AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Friday, October 28, 2005

Bercerita tentang "Kena Tag"

KENA TAG adushhhhh.... Am sendiri tak tahu apa sebenarnya kena tag ini. Semua menjawab soalan jadi Am pun menjawab lah juga. Setakat yang Am tahu 4 orang dah Tag Am

Oh ya nak ingatkan semua ini tak ikut aturan kepentinganya yer

Seven Things I Plan To Do Before I Die:
1- Buat ibadah haji kat Mekah
2- Berhenti kerja dan ada perniagaan sendiri.
3- Nak bawa isteri berjalan-jalan keseluruh dunia (anak tunggu dia habis belajar dan cari duit sendiri)
4- Nak buat rumah besar atas tanah sendiri (sekrang ada rumah tanah kongsi ramai-ramai)
5- Nak lihat anak besar dan berjaya.
6- Nak tambah anak (mana cukup sorang aja).
7- Nak buang sifat-sifat yang tak terpuji dalam diri Am

Seven Celebrity Crushes:
1- Camelia (kalau boleh tujuh2 nak tulis Camelia).
2- Rosyam Nor (yang lelaki paling atas sekali ni)
3- Camelia oooop silap Nora
4- Fauziah Latiff
5- Jins Samsudin
6- Yusof Haslam
7- Pierce Brosnan (ni satu-satunya yang "orang putih")

Seven Often Repeated Words:
1- Allah
2- Kena jugak budak ni kang (kenanya tak juga)
3- Alamak
4- Mengantuknya
5- Kenapa
6- Assalamualaikum
7- W'salam

Seven Traits I Look For In The Opposite Sex :
1- romantik
2- tak merokok (Am boleh dia jangan)
3- putih (janganlah macam bedak pulak)
4- berbudi bahasa
5- suka bergurau
6- cun hehehehe
7- sporting giler

Seven people this tags goes to... :
1-
Mely
2-
Irman
3-
Activ8ions
4-
mE
5-
Jaja
6-
Anim
Nota Kaki:
Nak tambah sikit, 7 plan Am kalau jadi Perdana Menteri
1- Pastikan menteri Kabinet bukan setakat tahu cakap sahaja tapi tapi buat apa yang mereka cakap.
2- Pastikan semua undang-undang dilaksanakan dengan jayanya bukan setakat buat undang-undang sahaja.
3- Pastikan setiap jalan di Malaysia ni tak berlubang-lubang, ini tak mula2 cantik lepas itu sana lubang sini lubang.
4- Pastikan undang-undang khidmat sosial dilaksanakan bagi pesalah jalanraya dan tak boleh digantikan dengan duit.
5- Membatalkan mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa inggeris (kalau buat mungkin lambat lagi kena tunggu tahap bahasa inggeris ok dulu baru buat semula)
6. Pastikan Malaysia bebas 100% dari rasuah paling tidak pun bebas 90% dari rasuah (Pastikan badan percegah rasuah diberi kuasa oleh kabinet dan memberikan laporan terus kabinet)
7. Pastikan kita belajar dengan orang barat bukan jadi orang barat.

Labels:

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Kemaafanku pinta di hari mulia
Jika ada salah silap laku dan kata
Di hari lebaran yang bakal menjelma
Ku doakan semua di berkati oleh-Nya.


Salam Aidilfitri

Am memohon maaf jika ada entry Am sebelum ini menyakitkan hati sesiapa yang membaca blog Am ini, semua itu tak disengajakan. Jangan takut kalau ada sesiapa yang buat salah dengan Am, Am dah maafkan pun hehehehe.

Kebetulan minta maaf ni, Am juga nak minta maaf jika ada kesalahan di entry-entry akan datang juga sekali

Sekali lagi Am dengan hati yang ikhlas memohon maaf dan Selamat Hari Raya.


Nota Kaki:
Anak Am sibuk makan kuih coklat Mawi World dia, tak sempat sampai rayalah kuih tu

Labels:

Thursday, October 27, 2005

Bercerita tentang "Raya"

Senarai untuk Hari Raya tahun ini :

Baju Raya - Isteri dan anak awal-awal sudah ada, Am pula baru satu sahaja, tak tahu bila nak pergi beli. (nak tunggu kena sound dengan isterilah tu

Seluar Raya - Dah ada seluar jean 2 helai, ok lah tu

Kasut Raya - Tahun lepas punya (sebenarnya beberapa tahun lepas punya)

Stokin Raya - Kena ada ke?

Baju Melayu Raya - Pakai tahun lepas punya kerana tahun lepas buat 2 helai

Bekas Duit Raya - Dah banyak dah, bilalah agaknya nak isi duit tu, beri bekas kosong boleh tak?

Duit Raya - Dah tukar dah, cantik pula nampak duit baru-baru tu, sayang pula nak beri hahahaha

Kuih Raya - Isteri yang beli, Am memang ditegah beli kerana suka sangat membazir, beli banyak-banyak tapi tak ada orang nak habiskan jadi sekarang isteri beli Am makan

Cuti Raya - Sudah approve, 2 minggu lagi, nak raya sakan punya pasal (kata sahaja nak sakan, silap-silap duduk rumah tengok Astro, nak buat macam mana semua member balik kampung.

Pendek kata semua tentang raya sudah beres cuma tunggu Hari Raya sahaja. Ada dengar cerita tahun ini puasa 29 hari sahaja, ok juga tu, makin cepatlah raya.


Nota Kaki:
Rindu pula raya semasa zaman kanak-kanak dahulu.

Labels:

Wednesday, October 26, 2005

Bercerita tentang "Kayakinan Diri"

Cartoon
Percaya atau tidak, photo ini Am rakamkan dari bantal anak buah Am, sepupu anak Am. Terasa menarik dan terus ambil.

Harap-harap Am tak kena saman atas hak cipta terpelihara. Sebenarnya Am sendiri tak tahu apa nama kartun ini.

Cartoon...
Original Upload from Samsung SGH-D500


Semalam menonton rancangan Dr. House, sekarang ini rancangan itu dah menjadi rancangan kegemaran Am pula. Bukan semua cerita "Orang Putih" Am minat tapi cerita yang satu ini banyak memberi Am kesedaran tentang kehidupan ini.

Hari ini Am hendak bercerita tentang keyakinan diri. Bagi Am kita sepatutnya kekal dengan keputusan yang kita walaupun semua orang ataupun satu dunia tak setuju dengan keputusan kita. Kita tak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah sehinggalah perkara itu terbukti.

Tak kisahlah akhirnya keputusan kita betul atau salah, sekurang-kurangnya kita yakin dengan keputusan kita.

Teringat semasa Am sekolah dahulu, ada satu soalan matematik dimana Am tak setuju dengan jawapan rakan-rakan Am. Akhirnya Am seorang sahaja yang tak betul jawapan itu dan jawapan dari rakan-rakan Am yang betul.


Nota Kaki:
Klinik Minda cuba berkongsi kesedaran diri dengan orang disekeliling.

Labels:

Monday, October 24, 2005

Bercerita tentang "Hujung Minggu"

Langit Lagi...
Agaknya ramai yang letih kerana asyik lihat photo langit sahaja disini. Betul tak? harap-harap jangan bosan sudahlah.

kamera Am ini kurang canggih sikit so kalau ambil photo lain kurang menarik, nanti lain diambil lain pula jadinya.

Langit Lagi...
Original Upload from Samsung SGH-D500


Sibuk lagi hari ini, minggu baru bermula dengan sibuk yang teramat sangat. Seperti biasa kerja dua minggu akan datang terpaksa disiapkan dalam minggu ini juga. Inilah masalahnya bila nak cuti panjang.

Hujung minggu pergi menyaksikan konsert pertama anak Am, konsert yang ditunggu-tunggu sangat. Memang tergelak besar melihat gelagat budak-budak tadika membuat persembahan.

Bila sampai giliran anak Am, risau juga jika dia tak ikut step betul-betul tapi akhirnya dia menari cukup baik (abah puji anak sendiri). Perasan juga mulut dia kumat kamit baca step kot.

Hari ini lewat sampai pejabat, biasalah bila isteri MC dan anak cuti kerana konsert, semangat nak berkerja Am juga turun. Nasib baik ada kerja penting kalau tidak abah pun sekali akan bercuti.


Nota Kaki:
Masa terlalu pendek bila banyak kerja ni

Labels: ,

Friday, October 21, 2005

Bercerita tentang "Semalam"

Semalam Am tersangatlah sibuk dengan kerja-kerja yang datang bertalu-talu sehinggakan tak sempat nak menjengok blog. Hari ini barulah ada sedikit kelapangan untuk mencatat sedikit kata-kata disini.

Semalam anak Am batuk teruk, pukul 6.30 pagi dah keluar pergi cari klinik 24 jam untuk jumpa doktor. Maka dengan ini tercatatlah sejarah kali pertama anak Am dirawat oleh doktor yang memakai baju tidur.

Am hairan juga banyak klinik 24 jam tapi doktornya tak ada, kalau macam itu baik tak payah 24 jam, kita pergi klinik bukan nak jumpa jururawat atau nak ambil ubat.

Berbalik pasal anak Am semula, anak Am ini pula sering sangat sakit bila ada sesuatu hari besar di tadika dia, hari ahad ini adalah hari tarian dia, dia ambil bahagian dan semalam sepatutnya latihan terakhir dia.

Semalam juga berita sedih untuk seluruh rakyat Malaysia, permergian Datin Seri Endon Mahmood. Takziah buat seluruh keluarga Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perdana menteri kita dari Am dan keluarga.

Amat mengecewakan bila ada orang tak bertangungjawab menyebarkan email tentang hari Isnin bercuti, bagi Am biarlah Perdana Menteri yang buat pengumuman sendiri.


Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu dan semuga kita diberkati dalam apa jua yang kita lakukan

Labels: ,

Wednesday, October 19, 2005

Bercerita tentang "Sokong yang Merebahkan"

Cerah
Sekarang ini langit sentiasa cerah, kalau hujan pun sekejab sahaja, jadi sangat senang Am untuk rakamkan photo langit yang sedang membiru.

Bila pandang langit ini, tertanya pula, bolehkan dirikan negara awan seperti cerita Doraemon?

Cerah
Original Upload from Samsung SGH-D500


Am suka berjalan, melihat dan menganalisis gelagat setiap orang disekeliling Am. Ini juga termasuk blog-blog yang Am lawati. Bagi Am ada satu sikap yang harus kita beri perhatian pada diri kita atau orang sekeliling kita.

Sikap itu adalah sokong yang merebahkan, jika kita sokong seseorang itu melakukan perkara yang betul, itu tidak menjadi masalah dan sudah tentu sokongan kita akan menjadikan dia lebih bersemangat dalam melakukannya.

Masaalahnya jika kita memberikan sokongan kepada seseorang dalam melakukan kesalahan. Memberikan senyuman, tepuk tangan, sorakan semangat, komen-komen yang mengalakkan pada tempat yang tak patut pasti akan mengalakkan individu berkenaan lebih bersemangat melakukan kesalahan itu dan seterusnya tidak timbul niat untuk membetulkan kesalahan tersebut. Akhirnya ia menjadi tabiat dan ikutan pada individu-individu yang lain.

Bila sifat-sifat buruk mereka semakin terserlah kita memalingkan muka, tanpa kita sedari sedikit sebanyak kita juga memainkan peranan dalam mencipta tabiat mereka itu.

Inilah yang sebenarnya yang telah terjadi dan semakin terjadi kepada rakyat kita, kerana dapat sokongan hinggakan terlupa perkara yang mereka lakukan itu salah.

Bukan Am meminta kita marah seseorang itu kerana Am sendiri pun tak berani lakukan, cuma jangan berikan sokongan yang akhirnya akan menaikkan semangat kepada mereka.


Nota Kaki:
Berhati-hati memberi sokongan takut menyesal suatu hari nanti

Labels:

Tuesday, October 18, 2005

Bercerita tentang "Lagu Negaraku"

BungaApiSemalam teman anak Am bermain bunga api, akhirnya Am bosan dan ambil photo bunga api itu, inilah hasilnya.

Buat masa ini Am hanya belikan dia bunga api besi yang kurang asap itu, takut asap menganggu jiran-jiran Am nanti.

Mungkin balik kampung nanti baru belikan dia bunga api yang lain

BungaApi
Original Upload from Samsung SGH-D500


Kalau tak silap Am dari hari Ahad sampailah kehari ini ramai yang sibuk bercerita tentang perlukan melodi lagu negaraku patut diubah. Pelik dan hairan Am...

Apa yang Am pelik dan hairan ialah, mereka ini semua terus melatah seolah-olah telah membuat keputusan yang lagi kita yang meniru lagu "Mamulamoon" itu. Kalau nak diikutkan fakta betul-betul, tiada siapa yang berani pastikan siapa yang tiru siapa.

Kawan Am ada ada selidik dan jumpa lama web ini, yang bercerita tentang
sejarah lagu negaraku. Cuba kita baca dan sama-sama buat keputusan.

Tertarik dengan pendapat yang diutarakan oleh salah seorang pendengar di stesen radio yang Am dengar, yang penting bukan tukar melodi lagu itu tetapi kena pastikan lagu itu sudah ada dalam jiwa kita atau tidak. Kalau sudah ada pertahankan. Am setuju kalau tukar kononnya kita malu nak meniru dan perlu ada identiti sendiri. Kemudian kita tukar tapi kita masih tak menghormati dan meletakkan lagu itu didalam jiwa kita tak guna juga.

Kita melenting apabila tahu lagu kita seolah-olah meniru lagu orang lain TETAPI yang kita tak melenting malah bangga bila kita berpakaian terlalu singkat, dedah sana dedah sini, yang lelaki dengan rambut tak tahu nak sebut ala-ala apa, telinga cucuk, pusat cucuk dan semua tempat pun nak cucuk, itu bukankah meniru budaya orang lain. Kenapa kita tak nak teruskan dengan budaya dan dimanakan identiti yang kita bangga sangatkan itu?.

Malaysiakah kita? atau kita sengaja nak menyibuk dalam keriuhan orang lain dalam mencari isu panas.


Nota Kaki:
Satu lagi isu yang akan cepat sejuk sebelum ada jalan penyelesaiannya nanti

Labels: ,

Monday, October 17, 2005

Bercerita tentang "Tangungjawab"

Sinar
Am dah terlupa bila Am rakamkan photo ini dan kenapa Am rakamkannya. Inilah masalahnya bila tangan ini tak berhenti nak merakam bila ada masa senang sikit.

Sekali-kali pandang kira ok juga photo ini, tak tahu itu cahaya bulan atau matahari.

Sinar
Original Upload from Samsung SGH-D500


Hujung minggu Am berkesempatan untuk menonton cerita Dr. HOUSE, ini salah satu cerita menjadi kegemaran Am sekarang selain semua CSI dan 24. Am amat tertarik dengan 2 isu yang diutarakan didalam cerita Dr. House yang Am tonton itu.

Pertama Am tak tahu dan baru tahu yang kita boleh menandatangi borang atau perakuan supaya doktor atau pakar perubatan untuk tidak menyedarkan kita bila kita ala-ala koma kerana sakit kita. Kalau Am lah rasanya tak sanggup Am sain borang itu, kerana selagi ada peluang Am hendak hidup dan tak akan putus asa dengan hidup Am.

Teringat beberapa minggu lepas, rancangan Bersamamu TV3, remaja itu lumpuh satu badan dan hanya mampu bersuara sahaja yang sebelum ini mampu bergerak sendiri. Tertanya pada diri sendiri, apa agaknya keputusan Am jika Am berada ditempat dia dan mungkinkah Am akan sain borang atau perakuan tersebut?

Kedua ialah mengenai keputusan yang kita buat dalam hidup kita. Am setuju dengan dialog dalam cerita itu, dalam hidup kita sudah pasti banyak keputusan yang kita buat dan sudah pastinya tak semua keputusan yang kita buat itu betul tapi kita kena bertangungjawab dengan keputusan yang kita buat.

Yang pastinya jangan takut untuk buat keputusan dan bertangungjawab atas keputusan itu. Namun begitu setiap keputusan yang kita buat perlulah disokong dengan ilmu atau kajian yang kita buat.


Nota Kaki:
Tak semua cerita yang disiarkan buruk untuk kita tapi tak semuanya juga baik.

Labels:

Friday, October 14, 2005

Bercerita tentang "Sikap"

Birunya
Indahnya dan biru bersih langit pada waktu Am rakamkan photo ini, kami sempat berhenti sekejab ditepi jalan untuk ambil photo ini.

Isteri Am pun tahu Am suka mengambil photo awan, jadi bila ada yang menarik dia sempat beritahu Am dan tanya tak nak ambil ker.

Birunya
Original Upload from Samsung SGH-D500


Semalam ada seorang rakan blog Am berjaya mengubah layout blognya walaupun pada asalnya dia tak tahu tentang penggunaan code ini. Am rasa seronok dengar.

Bagi Am inilah sifat atau sikap yang sepatutnya disemai dalam diri dan pemikiran kita semua. Ini tidak, belum mula lagi sudah kata susah, tak tahu nak buat, takut salah. Bagi Am jika kita tak mencuba atau buat sesuatu perkara itu mana kita tahu ia susah, tak boleh buat atau takut salah.

Satu lagi jawapan yang diberi ialah 'saya sedar kemampuan diri saya'. Begitu merendah diri tetapi tak kena tempat, kita sendiri tak tahu ditahap mana kemampuan diri kita kalau kita sendiri tak uji dan lihat kemampuan diri kita.

Am sendiri semasa mula melangkah ke dunia IT ini tanpa apa-apa pengetahuan dalam bidang IT tapi yang penting kita kena ada kemahuan akhirnya semua akan jadi senang. Memang pada permulaan kita berjaya buat tapi secanggih orang lain tapi yang pentingnya kita sudah bermula.

Sifat ini bukan sahaja pada IT atau blog tapi pada semua perkara yang kita lakukan.


Nota Kaki:
Banyak permulaan dalam hidup kita, garis akhirnya hanya satu.....bila kita tiada lagi

"Selamat Berhujung Minggu dan semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan"

Labels:

Thursday, October 13, 2005

Bercerita tentang "Mercun"

Samar-Samar
Photo ini Am rakamkan semasa isteri Am yang memandu, dia sibuk memandu Am pula sibuk ambil gambar.

Akhirnya nampak samar-samar begini, sekali pandang unik pula, Am ini pelik sikit semua jadi unik pada Am.


Samar-samar
Original Upload from Samsung SGH-D500


BALING: Percubaan seorang murid Tahun Tiga untuk mengubah suai dua mercun bola bersama abang dan rakannya dipercayai untuk menjadikan mercun itu lebih kuat, membawa padah apabila tapak tangan kirinya cedera teruk, manakala lima jarinya terbakar.

Ketika kejadian kira-kira jam 7.05 malam kelmarin, Mohd Dziauddin Mohd Noor, 9, yang belajar di Sekolah Kebangsaan Kupang sedang bermain bersama abangnya, Mohd Khairul Fatahi, 11, dan empat lagi rakan mereka.

Berita lanjut di Berita Harian Online.

Setiap kali musim perayaan inilah yang selalu kita dengar, mangsa mercun, ulang sekali lagi mangsa mercun bukan bunga api ya.

Secara peribadi bagi Amlah, budak zaman sekarang ini terlebih pandai, suka mengubah suai tanpa ilmu. Ilmunya seciput sahaja tapi nak buat macam pro, akhirnya jari tangan yang jadi mangsa, kadang kala sampai muka yang hensem tergadai.

Yang peliknya, mercun ini dari dulu dah ada, meriam buluh telah dimainkan sejak zaman ayah dan datuk kita lagi tetapi mengapa pula mereka tak hilang jari? Ini kerana mereka utamakan keselamatan tetapi sekarang ini mereka lebih utamakan keseronokan.

Lagi satu yang pelik, sambutan hari raya sahaja berita-berita ini kerap didengar tetapi jika sambutan perayaan yang lain sangat kurang kedengaran. Mungkin dalam bab ini anak-anak melayu jauh lebih kreatif dari anak-anak bangsa lain.

Kreatif yang tak kena tempat, akhirnya orang lain seronok beraya, dia dirumah sibuk membilang jari yang makin berkurangan. (kalau masih ada jari lagilah).


Nota kaki:
Cubalah kreatif bab belajar, bab berniaga kan ker bagus.

Labels: ,

Wednesday, October 12, 2005

Bercerita tentang "Anak"

Unik
Terasa unik pula Photo ini, nampak pokok itu ditengah-tengah langit yang membiru.

Semasa ambil tak rasa sangat uniknya, bila makin dipandang makin terasa suka pada photo ini. Masalahnya dah lupa pula ambil dimana.

Unik
Original Upload from Samsung SGH-D500


Semalam ada rakan blog tanya mengenai anak, baru perasan agak lama juga Am tak bercerita tentang anak. Ok hari ini nak bercerita tentang anak Am.

Minggu ini minggu ujian di Tadika dia, bila balik tanya ok ke tak? Jawapan standard dia "Semua senang, semua dah buat, nanti boleh dapat hadiah robot kapal terbang yer abah" (Am ada janji nak belikan robot kapal terbang kalau keputusan ujian dia bagus). Tak tahulah macam mana keputusan ujian dia kali ini tapi Am rasalah subject lukisan dia tentu ada peningkatan kerana minat dia merwarna nampaknya bertambah pula.

23hb ini pula tadika dia akan buat persembahan tarian, yang ini Am memang tak sabar nak melihat persembahan anak Am. Dulu pernah juga Am datang awal ambil dia ditadika dia, kebetulan dia ada latihan tarian. Nampak sahaja Am terus anak Am ini tukar rentak dari tarian lelaki terus dia buat tarian perempuan hehehe. Balik dia beritahu teacher rotan pasal salah menari (kena denda lah tu).

Puasa? Sah-sah tak puasa, umurpun baru 5 tahun, kalau budak lain cuba puasa dari pagi sampai tengahari, anak Am pula mula puasa 1 jam sebelum berbuka.


Nota Kaki:
"Abah, bila kita nak ada baby?" soalan cepumas dia yang payah nak jawab.

Labels:

Tuesday, October 11, 2005

Bercerita tentang "Soalan"

Keatas LagiPhoto ini ialah satu lagi Am rakamkan semasa menunggu isteri Am, Am rasalah jika kamera canggih cantik photo Am ini.

Am memang ada perancangan nak beli kamera digital tapi Am ni jenis suka beli yg baik sekaligus, jadi terpaksalah menunggu hingga budget benar-benar ada.

Keatas Lagi
Original Upload from Samsung SGH-D500


Hari ini Am hendah bercerita tentang soalan yang pernah ditanyakan kepada Am. 'Kenapa ya Am selalu marah bangsa sendiri dalam blog Am?'.

Soalan yang baik, sebenarnya Am bukan marah tapi cuma menyedarkan bangsa kita dengan cara dan gaya bahasa Am sendiri. Kadang kita perlu menjerit kepada bangsa kita agar mereka sedar dari lamunan atau kekeliruan mereka itu.

Am lakukan kerana Am sayang dengan bangsa kita yang semakin hari semakin parah, Am bukan ahli politik yang boleh pegang mic dan berceramah di majlis2 besar, Am juga bukan menteri yang boleh membantu dengan membentuk dasar-dasar baru dan Am juga bukan bos besar yang boleh mempengaruhi ribuan perkerjaan melayu dibawahnya.

Am cuba insan kedil yang ada keinginan untuk melihat bangsa kita maju seiringan dengan bangsa-bangsa lain di negara kita ini.

Am tak kisah bila ada orang kata Am nak tunjuk pandai atau tunjuk bagus kerana dalam proses menulis blog ini Am bukan sahaja memberi pendapat, teguran dan pandangan Am pada semua tapi dalam masa yang sama Am belajar dan menyedarkan diri Am juga.

Biarlah satu masa nanti bangsa kita berjaya di negara ini kerana usaha mereka buka simpati dari bangsa lain di bumi sendiri.


Nota Kaki:
Menjerit tak semestinya marah, diam tak semestinya suka.

Labels:

Monday, October 10, 2005

Bercerita tentang Hujung Minggu

KeatasAm ambil photo ini semasa menunggu isteri Am, boring punya pasal terus Am snap bangunan tempat kerja isteri Am.

Ada beberapa photo lagi yang Am ambil, nanti kalau ada masa Am akan uploadkan disini.

Am rasa orang yang lalu kiri kanan mesti fikir 'Apa yang mamat sorang ni ambil guna kemera telefon dia?' hehehehe

Keatas
Original Upload from Samsung SGH-D500


Hujung minggu, kedua-dua hari tak berbuka dirumah. Hari Sabtu berbuka dikampung Am, ramai juga adik beradik berkumpul. Seperti biasa bila Am balik kampung mesti bila berbuka riuh semacam. Teringat waktu kecil dahulu, kalau berbuka puasa kami adik beradik siap dah target nak yang mana. Boleh kata macam berebut pula. Sebanyak mana ada makanan atas meja kami tetap akan berebut juga, bila fikir balik memang seronok.

Semakin dewasa banyak kenangan yang ditinggalkan, semua dah ada duit sendiri tak perlu berebut. Kalau ada peluang nak pula rasanya berebut-rebut semula.

Hari Ahad, Am dan isteri ambil keputusan berbuka di Kelana Seafood cawangan Cheras, sebenarnya lebih pada keputusan isteri Am, Am mengikut sahaja. Kami ini setiap tahun paling kurang sekali akan berbuka diluar dengan anak. Selalunya tempat rasmi kami ialah Nelayan Titiwangsa, sebelum ada anak lagi kami dah berbuka disitu.

Tahun ini tak tahu lagi nak kesana atau tidak, isteri kata susah. Kena beratur panjang dan siap ada kupon pula.


Nota Kaki:
Lepas berbuka semalam Am dapat satu berita baik......sangat baik yang amat bergembirakan Am tapi belum confirm sepenuhnya. Sudah lama tak dapat berita gembira ini.

Labels:

Friday, October 07, 2005

Bercerita tentang "Kurma"

Kurma
Nampak menarik tak kurma ini? Kalau hendah rasa bolehlah datang rumah Am, Free sahaja.

Terliur pula Am bila lihat buah kurma ini lama-lama.

Kurma
Original Upload from Samsung SGH-D500


Setiap tahun pejabat Am akan beri satu bekas atau lebih kurma pada setiap stafnya, kurma yang sangat baik qualitynya. Kalau tak silap Am diimport dari California.

Pelik juga kan, kurma asal dari negara Arab tetapi quality yang terbaik ada di negara USA. Boleh masuk rancangan "Pelik Tapi Betul" pula.

Tahun ini dapat dua bekas, satu untuk keluarga dikampung dan satu kongsi dengan keluarga di KL.

"Persabahatan ibarat 1 janji yg dibwt dlm hati. x dpt ditulis, x dpt dibaca, Namun xkan t'pisah krn jarak, xkan b'rubah krn masa, sekali kita brkwn selamaya tetap kawan..."

Terima SMS ini pagi tadi pada seorang sahabat, mungkin balasan sms dari ucapan selamat berpuasa dari Am, serupa dengan Am jika sekali dia jadi kawan Am, Am takkan lupakannya dan no. tel dia tetap akan berada didlm Hf Am.

Dan bila ada hari-hari penting, ucapan akan dia terima dari Am.


Nota Kaki:
Hari ini kemungkinan besar akan balik lambat, byk benda pelu dibuat, harap-harap dapat diselesaikan cepat dan tak berbuka di pejabat pula.

Labels: ,

Thursday, October 06, 2005

Am kembali Bercerita

Lukisan
Lukisan dibilik mesyuarat dipejabat Am, kalau mesyuarat yang memboringkan lukisan inilah yang Am pandang.

Terfikir dan memikir, apakah maksud lukisan ini.

Lukisan
Original Upload from Samsung SGH-D500


Alhamdulillah, Am masih disini, masih bernafas dan berupaya untuk kembali bercerita didalam blog Am ini. Bercuti seminggu tetapi dua kali datang pejabat, biasalah Am ni, kadang cuti pun macam tak cuti sahaja.

Ok, Am nak bercerita sedikit tentang isu yang sedang panas sekarang ini. "Hattan dan Lagu Negaraku". Secara peribadi bagi Am, Hattan ada salah juga kerana tak menyanyi dengan betul (betul ker dia menyanyi salah?), namum begitu ini sepatutnya bukanlah satu isu besar sampai nak dibawa ker parlimen.

Kalau tak silap sampai nak baling ker lombong ker atau laut, kalau hattan kena baling ke laut atau lombong, Am rasalah lebih dari separuh dari penonton dan pemain bola pada malam itu juga terpaksa menemankan Hattan.

Satu lagi yang menyedihkan ialah Lagu Kebangsaaan itu sendiri nak dijadikan ujikaji oleh pihak pemerintah, sekejab slow, sekejab rancak dan sekarang pula nak yang asal semula. Kadang kala kita sebagai rakyat sendiri tak tahu nak nyanyikan rentak yang mana satu.

Yang penting kita jadikan apa yang berlaku malam itu sebagai satu permulaan untuk memertabatkan semula lagu kebangsaan kita, biasalah permulaan yang kurang baik bukan bermakna seterusnya tak baik juga. Baikki kelemahan-kelemahan malam itu.


Nota Kaki:
Am akan buat beberapa perubahan pada blog Am tapi akan terus mengekalkan tema hitam putih

Labels:

Tuesday, October 04, 2005

Bercerita tentang "Puasa"

Teka SiapaSemalam tiba-tiba Am terasa hendak ambil pula photo ini. Walaupun dah tahu bila berpuasa tapi masih tak sabar nak tunggu pengumumannya.

"Dengan ini saya mengumumkan puasa pada hari rabu, 4hb Oktober, 2005"

Teka Siapa
Original Upload from Samsung SGH-D500


Kebetulan hari ini terpaksa kepejabat walaupun masih bercuti, jadi ambil kesempatan untuk buat post entry di blog Am ini.

Kalau tak silap Amlah, Am dah lihat wajah penyimpan mohor besar raja-raja ini semenjal Am sekolah rendah lagi, wajah yang sama dan lengok suara yang sama cuma ayat yang disampaikannya sahaja yang berbeza.

Kalau dulu ayat "Anak bulan tak kelihatan" selalu kedengaran tetapi sekarang terus sahaja pada tarikh puasa.

Sekali lagi Am mengambil kesempatan mengucapkan

"Selamat Berpuasa"
kepada semua rakan-rakan blog dan semua yang mengunjungi blog Am ini.

Nota Kaki:

Tak sabar nak berpuasa kali pertama dirumah Am baru Am ini, almaklumlah rumah sendiri.

Labels: ,

Monday, October 03, 2005

Bercerita tentang "Hujung Minggu"

Langit Gelap
Kalau tak silap photo ini Am rakamkan sebelum hujan lebat yang amat sangat di pejabat Am.

Selalu ambil photo awan terang, kali ini Am cuba ambil yang gelap pula, biasalah ingin cari kelainan sikit.

Langit Gelap
Original Upload from Samsung SGH-D500


Selangor akhirnya berjaya mencipta satu sejarah manis bila berjaya memenangi ketiga-tiga piala termasuk Piala Malaysia. Hebat....... sangat hebat, harap-harap tidak hebat semusim sahaja sudahlah. Terus-terang Am katakan hebat manapun di Malaysia namun seperti kata isteri Am, corak permainan mereka masih jauh berbeza dengan permain luar negara. Bagi Amlah permain kita sepatutnya didedahkan lagi dengan corak permainan antarabangsa.

Akhirnya Elly memilah Danial dalam "Program Mencari cinta", benarkah Elly benar-benar mendapat cinta yang dicarinya dan Danial adalah lelaki yang benar-benar sejiwa dengannya. Malas Am nak komen kerana rasanya berbulan-bulan juga nanti baru mereka kahwin. Tunggu dan lihat sahaja lah.

Hujung minggu Am pula agak memboringkan, sakit kepala, sakit hidung, sakit tekak, sakit perut dan sakit hati. Akhirnya terpaksa duduk rumah sahaja sampai naik boring anak Am.

Sakit punya pasal anak Am tiba-tiba belajar buat air milo untuk abah dia, punya lah manis tapi sedap pasal air pertama anak Am buatkan untuk abah dia. Pandai anak bujang Am tu.


Nota Kaki:
Am mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan dan semua yang menjengok di blog Am ini.

Labels: , , ,

Saturday, October 01, 2005

Bercerita tentang Katrina 2

Atas permintaan seorang pengunjung setia blog Am, Am uploadkan photo sebelum katrina memukul. Cantik pula rasanya.






Nota Kaki:
Bagaimana dengan "Budget 2006"? Memuaskan hati atau makin kena berjimat?

Labels: