AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Tuesday, November 29, 2005

Bercerita tentang "Online"

Filem
Photo ini Am snap melalui salah satu cara dalam HF Am, kalau tak silap ambil Am ambil melalui cara filem. Ini kiranya cuba semua yang ada di HF.

Akhirnya ini yang jadi, nampak macam malam walaupun ambil photo ini waktu tengahari. Sebenarnya banyak lagi cara ambil dalam HF ini, mungkin Am akan uploadkan satu persatu nanti.

Gaya Filem
Original Upload from O2 Xda II mini


Sekarang ni semua online, kalau dulu nak tahu gaji dah masuk atau belum jerit pada akaun department, sekarang tekan pc sahaja. Dah tahu semua pasal akaun kita termasuk semua urusan yang kita telah lakukan.

Am ini kalau dah gaji mulalah menghadap PC membayar bil-bil melalui online, senang dan mudah. Kalau dulu beratur atau ambil no. sambil jeling-jeling awek juruwang yang manis-manis tapi sekarang masuk sahaja web akaun kita sambil jeling-jeling boss dimana.

Am harap perkara online ini akan berjalan dengan bersih, janganlah ada pula anasir yang tidak senonoh mula godek sana dan godek sini sehingga orang mula takut gunakan sistem online ini.

Kalau tak silap Am, kerajaan pun sedang mengalakkan kita menggunakan sistem ini, boleh jimat banyak belanja pengurusan, kalau dah jimat tu patutnya bila sesiapa gunakan sistem ini percumalah, ini masih kena bayar. Am guna BCB, satu urusan kena RM2.00. Tak apalah masih jimat lagi kalau dibandingkan jika Am terpaksa pergi bank bayar sendiri. Jimat masa, minyak dan parking.


Nota Kaki:
Pernah terfikir juga, kalau kerja dirumah online kan bagus, datang pejabat seminggu sekali sahaja.

Labels: ,

Monday, November 28, 2005

Bercerita tentang "Hujung Minggu"

Mekah
Photo ini ambil ambil dari email yang rakan berikan pada Am, cantik betul photo ini dan Am terpanggil untuk berkongsi dengan rakan-rakan blog Am.

Am memang sudah lama pasang niat untuk pergi ke sini, entah bila niat Am ini akan tercapai, yang pastinya suatu hari nanti dengan keizinan tuhan Am akan sampai juga kesini.

Mekah
Sumber - Email dari Rakan


Hujung minggu biasalah banyak menghadiri rumah terbuka, banyak juga rumah yang dilawat termasuklah rumah yang tiada dalam perancangan.

Minggu lepas pula kebetulan hujung minggu terakhir bulan puasa jadi cuba untuk melawat rumah rakan-rakan.

Pergi rumah terbuka ini ada banyak keseronokkannya, pertama seperti biasa makan free, kedua berjumpa dengan yang lama tak jumpa dan yang ketiga ialah boleh berbual dengan sesiapa sahaja walaupun sebelum ini tak kenal lansung.

Cuma yang frustnya ialah tiba-tiba pula hari Sabtu, gusi Am sakit sangat sangat sampai terpaksa jumpa doktor gigi. Doktor kata Am ini selalu mengunyah mengunakan gigi belah kanan, dia nasihatkan Am mengunyah makanan menggunakan kedua-dua belah gigi. Sekarang ni terpaksa gunakan gigi belah kiri dahulu bila dah sembuh nanti baru mula berlatih guna kedua-dua belah.

Kebetulan cerita pasal gigi ini, Am teringat yang Am ada terima email minggu lepas tentang Jenama Ubat Gigi yang haram. Malas Am nak beritahu jenama ubat gigi itu disini kerana Am sendiri tak tahu setakat mana kebenarannya.

Yang pastinya, didalam dunia IT sekarang ini terlalu banyak maklumat yang kita dapat dan taraf kebenarannya sukar dipastikan dan kadang kala tak boleh dipastikan.


Nota Kaki:
Meeting bertambah lagi, maknanya kerja bertambah lagi, aduh.......

Labels: ,

Friday, November 25, 2005

Bercerita tentang "Rumah Terbuka"

Rumah
Inilah rumah Am dari pandangan Satelit "Google Earth". Dapat idea ini semasa melawat blog Afzan semalam. Agak sudah untuk download program, nasib baik ada kawan di pejabat ini yang tolong.

