AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Friday, March 31, 2006

Bercerita tentang "Membebel"

Awal


Photo ini Am rakamkan waktu awal pagi semasa Am hendak pergi kerja, kemera Hf yang kurang canggih menghasilkan photo yang kabur.

Masih berusaha untuk menghasilkan photo pagi yang memuaskan hati.

Awal Pagi...
Original Upload from O2 Xda II mini

Am cukup angin satu badan kalau kena bebel, kalau kecik dulu kena bebel kira oklah juga, bukan faham sangat, boleh buat tak dengar sahaja, tapi bila dah makin dewasa ini Am rasa bila kena bebel ni bagai suara itu menyerap kehati dan otak Am, rasa macam nak meletup hati dan nak pecah otak Am.

Am pernah berlalu dengan selamba bila boss Am membebel pada Am sampai kena panggil balik "I tak habis cakap lagi" kata dia, suruh Am "stayback", marah Am, suruh buat kerja yang merapu, Am boleh lakukan tapi jangan membebel dengan Am, Am tak sanggup dan tak nak terima.

Am tahu orang yang membebel tu hendak melepas kitidakpuasan hati mereka, mereka membebel sampai puas hati, tapi mereka lupa ker perasaan orang yang yang kena bebel tu, dia ingat orang tu puas hati ker bila dia kena bebel?

Sajak buat April
April datang lagi
Dengan senyum
Atau mungkin sayu
Mengucap tahniah pada usia

April datang lagi
Menolak anak kecil itu bangun berdiri
Berjalan jatuh sebelum berlari
Atau mungkin mengikis remajamu
Menolak ke lembah tua
Tanpa sedar......

Percayalah.....
April tetap April
Yang dulu pernah singgah
Yang kini kembali
Dan tetap akan pergi

Tanyalah.....
Adakah ada April lagi buat diri?

AbahMuda @ Am 2006


Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu dan semoga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.

Labels: , ,

Thursday, March 30, 2006

Bercerita tentang "Terperanjat & Homepage Lama"

Cerah


Photo ini Am rakamkan semasa pulang dari pejabat, dalam keadaan cuaca yang tak menentu sekarang jarang Am dapat rakamkan langit yang sebegi cerah.

Langit bagai malu nak bergambar sekarang ni

Cerah...
Original Upload from O2 Xda II mini

Semalam ketika menjemput isteri Am yang ada "Dinner" dihotel, dalam keadaan jalan yang tak berapa jem dan sedang berborak dengan anak bujang Am, tiba-tiba peeennnnnn satu bunyi hoon kedengaran, punyalah terperanjat Am. Ingat tadi Am tersalah masuk lorong orang lain ker atau apa-apalah. Puas kepala Am pusing depan belakang, kiri kanan cari kereta yang hoon, akhirnya baru Am perasan bunyi hoon itu datang dari iklan radio di kereta Am. Hampeh .com betul lain kali kalau nak hoon pun berilah amaran awal-awal dulu, mau lemah jantung Am dibuatnya.

Semalam tergerak hati Am untuk melawat semula Homepage lama Am yang Am cipta pada bulan Disember, 2001, am ingat dah tak ada tapi ia masih ada dan masih tetap sama seperti dahulu. Melihat Homepage lama Am ini mengingat Am zaman Am bertatih-tatih dulu dalam dunia internet, bukan sekarang ini Am dah boleh berlari cuma sekarang mungkin Am sudah boleh berjalan bukan bertatih lagi. Homepage ini begitu peribadi bagi Am kerana disinilah bermulanya minat Am hendak mendedah diri Am pada ruang cyber ini, terlalu banyak masa yang Am luangkan untuk mencipta Homepage ini walaupun hasilnya taklah secanggih kebanyakkan Homepage orang lain. Yang pastinya Am akan biarkan Homepage itu ditempat asalnya, dan sekali sekala akan melawatnya untuk mengingatkan diri Am pada Am yang sedang bertatih itu. Tentang pengalamannya, tentang kesusahannya, mungkin juga tentang hasrat-hasratnya.

Sajak buat Si Penyapu Tua
Dia menyapu
Di lorong sempit ini
Remah yang ditinggalkan
Oleh tangan-tangan yang bertuan

Dia menyapu
Didepan mata-mata hina
Disebelah hidung yang tertutup
Digarisan lorong yang sempit ini

Rasanya ingin dia menyapu
Hati mereka yang gelap
Yang kotor mengeji

Akhirnya penyapu tua sedar
Dia adalah dunia ini
Mengengam sedikit jasa
Buat mereka.....

Si penyapu tua kembali tersenyum......

AbahMuda @ Am 2006


Nota Kaki:
Masih mencari kesempurnaan buat diri sehingga terlupa tiada siapa yang sempurna...

Labels: ,

Wednesday, March 29, 2006

Bercerita tentang "Iklan"

Pokok


Photo ini koleksi photo yang dirakamkan oleh isteri Am, kalau tak silap photo ini dirakamkan di Stesen LRT berhampiran dengan rumah mak mertua Am

Pagi tadi adik ipar Am tunjuk gambar dia di Langkawi dan ada tengkorak didalam gambar itu, Am akan cuba paparkan disini.

Senja Nan Merah...
Original Upload from O2 Xda II mini

Semalan cerita pasal "Aiman tak Kisah" hari ini nak bercerita yang ada kena mengena juga iaitu mengenai "Iklan". Semasa Am belajar ambil Diploma Business Management dahulu ada juga Am belajar sedikit pasal iklan ini, Am diajar maklumat dalam iklan itu perlulah menarik, ringkas dan tepat mengenai produk yang di iklankan itu.

Tetapi sekarang yang Am lihat banyak iklan lebih menitik beratkan tentang menarik sahaja, iklan banyak unsur-unsur menipu yang keterlaluan terutama iklan tentang barangan kanak-kanak. Kadang kala tu payah juga Am nak terangkan pada anak Am bila dia tanya kenapa gunung itu batuk, kenapa kereta itu boleh terbang, kenapa itu dan kenapa ini.

