AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Friday, January 27, 2006

Bercerita tentang "Banyak Perkara" III

Pencemaran


Sebenarnya sudah lama Am hendak merakamkan gambar kilang yang memberikan pencemaran asap ini akhirnya pagi semalam berjaya dirakamkan.

Am sebenarnya geram tak kira jerebu atau tidak kilang ini sentiasa mengeluarkan asap yang tebal sebegini, marah pun ada juga

Pencemaran...
Original Upload from O2 Xda II mini

MARA vs IbuBapa
KUALA LUMPUR: Orang ramai memberikan pelbagai reaksi berhubung tindakan Majlis Amanah Rakyat (Mara) menghalang pelajar melanjutkan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) jika ibu bapa mereka yang berhutang gagal membayar balik pinjaman pendidikan Mara. Sesetengah mereka yang menyalahkan ibu bapa kerana gagal menunaikan tanggungjawab, manakala yang lain menyalahkan Mara kerana tidak menyediakan mekanisme berkesan untuk memungut pinjaman.
Sepenuhnya

Bagi Am pula kesalahan ibubapa janganlah anak yang hendak belajar yang dibebankan, tak perlu gangu pemikiran anak yang hendak belajar itu dengan masalah kedegilan dan kesombongan ibubapa mereka dan MARA itu sendiri kena berfikir secara rasional semula apakah tujuan penubuhannya, jangan sampai kerana nak kutip hutang semula mereka menolak tujuan asal penubuhannya ketempat kedua pula.

Malaysian Most Beautiful
Semalam akhirnya telah terpilihlah pemenangnya tapi secara peribadi bagi Amlah, tiada siapa yang layak untuk memang, kecantikan luar sudahlah kurang kecantikkan dalam memang sangat kurang, tapi nak buat macam manakan kena ada juga pemenang. Yang buat Am terperanjat ialah hadiahnya memang betul-betul lumayan

Anak
Anak Am macam dah sihat sahaja, dah melasak balik dan menjerit sana sini, tentang bab buat kerja sekolah mama dia kata dah ok sikit tapi masih susah nak buat dengan abah dia yang dia kata garang ini, Am ingat anak Am sahaja yang susah buat kerja sekolah tapi bila berbual dengan ayah kawan anak Am, anak dia pun susah juga rupanya. Satu lagi mengenai tulisan dia, dulu Am dan isteri memang risau kerana tulisan dia tak cantik tapi bila lihat rakan-rakan dia yang lain rupanya sama sahaja. Kadang-kadang Am ini terlalu inginkan anak Am buat yang terbaik sehingga Am terlupa pula semasa Am umur dengan dia dulu rasanya mengeja pun Am belum tahu lagi.

Cuti Panjang
Cuti seminggu akan tiba, Am dan isteri tak tahu nak kemana lagi, cuma kami rancang nak piknik di Sungai Gabai sahaja, anak Am tentu suka kerana sudah lama kami tak kesana semenjak ada kolam ditempat tinggal Am ini. Kalau nak kesana sudah tentu kena pergi awal-awal pagi kalau tidak jauhlah hendak parking kereta. Ada sesiapa nak join Am sekali ker?

Kerja
Lega sikit, hampir semua kerja penting telah berjaya disiapkan sebelum cuti ini, tapi rasanya ada kerja baru yang akan datang selepas cuti nanti, Am rasa bukan Am sahaja tapi ramai yang lain juga sibuk sangat sebelum cuti panjang ini. Betul tak?

Mimpi
Jarang Am boleh ingat apa Am mimpi tapi semalam Am mimpi Telefon O2 Am pecah kerana terjatuh, punyalah Am bengang dalam mimpi Am, satu lagi semasa dalam mimpi semua orang guna telefon bimbit yang canggih-canggih hehehe, nasib baik mimpi sahaja.

Kereta
Kereta dah mula buat perangai pula sekarang, dah ada bunyi yang tak menyenangkan keluar, kadang-kadang punyalah bising, rasanya baru sahaja berhabis untuk kereta hujung tahun lepas, kereta merajuk kot, anak kata dah minat kereta lain, dia minat kereta waja lah pulak

Tag
Sebenarnya dua Tag yang Am kena dengan rakan blog dan masih tak berjawab lagi, rasa macam berhutang pula, Tag ini payah sikit nak jawab kerana kena fikirkan jawapannya, tak apa bila Am kurang sibuk selepas cuti nanti Am akan langsaikan hutang itu, biar lambat asalkan berjawab, betul tak?


Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu dan selamat bercuti, kepada siapa yang nak berkahwin selamat menempuh alam rumahtangga, kepada yang nak bertunang selamat bertunang, kepada yang beraya tu selamat beraya dan yang paling penting semuga kita semua diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan dan akan lakukan.

Labels: , , , , ,

Thursday, January 26, 2006

Bercerita tentang "Getah dan Bigfoot"

Malam


Photo ini Am rakamkan waktu malam semasa pergi McD, cuba ambil photo yang nampak unik sedikit,unik punya pasal terus lampu itu jadi bengkok.

Seperti yang Am pernah beritahu dahulu, Awan diwaktu siang sekarang nampaknya kurang menarik, tidak biru lagi, mungkin jerebu akan datang melanda, mungkin....

Malam...
Original Upload from O2 Xda II mini

Harga getah telah meningkat ke RM3.00 sekilogram dipasaran akibat permintaan yang tinggi dipasaran, wah nampaknya kayalah pekebun getah, baca suratkhabar mereka boleh mendapat pendapat RM1,600 jika berkerja 5 hari sahaja. Ada ura-ura juga memberitahu harga getah akan semakin naik. Ini berita baik kepada negara sebenarnya, selepas ini mulalah syarikat-syarikat mula menumpukan untuk menanam getah semula yang dulunya sibuk dengan kelapa sawit.

Nampaknya selepas ini ramailah anak-anak peneroka akan kembali menoreh getah atau kembali ke kampung meminjam duit ayah mereka

Lain pula tentang Bigfoot, dengar cerita juga 2 kumpulan penyelidik telah ditubuhkan di Malaysia untuk menjejaki Bigfoot. Walaupun secara peribadi bagi Am agak terlambat tapi sekurang-kurangnya mereka-mereka ini telah memulakan sesuatu yang sepatutnya sudah lama dimulakan. Nampaknya Bigfoot pun sudah mula kena berjaga-jaga di Malaysia ni, mungkin selepas ini hidup mereka sudah tidak tenteram lagi.

Cuma Am harap biarlah mereka mereka setakat menyelidik, menjejaki dan merakam sahaja, jangan sampai nak menangkap dan mengurung Bigfoot didalam sangkar. Kesihan mereka pun nak hidup juga. Lagi satu mana tahu terlepas dari sangkar, mengamuk pula Bigfoot ini di bandar, dah jadi macam cerita King Kong pula, tak ker naya? hehehehe


Nota Kaki:
Anak Am dah ok, dah mula melasak balik, walaupun bengkak dihidung telah hilang tapi kesan luka belum sembuh sepenuhnya.

Labels:

Wednesday, January 25, 2006

Bercerita tentang "SMS"

Sebelum


Photo ini Am rakamkan sewaktu hari hendak hujan, memang betul pun selepas photo ini dirakamkan hujan turun dengan selebat-lebatnya. Nampaknya awan hitam itu berjaya menindas awan biru itu.

Am pernah hendah merakamkan suasana waktu hujan tapi apa daya photo yang dihasilkan lansung tak menarik perhatian Am, kelabu sahaja

Sebelum Hujan...
Original Upload from O2 Xda II mini

'Abg Lang, Mak dekat hospital'

Punyalah Am terperanjat bila dapat SMS ini dari adik Am, rasanya semasa telefon mak Am, dia sihat sahaja, bila pula dia dihospital. Terus Am telefon adik Am, ingat nak tanya di hospital mana dan wad berapa.

Bila telefon baru Am tahu yang sebenarnya mak Am melawat orang sakit di hospital dan dia hanya nak beritahu yang mak Am tiada di kampung tapi dihospital melawat orang sakit.

Kadang-kadang kerana nak cepat kita beri SMS yang tak lengkap atau maklumat yang tak tepat, mungkin ramai orang yang terkena seperti situasi Am ini. Seperti biasa bisinglah Am pada adik Am. Lemah jantung Am dibuat oleh adik Am ni.

Kita semua perlu ingat SMS itu adalah untuk kemudahan kita, janganlah kita nak menyusahkan hidup kita dengan SMS pula dan kita boleh berjimat atau nak cepat tapi pastikanlah maklumat yang diberi itu tepat, mudah dibaca dan tak mengelirukan pihak yang menerimanya.

Anak
Semalam anak Am jatuh disekolah dia, luka dan bengkak dihidung dan sedikit bengkak dibelakang kepala, mujur hari ini sakit dibelakang kepala dah kurang walaupun bengkak dihidung masih belum surut sangat lagi.

Kesian pulak Am tengok Anak Am, pedih luka dia kena air semasa mandi pagi tadi, isteri Am biasalah risau habis, sudah semalam dia siap ambil cuti 1/2 hari, nasib baik Am ada mesyuarat kalau tidak Am pun cuti 1/2 hari juga.

Yang kelakarnya, anak Am beritahu kawan dia kata hari ini dia tak payah datang tadika kerana dah sakit, amboi pandai betul kawan dia sakit terus tak payah datang.


Nota Kaki:
Limau makin banyak dapat, batuk dan tekak pula makin teruk, nampaknya limau itu jadi rezeki jiran Amlah nanti

Labels: ,

Tuesday, January 24, 2006

Bercerita tentang "Semut"

Menara


Photo ini Am rakamkan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Tiba berhenti kebetulan pula nampak Manara KL ini, terus Am rakamkan photo ini. Menara KL diawal pagi.

Photo ini boleh kata khas untuk saudara Shai, Mungkin suatu hari nanti Am akan rakamkan Menara KL ini dengan lebih menarik lagi

Menara KL...
Original Upload from O2 Xda II mini

Sekarang ini musim semut dirumah Am, punyalah banyak semut, bermacam saiz dan jenis. Tapi nama glamernya Am panggil semut halus dan semut hitam. Dirumah kalau tinggal barang makan sikit mulalah dia tumpang makan sekali, lepas dia tumpang makan dah pasti dia makan sorang takkanlah Am nak join sekali kot.

Dipejabat pula paling glamer semut hitam, kadang-kadang tu air tak sempat Am minum dia dah minum dulu, kadang-kadang sampai dia buat acara terjun di air Am tu sampai meninggal dunia pulak dia disitu. Yang peliknya lepas tu tak ada pula kawan-kawan dia yang nak minum air tu sampai habis. Hissss membazir betul.

Sekarang ini Am dah mula letak ubat semut di rumah dan pejabat, harap-harap masalah semut ini akan reda. Nampaknya Am jadi pembunuh pula sekarang...pembunuh semut.


Nota Kaki:
Kagum dengan perangai semut tak tak mengerti putus asa

Labels:

Monday, January 23, 2006

Bercerita tentang "Ibubapa"

Terbit


Matahari sudah terbit, Susah betul nak ambil photo matahari terbit ni, ini ambil semasa dalam perjalanan hantar anak ke tadika.

Bangun semua matahari sudah terbit, hari baru sudah datang, datang dengan seribu harapan, datang dengan seribu rahsia yang bakal mencipta kenangan, kejayaan atau mungkin juga kekecewaan

Terbit...
Original Upload from O2 Xda II mini

Hai apa khabar semua? bagaimana dengan hujung minggu? alhamdulillah, Am masih sihat lagi dan masih lagi mampu berceloteh disini

Hujung minggu sempat juga Am untuk menonton ulangan drama "Pondok Buruk 2", cerita ini memang tak bosan hendak ditengok, walaupun tak dapat tengok sehingga ke akhirnya kerana tiba-tiba ada "meeting" di tempat tinggal Am.

Am tertanya-tanya didalam hati, mampukah Am jadi seperti Rosyam Nor itu, Am tak mahu terlalu meninggi diri kata Am mampu walaupun hanya sekadar cakap sahaja dan bila kenyataan Am jadi takut dan mengalah. Yang pastinya sebagai anak Am akan cuba menjalankan tanggungjawab Am sebagai anak.

Teringat satu perbualan dengan bapa mertua adik ipar Am semasa di Kelantan, berbual punya berbual termasuk bab ibubapa, dia tanya Am

Kenapa kita kena menghormati/sayang ibubapa kita?

Dia renung sambil menantikan jawapan Am, Am harap dia akan menjawap soalan itu sendiri tapi akhirnya Am jawab kerana ibubapa sudah menjaga kita dari kecil lagi. Dia senyum dengan jawapan Am dan kata jawapan Am betul tapi tak berapa tepat.

Cuba jawab kenapa jika lemas atau kebakaran, ibu atau bapa mati dengan anak mereka sekali, kalau nak ikutkan mereka boleh menyelamatkan diri mereka dengan meninggalkan anak mereka, jawapanya kerana mereka sudah mengangap anak itu nyawa mereka, kalau ada seekor nyawa nak gigit kita pun dia marah, begitulah besarnya kasih sayang ibubapa kita.

Begitu besar kasih sayang mereka, mereka tidak minta kita membalasnya, mereka juga tidak meminta kita menyediakan kemewahan buat mereka, yang pastinya mereka memerlukan sedikit perhatian dari kita. Kadang kala perkataan "Hello, mak apa khabar?" "Abah dah makan ker belum, jaga kesihatan ya" sudah cukup mengembirakan mereka.


Nota Kaki:
Semasa tengok Pondok Buruk2 itu tanya anak Am, nanti dah besar nak jaga abah dan mama tak? Nak, Nak jaga abah dan mama bila sakit tak? Nak. Harap-harap jawapan tetap sama biarpun dia dah besar dan berumahtangga nanti.

Labels:

Friday, January 20, 2006

Bercerita tentang "Siapa Salah"

Malam


Photo ini Am rakamkan beberapa hari lepas, sebenarnya ambil sambil lewa sahaja kerana photo yang Am rakamkan waktu malam kebanyakkannya tidak menarik, tiba-tiba yang ini nampak menarik pula.