Nasib Setelit ini kurang canggih sedikit, kalau tidak Am rasa photo Am tengah mandi di kolam renang tu pun boleh dapat. ada sesiapa yang berminat tu, bolehlah cari rumah sendiri menggunakan satelit Google Earth.

Rumahku Syurgaku
Original Upload from Google Earth

Semalam ada jamuan hari raya di pejabat Am, kali pertama makan pizza sebagai hidangan utama dalam jamuan hari raya, semua makan sambil tersenyum. Hari ini pula selepas sembahyang jumaat ada jamuan hari raya di bangunan ini pula. Bangunan ini memang tiap-tiap tahun pun buat.

Nampaknya hujung minggu ini Am akan sibuk pergi rumah terbuka. Kebanyakkan rumah terbuka kawan-kawan isteri Am. Kondo Am juga akan buat jamuan hari raya pada malam Sabtu, seronok juga bila duduk dikawasan yang aktif.

Bila banyak rumah terbuka ini ada dua perkara yang pastinya berlaku, pertama jimat duit makan, mana tak makan tengahari, malam bukan dirumah sendiri dan yang kedua perut makin kedepan. Itu yang paling risau tu.

Rasanya minggu ini minggu terakhir rumah terbuka untuk Hari Raya tahun ini, minggu depan raya dah habis. Am? rasanya tak buat kot, isteri Am tak berapa sihat tahun ini.


Nota Kaki:
"Selamat berhujung minggu dan semoga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan."

Labels:

Thursday, November 24, 2005

Bercerita tentang "2 Cawan Kopi"

Dapat cerita ini dari email rakan Am, rasa amat tertarik dengan cerita ini dan ingin sangat berkongsi dengan rakan-rakan blog Am.

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab "ya!". Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya..."

Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab "Ya.."

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

"Sekarang..." profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda... Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil."

"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu..." "... anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda." "Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir..."

Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan..."

Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah "Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini... "

Marilah kita bersama mengambil iktibar dari cerita ini, berapa ramai kita yang menggunakan masa yang mereka ada dengan baik dan teratur atau kita sekadar melihat masa itu berlalu pergi tanpa kesal.


Nota kaki:
Masa tak akan pernah cukup kalau kita tak pandai menguruskannya.

Labels:

Wednesday, November 23, 2005

Bercerita tentang "Am"

Langit Raya
Akhirnya Am kembali mengupload photo langit di blog Am ini. Langit Am rakamkan kalau tak silap pada hari raya kedua di kampung Am, boleh kata langit rayalah ni.

Sambil beraya dan merenung, akhirnya tahu bahawa dimana-mana langit serupa sahaja cuma kita yang hidup berbumbungkan langit ini sahaja yang tak serupa.

Langit Raya
Original Upload from O2 Xda II mini


Hari ini hendak bercerita tetang diri Am pula, asyik bercerita tentang apa yang terjadi disekeliling sekali sekala hendak juga bercerita tentang tuan punya blog ini.

Sebelum menjejaki dunia Blog ini Am aktif dalam Group-group internet, Am sebenarnya suka mencari kawan didunia cyber. Am juga ada menghadiri perjumpaan ahli group dengan anak dan isteri Am. Pada Am tak salah mencari kawan, banyak benda yang kita akan dapat tapi bila group-group lari dari arah tujuannya Am mula kecewa dan menjauhkan diri dari group tersebut

Mungkin ramai yang terperanjat jika Am beritahu orang yang kenalkan tentang dunia blog ini adalah isteri Am sendiri, setelah diperkenalkan Am mula tertarik dengan cara blog ini. Am memang sudah lama tertarik dalam dunia IT ini, Am sendiri pernah ada satu Homepage Am sendiri yang Am buat di Geocities.

Blog pertama yang Am lawat ilah blog
Azhan, Am sangat tertarik dengan cara penyampaian dan layout blog saudara Azhan dan boleh dikatakan dialah tok guru pertama Am dalam dunia blog ini. Kemudian terlalu ramai rakan2 blog yang sudi membantu Am dan ada juga yang meminta bantuan Am. Am ada senaraikan mereka ini dalam ruangan "jejak blogger"

Diawal berblog ini niat Am lebih kepada untuk dijadikan diari hidup Am tapi bila difikirkan semula Am ambil kesempatan berblog ini sebagai satu cara untuk Am memberikan pendapat Am mengenai apa yang Am lihat atau berlaku disekeliling Am. Mungkin ramai yang tak sudi membacanya tapi bagi Am sekurang-kurang Am dapat meluahkannya untuk dijadikan ingatan pada diri Am sendiri.

Yang penting ada juga tempat Am bercerita tentang apa yang Am telah nampak dan penilaian Am terhadap perkara tersebut, kalau tidak sebelum ini isteri Am ialah jadi tempat Am melepaskan apa-apa yang Am tak puas hati, silap-silap dia pula tak puas hati hari-hari mendengar keluhan Am.

Gaya Bahasa didalam blog Am ini lebih kepada gaya bahasa Am sendiri, bahasa blog Am memang tak menarik tetapi Am cuba berblog dengan gaya bahasa yang mudah difahami supaya apa yang ingin Am sampaikan mudah difahami dan pada masa yang sama mencipta identiti Am sendiri.

Ada juga yang bertanya kenapa Am letak nick
AbahMuda@Am, ini kerana anak Am panggil Am Abah dan muda kerana jiwa kita kena sentiasa muda walaupun dah berumur, itulah prinsip yang Am selalu guna.

Ok perkataan "Klinik Minda - Merenung Jejak Kehidupan" pula adalah kerana Am amat berharap agar blog Am ini boleh menjadi satu tempat orang-orang kita membersihkan minda mereka yang penuh dengan sifat-sifat negatif di samping kita bersama merenung semula jejak-jejak yang kita tinggalkan. Kerana bagi Am banyak yang kita belajar dari jejak-jejak yang kita tinggalkan ataupun jejak-jejak yang rakan-rakan kita tinggalkan.

Walaupun banyak entry Am seperti menegur orang disekeliling Am, tapi hakikatnya Am lebih cuba menegur diri Am sendiri kerana Am sendiri tahu diri Am sendiri terlalu banyak cacat celanya. Am juga berharap akan mendapat teguran dari blogger yang lain jika entry atau pendapat Am salah. Hakikatnya itulah tujuan asal kita berblogkan, agar dapat tegur menegur.


Nota Kaki:
Satu lagi tujuan Am berblog adalah sebagai satu wasiat Am kepada semua atau kepada anak Am bila Am telah tiada lagi nanti.

Labels: ,

Tuesday, November 22, 2005

Bercerita tentang "Kawan dan Musuh"

Malam
Sekian lama Ambil photo waktu siang, sekarang ini berminat ambil photo waktu malam pula. Ini kiranya nak tukar imej sikitlah.

Seperti biasa lain dibayangkan lain pula jadinya


Malam
Original Upload from O2 Xda II mini


Hari ingin bercerita tentang kawan dan musuh. Ada sesuatu yang menyebabkan Am ingin bercerita tentang topik ini tapi terlupa pula apa sebabnya. Bahaya ini daya ingatan makin kurang sekarang.

Ok berbalik pada cerita hari ini. Satu masa dahulu ada seorang pernah beri perkataan ini pada Am "Jangan berkawan dengan kawan dan jangan bermusuh dengan musuh". Dulu Am tersenyum lihat ayat ini, pelik benar bunyinya dan terus terang Am sendiri pun tak faham maksudnya yang tersirat.

Bila makin dewasa dan menempuhi banyak pengalaman baru Am sendiri tahu maksud ayat itu. Bagi Amlah sempadan antara kawan dan musuh itu terlalu halus dan kadang kala kita sendiri tak pasti seseorang itu kawan kita atau musuh kita.

Kalau zaman dahulu kita sedar dan pasti siapa musuh kita tapi zaman moden ini kita tak pasti siapa kawan dan musuh kita hinggakan kita tersalah menafsir yang mana kawan dan musuh. Bagi Am tiada siapa yang dapat mengajar kita tentang ini, kita kena belajar sendiri untuk mengenal kawan bagaimana yang kita hendak.

Kalau masa dahulu ramai yang sanggup berkorban apa sahaja demi persabahatan walaupun harta dan nyawa tapi sekarang amat jarang kita dengar, mungkin kita sendiri sudah tidak pasti maksud kawan itu sendiri atau kita sendiri sudah tidak berani untuk pertaruhkan apa-apa untuk sebuah persabahatan.

Tentu ramai yang telah mendengar kawan selalu memuji kita walaupun kita salah, jadi berhati-hatilah jangan kita cepat termakan pujian dan satu lagi jangan kita cepat melatah dengan kritikan musuh kita.

Jadi kita lebih berhati dalam hidup kita, ramai yang terlalu taksub dengan kawan dan akhirnya terdampar ditepi-tepi jalan menjadi doktor tanpa tauliah atau memenuhi penjara-penjara yang semakin tak mampu menampung penghuninya dan paling sedihnya memenuhi bilik-bilik kecil dilorong-lorong gelap.

Dalam hidup Am, Am dah lihat ramai yang terpesong hidup mereka kerana pengaruh kawan, Am bersyukur kerana Am berjaya dalam ujian tentang kawan ini. Entahlah kalau ditanya nasihat Am, Am lebih suka memberi nasihat yang kita ini mesti kuatkan asas kita sendiri, kalau asas kita kuat kita akan selamat. Bagi Am semua berpunca dari asas kita.

Kita selalu lupa bahawa kawan kita yang paling baik ialah ibu bapa kita.


Nota Kaki:
Kawan yang baik itu boleh menjadi musuh yang bahaya, musuh pula boleh menjadi kawan yang lebih baik dari kawan baik.

Labels:

Monday, November 21, 2005

Bercerita tentang Hujung Minggu

UFO
Ambil photo ini waktu malam, ingatkan nak ambil pemandangan waktu malam, akhir ini yang jadi.

Nampak macam ambil photo UFO pula, jaga-jaga UFO dah datang Malaysia.


UFO
Original Upload from O2 Xda II mini



Hari cuti 1/2 hari, kereta buat hal pula, angin juga macam-macam dah tukar masih nak kena tukar lagi juga. Sabar sahaja lah.

Ok cerita tentang hujung minggu, hujung minggu ini masih lagi mood beraya. Pergi jemputan beraya dirumah Shai, kali pertama pergi beraya dirumah rakan blog dan juga rumah orang bujang. Segan pun ada juga. Sedap juga Shai masak, ada bakat rupanya. Terima kasih Shai kerana sudi menjemput Am sekeluarga.

Sebelum ke rumah Shai, sempat juga beraya dirumah sahabat isteri Am, kebetulan rumah dia dekat sahaja dengan rumah Shai. Selepas rumah Shai sepatutnya beraya lagi tapi hujan turun macam ribut pula, terus balik rumah berehat.

Hari Ahad pula isteri Am masak rendang, macam raya pertama pula. Apa lagi aktiviti dirumah makan dan makanlah. Nampaknya kalau tak berjaga-jaga berat Am akan bertambah dengan jayanya.

Yang tak sedapnya malam Ahad Am batuk-batuk dan rasa nak deman, sekarang pun masih batuk dan selsema juga. Nak MC tak boleh pula kerana ada kerja penting perlu diselesaikan.


Nota Kaki:
Minggu ini akan menjadi minggu sibuk Am harap-harap tak deman lah.

Labels:

Friday, November 18, 2005

Bercerita tentang "Penganas"

O2 Xda II mini
Inilah bentuknya "Handphone" baru Am. Sekian lama berhajat untuk memilikinya baru tertunai tahun ini.

Sebelum ini ada PDA tapi retak pula, punya lah tension masa tu, terpaksalah bergantung pada HF untuk tinggalkan apa2 maklumat.

Am pun belum pakar lagi gunakan O2 ini, mungkin beberapa bulan lagi akan jadi pakar kot.

Handphone
Original Upload from O2 Xda II mini


Hari ini hendak bercerita tentang penganas. Am tertanya-tanya apakah erti penganas itu sebenarnya. Rakyat Palestin dan Iraq berjuang untuk menghalau Amerika dan Israel dari bumi mereka, adakah mereka penganas. Amerika dan Israel yang menjajah bumi palestin dan Iraq, adakah mereka penganas? Akhirnya soalannya berbalik semua, siapakah sebenarnya penganas.

Am juga tidak setuju dengan pengebom berani mati ini tapi jika dipandang pada sudut lain, pengebom berani mati inilah yang berjaya membuka mata dunia pada masaalah penindasan mereka. Pihak Israel contohnya amat tertekan dengan pengebom berani mati ini. Walaupun tak banyak tapi akhirnya mereka terpaksa bersetuju dengan tuntutan pihak Palestin.