Yang paling menyakitkan bila kanak-kanak beria-ria nak membeli satu mainan itu hanya kerana iklan yang lebih pada menipu. Mungkin sekarang benda ini belum memberikan kesan yang amat buruk tapi mungkin bila satu hari bila iklan ini makin melampau barulah pihak itu dan ini mencipta berbagai akta baru untuk menyekat itu dan ini.

Secara peribadi bagi Am, tak mustahil satu hari ini akan ada satu subjek baru yang diajar disekolah untuk mengajar kita memahami iklan agar kita tidak mudah tertipu.

Sajak yang Resah
Menulis dengan minda kosong
Mengapai mencari kata
Menagih mencari ilham
Dengan tangan terketar
Dengan hati berdebar

Melihat masa berlalu
Tanpa menoleh tersenyum

Mengapa.....
Adakah aku yang resah


Nota Kaki:
Suka iklan-iklan dimusim perayaan...

Labels: ,

Tuesday, March 28, 2006

Bercerita tentang "Aiman tak Kisah"

Pokok2


Photo iniAm dari koleksi photo yang Am rakamkan berhampiran dengan bangunan dayabumi, masih ada beberapa photo lagi.

Sekarang ni photo baru jarang dapat rakamkan yang menarik

Pokok & Langit2...
Original Upload from O2 Xda II mini

Sekarang ini mengikut pemerhatian Am perkataan "Aiman tak kisah" punyalah popular, semua sudah pandai menggunakannya, dipejabat Am pun dah ramai yang gunakannya untuk berbagai keadaan. Dari iklan mengenai AIDS terus menjadi sebutan ramai, sampai budak Aiman tu pun jadi popular, Isteri Am pun ada emailkan Am photo budak Aiman tu.

Jangan pulak pihak berwajib tentang perumahan yang ada isunya sampai 10 tahun tertunggak, tentang isu petrol yang sudah ada pihak yang bersepanduk setiap hari Jumaat di KLCC, para peminjam PTPTN yang masih leka tentang bayaran pinjaman mereka juga terikut-ikut hendak menggunakan perkataan "Aiman tak Kisah" itu sudahlah.

Kata-Kata Menarik
"The greatest gift you can give to somebody is your own personal development. I used to say, 'If you will take care of me, I will take care of you.' Now I say, 'I will take care of me for you if you will take care of you for me.'" -- Jim Rohn


Nota Kaki:
Kalau kita tak kisah tentang orang lain, orang lain juga tak kisah pasal kita, begiru juga sebaliknya....

Labels: ,

Monday, March 27, 2006

Bercerita tentang "Hujung Minggu"

Selepas


Am sudah lupa bila Am rakamkan photo ini tapi yang pastinya Am rakamkan pjoto ini dalam perjalanan balik kerja dan selepas hujan

Bila hari hujan jalan sesak, bila jalan sesak lambatlah Am sampai dirumah dan lamalah anak terpaksa menunggu.

Selepas Hujan...
Original Upload from O2 Xda II mini

Terus terang tiada apa yang menarik yang hendak diceritakan pada hujung minggu, cuma hari sabtu terpaksa datang kerja dipejabat untuk mengajar rakan2 tentang program yang baru beli, sebenarnya bukan baru sangat beli cuma baru nak mula guna sahaja. Am datang lewat 20 minit, terperanjat pula bila boss dah sampai awal, selalunya boss Am ini tak pernahnya datang awal.

Petang sabtu pula menghadiri majlis harijadi anak kawan isteri Am, seperti biasa bila bawa ke majlis-majlis macam ini anak Am akan buat perangai, Am dan isteri sabar dalam geram hehehe. Balik rumah kena rotan kaki dia dengan Am dan dia dah janji tak buat perangai lagi. Kena lihat lepas ini janji dia boleh pakai ke tidak.

Malam tadi lihat Anugerah Bintang Popular, Am tak nak cerita siapa artis yang menang tapi cuma Am benar-benar tak puas hati bila lihat para penonton yang malas sangat nak tepuk tangan, sudahlah Tengku Mahkota sendiri boleh berdiri dan bersalam dengan tokoh veteran, artis sendiri masih duduk tanpa ingin memberikan sedikit penghormatan. Tapi yang peliknya bila ada artis yang menari dengan rancak diatas pentas, boleh pula mereka berdiri dan bertepuk tangan. Setiap kali ada anugerah di negara ini, inilah sikap yang Am lihat.

Fakta Menarik
A snail can sleep for three years.


Nota Kaki:
Petang ada mesyuarat, aduh pening kepala bila ada mesyuarat ni

Labels: , ,

Bercerita tentang "Hujung Minggu yang Sibuk"

Menarik


Photo langit ini Am rakamkan dikawasan perumahan Am, Langit ini nampak sangat menarik waktu itu, semacam langit yang terbakar

Photo ini sudah lama dalam simpanan Am dan Am sendiri tak pasti bila Am rakamkan photo ini.


Langit yang Terbakar...
Original Upload from O2 Xda II mini

Pagi Sabtu Am sekeluarga pergi klinik gigi, isteri Am ada temu janji dengan doktor gigi setiap hari sabtu selama 4 minggu bermula dari minggu lepas. Anak Am pula kali pertama cabut gigi, gigi terpaksa dicabut kerana sudah ada tanda-tanda gigi baru nak muncul. Kalau kali pertama dulu dia menangis kali ini dia ok lansung tak menangis, bangga Am dan isteri, punyalah dia tak sabar nak cerita pada wan dia, sekarang sudah dua gigi dia yang tercabut. Selepas pergi klinik, ambil barang Akojaya yang dipesan.

Petang pula cat dinding luar rumah, isteri Am dah lama minta Am cat, kalau ikut Am memang tak berminat nak cat tapi bila dia beli cat terpaksalah Am cat, kalau tidak nanti dia buat bubur cat atau cat tarik ker, tak ker naya nanti. Paling tidak pun dia tarik muka, sebelum dia tarik muka baik Am tarik berus cat tu hehehe. Bila dah cat nampak menarik pula. Anak Am pula sibuk ajak kawan dia tengok abah dia cat rumah. "Cantik rumah kita" ayat dia pada kawan2 dia.

Hari Ahad pagi dah mula membersihkan apa yang patut, petang pula melawat kawan di Subang Jaya Medical Centre, dia baru lepas bedah buang tonsil pada tekaknya. Kalau tak silap Am cara perbedahan itu ada dalam rancangan Medic TV3 minggu lepas. Balik dari lawat kawan pergi beli barang dapur dan sampai rumah dalam keadaan yang agak penat.

Sebenarnya jarang hujung minggu sekarang kami ada aktiviti yang penuh, selalunya banyak masa dihabiskan dirumah untuk berehat, yang pastinya hujung minggu yang lepas Am memang tak sempat berehat.

Fakta Menarik
OVERCOMING OBSTACLES
- "Good timber does not grow with ease. The stronger the wind the stronger the trees." -- Williard Marriott
- "Success is to be measured not so much by the position that one has reached in life as by the obstacles which he has overcome while trying to succeed." -- Booker T. Washington
- "You can't stop the waves, but you can learn to surf." -- Jon Kabat-Zinn
- "Any great achievement is proceeded by many difficulties and many lessons, great achievements are not possible without them." -- Brian Tracy


Nota Kaki:
Masih dalam kepenatan.....

Labels: ,

Friday, March 24, 2006

Bercerita tentang "Hutang PTPTN"

Pokok


Photo iniAm rakamkan berhampiran dengan bangunan Dayabumi semasa dalam perjalanan pergi mesyuarat.

Nampak cantik pula pokok dan awan itu dan matahari yang memancar keatas daun pokok itu.

Pokok & Langit...
Original Upload from O2 Xda II mini

Baru-baru ini Am terlihat senarai peminjam PTPTN yang masih belum menjelaskan hutang mereka dan masih belum dapat dihubungi. Mungkin mereka boleh lari dari semua orang tapi bolehkah mereka lari dari diri mereka sendiri.

Tertanya pula Am, mereka ini tak sedar ker yang mereka berhutang, mereka ini kan sudah berjanji akan membayar hutang mereka dahulu, mereka ini benarkah tak mampu membayar semula hutang ini, adakah satu batu besar sudah tertanam dikepala mereka atau mereka ini memang tak nak bayar hutang mereka.

Am terus tertanya-tanya, tenteramkah mereka hidup dengan kenyataan mereka lari dari membayar hutang mereka, tenteramkan hidup mereka melihat anak-nak generasi akan datang yang mendapat masaalah dari kedegilan mereka.

Secara peribadi bagi Amlah, biarlah kita miskin tanpa hutang dari kaya tapi tak mahu bayar hutang tapi kalau kaya dan bayar hutang lagi bagus.

Fakta Menarik
Œ‚킹‚ç‚ꂽ‚Æ‚«‹a‚͏í‚ɉE'¤‚Å—Ž‚¿‚éB


Nota Kaki:
Merenung berapa banyak hutang Am pada tuhan yang masih belum berbayar lagi.

Selamat berhujung minggu dan semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.

Labels: , ,

Thursday, March 23, 2006

Bercerita tentang "Sedap & Seronok"

Pokok


Atas permintaan isteri Am semalam, dia minta Am paparkan photo yang dia rakamkan di blog Am hari ini, dari semua photo yang dia rakamkan, suruh Am pilih satu.

Am pilih yang ini, beg tadika anak Am, sesiapa nak petolongan boleh minta pada "Bob the Builder"

Bob the Builder...
Original Upload from O2 Xda II mini

Beberapa hari yang lepas, balik kerja isteri Am masak bayam masak air dan ayam goreng, begitu sedap sekali Am dan anak makan walaupun lauknya bergitu simple dan tak susah sangat hendak dimasak. Benar kata orang, makanan yang simple akan menjadi sedap bila dimakan bersama orang yang kita sayang. Makanan yang mewah di restoran dan hotel lima bintang pun akan jadi seperti makanan biasa sahaja.

Dipejabat pula seorang pegawai ni, punyalah rasa seronok semacam bila boss ucap terima kasih pada dia, satu pejabat dia bercerita. Boss Am ni memang satu perangai, tak pernah ucapkan terima kasih bila kita lakukan sesuatu pada dia, terutamanya bab kerja. Kami semua tersenyum dan berfikir bila pula dia nak ucap terima kasih pada yang lain pula.


Fakta Menarik
The electric chair was invented by a dentist.


Nota Kaki:
Makan sedap tapi cuma yang tak sedapnya ialah perut makin kedepan

Labels: , ,

Wednesday, March 22, 2006

Bercerita tentang "AkoJaya"

AkoJaya


Since its establishment in 1981, Akojaya Sdn Bhd has grown to become one of the market leaders in tableware and serving ware in this country.

Akojaya's range of products covers all your home and personal needs. You can always find something to suit every home. In other words, Akojaya is the perfect "Home Shopping Guide" - everything under one roof.

AkoJaya Website


Hari ini nak buat iklan sedikit

Am baru mendaftar sebagai pengedar AkoJaya, entah mengapa tiba-tiba berminat pula jadi pengedar, seperti biasa isteri Am yang kenalkan dan seperti biasa Amlah yang mendaftar.

Bila baru bermula ni, kenalah cari pelanggan jadi Am rasa yang paling penting kenalah orang tahu yang Am ni dah jadi pengedar, buat masa sekarang ini setakat kenalan dekat semua dah tahu, buat entry hari ini adalah nak beritahu rakan-rakan jauh lah pulak.

Ada sesiapa yang berminat ker? jika berminat tinggalkan pesanan di YM atau email Am, cara bayaran boleh dirundingkan (ceeewah cakap macam ahli perniagaan pulak hehehehe)

Luminarc
Akojaya is proud to introduce the reorganized LUMINARC brand which combines the very best of Arcopal, Arcoroc and others under one name. This concept reflects changes in female consumer demands and preferences.

Crystal D'Arques Paris - the brilliant stars of every party!
This 24% lead crystal from France exhibits that the brilliance of crystal is no less than a diamond.

Kuhn Rikon
Different cookware serves different purposes. Kuhn Rikon Switzerland created 3 main series which are compatible with all kinds of stoves to cater to the needs of every modern individual who demands ease of use, healthy eating lifestyle, quick and efficient cooking.

The Prestige Collection
Fine porcelain will always stand the test of time. The Art of Fine Dining is not about food alone. There is presentation on the very best of dining ware. There is that subtle distinction between 'being good' and 'the best'.

Nota Kaki:
Jom order....Jom order....Jom order..........

Labels:

Tuesday, March 21, 2006

Bercerita tentang "Apa Telah Terjadi"

Senja


Sudah agak lama photo ini tersimpan dalam koleksi Am, belakang pokok itu ialah masjid negara di waktu awal senja.

Cuaca yang agak berjerebu sekarang tidak mengizinkan Am menrakamkan photo yang menarik.

Senja Lagi...
Original Upload from O2 Xda II mini

Hujung minggu lepas menonton cerita CSI tentang ahli tinju yang bertanding sehingga membunuh lawannya dengan niat, teringat pula Am tentang hari Jummat lepas, Am pergi tahlil di pejabat Am untuk Arwah yang mati dibunuh di Kondo kediamannya dan teringat juga Am tentang empat sekeluarga yang mati dibunuh di dalam rumah mereka sendiri.

Sekarang ini boleh kata setiap hari ada sahaja kisah pembunuhan di dada-dada akbar, kalau dulu orang akan buat pukul setengah mati, sekarang pula pukul sampai mati, risau betul Am apa kan terjadi 10 tahun akan datang nanti.

Am mula tertanya-tanya akan nilai nyawa kita sekarang ini, begitu murah sekali, sikit hal nyawa kita boleh terancam, silap-silap kalau salah jeling pun nyawa jadi taruhannya. Sekarang ini tiada lagi tempat yang selamat bagi kita dan keluarga kita. Malas nak salahkan sesiapa kerana kita sendiri tahu salahnya dimana, terlalu banyak perancangan dan perdebatan yang dilakukan untuk mengurangkannya tapi perancangannya masih jauh dari sempurna.

Fikirkanlah
SALAH DAN BENAR - Kalau hendak tahu kesalahan orang tanyakanlah pada musuhnya.. Kalau hendak tahu kebaikan orang tanyakanlah pada kawannya.. Kerana ada yang salah dibenarkan dan yang benar disalahkan.. tergantung sama ada dia dibenci dan disayangi


Nota Kaki:
Cuba mencari ruang dalam dunia yang membahaya ini.....

Labels: ,

Monday, March 20, 2006

Bercerita tentang "Hujung Minggu"

Menara


Shai pernah tanya photo yang Am rakamkan semasa berada diatas puncak Menara Kl, inilah salah satu dari koleksi photo tu.

Dengan suasana yang agak berjerebu dan hujan lebat tiada apa2 yang menarik hendah dipaparkan

Menara KL...
Original Upload from O2 Xda II mini

Permulaan hujung minggu dengan Am diserang sakit kepala yang amat sangat, balik kerumah makan panadol dan terus terbaring, mujurlah sakit kepala kurang sikit kemudian, mungkin kerana cuaca yang kejab panas dan kejab sejuk, isteri Am pula diserang sakit gigi, hari sabtu kami sekeluarga berangkatlah ke klinik gigi, terperanjat juga Am ramai juga pelanggan diwaktu itu ya, secara tidak lansung ramailah yang tahu kepentingan menjaga gigi sekarang.

Anak Am sahaja yang tak ditimpa sakit, hujung minggu ini dia berhenti makan ubat batuk dia, batuk dah habis, risau juga kami kerana dah sebulan juga dia batuk tak habis-habis.

Hari minggu tak kemana, akhirnya melayan menonton F1, Ferrari kalah lagi, mungkin tahun ini bukan tahun Ferrari lagi kot, apa2 pun semuanya masih awal lagi. Sambil tu sempat juga kami kemas bilik tetamu (anak Am panggil bilik stor), kemaskan meja komputer dan sangkut gambar-ganbar yang sebelum ini tersimpan sahaja.

Fakta Menarik
The cigarette lighter was invented before the match.


Nota Kaki:
Alangkah bagusnya jika tiap2 hari hujung minggu.....

Labels:

Friday, March 17, 2006

Bercerita tentang "Brave"

Bangunan


Photo ini hadiah dari saudara Irman kita buat Am, dia kata dia rakamkan photo awan ini di P.Pangkor. Terima Kasih banyak-banyak Irman

Teruja dapat hadiah dari kawan blog ini walaupun hanya sekeping photo


Terima Kasih...
Original Upload by
Irman

"Brave"..... perkataan inggeris pertama yang Am rasa paling canggih Am tahu semasa Am sekolah dahulu, dah lupa pula darjah berapa masa itu tapi punyalah seronok rasa macam dah pandai sangat bahasa inggeris masa itu.

"Brave" atau berani atau keberanian, bila fikir semula tentang berani ini, setiap orang mempunyai maksud sendiri tentang berani, ahli bomba meredah api untuk menyelamatkan mangsa, itu berani, askar meredah hutan dan menyerang musuh, itu berani, ibubapa bapa berdiri dihadapan untuk mempertahankan keluarga, itu juga berani.

Menegur orang yang melakukan kesalahan walupun orang itu kita tak kenal memerlukan satu keberanian yang tinggi kerana bukan semua orang yang nak buat perkara itu dan berfikir pun untuk buat perkara itu. Satu lagi bila kita menegur orang kita sendiri tak tahu akan reaksi dari pihak yang kita tegur itu.

Namun begitu bagi Am pula orang yang paling berani ialah orang yang boleh mengakui kesalahan mereka dan meminta maaf atas kesalahan mereka. Minta maaf, bunyinya memang senang tapi tak semua orang mampu melakukannya apatah lagi dalam keadaan yang ikhlas. Makin tinggi jawatan, kuasa dan harga diri kita makin tinggilah keberanian yang kita perlukan untuk meminta maaf

Fakta Menarik
The most common name in the world is Mohammed.

Nota Kaki:
Semalam bukti keberanian, Hari ini menguji keberanian dan Esok mengharapkan keberanian kita

Selamat berhujung minggu, semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan

Labels:

Thursday, March 16, 2006

Bercerita tentang "Darah"

KLCC2


Photo ini Am rakamkan di tasik KLCC, nampak cantik pula bayang-bayang bangunan itu di air tasik, Am rasalah jika kamera Am lagi canggih lebih cantik lagi photo ini

KLCC 2.....
Original Upload from O2 Xda II mini

Hari ramai yang nedaftar untuk pemeriksaan darah dipejabat Am, pejabat bayar apa lagi ramailah yang berani menampilkan diri termasuklah Am sendiri. Keputusan akan keluar dalam lingkungan dua minggu dari hari ini.

Sebenar beberapa minggu lepas mereka sudah datang untuk pemeriksaan ringkas, lega Am, kandungan gula ok, jantung ok, buah pinggang ok, cuma kolestrol yang keluar sikit dari paras normal. Satu lagi tekana darah tinggi sikit, dia kata Am tak cukup tidur kot, Am kata kalau dia periksa Am hari cuti silap-silap masih sama juga tapi kali ini kerana terlebih tidur pula hehehe.

Kebetulan, Am nak beritahu satu benda yang Am baru tahu, sebenarnya jantung kita akan berehat selama 4 jam setiap hari dan waktu rehatnya adalah pukul 11.30 malam hingga pukul 3.30 pagi. Jadi doktor itu nasihatkan sekurang-kurang 4 hari seminggu kita perlu tidur pada waktu itu.

Kata-Kata Menarik
- Accept everything about yourself -- I mean everything, You are you and that is the beginning and the end -- no apologies, no regrets. (Clark Moustakas)
- Happiness can exist only in acceptance. (Denis De Rougamont)
- We must accept life for what it actually is -- a challenge to our quality without which we should never know of what stuff we are made, or grow to our full stature. (Ida R. Wylie)


Nota Kaki:
Kerja..kerja juga, kesihatan perlu kena jaga juga...

Labels: , ,

Wednesday, March 15, 2006

Bercerita tentang "Senyum"

KLCC


Photo ini Am rakamkan dari Mug Am di pejabat. Mug ini hadiah dari isteri Am diawal perkahwinana kami, sebenarnya ada penutup tapi penutupnya hilang entah kemana.

Tersenyum bila lihat Garfield ini tersenyum

Senyumlah.....
Original Upload from O2 Xda II mini

Sekarang ini Am lihat disana sini kerajaan sedang menjalankan kempen agar rakyatnya tersenyum, di TV ada iklannya, anak Am cukup suka iklan tu, di tiang lampu jalan pun ada berbaris-baris poster orang tersenyum. Mungkin kerajaan sedar rakyat semakin terhempit dengan berbagai masalah hingga tak mampu tersenyum.

Senyum itu sebenarnya sangat mudah nak dilakukan tapi sukar kita nak lakukan kerana terlalu banyak benda yang menghalang kita lakukan, setiap orang ada lasan mereka sendiri, tak ada gigi juga boleh jadi alasan utama juga dan yang paling teruk ada yang tiada alasan untuk senyum cuma dia memang tak suka tersenyum. Senyum ini pula bukan bila gembira sahaja, sedih pun boleh senyum juga dan marah pun senyum tapi bila marah pun boleh senyum jadi kita kena hati-hatilah dengan orang ni, bila-bila masa sahaja dia boleh meletup ni. Yang pastinya senyuman paling indah itu ialah senyuman yang datang dari hati yang ikhlas.

Am bila orang yang baru Am kenal, Am lebih banyak senyum sahaja, bukan apa senyuman tu sebagai satu insyarat perkenalan dari Am, kalau dia balas oklah, kalau dia jeling tempat lain, Am cari orang lain pula untuk senyum. Tapi risau juga terlebih senyum ini nanti orang ingat kita orang tak betul pula hehehe

Kata-Kata Menarik
Hope...but First Plan
- "Be what you are. This is the first step toward becoming better than you are." --Julius Charles Hare
- "You are all you will ever have for certain." --June Havoc
- "Don't take anyone else's definition of success as your own. (This is easier said than done.)" --Jacqueline Briskin


Nota Kaki:
Tersenyum melihat kerja yang beratur untuk disiapkan....

Labels: ,

Tuesday, March 14, 2006

Bercerita tentang "Minggu Suai Kenal"

KLCC


Photo ini Am rakamkan semasa berjalan di Klcc hujung minggu lepas, awan agak berjerebu jadi photo awan yang menarik susah nak dirakamkan

Isteri Am yang beri idea untuk photo ini, Am sendiri tak terfikir nak ambil photo cara begini

KLCC...
Original Upload from O2 Xda II mini

Beberapa kali tertunda untuk bercerita tentang Minggu Suai Kenal ini, nak cerita sahaja tercerita pula topik lain, tentu ramai yang pernah merasai minggu suai kenal ini dan paling kurang pun pernah mendengarnya kan. Sebenarnya terfikir nak bercerita bila ada anak jiran yang masuk sekolah asrama dan kenalah minggu suai kenal ini.

Am ini bukan belajar tinggi sangat jadi Am nak bercerita minggu suai kenal semasa Am di tingkatan 6, pertama kali merasa memang seramlah jugak, kena ambil tandatangan semua senior tingkatan 6, senior lelaki agak senang dapat tapi sebaliknya senior perempuan agak cerewet, ada tu muka nampak baik dan lembut tapi bila minta tandatangan baik pula buli, memang menjadilah minggu suai kenal tu kerana sampai Am memang tak boleh lupa wajah senior-senior yang buli Am tu.

Bila Am jadi senior pula, tak tahu nak membuli, paling teruk pun suruh mereka menyanyi dan minta tolong belikan air atau makanan, jangan salah sangka duit Am punya sendiri mereka tolong belikan sahaja. Jadi macam artis pula bila semua pelajar junior minta tandatangan ni, junior lelaki buli sikit, junior perempuan pula wajib kena temuduga dengan Am sampai merah-merah muka mereka. Masalahnya bila yang cun tu muka Am pun merah sekali hehehe.

Berfikir semula seronok juga saat dibuli dan membuli ini asalkan tahap membuli sudah cukup bukan tahap mendera, yang Am lihat yang teruknya ialah mereka ambil peluang untuk mendera sehabis-habisan.

Fakta Menarik
You can't kill yourself by holding your breath.


Nota Kaki:
Pejabat senyap sahaja kerana ramai sedang bercuti, Am pula sibuk menyiapkan kerja tertangguh

Labels: ,

Monday, March 13, 2006

Bercerita tentang "Hujung Minggu"

Petang


Dah lama photo ini tersimpan dalam simpanan Am, kalau tak silap photo ini waktu petang semasa Am pulang kerumah. Nampak cantik pula awan tu.

Petang...
Original Upload from O2 Xda II mini

Hari sabtu lepas Am dan keluarga tidur dihotel, isteri Am dapat penyinapan percuma, walaupun dah banyak kali tidut di hotel tapi ini kali pertama tidur di bilik hotel 5 bintang. Perbezaannya cuma bilik yang lebih besar, bilik air besar, pendek kata semuanya besar-besarlah. Almaklumlah bayarannya pun besar kan.

Lepas masuk bilek sekejab pergi ke Menara KL, Terima Kasih banyak-banyak kepada Shai kerana 'barang' yang dia beri tu. Nasib tak baik kerana semasa naik tu langit macam jerebu dan hujan lebat. Akhirnya kami ke KLCC pula, pusing-pusing, dapat jugalah lihat Hazami menyanyi, rendah sahaja dia ni ya tapi dari pemerhatian Am dan isteri dia nampak bersopan dan pandai melayan peminat.

Ok, kali pertama juga Am dan anak masuk tandas RM2, "Toilet Premier" kalau tak silap Am, Am terfikir apa keistimewaan tandas ini, tiada apa yang ketara sangat, ala-ala tandas hotel 5 bintang sahaja. Yang pastinya jauh lebih bersih dari tandas yang bukan "premier" tu, kalau semua tandas di awam di Malaysia begini kan ker bagus.

Balik kerumah memeranjatkan kami, hujan lebat rupanya malam sabtu dikawasan perumahan Am, banyak pokok yang tumbang dan ada beberapa kereta dikawasan tempat tinggal Am rosak kerana dihempap serpihan batu dari bumbung, mujur Am tiada kalau tidak kereta Am sudah pasti salah satu kereta yang jadi mangsa. Sekarang semua risau bila hujan lebat diikuti dengan angin yang kencang.

Fakta Menarik
If you sneeze too hard, you can fracture a rib. If you try to suppress a sneeze, you can rupture a blood vessel in your head or neck and die.


Nota Kaki:
Budak-budak sudah mula bercuti, jalan raya sudah mula lengang sedikit, Am pula tak bercuti.....

Labels: ,

Friday, March 10, 2006

Bercerita tentang "Teman tapi Mesra"

Bangunan


Sebenarnya Am ada cita-cita untuk mengambil photo bangunan yang cerminnya ada pantulan gambar awan atau cahaya matahari, tapi agak susah nak dapat jika dengan kemera HF Am ini.

Mungkin suatu hari impian Am akan tercapai.

Bangunan Memancar...
Original Upload from O2 Xda II mini

Mendengar lagu ini terfikir juga Am, tentu seronok jika Am ada teman berlainan jantina yang rapat tanpa ada perasaan cinta antara satu sama lain tapi cuma perasaan sayang sebagai teman rapat. Satu teman yang rapat bukan sahaja dialam cyber tapi didunia realiti dan kami boleh berkongsi pendapat dalam bermacam perkara.

Walaupun semasa sekolah dulu, Am lebih ramai kawan perempuan dari lelaki tapi bila sudah tukar ke sekolah lelaki sahaja banyak kawan sudah hilang entah kemana. Yang pastinya teman sebegini perlu dimulai dari awal lagi, kalau semasa bujang dulu, mungkin boleh, kalau sekarang pasti perasaan cemburu akan datang antara pihak Am atau pihak dia

Kebetulan bercerita pasal teman ni, isteri Am ada merungut semalam pasal teman dia, masa susah hari2 call dan ber ym, bila dah senang jangan kata nak telefon, kita hantar ym dia jawab pun hendak tak hendak sahaja. Biasalah tu teman zaman sekarang.

Teman Tapi Mesra - Ratu
aku punya teman
teman sepermainan
kemana ada dia selalu ada aku

dia amat manis
dan juga baik hati
dia selalu ada
waktu untuk membantuku

namun aku bingung
ketika dia bilang cinta
dan dia juga katakan
tuk ingin jadi kekasihku

reff:
cukuplah saja berteman denganku
janganlah kau meminta lebih
ku tak mungkin mencintaimu
kita berteman saja
teman tapi mesra

aku memang suka pada dirimu
namun aku ada yg punya
lebih baik kita berteman
kita berteman saja
teman tapi mesra

Fakta Menarik
Rats multiply so quickly that in 18 months, two rats could have over million descendants.


Nota Kaki:
Masih ingat "Makcik 5 Ringgit"? Sekarang dah jadi "Makcik 5 Ringgit Setengah" mungkin kerana bahana kenaikkan harga minyak.

Selamat berhujung minggu, semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan

Labels: , , ,

Thursday, March 09, 2006

Bercerita tentang "Rotan"

Panas


Photo ini Am rakamkan semasa pulang kerumah Ahad lepas, nampak cantik pula terus Am rakamkan, langit sekarang tak menentu sekejap gelap sekejap terang

Panas...
Original Upload from O2 Xda II mini


Semalam Am ada terdengar berita yang merotan pelajar dihadapan pelajar2 sudah tidak dibenarkan malah benda ini memang sudah lama dimansuhkan. Benarkah? Am sendiri pun tak tahu.

Pelik juga Am ya, dari mana arahan itu datang dan atas alasan apa arahan itu dikuat kuasakan. Mungkin kerana takut pelajar itu jatuh air muka atau takut air muka ibubapa pelajar itu yang jatuh ataupun mereka anggap merotan dihadapan semua sudah tak relevan lagi, macam mana mereka tahu? ada kajian mereka buat atau sekadar dengar kata-kata orang-orang yang anaknya sudah kena rotan dihadapan semua. Akhirnya apa yang jadi, lahirlah pelajar pandai bermuka-muka sahaja. Kenanya sikit meraung macam nak pecah dunia. Teringat sewaktu Am belajar dahulu inilah satu benda yang kami tak nak kena jadi secara tidak lansung kami menjaga kelakuan kami.

Kalau dulu ibubapa berpesan, rotanlah anak saya tapi jangan sampai patah sudahlah akhirnya lahirlah pelajar yang memang benar-benar nak belajar dan tahu menghormati guru TAPI sekarang ada ibubapa berpesan, ajar anak saya tapi jangan sentuh kalau tidak saya ambil tindakan, akhirnya apa yang jadi?

Am kadang kala pelik juga, terlalu ramai yang campur tangan tentang sekolah ini, hinggakan guru tak boleh buat apa, akhirnya siapa yang rugi?

Fakta Menarik
Question - This is the only food that doesn't spoil. What is this? Ans. - Honey


Nota Kaki:
Semalam Blogdrive problem, semua entry terbaru petang baru muncul, kali kedua terjadi sejak Am kenal dunia blog ini.

Labels:

Wednesday, March 08, 2006

Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia

Pagi2


Photo langit ini juga isteri Am yang rakamkan, Photo ini diambil pada waktu yang sama dengan photo semalam

Am ada cita-cita nak letak photo artis disini tapi tak artis nak bergambar dengan Am hehehe

Pagi2...
Original Upload from O2 Xda II mini

"Hatinya sudah dimiliki" ada sesiapa kecewa ke? Mungkin ada atau mungkin tidak tapi yang pastinya ramai yang berteka-teki tentang siapa yang berjaya menambat hati bintang ini. Biasalah Dato' K menjadi 'target' utama, Am ada dengar juga Dato' K akan membuat kenyataan mengenai perkara ini sedikit hari lagi. Tak kisahlah sesiapa janji Siti berbahgia.

Am pun baru dengar hari ini diradio tadi yang hari ini Hari Wanita Sedunia, biasalah terlalu banyak hari perlu diingat, kalau betullah Am ucapkan:

Selamat Hari Wanita
kepada
Semua pengunjung wanita di blog Am

Ok, Am pernah dengar orang kata, setiap lelaki yang berjaya ada wanita dibelakangnya, kalau dibelakang Dato' K mungkin adalah Siti Nurhaliza, Am sudah tentulah isteri Am, anda semua pula siapa ya?

Fikirkanlah
PERTENGKARAN - Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran meskipun ramai orang yang malu mengakuinya Sebenarnya sebuah perkahwinan.. tanpa pertengkaran ibarat cendol tidak bergula


Nota Kaki:
Hati Siti sudah dimiliki, Hati Am pula sudah lama dimiliki

Labels: ,

Tuesday, March 07, 2006

Bercerita tentang "Services"

Pagi


Photo langit ini isteri Am yang rakamkan, kalau tak silap hujung minggu lepas, Am perasan langit itu cantik dan minta dia tolong rakamkan

Nampaknya isteri Am jadi pembantu Am pula hehehe tapi selalunya dia jawab malaslah hehehe

Pagi...
Original Upload from O2 Xda II mini

Am : Saya nak update kepada 3G
Dia: Maaf, chip 3G dah habis, sila pergi ke cawangan lain
Am: Kalau macam tu, saya nak configur untuk GPRS dan MMS
Dia: Maaf, kami tak tahu nak configur, boleh pergi ke cawangan lain
Am: Ok, HF yang ini pula saya dah configur GPRS cuma MMS pula yang masih tak boleh
Dia: Ok saya akan smskan configur semua semula
Am: Kalau tak boleh juga
Dia: Kami tak boleh tolong, sila pergi ke cawangan lain
Am: Kalau macam tu apa yang ada dicawangan ini
Dia: Masam.... (tak jawab)

Am pun berlalu tanpa mengucapkan terima kasih kerana Am rasa tiada sebab untuk Am ucapkan perkataan itu. Pelik betul teknologi makin canggih alasan dan sikap mereka masih sama, 'tak tahu', 'kami tak boleh tolong'. Apa guna cawangan itu jika tak tahu dan tak boleh tolong, baik tutup sahaja.

Mereka berpakaian kemas, cantik, bermekap dan menarik sekali personaliti mereka tapi dari segi khidmat mereka sangat hodoh dan amat tidak menarik. Ditegur cepat sangat mereka masam dan menganggap kita pula yang kena jaga hati mereka, kita ni pelangganlah, dah terlupa ker?

Fakta Menarik
Each king in a deck of playing cards represents great king from history.
Spades - King David
Clubs - Alexander the Great
Hearts - Charlemagne
Diamonds - Julius Caesar.


Nota Kaki:
Kadang terfikir juga walaupun bukan semua tapi Am rasa ada yang perlu meng"service"kan diri sebelum duduk dikerusi counter service tu

Labels: ,

Friday, March 03, 2006

Bercerita tentang "Rancangan Realiti TV"

Merah2


Seperti yang dijanjikan, ini sekeping lagi photo yang menarik yang Am katakan itu, jarang Am dapat mengambil photo Masjid Negara ini dan jadi menarik

Isteri Am ada tolong rakamkan satu photo untuk Am, mungkin hari Isnin nanti Am akan paparkan disini

Senja Nan Merah 2...
Original Upload from O2 Xda II mini

Sekarang sudah mula kembali musim rancangan realiti tv menaikkan tirai masing-masing, Americam Idol telah mula siarannya, Akademi Fantasia sedang mencari perserta, adakah pemenang tahun AF tahu ini berjaya melawan aura Mawi, kita tunggu dan lihat. Tak terkecuali juga rancangan realiti baru "One in Million" kalau tak silap Am. Rancangan baru yang menawarkan hadiah bernilai satu juta, lumayan sungguh.

Banyak lagi rancangan realiti yang Am sendiri tak pasti ada atau tidak tahun ini, seperti Malaysian Idol, Explore Race dan banyak lagi, yang Am paling tunggu samada rancangan realiti "Mencari Jodoh" akan mencari jodoh juga tahun ini setelah episod pertama jodoh yang terkesampaian.

Kepada peminat-peminat tu, apa lagi jimat duit, ikat perut, jimatkan segala jenis perbelanjaan, gunakan untuk sms nanti hehehehe.

Fikirkanlah
KEPERCAYAAN - Menjadi kewajipan bagi setiap orang yang beriman mengembangkan... kepercayaan dan menyuruh orang lain supaya menganutinya Tetapi bukan dengan paksaan dan kekerasan melainkan dengan ilmu dan kebijaksanaan.


Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu dan semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan

Labels: ,

Thursday, March 02, 2006

Bercerita tentang "Masalah"

Merah


Photo langit ini baru Am rakamkan semasa balik kerja semalam, menarik sangat pada pandangan Amlah, ada dua yang menarik, esok Am akan paparkan yang lagi satu

Am dan isteri sekrang ada perancangan nak beli kamera digital

Senja Nan Merah...
Original Upload from O2 Xda II mini

Alhamdulillah, masih sihat lagi Am hari ini dan masih mampu berceloteh disini, bersyukur kerana mata ini masih mampu melihat, otak ini masih mampu berfikir dan setiap angota masih mampu bergerak.

Ok hari ini Am nak ajak semua bercerita mengenai masalah, pasti semua orang ada masalah sendirikan, ada boleh diceritakan dan ada pula yang begitu peribadi untuk diceritakan, cuba kita fikir sebentar, seronok tak hidup ini tanpa masalah?

Secara peribadi bagi Am masalah itu adalah guru kita, masalah itu bukanlah masalah yang besar pada kita melainkan kita sendiri yang menjadikannya masalah besar dalam hidup kita. Pokok pangkalnya semuanya terpulang pada kita.

Kita kena tahu telah menjadi hukum kehidupan ini, setiap orang akan hadapi masalah, tak kiralah masalah kecil atau besar. Jadi untuk apa kita takut dan tak mahu masalah itu, masalah itu tetap akan muncul samada kita suka atau tidak. Jadi lebih baik kita terima sahaja masalah itu dengan hati terbuka, mengeluh ikut suka tapi janganlah terlebih sangat mengeluh sampai kita lihat masalah itu sebagai satu bala besar.

Maaflah jika Am kata, kesilapan ramai orang ialah mereka bila datang masaalah selalu berfikir sehari suntuk, mengapa masaalah tu datang pada mereka, mengapa orang lain tak kena sama, mengapa masaalah datang bertalu-talu, mengapa itu dan mengapa ini. Hinggakan yang paling teruk ialah mereka menghabiskan masa mencari orang untuk disalahkan.

Kan lebih baik, masa itu digunakan untuk berfikir secara rasional bagaimana hendak menyelesaikan masalah itu, bagaimana hendak menghadapi masalah itu secara positif, bagaimana nak mengelakkan masaalah itu dari berulang dan bagaimana menjadikan masalah itu satu keuntungan kepada mereka. Am tahu untuk permulaan memang susah, tapi lebih baik dari mengeluh bukan.

Am sendiri pernah hadapi masalah yang amat besar, sampai pening kepala Am nak selesaikannya, tapi bila Am fikir secara rasional penyelesaian masalah itu mudah sahaja, Am yang menjadikan masaalah itu begitu rumit kerana sifat marah/geram/tak puas hati Am mengatasi sifat rasional Am

Fikirkanlah
TIDAK TAHU DIRI - Musuh yang selalu mencela kita.. itu akan membuatkan kita terbangun dari kelalaian, Tetapi teman yang selalu memuji-memuji.. selalu membuatkan kita tidak tahu diri


Nota Kaki:
Pernah dengar orang kata, jika masaalah itu bukan orang lain, masaalah itu ialah diri kita sendiri

Labels: ,

Berceita tentang "Gathering MsjBox"

Mari kita bersama-sama memeriahkan "Gathering MsjBox", Tak lama lagi tu, boleh bertemu pada siapa yang tak pernah bertemu dan merapatkan lagi yang telah rapat


Nota Kaki:
Am kemungkinan besar akan cuba menghadirkan diri tapi tak berani yakin sangat takut tiba-tiba ada halangan.

Labels:

Wednesday, March 01, 2006

Bercerita tentang "Hajat yang tak Sampai"

Senja


Photo ini dah ada lama dalam album photobucket Am, rasanya Am belum lagi paparkan disini, ini sudah tentu photo senja menanti malam

Ada beberapa photo baru dalam simpanan Am namun masih mencari photo yang menarik untuk dipaparkan disini.

Senja Lagi...
Original Upload from O2 Xda II mini

Semalam Am ditawarkan tiket menonton PGL (Puteri Gunung Ledang) dari boss Am, walaupun Am dan isteri memang berminat sangat nak pergi, tambahan pula isteri Am memang tahu Am ini peminat teater tapi tak dapat pergi kerana kena jemput anak buah isteri Am pula (anak pada adik isteri Am).

Memang agak sakit hati juga kerana tak dapat pergi tengok tapi agaknya memang bukan rezeki Am, mungkin hari lain akan jadi rezeki Am pula. Mana tahu ada PGL2 hehehehe

Kebetulan tercerita tentang PGL ni, Am rasa PGL ini telah membawa dunia teater kita arah satu dimensi baru, mungkin selepas ini orang tak akan takut lagi untuk melabur dalam pembikinan teater dan yang paling pasti orang Malaysia akan bangga dengan teater mereka. Bukan Am kata teater kita sudah maju sangat tapi sekurang-kurangnya pengiat teater sudah makin berani dan dalam haluan yang betul untuk memajukan lagi dunia teater.

Fakta Menarik
What do bullet proof vests, fire escapes, windshield wipers and laser printers all have in common? Ans. - All invented by women.


Nota Kaki:
Am yang sedang dalam kesedihan hehehehe

Labels: ,