu

Danial Juara MI2Akhirnya Danial menjadi juara Malaysian Idol 2 (MI2), Tahniah diucapkan.

Adakah dia berjaya melepasi standard yang telah ditetapkan oleh Jaclyn Victor pada MI1? Rasanya ramai yang sudah tahu jawapannya.

Secara peribadi bagi Am, kehebatan mereka tidak berjaya menandingi kehebatan Jac dan Dina di final tahun lepas, ditambah pula dengan persembahan mereka yang tidak konsisten disetiap minggu menyebabkan difinal akhirnya penonton lebih tertarik vote kerana unsur-unsur lain lebih dari bakat.

Danial Juara MI2
Photo dari Berita Harian Online


Selangor menang satu piala lagi, tiba-tiba rasa bangga pulak jadi penyokong selangor heehehe. Tiba-tiba hilang semangat pula bila lihat keganasan penyokong membaling bekas minum dan kerusi ke padang.

Cuba ambil muka budak2 yang tak tahu malu ni dan letakkan diakbar-akbar kemudian letakkan perkataan "Mereka-mereka ini sedang dicari untuk membantu siasatan polis". Baru padan muka.

Pesta Tang Long

Hari sabtu pada malam yang sama Siaran lansung MI2 dan Piala FA, dirumah Am pula ada pesta Tang Lung, kali pertama kami buat, semua anak-anak dengan tanglung berpusing dikolam walaupun perancangan asalnya buat satu pusingan di Kondo itu.

Bagus juga sekali-sekala ada benda ini, dapat juga kami kenal satu sama lain dan lebih rapat lagi. Mungkin hari raya nanti kami juga akan buat majlis hari raya.

Hari Ahad melawat kawan isteri Am yang baru dapat anak, comel dan kesian dia ada penyakit "J6PD". Bila balik anak Am tanya "Mama, bila kita nak beli baby macam itu yer?" laaaaa dia ingat baby boleh beli-beli ker.

Nota Kaki:

Hari sabtu pergi One Utama, beli lukisan untuk rumah Am, kebetulan pula Siti Nurhaliza buat persembahan, makin cun pula CT tu, anak Am pula boleh kata "Bisinglah Abah" hehehehe

Labels: , , ,

Friday, September 23, 2005

Bercerita tentang "Demam"

Tersepit
Photo ini pada asalnya Am ambil secara tak sengaja, tiba-tiba terasa unik pula.

Bila difikirkan semula, Am terasa tersepit pula ditengah-tengah bangunan itu.

Tersepit
Original Upload from Samsung SGH-D500


Semalam melawat blog sahabat-sahabat, kawan-kawan dan blog yang baru nak berkawan kebanyakkannya ramai yang dah demam, baru sembuh atau baru nak demam. Kali ini demam betul-betul bukan demam AF.

Sekarang ini agaknya memang musim demam kot, Am sekarang pun dah ada rasa sikit-sikit tapi syukurlah belum betul-betul demam lagi.

Anak Am pun baru sembuh dari demamnya, 3 hari cuti sekolah, semalam baru mula bersekolah. Seperti biasa bila balik sekolah, kerja sekolah memang banyak dan akhirnya 4 sahaja yang siap dan yang selebihnya ditunda ke waktu yang akan ditetapkan kemudian.

Satu lagi sekarang ini ialah musim menganti puasa, di pejabat Am ni yang perempuan semua tengah sibuk menganti puasa, yang lelaki pula sibuk mengusik hehehehehe.

Malam ini juga ialah Final Malaysian Idol, siapa yang akan menang ya?

Nota Kaki:
Yang pastinya poket Am yang sedang demam hahahahaha

Selamat berhujung minggu dan semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan

Labels: , ,

Thursday, September 22, 2005

Bercerita tentang Blog 2

Matahari
Cuba mengambil photo matahari, inilah hasilnya. Nampak tak meriah pula matahari dalam photo Am ini.

Mungkin jika Am ada kamera yang canggih nanti Am akan cuba rakamkan photo matahari dengan lebih berkesan lagi.


Matahari
Original Upload from Samsung SGH-D500


Ini kali kedua post Am bercerita tentang blog, keinginan bercerita tentang blog ini timbul sekali lagi apabila semalam melawat blog
Azhan dan terbaca artikel yang bertajuk "Tiada Akta Khusus Kawal Selia Blog"

Seperti yang Am pernah katakan dahulu jika blog disalah gunakan akan banyak Akta baru akan muncul dan diwartakan. Oleh demikian janganlah kita cepat melatah bila benda ini timbul, benda ini lebih kurang serupa dengan kes email, sms dan kamera telefon bimbit dahulu juga.

Kita semua tahu, keberanian mereka menulis benda-benda yang menyentuh tentang isu perkauman dan beberapa isu sensitif yang lain kerana mereka rasa mereka tidak dapat dijejak dengan menggunakan identiti palsu, sangkaan ini sudah terbukti salah.

Kita kena ingat jika kewujudan blog-blog yang tak bertangungjawab ini semakin bertambah, Akta itu mungkin akan betul-betul dilaksanakan dan akhirnya hak kita menulis akan tersekat. Bukan kepada penulis yang tak bertangungjawab itu sehaja tetapi kepada seluruh penulis blog.

Hasilnya nanti penulis blog hanya akan menulis mengenai topik-topik yang begitu biasa kerana takut melanggar garis panduan yang akan diberikan dan seperti comment Am dalam blog Azhan "kita akan menulis apa yang mereka hendak kita tulis bukan apa yang kita hendak tulis".

Kebetulan bercerita tentang blog ini Am ingin berkongsi pengalaman Am sedikit ketika melawat blog-blog dialam maya ini.

Ada satu blog itu, blog yang memang popular dan Am rasa ramai yang tahu blog ini. Bagi Am bila kita tahu blog kita selalu dimasuki pengunjung kita kena jaga bahasa kita, masalahnya owner blog itu tetap dengan bahasa yang kotor bila marahkan pengunjungnya dan suka melebal-lebalkan orang lain dengan gelaran haiwanlah dan macam-macam lagi.

Bagi Am jika dia marah dan menulis benda-benda ini, apa bezanya dia dengan orang yang dia marah itu, jika kata org itu haiwan dia pun mungkin juga sama. Alasan yang standard yang diberikan bila menulis perkataan itu ialah "Ini blog aku, suka hatilah aku nak tulis apa, kalau tak suka jangan masuk". Bagi Am itu alasan budak-budak, seperti kata Abah_Muizz tiada "Hak Mutlak" dalam kehidupan ini dan Am bersetuju. Tak salah kita marah tapi biarlah marah kita menyedarkan orang lain dan bukan mempamerkan kelemahan diri kita dimata pembaca yang lain.

Bagi Am semua bermula dari kita sendiri, kita akan terima semula apa yang kita berikan, jika kita berikan perhormatan pada pembaca kita maka kita akan dapat perhormatan juga, jika celaan yang kita beri maka celaanlah yang kita terima.

Secara peribadi bagi Am, kita kena faham setiap oarang ada hak mereka, hak orang yang menulis blog dan hak orang yang membaca blog, kalau kita sudi menulis dan mempublishkan tulisan kita, kita sepatutnya sudi menerima kritikan dari pembaca kita.

Satu blog lagi yang Am nak ceritakan ialah blog saudara
afdlinshauki, ada satu ketika dahulu seorang pembacanya melebalkan dia sebagai haiwan. Yang buat Am hormatinya ialah cara dia menjawab comment dari pembacanya itu. Ini ialah satu contoh yang terbaik dan sepatutnya menjadi ikutan kepada penulis blog lain.

Akhirkata saat-saat indah mempunyai blog ini mungkin akan berakhir jika tidak pandai menggunakannya dan maaf jika post ini menyinggung perasaan sesiapa kerana niat hanya untuk saling ingat mengingati.


Nota Kaki:
AbahMuda@Am
Ribuan Terima kasih kepada
kuncup kerana sudi mencipta satu lagi button untuk Am, walaupun simple baginya tapi amat bermakna bagi Am, Terima kasih sekali lagi kuncup.

Labels: ,

Wednesday, September 21, 2005

Bercerita tentang "Rezeki"

Cubaan Kedua
Cubaan kedua, photo ini Am lebih puas hati dari yang pertama, awan itu nampak lebih biru dan photonya lebih terang.

Rakamkan photo ini dari dalam kereta semasa pulang dari kerja.

Cubaan Kedua
Original Upload from Samsung SGH-D500



Am bila boring-boring suka melawat blog-blog, semalam terbaca satu entry dalam blog yang Am lawat itu. Terjumpa dua peribahasa yang biasa kita dengar tapi selalu kita salah gunakan.

Satu ialah "Rezeki Secupak takkan jadi Segantang", memang rezeki ditangan tuhan tapi siapa tahu rezeki kita dimasa depan. Inilah indahnya hidup kita, kita tak tahu masa depan kita. Jangan terlalu taksub dengan peribahasa itu sehinggakan kita terlalu berserah dan berkata rezeki ditangan tuhan tanpa berusaha.

Berserah kepada tuhan disamping berusaha, mana tahu dengan izin tuhan rezeki secupak itu akan jadi segantang atau 2 gantang atau 100 gantang ataupun 500 gantang. Siapa tahukan?

Satu lagi ialah "ulat didalam batu pun tak mati kebuluran". Memang betul itu ulat, kehidupannya memang disekeliling batu itu dan makanannya pun memang ada diseliling batu itu TAPI kita manusia, satu makluk yang lebih tinggi darjatnya dari ulat tersebut. Kita punya keinginan, tahap kepuasan diri dan sifat ingin memiliki yang jauh lebih besar dari ulat itu.

Sebenarnya kedua-dua peribahasa ini mempunyai maksud yang tersirat yang baik namun begitu kita sering salahgunakannya untuk menutup kelemahan diri kita yang malas berusaha dan sentiasa mengharapkan sesuatu itu datang bergolek.

Kita kena ingat tuhan beri kita tulang empat kerat, akal dan tenaga supaya kita berusaha.


Nota Kaki:
Sesuap nasi dari titih peluh sendiri jauh berharga dari seguni emas yang diberi secara percuma.

Labels:

Tuesday, September 20, 2005

Bercerita tentang "Guru"

Cubaan Pertama
Cubaan pertama Am untuk mengambil photo secara unik sedikit, entah menjadi atau tidak.

Yang pastinya photo ini agak gelap, mungkin untuk cubaan kedua nanti Am perlu lebihkan cahaya.

Cubaan Pertama
Original Upload from Samsung SGH-D500


Melawat blog rakan yang bertugas sebagai seorang guru mengingatkan pengalaman Am semasa bersekolah. Kalau tak silap semasa sekolah menengah (Tingkatan 1 atau 2), cikgu Am ada tanya cita-cita kami semua. Am dengan tegas dan yakin beritahu cita-cita Am hendak menjadi seorang Guru yang berdedikasi. Apa maksud perkataan 'Berdedikasi' itu pun Am tak tahu, kena gelak satu kelas bila Am tak boleh jawab apa makna 'Berdedikasi' itu.

Dulu, kelulusan Am layak untuk menjadi guru dan sudah ambil borang maktab perguruan pun tapi bila balik rumah dan fikir semula, Am rasa Am tak layak menjadi guru yang berdedikasi itu. Bagi Am guru ini bukan hanya satu perkerjaan sahaja tapi satu tangungjawab yang amat besar dan mulia. Kalau kita masuk bidang ini hanya kerana "kerja" sebenarnya awal2 lagi kita sudah gagal untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi itu maaf ya, itulah yang banyak terjadi sekarang.

Secara peribadi, tugas sebagai seorang guru jauh lebih sukar dari tugas sebagai seorang askar atau polis. Guru terpaksa berhadapan dengan pelajar tanpa senjata seperti pistol atau senapang. Senjata guru-guru ialah sifat perihatin mereka, pengalaman dan kemahiran yang mereka belajar dari maktab.

Tambahan pula sekarang ini pelajar makin tunjuk pandai dan rasa mereka lebih pandai dari guru itu sendiri menyebabkan tugas guru semakin mencabar.


Nota Kaki:
Hormati guru untuk mendapat keberkatan ilmu yang dituntut itu.

Labels: ,

Monday, September 19, 2005

Bercerita tentang "Popular"

Langit MembiruTerasa cantik sangat pula bila sekali sekala dapat lihat langit membiru ini, terus Am rakamkan.

Sebenarnya langit biru ini lebih cantik cuma kerana gunakan hanya kemera telephone tidaklah dapat rakamkan keseluruhan kecantikkan itu.

Langit Membiru
Original Upload from Samsung SGH-D500


Hospital Paling popular - Hospital Sungai Petani, Kedah (4 kali buat kes, 4 kali masuk akbar dan dalam masa tak sampai pun 4 bulan.)

Artis
Paling popular - Mawi World (baru jadi bintang album dah terjual lebih dari 150,000 unit, sah-sah popular)

Peminat paling popular - Peminat yang kutuk Mawi (tak percaya, cubalah kutuk Mawi kat mana-mana, for sure popular nanti kena kutuk dengan orang lain)

Jurulatih paling popular - Bertalan Bicskei (bila menang dia popular bila kalah 7-0 dia lagi popular sampai kena pecat secara halus dari jawatannya)

Blog paling popular - Blog siapa ya? (no komen)

Sini Am beri beberapa tip untuk jadi popular:

1. Berkawan dengan orang yang sudah popular

Yang ini kawan Am beritahu dahulu, ada kebenarannya tetapi kenalah ubah diri ikut cara orang yang dah popular itu, berbaloi kah?

2. Banyakkan bercakap.
Yang ini Am lihat sendiri disekeliling Am, memang cepat popular pun tetapi lagi banyak bercakap lagi banyak salah cakap dan lagi senang dapat dosa kering, berbaloi kah?

3.
Buat benda yang orang lain tak buat
Contohnya cuba tak pakai baju pergi kerja. Mesti popular habis punya, masalahnya. Sanggupkah?

4.
Buat kerja-kerja yang tak elok.
Yang ini popular jangka panjang, seperti botak chin, sampai sekarang pun masih popular.

Bukan nak mengajar orang kita jadi jahat, cuma nak mengajak mereka berfikir, perlu sangatkah popular itu jika tak kena jalannya dan tak menguntungkan sesiapa dan juga diri sendiri.

Kenapa kita hendak sangat mengejar popular? Bukannya kita dibayar gaji bila popular.


Nota kaki:
Biar tak popular asal hidup dalam keberkatan

Labels:

Friday, September 16, 2005

Bercerita tentang "Biskut Raya"

Indahnya Langit
Dah lupa bila Am ambil photo ini, yang pastinya saat itu Am memang sangat tertarik dengan keindahan langit itu.

Am rasa kalau Am buat pameran photo, 90% photo langit sahaja.

Indahnya Langit
Original Upload from Samsung SGH-D500


Puasa belum mula lagi tapi semua dah mula, baju raya, kasut raya, segala-gala tentang rayalah termasuklah biskut raya.

Macam-macam jenis biskut mula timbul semua, banyak daripadanya Am sendiri pun tak kenal. Yang pastinya semuanya cantik-cantik, beraneka warna dan macam-macam jenis rasa.

Am pula tahun ini kali pertama menjadi penjual kuih raya dalam seumur hidup Am, bukan apa tolong kawan isteri Am sahaja. Nampaknya Am pun dah mula memulakan jejak untuk menjadi usahawan berjaya hehehehe.

Pelik juga Am, bila dah dekat dengan hari-hari perayaan ini terlalu ramai usahawan melayu muncul dengan menjual berbagai jenis barangan dan mampu bersaing sesama mereka tetapi bila sudah habis musim perayaan semuanya hilang. Kemana agaknya pergi semua usahawan-usahawan melayu ini?


Nota Kaki:
Lupa nak beritahu, seekor ikan anak Am dah mati. Am ingat dia sedih sangat rupanya muka dia selamba sahaja. Dia cuma kata "Kesihan ikan tu ya Abah"

'Selamat berhujung minggu dan semuga diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan'

Labels: ,

Wednesday, September 14, 2005

Ucapan Perhargaan dan Terima Kasih

AbahMuda @ AmPost khas ini untuk merakamkan ucapan perhargaan dan ribuan terima kasih Am kepada saudara activ8ions kerana sudi meluangkan masa, idea dan tenaga untuk mencipta Button baru untuk Am.

Walaupun kami baru kenal tapi activ8ions sudi membantu Am. Am amat menghargai dan ucapan terima kasih sekali lagi.

Kepada sesiapa yang nak linkkan button Am bolehlah click pada "Link to me" dan copy codenya disana.

Ucapan terima kasih juga kepada semua yang membantu Am dalam mencipta blog Am ini terutama saudara
kmx dan DingY yang telah memberikan code-code yang menarik.


Nota Kaki:
Tak salah bertanya pada yang muda jika mereka lebih berilmu.

Labels: ,

Bercerita tentang "Bersyukur"

Sasaran
Photo ini Am saja ambil mengingatkan diri Am bahawa walaupun kita tak berjaya mencapai sasaran kita 100%, namun harus bersyukur jika berjaya mencapai hampir dengan sasaran kita.

Mana ada hidup yang sangat sempurna, betul tak?

Sasaran
Original Upload from Samsung SGH-D500


Teringat Am pada satu cerita dari seorang pakcik yang Am pernah dengar, agak lama juga cerita ini dan maafkan Am kerana sudah lupa watak dalam cerita ini.

Cerita ini lebih kurang begini :

Ada seorang alim berehat disebelah kaabah dan dia melihat seorang sedang bersembahyang dan kemudian berdoa. Doanya lebih kurang berbunyi begini

"Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit itu...."

Orang alim itu pelik, siapa golongan yang sedikit itu, lalu bertanya kepada orang itu. Jawabnya golongan yang sedikit itu golongan orang yang bersyukur

Adakah kita bersyukur dengan apa yang telah kita perolehi sekarang? Melihat perjalan hidup Am dari dulu sampai sekarang, Am memulakan saat berkerja Am dengan gaji RM280 sahaja, pergi kerja naik bas, melihat orang lain ada motorsikal Am berharap Am juga memiliki motosikal. Harapan Am dimakbulkan tuhan dan Am pun memiliki motosikal dan gaji pun semakin bertambah.

Kemudian Am lihat orang berkereta dan berkeluarga, Am teringin juga untuk memiliki semua itu. Sekali lagi keinginan Am dimakbulkan tuhan, sekarang Am memiliki keluarga, kereta dan rumah sendiri.

Am memang bersyukur dengan apa yang telah tuhan kurniakan pada Am sekarang dan belajar untuk bersyukur. Seperti yang Am pernah katakan dalam satu blog sahabat dahulu 'Ini adalah benda yang paling baik yang tuhan boleh berikan pada Am pada waktu ini dan hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita'.

Namun begitu ramai yang salah sangka antara bersyukur dan berusaha. Itu adalah dua benda yang berbeza. Kita wajiblah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang namun begitu dalam masa yang sama kita masih kena berusaha untuk memajukan diri kita juga. Bukan hanya berdiam diri dan kata bersyukur ini sahaja yang tuhan boleh kasi pada kita tanpa berusaha untuk maju lagi.


Nota Kaki:
Terlalu banyak yang kita terima tapi terlalu sikit kita bersyukur.

Labels: ,

Tuesday, September 13, 2005

Bercerita tentang "Jantina"

Langit Membiru
Susah juga hendak langit biru sekarang ini, sekali dapat terus Am rakamkan.

Lihat langit biru teringat laut, ingat laut teringat nak mandi laut, bila ya?

Langit Membiru
Original Upload from Samsung SGH-D500

Sekali lagi Hospital Sungai Petani, Kedah menjadi perhatian umum. Kes jantina bayi menjadi topik hangat, kes lama baru nak surut muncul pula kes baru.

Nampak sangat ketidak cekapan para doktor dan jururawat disana, Am tak pernah dengar pun punya lah susah nak kenal jantina bayi sehinggakan terpaksa letak perkataan "Ragu".

Sebenarnya Am susah juga nak bagi komen mengenai isu ini kerana tak dengar lagi kenyataan lagi satu pihak tapi bila dua kes berlaku dengan jarak yang dekat dan di hospital yang sama pasti ramai yang menunding jari kearah Hospital berkenaan.

Pelik juga bila taraf kesihatan kita makin maju, banyak penyakit yang berbahaya berjaya diubati dan banyak alatan-alatan baru yang serba canggih dibawa masuk atau dicipta akhirnya kita tak mampu mengenal perkara asas iaitu jantina bayi yang tak memerlukan apa-apa alatan canggih.


Nota Kaki:
Nampaknya mereka ini kena pergi berkhusus dengan bidan kampung agaknya.

Labels:

Monday, September 12, 2005

Bercerita tentang Hujung Minggu

JerebuPhoto Ini dah lama Am ambil, semasa jerebu dahulu, teringat nak post disini kerana baru-baru ini dengar kadar index pencemaran dah naik semula.

Harap-harap jerebu yang teruk tidak akan berulang lagi.

Jerebu
Original Upload from Samsung SGH-D500


Lambat sikit post hari ini, baru balik dari meeting yang dijangkakan habis awal tiba-tiba bawa sehingga ke pukul 2.00

Bercerita tentang hujung minggu, tentulah lebih pada peribadi, biasalah kalau hari-hari bercerita tentang benda-benda yang serius nak sakit kepala pula tulis nanti dan yang membacanya lagilah sakit kepala.

Hari Sabtu main boling, kebetulan pula ada persembahan dari perserta Malaysian Idol. Seronok habis anak Am, sebenarnya Am pun seronok sekali boleh tengok final 4 itu live. Ok juga persembahan mereka ini.

Hari Ahad pula belikan balang dan ikan untuk anak Am, dia ini tiba-tiba pula minat nak bela ikan. Ini gara-gara pergi rumah kawan Am yang anak dia bela ikanlah ni. Bila dah ada balang ikan dan ikan ini, satu kerja pula melayan dia depan balang ikan ini. Am dan isteri dah beritahu dia, kena ingatkan Am dan isteri kena bagi makan ikan itu, sekali pagi dan sekali malam. Buat sementara ini Am belikan dia Ikan Laga sahaja, senang jaga dan tak perlukan oksigen.


Nota Kaki:
11 September, ulang tahun US kena bom, satu dunia sayu, hari ulang tahun Iraq kena bom tak ada siapa nak sambut ker?

Labels:

Saturday, September 10, 2005

Bercerita tentang Yang Berlaku

KosongPhoto ini Am ambil semasa melalui lebuhraya Kajang Link pada waktu malam, sunyi sungguh lebuhraya ini tidak kira siang atau malam.

Seram juga kalau naik sorang-sorang, nasib baik isteri dan anak temankan

Kosong
Original Upload from Samsung SGH-D500


Sebenarnya post kali ini lebih pada lepas geram pada sifat setengah-setengah individu. Am ada perasan perangai seorang yang Am kenal, perangai suka hasad dengki pada kelebihan orang lain.

Bila melihat orang lain dapat sesuatu kelebihan mulalah dia mengeluarkan ayat-ayat menghasut. Baginya jika dia tak dapat biar semua orang pun tak dapat. Mereka ini berusaha untuk mendapatkan kelebihan itu bukan seperti dia, tiada usaha untuk mendapatkan kelebihan itu. Yang ada cuma sifat hasad dengki yang semakin hari semakin ketara.

Am akan hilang hormat pada orang-orang yang sebegini, nak ditegur lebih tua dari kita, kang dikatanya kita kurang ajar dan nak diajar mereka ini sudah besar panjang dan sudah berkeluarga.

Bagi Am sifat bergini merupakan satu virus keji yang memakan nilai keharmonian masyarakat dan juga sifat bersaing bangsa kita. Inilah sifat yang paling susah dibuang dari diri kita dan yang paling teruknya kita seolah-olah tiada niat nak buang sifat ini.

Am akui kadang kala sifat hasad dengki ini perlu, tapi gunakan ke arah positif bukan negatif. Jika kita lihat orang lain ada kelebihan atau berjaya kita dengki dan ingin berusaha dengan cara yang sihat agar lebih berjaya. Ini yang kita hendak bukan berusaha untuk menjatuhkan mereka pula.

Ingat cerita ketam melayu dan ketam cina? kita marah bila baca cerita itu tapi inilah sifat kita jika nak dibandingkan dengan bangsa lain.


Nota kaki:
Maaf jika agak kasar, cuma hendak menyedarkan bangsa kita dan diri sendiri.

Labels: ,

Friday, September 09, 2005

Bercerita tentang "Andai Rasululllah SAW dtg ke rumah..."

Masjid UbaidiahPhoto ini Am rakam pada kalender rakan dipejabat Am, nampak sangat menarik dan cantik masjid ini.

Masjid ini ialah Masjid Ubaidiah, terletak di Kuala Kangsar, Perak. Kepada siapa yang ker Perak tu, bolehlah singah disana.

Masjid Ubaidiah
Original Upload from Samsung SGH-D500


Tiba-tiada apa yang hendak diceritakan hari ini, cuma terasa hendak berkongsi bersama satu email yang Am terima dari sahabat. Marilah kita remunginya bersama.

Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah, tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita... Beliau datang dengan tersenyum dan muka bersih dimuka pintu rumah kita..

Apa yang akan kita lakukan?

Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk beliau erat-erat, dan lantas mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita.

Beliau tentu tersenyum.....


Tapi barangkali, Kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat video CD Rated 18xxx yang ada di ruang tengah, dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu CD tersebut ke dalam.

Beliau tentu tetap tersenyum.....

Atau barangkali, kita teringat akan lukisan wanita separuh telanjang yang kita gantung diruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa.. Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada diruang samping dan meletakkannya diruang tamu.

Beliau tentu tersenyum.....

Bagaimana bila Rasulullah SAW bersedia menginap dirumah kita?

Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal selawat kepada Nabi. Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW, kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita.

Beliau tentu tersenyum.....

Barangkali kita jadi malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah SAW dan sahabatnya, tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power Rangers atau Penyu Ninja.
Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang solat.
Barangkali kita teringat bahawa perempuan dirumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW.

Beliau tentu tersenyum.....

Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita..
Belum lagi koleksi kaset/CD kita dan anak-anak kita..
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita.. Kemanakah kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita?

Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan berbunyi.

Beliau tentu tersenyum.....

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat azan Maghrib, keluarga kita malah sibuk di depan TV.
Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita jarang membaca Al-Quran. Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita.

Beliau tentu tersenyum.....

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita.
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di tempat kita.

Betapa senyum beliau masih ada di situ.....

Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul didepan rumah kita... Apa yang akan kita lakukan?

Masihkan kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan beliau masuk dan menginap di rumah kita?

Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak beliau berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu?

Maafkan kami, ya Rasulullah.....
Masihkah beliau tersenyum.....?
Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir.....
Oh, betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah.....


Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu dan semuga kita diberkati dalam apa jua yang kita lakukan

Labels: ,