Ada nampak langit biru pula dihujung belah bawah photo ini, macam mana boleh jadi macam ini Am pun tak tahu

Malam...
Original Upload from O2 Xda II mini

Terlebih dahulu sebelum Am pergi jauh dalam entry Am hari ini, Am hendak menerangkan Am bukan nak membangkit apa-apa isu yang sensitif disini cuma kalau tak silap Am rata-rata pengunjung blog Am adalah orang melayu yang berugama islam makan Am cuba nak memberikan sedikit pendapat dalam isu yang Am hendak paparkan.

Sekarang terlalu panas isu orang bukan islam bagai cuba campur tangan dalam hal ugama islam, Am taknaklah kupas bagaimana nak menghalang dan bagaimana nak menyelesaikan isu ini, sudah ramai orang yang bijak pandai dari bawah hingga keatas memberikan pendapat mereka. Am lebih terpanggil untuk membawa kita semua berfikir kenapa perkara ini terjadi dan yang paling penting kita kena tanya diri kita sendiri kenapa mereka berani campur tangan tentang islam.

Adakah kerana mereka terlalu berani atau kita terlalu takut?
Adakah bilangan mereka terlalu ramai dan kita pula makin sikit?
Adakah mereka bersatu dan kita pula pula makin tak bersatu?
Adakah mereka terasa terancam dengan kita atau sebenarnya kita makin lemah?

Pertama bagi Am orang islam itu sendiri sudah tak menghormati Islam itu sendiri. Berapa ramai orang islam yang menukar siaran TV bila azan keudara, berapa ramai orang islam makan ditempat terbuka dibulan ramadhan, Berapa ramai orang islam yang memenuhi kedai nombor ekor, berapa orang islam yang berpakaian begitu nipis sehingga nampak luar dan dalam, berapa ramai orang islam yang berpelukkan macam 100 tahun tak jumpa didalam dan luar kelab malam di ibukota dan paling menyedihkan berapa ramai orang islam tanpa segan silu meneguk arak dengan perasaan bangga.

Jika kita sendiri sudah tidak menghormati ugama kita sendiri bagaimana kita hendak orang yang tidak faham tentang ugama kita menghormati ugama kita. Sepatutnya kita lakukan perkara yang boleh buat ugama kita dihormati tapi kita lakukan sebaliknya. Tidakkah kita malu dengan orang yang baru menganuti ugama islam lebih menghormati islam berbanding dengan kita telah menganuti sejak zaman berzaman lagi. Pernah satu peristiwa dimana bila seorang artis ditangkap oleh jabatan ugama, siapa yang bising dan marah, bukan orang bukan berugama islam tapi orang melayu yang berugama islam itu sendiri.

Kedua kita sendiri tidak bersatu, dalam arena politik di Malaysia, orang islam yang pada mulanya hanya dipisahkan oleh dua parti politik kini telah dipisah dengan tiga parti politik dengan setiap parti dengan agenda masing-masing. Malah mereka begitu taksub dengan pilitik mereka sehinggakan tersentuh baru pun tak tegur. Secara tak lansung kita sebenarnya kita makin lemah dan semakin lemah, kita bersatu dengan puak-puak kita sendiri sedangkan mereka pula menyatukan puak-puak mereka. Bukan salah mereka, mereka menjaga kepentingan mereka cuma kita yang terlaku suka bercakaran sesama sendiri sehinggakan kepentingan juga hampir diambil oleh mereka.

Cuba tanya kenapa bukan islam tidak mempertikaikan "Perkara 121 (1) (A) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kewibawaan dan status mahkamah syariah" sebelum ini padahal ia telah lama dijalankan, jawapannya mudah sahaja dahulu mereka tidak yakin kerana kita kuat dan bersatu tapi sekarang kita makin lemah dan tak bersatu. Yang lain hanya sebagai alasan semata-mata kerana mereka tidak berani sentuh kerana mereka tahu itu memang sepatutnya menjadi hak kita, sebagai negara islam. Sekarang mereka mencuba kerana yakin dengan tekanan mereka perkara ini ada kemungkinan akan berjaya ditambah pula dengan pertolongan menteri-menteri kerajaan yang bukan berugama islam.

Ketiga sebenarnya kita orang islam sendiri tidak yakin dengan undang-undang islam itu sendiri, malah bila ada ura-ura ia hendak dijalankan kita sendiri yang menentangnya. Kita ada JAWI tapi bila JAWI hendak melakukan sesuatu kita sebagai orang islam sendiri yang menentang, sepatutnya kita sokong tapi sebaliknya. Orang bukan islam sudah pasti tak menyokong, bukan salah mereka JAWI bukan mengwakili mereka tapi kenapa kita sendiri orang islam turut tidak menyokong?

Keempat orang islam sudah tidak ingin ambil tahu, ini Am tengok makin banyak terjadi, maksud Am orang islam tak nak ambil tahu apa yang terjadi dengan ugama mereka, lepaskan pada pihak yang dipertangungjawabkan, malas nak fikir buat sakit kepala sahaja

Bukan Am nak mengutuk orang islam tapi kita terlalu cepat nak menyalahkan orang lain, kita terlupa kita sendiri yang tak tegas dalam menjaga hak kita, semenjak merdeka dan tertubuhnya Malaysia, kita sebagai orang islam telah diberi hak-hak kita dalam perlembagaan, jangan kerana kelemahan kita dan sedikit tekanan dari pihak lain kita akan sedikit demi sedikit kehilangan hak kita sebagai orang islam.

Am harap entry ini tidak dianggap sebagai perkauman kerana bagi Am orang islam bukan orang melayu sahaja tapi ramai bangsa lain di Malaysia ini juga berugama islam.


Nota Kaki:
Ikut apa kata mereka bukan ikut apa mereka buat.....

"Selamat berhujung minggu semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan"

Labels: ,

Thursday, January 19, 2006

Bercerita tentang "Rindu"

Pelik


Photo ini sebenarnya Am sendiri sudah lupa bila Am rakamkan, sebabnya ambil photo ini sudah pasti kerana Am rasa awan pada waktu itu amat pelik dan susah nak nampak lagi.

Selalunya awan memang pelik bagi Amlah tapi Am rasa jika awan itu boleh berkata, dia akan kata Am lagi pelik, tak penatkah ambil photo dia

Pelik tapi Menarik...
Original Upload from O2 Xda II mini

Pernah tak sesiapa tiba-tiba sahaja perasaan rindu itu datang, perasaan rindu ini kadang kala bukan sahaja pada manusia atau benda hidup tapi kita boleh juga rindu pada benda yang kita suka atau perbuatan yang biasa kita lakukan.

Teringat lagi satu masa dahulu, semasa Am belum berkahwin dengan isteri Am, masa itu dia sedang belajar di UiTM (dulu ITM). Biasalah semasa hujung minggu kami akan berdating hehehe. Pada satu hujung minggu itu kami tak berdating dan Am rasa rindulah pulak. Nasib baik Am tahu dimana dia akan bertolak balik ke ITM dan masa dia bertolak. Terus Am naik motor dan pergi jumpa dia, nasib baik bas belum bertolak.

Yang paling kelakarnya semasa Am masuk dalam bas itu dan tercari-cari isteri Am semua mata memandang Am, Am terus pandang di kerusi belakang, hakikat isteri Am berada dikerusi depan sahaja. Macam mana boleh tak nampak agaknya. Dia yang tegur Am hehehehe lepas rindu.

Rindu itu sebenarnya elok tapi kalau rindu sampai tak boleh buat apa, makan tak nak, tidur tak nak dan paling teruk mandi pun tak nak sampai menyusahkan orang lain itulah yang tak eloknya.

Am ada baca satu entry di salah satu blog (dah terlupa pula blog siapa) setiap hari paling kurang ada seorang yang sedang merindui kita. Betul atau tidak Am sendiri tak pasti. Siapakah agaknya yang sedang merindui Am saat ini?


Nota Kaki:
Am yang sedang merindui sangat Am tak sibuk.....

Labels:

Bercerita tentang "Telefon Bimbit ke Sekolah"

Kapal


Inilah Photo kapal yang Am ambil dari koleksi photo lawatan Am ke Muzium Samudera, Melaka. Nampak kecilkan kapal ini.

Sebenar tak tahu nak paparkan photo apa disini, kebelakang ini langit mendung sahaja dan tiada langit yang cantik hendak dirakamkan, langit dah merajuk agaknya.

Kapal...
Original Upload from O2 Xda II mini

Entry kedua dalam satu hari, macam Am tak sibuk pula, kata sibuk hehehe. Sebenarnya boleh kata tak sabar nak lepas geram, kalau di ERA lepas geram hari Jumaat, blog Am pula nak lepas geram hari ini.

Dengar diberita radio hari ini yang kabinet mengarahkan penarikan kembali kebenaran bagi pelajar sekolah membawa telefon bimbit. Pelik bercampur hairan Malaysia ini, satu pihak dengan selamba sahaja tanpa membuat apa-apa kajian memberi kebenaran dan satu pihak lagi tak tahan dengan tekanan mengarahkan kebenaran ditarik balik.

Tidakkah mereka tahu jika mereka berbuat demikian mereka memalukan satu pihak lain dan pihak itu akan dipandang rendah oleh orang ramai dan yang paling penting rakyat akan berpendapat tiada kerjasama yang baik dalam kerajaan sendiri. Buat malu sahaja.

Arahan dibuat bagai memuaskan hati setengah pihak dan ditarik balik untuk memuaskan hati setengah pihak yang lain, bagai tiada ketelusan dalam arahan itu.

Yang amat menyedihkan pelajar-pelajar diberikan harapan dan akhirnya harapan itu ditarik semula, Am sebenarnya dah jemu dengan sikap pemerintah yang tidak tegas dengan sesuatu yang mereka tetapkan sendiri. Sentiasa bertukar arahan dan tak peka dengan apa yang mereka lakukan.

Jangan jadikan sekolah, pelajar dan rakyat sebagai makmal ujikaji dalam segala undang2 baru mereka kerana setiap undang2 mereka tetapkan akan memberikan kesan bukan sahaja dalam jangka masa pendek tapi jangkamasa panjang dan mungkin selepas mereka tidak menjadi pemimpin lagi.


Nota Kaki:
Masih dalam keadaan pelik dan hairan yang teramat sangat...

Labels:

Wednesday, January 18, 2006

Bercerita tentang "Kerja"

Senja


Photo senja ini Am ambil semasa isteri Am yang sedang memandu, sambil dia memandu Am sibuk menekan sini sana, bila lagi nak ambil peluang

Sekarang susah benar Am nak merakan photo senja, matahari hanya terbit didepan rumah Am dan terbenamnya ditempat lain, kalau ada yang menarik Am akan paparkan disini.

Senja
Original Upload from O2 Xda II mini

Sekarang ini Am memang didalam keadaan yang sibuk betul, mungkin boleh kata sibuk gila atau sibuk tahap dewa hehehe. Banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum cuti tahun baru cina nanti. Bila fikir balik memang banyak cuti bulan satu dan bulan 12 ini.

Boss pula "Jalan-jalan cari pasal", biasalah bila semua sibuk dan dia tak sibuk itulah kerja dia. Kadang-kadang Am pening layan boss Am ini, betul juga kata orang kalau boos perempuan ini susah nak layan, kita kena jaga kerja dan yang paling penting perasaan kena jaga perasaan dia. Memang bukan semua boss perempuan macam ini tapi yang pastinya Am dapat.

Rakan-rakan pejabat semuanya "duduk-duduk buat kerja", semuanya tiada masa nak berjalan kesini kesana. Teringat seorang rakan Am dahulu, kemana-mana dia berjalan dengan file ditangan, bila ditanya dia jawab 'sengaja bawa file nanti orang tahu kita buat kerja, kalau tidak orang ingat dia suka berjalan dan tak buat kerja' Suasana pejabat sekarang senyap dengan semua menghadap komputer menyiapkan kerja, pejabat Am macam di langgar garuda pula. Semua macam hilang mood nak gelak dan berjenaka bila kerja bertimbun didepan mata.

Sudah dua hari balik lambat, harap-harap janganlah hari ini pun balik lambat juga. Malas hari-hari balik lambat, kesian anak yang menunggu dirumah.

Kepada rakan-rakan blog jangan kecil hati ya, nampaknya Am akan kurang sangat melawat blog-blog, tunggulah selepas tahun baru cina kita akan "Jalan-jalan tengok blog semula"


Nota Kaki:
Am yang sedang keletihan.....

Labels:

Tuesday, January 17, 2006

Bercerita tentang "Anak"

Hijau


Susah benar Am hendak memaparkan kehijauan pokok didalam photo-photo yang Am rakamkan, bukan apa cuma bila takan pokoknya jadi hitam, yang ini dapat juga pokok yang hijau.

Banyak lagi yang perlu Am belajar tentang kamera Hf Am ini rupanya, mungkin lepas ini banyak lagi pokok hijau akan menjelma disini.

Hijau
Original Upload from O2 Xda II mini

Beberapa hari yang lepas, masuk blog PB, seronok betul baca entry dia mengenai hubby dia, terus timbul minat nak buat entry macam dia tapi mengenai anak Am, kalau buat pasal isteri Am banyak pulak soaljawab nanti kerana dia memang selalu juga masuk blog Am ini.

Ini dia sifat-sifat anak Am, setakat yang Am nampak sahajalah, tak tahulah kalau dirumah wan dia atau ditadika dia dia berubah 100% pula, tapi rasanya tidak.

Suka Makan
Anak Am suka makan makanan pedas, macam abah dia juga, kalau tak ada pedas susah dia nak makan, segala-galanya kena pedas, kadang kala Am takut dia pedas tapi dia selamba aja, Sup pun dia suka juga, kadang-kadang tu kalau dikedai dia boleh habiskan sup semangkok dan buat masa sekarang ni dia peminat setia roti juga. Bagi roti dengan jem kacang dah cukup, sampai berkeping-keping roti dia boleh habiskan.

Suka Minum
Milo Ais, paling dia suka, mana-mana pergi milo ais, kalau pergi pasaraya dia suka vitagen pula, ini barang dia yang wajib kena beli. Tapi bila nak tidur malam dia akan minum air suam satu bekas tupperware (betul ker eja ni). Satu lagi dia tak suka air bergas, apa jenis pun dia tak suka, kalau terus sampai besar pun bagus

Dah Ada awek
Hehehe memang dia dah ada awek, namanya Anis, anak kawan Am, kalau orang tanya itulah nama awek dia, kalau berjumpa malu pulak, dah beberapa tahun masih tak tukar awek lagi, setia betul anak Am ni, pun macam abah dia juga hehehe

Kedekut betul
Anak Am ni kalau masuk bab duit memang kedekut betul, jangan minta duit dia memang dia tak kasi punya, tapi rajin minta duit abah dan mama dia. Ada satu kes dulu, bawa dia pergi pejabat Am, rakan-rakan berilah duit raya pada dia, dia ajak Am beli mainan, Am kata ok tapi dia bayar pakai duit itu, setuju terus tapi bila Am suruh bayar dia dah buat muka semacam dan nak nangis. Moralnya kalau nak bawa dia berjalan pastikan abah dan mana dia ada duit, jangan harapkan duit dia. Yang ini bukan macam abah dia hehehe

Panas Baran dan Tak Sabar
Yang ini memang payah betul, kalau dia tak dapat buat sesuatu benda mulalah dia menjerit dan mangamuk, pasal bab tak sabar tu memang kelemahan terbesar dia, apa-apapun tak sabar, dulu nak buat suprise untuk harijadi mama dia, patut pukul 12.00 malam tapi kerana dia tak sabar punya pasal pukul 10.00 malam dah suprise mama dia.

Suka menyanyi
Ini kegemaran utama dia, kalau dia dah mula menyanyi terutamanya lagu Mawi, rasa macam nak pecah gegendang telinga Am, punyalah kuat. Lepas tu berulang-ulang sampai dia puas. Sabar ajalah

Tak pernah kencing atas katil/Tilam
Yang ini memang Am bangga, sejak dia tak guna lampin pakai buang dia memang ok, kalau nak kencing pergi bilik air, kadang kala tu terlepas juga kat karpit, janji bukan katil, yang ini macam abah kot hehehehe

Pandai Memujuk
Kalau Am dan isteri marah dia dan buat-buat tak tegur dia, cepat aja dia memujuk kami, buat muka sedih sambil peluk dan cium mama dia, kala dengan Am pulak datang dengan muka sedih dan cakap "I Love U Abah" sayu pulak Am dengar, tu pasal kalau marah dia tak boleh lama punya.

Tak suka cium Abah dia
Yang ini yang paling sedih ni, dia memang tak suka cium Am, dia kata muka Am berminyak dan Am busuk, apalah mana ada busuk, mama dia cium ok aja hehehe, kalau lepas mandi pun nak cium ragu-ragu aja


Nota Kaki:
Banyak lagi sifat dia yang lain, walau apa pun gabungan sifat-sifat inilah yang menjadikan dia anak kesayangan Am dan isteri.

Labels:

Monday, January 16, 2006

Bercerita tentang "Sebab"

Indah


Masih lagi memaparkan photo yang Am rakamkan di Melaka, banyak photo yang Am rakamkan disana nampak sangat menarik pada pandangan Am, pada orang lain tak tahu pula Am.

Gabungan awan hitam, putih dan biru memang nampak menarik, tambahan pula ada pokok yang menambah tarikannya, apa pendapat rakan2 semua.

Indah
Original Upload from O2 Xda II mini

Apa khabar semua, Alhamdullilah Am masih sihat dan masih mampu untuk meninggalkan celoteh disini. Masih mampu tersenyum dan masih mampu untuk melihat dan mendengar kerenah-kerenah disekeliling Am.

Semalam akhirnya berjaya juga Am menonton ulangan Finale CSI Miami, punyalah tunggu, nasib baik Moon ada beritahu bila ulangannya. Kalau tidak tak merasalah Am menonton Finalenya. Menang menarik ceritanya, penghujung yang diluar dugaan Am, berakhir dengan agak sayu bagi hampir semua watak dan Am tertunggu juga akan sambungan musim terbarunya.

Sementara menunggu ulangan finale CSI Miami semalam tengoklah CSI dan CSI New York. Am agak tertarik dengan satu kes di CSI, kisah seorang adik yang belum cukup umur membunuh abangnya dengan cara yang agak kejam. Am tertanya-tanya juga apakah sebabnya, akhirnya budak itu beritahu sebabnya adalah kerana abangnya beritahu pada semua orang yang dia tidur kencing.

Banyak cerita CSI dan penyiasatan lain yang Am tonton dan banyak juga penyebab kenapa mereka membunuh tapi bagi Am sebab semalam adalah sebab yang paling sayu bagi Am dan yang paling Am tak terfikir. Walaupun nampak macam tak logik tapi bagi Am benda-benda sebegini memang pernah terjadi dan tak mustahil akan terjadi.

Mendengar alasan budak itu mengingatkan Am kadang kala kita terlupa perkara kecil yang kita lakukan yang pada kita hanya satu jenaka atau remeh temeh akan memberikan satu pengaruh atau tamparan yang besar kepada orang lain. Dan yang paling menakutkan ialah kita tak menyedarinya dan terus melakukannya secara berterusan.

Percaya atau tidak secara tidak sedar kita adalah pencipta penjenayah atau pembunuh itu. Mungkin agak kasar bunyinya tetapi inilah kenyataannya, kita terlalu leka dengan diri kita hingga kita terlupa pada apa yang terjadi dan akan terjadi pada orang lain disekeliling kita terutam aorang yang kita sayang.


Nota Kaki:
Tiada siapa dilahirkan sebagai pembunuh dan tiada siapa suka dibunuh.... fikirkanlah

Labels: ,

Friday, January 13, 2006

Bercerita tentang "Banyak Perkara" II

Bayang


Lari dari kebiasaan photo yang dipaparkan disini, sengaja hendak mempaparkan photo bayang pula. Idea untuk mengambil photo ini datang secara sepontan, kalau tak silap photo ini semasa Am di Melaka.

Yang tepi itu anak Am, yang tengah Am dan yang satu lagi isteri Am, kiranya photo bayang sekeluarga

Bayang
Original Upload from O2 Xda II mini

Lambat
Hari ini lambat hantar anak ke sekolah dan lambat sampai kepejabat. Pagi-pagi dengar laporan trafik jalan lancar, tiba-tiba jem yang amat sangat. Insan manalah yang memberi maklumat yang sangat-sangat tak tepat itu. Yang buat Am bertambah pelik ialah banyak betul lori dan treller dijalan raya diwaktu puncak ini, kalau tak silap Am ada undang-undang yang tak membenarkan mereka diatas jalan raya waktu ini. Undang-undang ini dah dimansuhkan ke?

Kerja
Hari ini kemungkinan besar Am terpaksa balik lambat, banyak kerja yang perlu disiapkan. Boss pula dah mula jeling-jeling. Inilah bahananya bila asyik bercuti. Nampaknya kuranglah melawat blog sahabat-sahabat. Sampai dipejabat hanya ada kerja...kerja...kerja di kepala.

Op Sikap
Tak lama lagi Op sikap akan dilancarkan lagi, ramailah polis tak boleh bercuti dan pemandu mulalah pandang kiri, kanan, atas bila nak buat kesalahan, takut disaman maksimun serta merta, yang Am pelik kenapa Op sikap ini hanya pada musim perayaan sahaja, kan ke elok dilaksanakan sepanjang masa. Kalau polis hendak mendidik pemandu dengan cara saman biarlah mendidik itu secara berterusan, bukan ikut musim sahaja.

Sale....Sale...Sale...
Berita baik kepada semua yang gemar 'bershoping', hari ini bermulalah Sogo Mega Hot Sale, pagi-pagi lagi Am dah lihat ramai yang beratur dipintu masuk Sago walaupun Sogo belum dibuka, kaya betul rakyat Malaysia ini, dekat-dekat tengah bulan pun masih banyak duit untuk bershoping. Tapi jangan gembira sangat Sale ini hanya untuk pemegang Sogo Card Members dan Maybankard Credit Cards sahaja.

McDonald 24 jam?
Semalam terdengar rakan bercerita yang Mcdonald akan beroperasi selama 24 jam, wah satu pembaharuan dari restoran makan segera ini. Nampaknya Am pun dah ada tempat dituju bila perut tiba-tiba lapar dimalam harilah ni. Harap-harap jangan sekejab sahaja sudahlah.


Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu dan semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan

Labels: , ,

Thursday, January 12, 2006

Bercerita tentang "Bayi yang didera"

Istana


Am rakamkan photo ini di Istana Kesultanan Melaka, di Melaka. Terpegun kami bila memasuki istana ini, luas dan dibina dengan unik sekali. Tak dapat melihat dengan teliti kerana masa tak mengizinkan.

Terfikir juga jika rumah Amlah sebegini, mungkin semua suku sakat Am, Am jemput tinggal bersama.

Istana
Original Upload from O2 Xda II mini

Semasa bercuti ada dua cerita tentang bayi yang amat menyakitkan hati Am, pertama seorang lalaki menjumpai bayi perempuan di pagar masjid dan satu lagi ialah seorang lelaki yang entah gila ker atau bodoh sangat atau lansung tak berhati perut memperkosa bayi perempuan yang baru berumur beberapa minggu kalau tak silap Am.

Kadang-kadang Am terfikir, kemana pergi sifat kemanusian mereka ini, dimana tahap malu mereka dan dimana sifat takut mereka kepada tuhan. Adakah mereka sudah terpaksa sangat sehingga sanggup memperkosa bayi atau mereka ini memang sudah merancang dari awal-awal jika mereka mengandung anak akan dibuang.

Siapa yang mereka hendak salahkan?

Pada IbuBapa?
Tak cukupkah didikan ibubapa kepada mereka, sebelum ini bila ibubapa nak mendidik mereka tunjuk pandai, cakap sikit melawan, macam sudah pandai sangat, boleh cari duit sendiri, boleh bertanggungjawab dengan tindakan dan keputusan mereka. Salahkah Ibubapa?

Pada Kerajaan?
Apa lagi mereka hendak dari kerajaan, banyak yang telah kerajaan berikan, kerajaan dah tempat pendidikan kepada mereka dengan bayaran minimum agar mereka pandai tapi yang lain mereka lebih pandai, kerajaan beri hiburan cara yang betul mereka cari hiburan ikut kehendak diri, kerajaan adakan ceramah-ceramah berbentuk sosial dan ugama, ada mereka nak pergi? Salahkah kerajaan?

Pada Internet, tv dan buku-buku?
Masih nak menyalahkan benda lain lagi, terlalu banyak adegan seks di internet, TV dan buku, siapa salah sebenarnya, Tekan Alt F4 di komputer sudah tentu tak boleh masuk laman seks, banyak sangatkah adegan seks di tv? dan nak salahkan buku pula jika dia sendiri yang sanggup tak makan untuk beli buku itu.

Masyarakatkah?
Akhir sekali salah masyrakat, awak tu kan dah besar, boleh bercinta dah besarlah tu, dah boleh berfikir sendiri, dah boleh cari tempat sunyi untuk berdua-duaan. Kalau budak kecik bolehlah dimarah dan ditegur ini dah besar panjang seperti kata orang tua "dah boleh khawin". Lagipun jika masyarakat menegur awak nak dengarkah?

Tak ada niat sebenarnya
Inilah alasan yang paling baik, tak ada niat nak buat, tak mampu tahan diri. Kalau betul tak ada niat buat apa berdua-duaan ditempat sunyi, kalau tak ada niat buat kenapa bayi kecil yang tiada daya pengoda pun boleh dijadikan tempat melepaskan nafsu. Takkan mereka tak tahu benda buruk boleh terjadi tanpa diundang, takkan benda macam inipun nak diajar disekolah. Betul kah tak ada niat?

Akhir sekali cubalah belajar salahkan diri sendiri, tanggungjawab dengan kesalahan yang telah lakukan dan belajar-belajarlah bertaubat. Tak payahlah mencipta apa-apa alasan, jangan tutup kesalahan dengan berbagai alasan, tiada siapa yang paksa kita, negara kita bebas, buat baik pun bebas tapi kita pilih yang jahat jadi jangan salahkan sesiapa.


Nota Kaki:
Melihat bayi yang didera, dibuang, dan bermacam lagi membuatkan perasaan Am penuh dengan sakit hati, kecewa, geram, marah, sedih dan bermacam lagi yang bercampur gaul.

Labels: ,

Monday, January 09, 2006

Bercerita tentang "Sejarah BerInternet"

Samudera


Am rakamkan photo ini diatas kapal di muzium Samudera di Melaka (kalau tak salah namanya). Tak dapat naik kapal betul ambil di muzium kapal pun jadilah

Kapal ini nampak kecil diluar tapi sebenarnya sangat luas didalam kapal itu sebenarnya, ada juga pengalaman menaikki kapal zaman orang dulu-dulu berdagang.

Samudera
Original Upload from O2 Xda II mini

Am masih teringat lagi pada waktu mula-mula Am menggunakan internet ini, waktu itu Am mula mendaftar untuk email hotmail, kalau tak silap Am mendaftar di Ampang Park, dulu ada satu kotak (muat untuk satu orang sahaja kot) untuk orang ramai menggunakan internet. Tak tahulah samada masih ada lagi sekarang. Masa itu CyberCafe ini memang tidak popular lagi dan sampai sekarang Am tak pernah lagi masuk Cybercafe. Alamat email itu masih Am gunakan lagi sampai sekarang tapi tak berapa aktif kerana saiz inboxnya yang kecil dan sekarang Am lebih aktif menggunakan email yahoo atau email pejabat Am sahaja.

Bermula dari situ, Am mula berjinak-jinak dengan dunia internet, mula berbalas-balas email dengan rakan-rakan yang Am sendiri tidak kenal dan mulalah mendaftar dengan yahoogroup. Pada masa ini Am sudah mula aktif menggunakan email yahoo Am. Banyak group yang Am daftar seperti, Keluarga, Sutera, Restoran Pak Amir, Jalinan, Relexjab, Melayucyber dan banyak lagi. Dalam pada masa itu Am juga sempat mencipta group Am sendiri.

Semasa aktif di Yahoogroup inilah Am mula-mula mencipta Homepage Am sendiri dengan menggunakan ruangan di Geocities. Di Homepage inilah Am menyimpan artikal-artikal yang Am terima melalui email dan yahoogroup. Jenuh jugalah adik ipar Am mengajar Am buat homepage Am itu

Dari yahoogroup lah Am lebih kenal rakan cyber Am, dan banyak kali juga kami mengadakan perjumpaan, sampai sekarang kami masih berjumpa jika Am pergi ke Penang dan paling tidak pun saling berutus sms ucapan. Paling seronok ialah mereka dari berbagai negeri dan berbagai jenis latar belakang

Am melangkah setapak lagi kedunia chatting, kalau dulu hanya melalui email, sekarang melalui msn chat, isteri Am yang mula-mula mengajar Am mengenai chatting ini, teruja juga buat satu masa itu, kemudian beralih kepada yahoo chat, memang seronok chatting ni kadang kala sampai lupa kerja hehehe, kalau awalnya hanya ada satu nick sekarang sudah ada beberapa nick.

Pada masa yang sama Am mula berdaftar dengan komuniti-komuniti diinternet. Kebanyakkan komuniti ini untuk mencari pasangan tapi Am lebih kepada mencari kenalan. Kalau tak silap yang paling awal Am daftar ialah VirtualFriends, agak lama juga Am aktif di Virtualfriends ini, diikuti dengan Ekawan, Myspace, Multiply dan mungkin ada yang Am dah terlupa. Banyak kenalan yang Am dapat dan seperti biasa Am akan hadir jika ada perjumpaan rasmi atau tidak rasmi. Sekarang ini pun kalau tidak silap Am makin banyak komuniti-komuniti baru yang muncul dan ada ramai juga yang ajak Am mendaftar.

Bila ramai yang mula mengupload gambar di dunia internet Am yang pada awalnya hanya menggunakan khidmat yahoo album mula berdaftar dengan Fotopages, Flickr, Photobucket dan textamerica.

Dan sekarang Am lebih beri tumpuan pada blog pula setelah mula diperkenalkan oleh isteri Am juga. Kebanyakkan yang Am daftar diberitahu oleh isteri Am walaupun dia sendiri tidak mendaftar. Am makin tertarik kepada blog ini kerana blog bagaikan semua dalam satu, Am boleh beri pendapat, dengar pendapat, cari kenalan, chat, dan paling bagus sekali Am boleh menentukan hala tuju blog Am walaupun tak 100%

Banyak yang Am belajar dari dunia internet ini, email untuk buat duit, politik, menghasut yang Am sendiri tak pasti kebenarannya, tak kurang juga email yang membina seperti takzirah, ucapan, cerpen, sajak dan banyak lagi. Selalunya Am akan amalkan sifat jika benda itu baik Am akan forwardkan kepada rakan-rakan Am dan jika buruk dan Am tak pasti kebenarannya, Am baca dan buangkan sahaja.

Secara peribadi bagi Am banyak yang kita boleh dapat dari dunia internet yang tak bersempadan ini jika mahu dan tahu menggunakannya. Tak perlulah kita malu bertanya jika kita tak tahu kerana dari seorang yang '0' dalam didunia cyber ini makin banyak yang Am tahu dengan bertanya pada oarang yang Am kenal, kadang kala pada orang yang baru Am kenal dan ada pada orang yang lansung Am tak kenal.


Nota Kaki:
Kita boleh mencipta dunia kita sendiri di internet tapi tak semestinya dunia itu milik kita seorang.

Labels: ,

Friday, January 06, 2006

Bercerita tentang "Banyak Perkara"

Kota


Photo Kota Al Farmosa, Am rakamkan semasa pergi kenduri kahwin di Melaka semasa cuti baru-baru ini, susah nak dapat photo yang cantik, semua dengan camera yang cangih2, Am pula dengan Hf Am.

Tujuan asal ingin mencipta satu sajak untuk uploadkan satu sajak bersama photo ini.

Kota
Original Upload from O2 Xda II mini

Berkumpul


Photo ini semasa di Rantau Panjang, Kelantan, Am sebenarnya memang sangat tertarik dengan awan semasa itu, bagai sedang berkumpul dengan cuaca amat amat cerah

Isteri Am pun ada tanya samada Am ada rakamkan gambar awam itu, nampaknya dia pun dah tahu kegemaran Am, siap jeling Am kalau nampak awan yang cantik

Berkumpul
Original Upload from O2 Xda II mini


Anak
Anak Am sudah mula bersekolah semula, baru dua hari bersekolah sudah ada kerja sekolah, semalam isteri Am ajar, dia taknak belajar dengan Am kerana Am garang sangat. Tunggulah sikit hari bila mama dia dah garang dia akan beralih pada Am pula untuk ajar dia (berpandukan pada pengalaman masa lepas)

Kerja
Banyak sangat cuti menyebabkan kerja dipejabat Am makin bertambah, tambahan pula hujung tahun banyak "Annual Report" yang perlu disiapkan. Tengok kerja pun dah penat. Nampak suatu hari nanti Am terpaksa balik lewat, sebelum kerja yang tertanguh itu akan menyusahkan diri sendiri dan orang lain

"Selamat Hari Raya Aidil Adha"
Am dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua semua pengunjung blog Am, maaf zahir batin. Hari raya aidil adha pun minta maaf juga ker? rasanya tak kisah kerana kalau minta maaf hari-hari pun bagus tak rugi apa-apa. Hari Raya ini Am pula akan bercuti lagi dan akan kembali berkerja pada hari Khamis minggu depan.


Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu, semoga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan

Labels: , ,

Thursday, January 05, 2006

Bercerita tentang "Percaya"

Memancar


Suka melihat matahari yang memancar itu, mengingatkan Am berapa besarnya kekuasaan tuhan dan berapa kecilnya kita yang berada dibawahnya. Kebiruan langit terlindung dibalik pancaran cahaya matahari itu

Kalau tak silap Am rakamkan photo ini semasa didalam feri balik dari Penang.

Memancar
Original Upload from O2 Xda II mini

Dulu semasa balik dari mesyuarat, berbual dengan rakan-rakan pejabat didalam kereta tiba-tiba Am ditanya satu soalan "Kalau isteri Am keluar dengan lelaki lain, Am lebih suka orang beritahu Am atau Am tahu sendiri?"

Jawapan Am mudah sahaja "Dua-dua Am tak kisah kerana Am percaya isteri Am dan Am tahu dia tak akan buat begitu"

Am bina rumahtangga Am dari "percaya terhadap isteri Am", jangan silap bukan Am tak cemburu tapi bagi Am cemburu dan percaya adalah dua perkara yang berbeza. Jika Am tak percaya pada isteri Am, nanti dia pun tidak akan percayakan Am dan berapa lama rumahtangga itu dapat dipertahankan jika sifat saling tidak mempercayai itu wujud di hati pasangan masing-masing.

Bercerita tentang percaya ini, ada dua peristiwa terjadi di tempat tinggal Am. Dua peristiwa yang membuatkan Am dan isteri mula berfikir semula untuk mempercayai orang lain dan nilai kepercayaan itu sendiri.

Peristiwa pertama adalah, adalah seorang jiran Am ini (lain blok dengan Am) ingin menjual barangan pada Am, kerana jiran, lebih tua dari Am, sudah berkeluarga dan tambahan pula sudah ada anak. Am setuju beli dan bayar deposit pada dia. Tapi malangnya barangan tak juga dapat, asyik bertanguh sahaja. Am pula boleh kata hari-hari telefon dia, mungkin kerana jemu atau malu Am telefon, dia pulangkan semula duit Am dan minta Am bayar semula bila barang sampai nanti.

Mulanya Am memang tak syak apa-apa tetapi beberapa hari yang lepas semasa sarapan pagi diluar jumpa jiran lain pula dan dia bercerita yang abang itu menipu ramai orang lain lagi di pangasapuri kami dan berhutang hampir RM10 ribu, mereka semua telah sedar dengan penipuan dia dah sebenarnya barangan yang dia nak jual itu tidak wujud lansung. Mujur duit Am sudah dapat kembali tapi kesihan pada salah seorang jiran Am yang isterinya nak bersalin dan tertipu hampir RM4 ribu.

Peristiwa kedua pula, ada seorang pakcik jaga di Pangsapuri Am, semasa belum pindah lagi Am sudah kenal dia, selalu berbual dengan dia dan pernah ajak dia kerumah semasa harijadi anak Am (dia tak datang kerana ada hal). Nampak begitu baik, mudah mesra dan boleh dipercayai.

Tiba-tiba pakcik jaga ini tidak kelihatan lagi di pangsapuri tempat kami tinggal itu, pelik juga Am dan isteri, dah berhenti kerja ke?. Akhirnya dari cerita jiran Am yang pakcik itu sudah dibuang kerja kerana memasuki rumah jiran Am yang lain semasa isteri jiran itu berseorangan sampai kebilik tidur jiran itu. Mujur tiada apa-apa yang berlaku.

Kadang kala kita kenal orang dan memberi kepercayaan kepada dia tetapi dengan mudah kepercayaan kita dikhianati. Masalahnya kalau kita tidak percaya pada jiran kita, siapa lagi kita nak percaya? kalau kita tidak percaya pada pakcik jaga itu pada siapa kita nak percaya kalau kita tinggalkan isteri dan anak kita?

Secara peribadi bagi Am, memang mudah kita memberi dan menerima kepercayaan pada seseorang tapi amat berat kita memegangnya, kalau terlalu rapuh pegangan kita begitu cepat kita memperalatkan kepercayaan itu untuk kepentingan sendiri atau atas sebab-sebab lain.


Nota Kaki:
Kita boleh memaafkan orang kerana mengkhianti kepercayaan kita tapi sampai bila-bila kita takkan lupakan kita pernah dikhianati, hati kita boleh maafkan tapi ingatan kita tetap tak ingin melupakannya.

Labels: ,

Wednesday, January 04, 2006

Bercerita tentang "Selepas Bercuti"

Unik


Masuk tahun baru Am puas mencari photo yang agak unik untuk Am uploadkan disini, cari punya cari yang ini yang Am jumpa, mungkin kerana ada dua benda bulat macam air itu

Am sendiri sudah lupa bila dan dimana Am rakamkan photo ini.


Unik
Original Upload from O2 Xda II mini

Balik sahaja bercuti dan buka blog, banyak sekali ucapan tahun baru dari rakan-rakan blog Am, yang lama dah tak muncul juga tiba-tiba menjelma, gembira sangat Am, permulaan tahun baru yang mengembirakan buat Am. Ucapan terima kasih kepada yang sudi mengucapkan Selamat Tahun Baru 2006 kepada Am dan semuga tahun baru ini akan memberikan kebahagian, kegembiraan dan rezeki yang lebih lagi kepada kita semua.

Diam tak diam masuk tahun baru ini sudah lebih 7 bulan Am berceloteh didalam blog ini, terlalu banyak Am tulis dan kebanyakkanya tentang apa yang Am nampak disekeliling Am, tentang diri Am dan banyak juga tentang anak Am. Secara tidak sedar Am menggunakan blog Am sebagai tempat untuk melepaskan kegembiraan Am, ketidakpuasan hati Am dan juga apa yang Am inginkan.

Mungkin ada yang kata Am ini macam tak sibuk pula, asyik menulis blog sahaja, sebenarnya bila ada mood menulis sampai 2-3 entry Am tulis dan simpan untuk Am postkan kemudian, biasalah bila banyak yang kita lihat banyak pula yang kita hendak celotehkan. Am kadang kala takut juga apa yang Am celotehkan akan menguris perasaan sesiapa secara Am sedar atau tidak.

Secara peribadi, banyak yang Am celotehkan adalah Am menasihati diri Am sendiri, supaya Am akan lebih beringat dalam hidup dan kehidupan Am kerana sepanjang kita hidup ini kita sentiasa dalam proses untuk menyempurnakan diri kita tidak kira dari segi dalaman atau luaran


Nota Kaki:
Masih belajar menulis menulis walaupun telah belajar dari kecil lagi.

Labels: ,

Sunday, January 01, 2006

Selamat Datang Tahun 2006 dan Selamat Tinggal Tahun 2005

Akhirnya tahun 2006 menjelma, terasa sedih pula meninggalkan tahun 2005, terlalu banyak kesedihan, kegembiraan, pengalaman, pengajaran yang dilalui pada tahun 2005.

Pada Am, tahun 2005 tiadalah begitu mengecewakan Am, banyak keinginan Am telah tertunai, Am berjaya dan mula menulis blog pada tahun 2005, walaupun tak tak sebaik orang lain tapi am sudah mula menulis.

Tahun 2005 juga Am akhirnya berjaya duduk rumah sendiri, walaupun telah lama merancang. Akhirnya Am tahu perasaan memiliki, menjaga dan yang paling penting bercerita tentang rumah sendiri. Berhari raya dirumah baru dan mengenali ramai jiran-jiran baru memberi satu pengalaman baru dalam hidup Am dan keluarga.

Tahun 2005 juga tahun kali pertama anak Am bersekolah, walaupun hanya sekolah tadika, pengalaman anak bersekolah memang amat berharga bagi Am, kalau dulu tertanya-tanya bagaimana, tahun 2005 ini memberi pengalaman itu pada Am.

Tahun 2005 juga tahun isteri Am mendapat lesen memandunya dan tak lupa juga dia eksiden kali pertamanya pada tahun ini. Harap-harap tahun 2006 tak adalah eksiden lagi hehehehe

Yang paling indah ialah tahun 2005 juga Am akhirnya dapat memilik HF O2 yang telah lama Am idam-idamkan

Secara peribadi tiada pengalaman yang benar-benar menyedihkan Am pada tahun 2005, rupanya setelah merenung sejenak barulah Am perasan, terlalu banyak kegembiraan yang telah tuhan anugerahkan pada Am pada tahun 2005. Tertanya-tanya berapa banyakkah Am sudah bersyukur.

Tahun 2006 datang dan akan membuka satu lebaran baru dalam kehidupan Am, yang pasti Am akan mencorakkan tahun 2006 dengan penuh warna kehidupan disamping menunaikan impian-impian yang belum tercapai agar setiap jejak yang ditinggalkan pada tahun 2006 nanti akan lebih bermakna.

Moga tahun 2006 akan terus memberikan kegembiraan pada Am, keluarga dan seterusnya kepada rakan-rakan semua. Insyaallah


Nota Kaki:
Tahun akan tetap datang dan pergi, bagaimana kita gunakan tahun yang akan datang dan telah pergi itu yang penting kerana tahun itu tak lain tak bukan hanya satu nombor sahaja.

Labels: ,