Secara peribadi bagi Am, tiada siapa yang hendak mengikat bom dibadan mereka dan meletupkannya tapi mereka ini benar-benar telah terdesak dan inginkan dunia mengetahui penderitaan mereka.

Kita kena tahu dan sentiasa ingat siapa yang mencipta penganas ini, disaat kita melaungkan kempen menghapuskan penganas tapi pada masa yang sama setengah pihak lain pula merampas hak orang, mengebom negara orang lain, menembak orang awam dengan alasan tak sengaja dan yang paling teruk menghalau mereka dari negara mereka. Kita kurangkan tapi pihak lain tambahkan kewujudan penganas ini, sampai bila perkara ini hendak berakhir?

Jangan pula kata Am menyebelahi penganas tapi bagi Am kita jangan terlalu leka dalam memerangi mereka tanpa mengetahui mengapa mereka jadi begitu. Bagi Am "mencegah kewujudan mereka lebih baik dari memerangi mereka"

Yang paling menyedihkan ialah bila sebut mengenai penganas sahaja, ramai yang menunding jari kearah orang islam. Kesihan kita, kita ramai tapi lemah dan tak bersatu, nak buta macam mana kita sanggup bersatu dengan orang lain untuk menindas saudara kita sendiri.


Nota Kaki:
Disangat satu pihak meraikan kejayaan atas pembunuhan seorang Dr., adakah kita berjaya dan hendak meraikannya sama?

Labels:

Thursday, November 17, 2005

Bercerita tentang "Penderaan"

Menarik
Biasalah photo ini Am rakamkan sewaktu balik kerja, inilah kerja Am kalau jalan jem teruk.

Makin kurang pula photo langit disini, sekarang pula musim hujan, susah sikit nak ambil photo langit yang menarik

Menarik
Original Upload from O2 Xda II mini



Semalam dengar cerita tentang penderaan, bahang juga hati Am dengar mengenai penderaan ini. Yang kena pula budak kecil lagilah panas membara. Dalam bulan yang penuh dengan kemaafan pun ada juga perasaan nak mendera.

Kalau sikit tak apa ini sampai patah tulang, dari tuhan beri dengan sempurna tubuh badan dah patah sana patah sini dan ada kemungkinan akan tempang.

Bagi Am anak itu adalah satu amanah dari tuhan untuk menguji kesabaran kita. Mereka ini patut disayangi bukan untuk didera atau bukan tempat untuk menunjukkan kejantanan kita. Kalau handal sangat pergilah dera pelumba-pelumba haram atau tak pun pergi benteras kongsi-kongsi gelap yang banyak bertaburan sekarang.

Kadang kala Am tertanya-tanya apa perasaan orang yang mendera kanak-kanak ini, mereka rasa banggakah? atau seronok? atau itu kejayaan dalam diri mereka? ataupun saja suka-suka. Yang pastinya jawapan standard tak sengaja dan saya menyesal.

Bagi Am mereka ini orang yang tak bersyukur, tuhan beri mereka anak pada masa ramai orang lain lagi yang sangat berharap dapat anak. Mereka membalas pemberian tuhan itu dengan penderaan. Kalau tak nak berilah sahaja pada orang lain, Am pun hendak juga. Macam kata anak Am 'Abah, Mama, bila kita nak beli baby?'

Memang Am tak nafikan kita boleh pukul anak kita, Am sendiri pun pukul anak Am tapi pukul itu biarlah dengan niat untuk mengajar dan bukan dengan nafsu marah kita.

Pada pembaca blog Am ini, jadikanlah cerita ini sebagai iktibar dan jika kita hendak memukul anak kita pun "Biarlah pukulan itu untuk mengajar bukan untuk mendera". Satu lagi pastikan marah kita dah reda baru pukul dia kerana kita sendiri tak perasan perbuatan kita semasa marah.


Nota Kaki:
Hari ini hari pertama anak Am tinggal dirumah jiran Am, selalu dirumah wan dia. Nak beri dia ubah angin sewaktu cuti sekolah ini. Selepas cuti sekolah nanti balik rumah wan semula.

Labels:

Wednesday, November 16, 2005

Bercerita tentang "Rasuah 2"

Hujan
Photo ini Am rakamkan sewaktu menunggu isteri Am, kebetulan hujan pula. Terus Am rakamkan Photo ini.

Inilah photo pertama Am rakamkan melalui Handphone O2 Xda II mini Am. Yang pastinya ia bukan yang terakhir kerana tangan Am dah kembali gatal untuk mengambil photo.

Hujan
Original Upload from O2 Xda II mini


Semalam bercerita tentang rasuah, hari ini Am masih berminat bercerita tentang rasuah tapi kali ini Am nak bercerita atau lebih lebih tepat memberi pendapat Am kenapa gejala rasuah makin berleluasa dan semakin susah hendak dibenteras.

Bagi Am ada banyak sebab dan jika hendak disenaraikan rasanya satu muka surat pun tak cukup tapi biarlah Am beri sebab utama pada pandangan Am. Secara peribadi bagi Am ada 3 sebab utama.

1. Terlalu banyak ruang untuk mereka terima rasuah
Bagi Am bila kita diberi terlalu banyak ruang untuk melakukan kesalahan kita sendiri akan melakukan kesalahan tanpa rasa takut, kerana kita tahu kita akan terlepas. Ini bukan sahaja pada polis tetapi pada semua bidang sekalipun.
Accountant juga akan mengelapkan duit syarikat jika dia diberi banyak ruang untuk berbuat demikian. Am bukan cakap kosong, benda ini pernah terjadi dan Am pernah saksikannya.

2. Undang-undang yang kurang tegas
Sebab ini memang semua orang dah tahu. Terlalu banyak undang-undang tapi tak tegas
"nak takut apa dia kata sahaja nak buat tapi tak buat pun, bila dia mula tegas kita stop sekejab, lepas tu sambung balik" Inilah perkataan yang selalu kita dengar, nak marah pun tak boleh kerana kebenarannya ada dimana-mana.

3. Rasuah itu sudah menjadi perkara kebiasaan bukan lagi kesalahan.
Am pernah dengar bila seseorang berkata yang duit rasuah pun akan dimasukkan dalam budget syarikat mereka tapi biasalah bukan atas nama rasuah, malah mereka tak malu-malu menyatakan mereka memberi rasuah. Ini baru tahun 2005, cuba bayangkan jika 5 tahun atau 10 tahun lagi ataupun pada tahun Wawasan 2020 apa kan terjadi.

Mungkin ada yang perasan kenapa Am tak senaraikan kesempitan hidup adalah sebab utama rasuah, bagi Am hampir semua orang yang menerima dan memberi rasuah adalah orang yang mampu cuma mereka tak mampu menahan nafsu mereka sahaja.

Bagi Am sebanyak mana undang tak guna, buat apa kita nak menakutkan mereka dengan hukuman yang berjela-jela tapi tak tegas dalam perlaksanaan.

Akhir kata Am minta maaf jika ada yang tak bersetuju dengan pendapat Am kerana Ini hanya pendapat Am sahaja, seorang insan kedil jika dibandingkan dengan pengubal, pelaksana dan pemikir lain yang memiliki beberapa gulung ijazah.


Nota Kaki:
Anak Am mula batuk balik, sepupu dia pula dah deman, ini gara-gara minum air sejuk tak putus-putus di Hari Raya lah ni.

Labels: ,

Tuesday, November 15, 2005

Bercerita tentang "Rasuah"

Beberapa hari yang lepas dengar cerita, pihak polis akan beri imbuhan kepada anggota-anggotanya yang tak terima rasuah. Am tergelak bila mendengar cerita atau berita ini. Bagi Am rasuah itu sendiri sudah salah kenapa perlu beri imbuhan pada yang tak terima rasuah. Seolah-olah kita memberi rasuah kepada sesiapa yang tak terima rasuah tapi dengan cara yang bersih.

Bagi Am jika kita hendak membetulkan sesuatu, pihak atasan harus tegas dalam mendisplinkan anggota-anggotanya. Tunjukkan ketegasan mereka bukan memanjakan anggota mereka dengan memberi berbagai imbuhan kerana sebanyak mana imbuhan yang mereka beri tidak akan dapat melawan sifat anggotanya yang ingin terima rasuah. Tambahan pula sampai bila sifat mereka itu akan berubah, bila pihak atasan tak beri imbuhan tak mustahil mereka akan terima rasuah semula.

Bagi Am, kalau kita hendak memberhentikan gejala rasuah ini, kita harus selesaikan secara keseluruhan bukan setakat untuk jangka pendek sahaja. Kita harus tegas bukan membetulkan satu kesalahan dengan satu kesalahan yang akan menimbulkan satu masalah lain pula dimasa hadapan.

Secara peribadi, jika pasukan polis hendak dihormati dan dipandang mulia seperti pasukan polis diawal kewujudannya, ia harus bersih bukan atas dasar imbuhan tapi secara ikhlas. Jika pasukan polis boleh terima imbuhan kerana tidak terima rasuah, suatu hari nanti penagih dadah juga boleh terima imbuhan kerana tidak menghisap dadah, pencuri juga boleh kerana tidak mencuri dan paling seronok sekali pemberi rasuah juga boleh dapat imbuhan kerana tak memberi rasuah. Semua itu tak mustahil...

Kalau tak silap Am, Negara kita telah disenaraikan dalam salah sebuah negara yang mempunyai kadar rasuah yang paling tinggi, walaupun banyak pihak memandang perkara ini serius tapi ketegasan dalam mencegah masalah ini masih kurang dan yang paling menyakitkan kadang kala ketegasannya hanyalah bersifat sementara.


Nota Kaki:
Takut untuk berbicara mengenai isu ini, tapi seseorang harus memulakan bicara.

Labels: ,

Monday, November 14, 2005

Bercerita tentang "Cuti Hari Raya"

Cuti 2 minggu sampai tak tahu nak mula bercerita dari mana. Bermula cuti dengan perasaan yang tercalar kerana berita gembira jadi berita tak gembira. Biasalah tak boleh berharap sangat.

Banyak nak diceritakan mengenai kemalangan yang makin bertambah walaupun undang-undang pun makin bertambah, mengenai perangai perkerja di KLIA dan beberapa isu yang lain. Tapi ini tunggulah pada masa lain. Kali ini Am nak bercerita tentang raya Am.

Hari raya Pertama beraya dirumah Am sendiri, almaklumlah ini raya pertama di rumah baru Am tapi suasana sunyi, hampir semua jiran dah beraya di kampung. Sempat juga beraya dirumah jiran Am selepas balik sembahyang raya. Jiran ini balik kampung lewat, suami dia berkerja.

Selepas melawat kubur arwah anak pertama Am, balik kampung isteri Am. Bila balik kampung isteri Am ini wajib melawat sanak saudara dia, memang penat pun. Itupun nasib baik ada yang tiada dirumah kalau tidak lagi letih. Anak Am sahaja yang seronok, melasak sakan dia sampai Am dan isteri habis suara marah dia.

Banyak juga anak Am kumpul duit raya tahun ini, Pak Su dia ajak kongsi, dia kata "Kongsi boleh Tapi tak boleh ambil"

Hari raya Kedua balik kampung Am pula, seronok bila hampir semua adik beradik Am berkumpul. Sebenarnya jarang kami dapat berkumpul ramai-ramai ini. Almaklumlah semua ada tanggungjawab masing-masing. Kebetulan berkumpul adik ipar Am masak laksa Pahang. Kali pertama makan laksa Pahang ini, orang lain semua kepedasan cuma anak Am sahaja yang selamba sahaja makan.

Hari raya Ketiga adik isteri Am dapat anak lelaki. Bertambahlah keluarga belah isteri Am, sekarang ini bapa mertua Am dah ada 2 cucu lelaki dan satu cucu perempuan, rasanya tanggungjawab Am pula untuk cukupkan pasangan tu kot hehehehe.

Hari yang lain lebihnya pergi rumah rakan-rakan di KL dan duduk rumah tunggu orang datang beraya. (Rakan-rakan blog tiada yang berminat untuk beraya dirumah Am ker? Rumah sentiasa terbuka) TV pula berdoyon-doyon cerita melayu yang menarik, tahun lepas baru keluar panggung tahun ini dah keluar TV, macam mengalakkan orang tak pergi panggung sahaja.

Hari raya ini juga Am beli Handphone baru, bukan banyak duit sangat pun cuma Am memang dah lama minat Hanphone ini. Jenis O2 Xda II Mini. Nanti kalau ada photo-photo yang menarik Am akan uploadkan disini.


Nota Kaki:
Bila terlalu lama meninggalkan blog ini terasa rindu pula, satu lagi takut bakat merepek tulis entry pun akan terkikis.

Labels: