AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Friday, April 28, 2006

Bercerita tentang "Ada apa dengan Artis"

Tioman


Photo ini sumbangan saudari SeliparJepun semasa dia bercuti di Pulau Tioman. Cantik betul photo senja ini pada pandangan mata Am

Seronok betul SeliparJepun ini pergi bercuti, sampai terlupa nak beli apa-apa untuk Am hehehe

Tioman Senja...
Original Upload from O2 Xda II mini

Semalam banyak betul Am dengar cerita pasal Artis Malaysia ni. Kalau cerita yang baik oklah, tapi yang tak seronoknya cerita tak baik, dari cerita mulut, surat khabar dan email. Ceritanya pula ada pasal perkahwinan, cerai, tarik rambut, gay, tidur, khayal dan beberapa lagi. Pelik juga Am boleh percaya ker tidak tapi pasal yang tarik rambut tu memang boleh percaya kot. Makin lama makin teruk perangai artis di Malaysia ni, Am rasalah mereka tersalah ikut, kita kata ikut mutu lakonan dan komitmen yang artis barat berikan pada bidang lakonan bukan kita suruh artis kita tiru perangai artis barat tu bulat-bulat. Sudahlah yang muda-muda terikut-ikut, ini yang sudah kahwin dan ada anak pun masih terikut-ikut stail artis barat tu juga.

Am paling suka jawapan artis bila ditanya mengenai gossip mereka, "fitnah tu", "mana ada", "super imposed, mana ada i buat benda tu", "dari mana u tahu cerita ni?" dan yang paling popular "No Comment". Yang paling best bila kena tangkap dalam hotel jawapannya kami hanya berehat sahaja (berehat sahaja ker?), kalau di Disko jawapannya kami jumpa kawan, salah ker? (macamlah tak ada tempat lain jumpa kawan, jumpa kawan kena pakai seksi2 sangat ker).

Ada kawan pejabat Am takut anak dia jadi artis, isteri Am pun serupa, bagi Am biar anak Am jadi peminat cukuplah kerana bagi Am, sekarang ni peminat dah makin pandai dalam memilih artis kegemaran mereka.


Nota Kaki:
Cuti Hujung minggu Am dan keluarga akan ke Cherating semperna "Company trip" pejabat Am

Selamat berhujung minggu dan semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.

Labels:

Thursday, April 27, 2006

Bercerita tentang "Sibuk"

Memancar


Photo ini baru Am rakamkan, semasa hisap rokok di pejabat Am, sudah lama tal paparkan photo yang dirakamkan dipejabat Am.

Am ada terima photo yang menarik dari Selipar Jepun, kalau berkesempatan Am akan paparkan disini

Memancar...
Original Upload from O2 Xda II mini

Tak percaya sibuk betul Am sampaikan semalam tak sempat nak taip entry baru, sibuk kerana tiba-tiba banyak benda datang serentak dan perlu siap serentak juga. Jarang sibuk sebegini. Bila sibuk masa begitu cepat berlalu, tut tuop dah balik, tak sempat update blog.

Dalam sibuk-sibuk tu terdengar juga 2 berita sedih, buat sanchai yang kehilangan ayahanda tersayangnya, buat Sanchai Am tumpang bersimpati. Satu lagi Yna yang kehilangan adiknya yang tersayang, semuaga Yna dan sekeluarga tabah. AL-FATIHAH

Ok, sambung balik bercerita tentang sibuk, yang pastinya minggu ini ramai yang sibuk menghantar borang "Income Tax" termasuklah yang bercerita ni sekali hehehe. Nak buat macam mana budaya "Last Minute" masih kuat membara dalam jiwa.

Oh ya semalam balik kerumah, dalam kereta Am dan isteri amat sakit hati dan terperanjat tengok seorang pemandu wanita yang bawa kereta dengan keadaan yang amat-amat-amat membahaya, kena hon panjang Am tapi masih membawa secara bahaya lagi, bukan kereta sahaja dia nyaris tak langar, pembahagi jalan pun nyaris dia tak peluk cium.


Nota Kaki:
Maaf pada kawan-kawan blog kerana tak datang bertanya khabar

Labels: , ,

Tuesday, April 25, 2006

Bercerita tentang "Que Sera Sera"

Senja2


Photo ini baru Am rakamkan, semasa balik kerja, masa ni naik motosikal sorang2, siap berhenti untuk rakamkan photo ini.

Photo baru setelah lama memaparkan photo yang lama

Senja2...
Original Upload from O2 Xda II mini

Hari ini bateri kereta buat hal lagi ditambah dengan jalan yang sesak, terus menyebabkan anak Am lambat ke tadika dan Am dan isteri pula lambat ke pejabat. Kali pertama Am lambat sejak beli motosikal ni. Lambat-lambat Am pun tapi masih awal dari boss hehehe.

Hari ini memang sibuk sedikit, kena jumpa pengarah dan ada mesyuarat kelab, yang paling penting minit mesyuarat tak siap lagi. Tak lama lagi pula ada mesyuarat lagi, Aduh pening....

Que Sera Sera
When I was just a little girl
I asked my mother what will I be
Will I be pretty will I be rich
Here's what she said to me :
Que Sera Sera
What ever will be will be
The future's not us to see
Que Sera Sea
What will be will be...

*Am memang suka lagu ni, jika sesiapa ada lagu ini dalam bentuk MP3 atau apa-apa boleh email Am ya, terima kasih


Nota Kaki:
Kereta Am ini asyik merajuk aja lepas Am beli motor ni, nak kena tukar kot hehehehe

Labels: ,

Monday, April 24, 2006

Bercerita tentang "Kehilangan"

Senja


Photo senja ini Am baru rakamkan minggu lepas, macam agak kabur sikit, mungkin tangan Am bergerak semasa Am rakamkan photo ini.

Besok Am akan paparkan satu lagi photo senja, yang ini Am rasa ok sikit kot.

Senja...
Original Upload from O2 Xda II mini

Hujung minggu, masa banyak dihabiskan dirumah sahaja, anak Am banyak kerja sekolah jadi terpaksa ajar dia buat kerja sekolah dia. Ok nak bercerita sikit pasal peristiwa yang terjadi pada hujung minggu. Malam Sabtu tiba-tiba Am dan isteri baru perasan yang kami dah kehilangan kunci pagar rumah, punya kami cari sampai lebih pukul 12.00 malam. Semua tempat Am dan isteri geledah, bawah katil, atas katil, dalam peti ais, bawah sofa dan boleh kata semua tempat kami cari. Akhirnya masih tak jumapa juga. Akhirnya tidur dengan perasaan tak puas hati. Nak tanya anak Am dia dah tidur pula.

Isteri Am cerita dia sampai termimpi nak cari kunci tu, dalam mimpi dia jumpa kunci tu dalam bilik air hehehe. Pagi Ahad terus tanya anak Am, anak Am seperti biasa tak tahu, tak ingat. Am memang tak puas hati, pencarian bermula lagi tapi masih tak jumpa juga. Akhirnya dekat pukul 11.00 pagi semangat nak mencari pun hampir hilang, serah pada takdir sahaja. Semasa Am nak ke peti ais, apa yang Am nampak buat Am tersenyum dan lega. Kunci itu cantik sahaja tergantung di clip tempat letak nota di peti ais. Padahal semalam Am dah cari dalam peti ais boleh tak nampak pula, silapnya Am cari dalam peti ais tapi tak cari luar peti ais.

Sebenarnya kadang kala dalam kehidupan ini kita mencari sesuatu benda ditempat-tempat yang pelik tapi sebenarnya benda yang kita cari itu ada dihadapan mata kita dan satu lagi cara yang paling baik untuk mencari sesuatu benda itu ialah tak payah cari kerana kadang kala benda yang kita cari itu akan datang pada kita sendiri.


Nota Kaki:
Kerana buat banyak sangat kerja matematik dia, anak Am sampai mengigau mengira matematik tu, tesenyum sahaja Am dan isteri.

Labels: ,

Friday, April 21, 2006

Bercerita tentang "Duit dan Dompet"

Pesan


Photo ini sumbangan dari DownForce, sebenarnya memang dah lama Am cari photo ini tapi tak jumpa, pernah dapat tapi tak tahu dah simpan dimana.

Ada tulisan "Allah" pada awan itu. Terima kasih kerana sudi berkongsi photo ini dengan Am.

Pesan Langit...
Sumbangan -
DownForce

Banyak kali isteri Am pesan pada Am minta Am simpan duit Am dalam dompet tapi Am ini macam fobia nak simpan duit dalam dompet, mungkin kerana semasa sekolah dahulu Am pernah kehilangan dompet Am dan semua duit persatuan ada dalam dompet Am. Teruk juga Am nak menganti duit persatuan itu. Mungkin itu sebab utama kenapa Am begitu fobia nak simpan duit dalam dompet Am.

Semalam dalam perjalanan nak ke tempat kerja, Am lihat dua kemalangan melibatkan pemandu motor, yang pertama satu pasangan, mungkin suami isteri terduduk ditepi jalan mungkin kerana motornya tergeser dengan kereta dan yang kedua seorang pemandu motor terbaring di bahu jalan, Am sendiri tak pasti pengsan atau tidak kerana terlanggar belakang kereta. Naik bulu roma Am sekejab. Bagi Amlah, Am tak kisah orang nak panggil Am lembab bawa motor ker atau apa-apa, janji Am tak kemalangan sudahlah. Dalam masa yang sama Am akan cuba mengelakkan diri Am sebagai penyebab kemalangan pada orang lain.


Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu dan semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan

Labels:

Thursday, April 20, 2006

Bercerita tentang "Minggu Setiausaha"


Siti Nurhaliza...
Original Upload from O2 Xda II mini

Semalam pergi persembahan Siti Nuhaliza semperna minggu setiausaha, mohon kat boss nak tengok Mawi tapi dapat Siti, oklah tu dari tak dapat lansung macam tahun lepas.

Ini kali kedua Am lihat persembahan Siti, Suaranya memang memukau tapi kalau nak berbual dengan peminat dia memang kurang sikit (jgn marah peminat siti ya). Kekurangan berjaya diisi dengan kehadiran Apek, Yassin dan Didi. Apek dah beberapa kali lihat tapi kali pertama lihat Yassin dan Didi live, Yassin memang bersahaja orangnya tapi si Didi ni memang nampak mengoda pakai pakaian perempuan hehehe. Mulut dia pun main lepas aja, nasib baik Am tak naik pentas kalau tidak memang merah muka kena kutuk dengan dia.

Keseluruhan persembahan memang best, rasanya kalau Dato' K datang lagi best hehehe, rasanya tak rugi pada siapa yang dah pergi tu. Hari ini masih ada lagi persembahan Siti disitu dan separuh lagi rakan pejabat Am akan pergi bergembira.

Am rasa minggu setiausaha ni macam minggu perhargaan boss pada anak buah mereka tak kiralah apa jawatan anak buah mereka, kalau untuk setiausaha sahaja memang tak merasalah Am nak pergi. Cuma waktu sekarang Am tengah banyak kerja, pergi dengan dikepala mengira kerja yang belum siap


Nota Kaki:
Ramai yang perasan Siti dah berisi sikit sekarang heheheh

Labels: ,

Wednesday, April 19, 2006

Bercerita tentang "Anak"

Senja


Photo ini baru semalam Am rakamkan semasa balik kerja, awan yang begitu cantik dan romantik bagi Am, sudah lama tak melihat awan yang cantik.

Photo baru setelah lama memaparkan photo yang lama


Senja...
Original Upload from O2 Xda II mini

Cerita 1 - Kena Denda
Semalam anak Am kena denda di tadika dia, dengan sedih cerita yang dia lambat salin kerja jadi kena denda, terus dia kata tak nak pergi sekolah lagi. Punyalah sedih dia. Am kata 'Teacher' denda dia pasal dia main-main kat sekolah tu, lain kali buat betul-betul dan jangan main-main. Kalau pergi sekolah boleh jadi pandai, nak pandai tak. Cepat sahaja dia jawab nak. Pagi tadi tanya 'Teacher" betul ke dia kena denda semalam, betul kata Teacher dia dan dia siap menangis kuat lagi, oooooo nangis rupanya, pandai anak Am ni bab bangis tak nak cerita ya hehehehe

Cerita 2 - Bugger
Anak Am semenjak dua menja ni minat sangat pula makan burger, bukan burger McD tapi yang orang jual di tepi jalan tu, boleh kata tiap-tiap malam nak burger. Semalam isteri Am suruh bawa dia tengok orang tu buat burger, balik rumah terus dia gunakan pemadam dia buat burger, lepas siap kasi pada Am, bila tanya berapa harga dia jawab 20 ringgit, kenapa mahal sangat? jawab dia burger ni special tau. Tak tahu tang mana yang specialnya.

Cerita 3 - Sombong
Ini cerita Lama, ada sekali tu, semasa bayar duit parking di kuanter bayaran, punyalah dia tegur budak yang jaga parking itu, budak tu jangan kata nak menjawab pandang pun tidak, bengang agaknya anak Am sampai dia kata "Sombong" kat budak tu. Terperanjat Am dan isteri, mana dia dapat perkataan tu, kami nasihatkan dia jangan cakap pada orang macam tu, nanti orang marah. Budak parking tu pun satu pasal, cubalah senyum sikit.


Nota Kaki:
Hari ini nak pergi tengok persembahan Siti Nurhaliza di Bukit Kiara sempena Minggu Setiausaha, besok cerita panjang ya

Labels:

Tuesday, April 18, 2006

Bercerita tentang "WNX 7797"

Pagi


Masih memaparkan photo lama dalam simpanan Am, photo matahari baru nak naik.

Sementara tunggu photo-photo yang menarik dihasilkan, keluarkan dulu semua photo yang dalam simpanan Am


Pagi...
Original Upload from O2 Xda II mini

No. apa tu ya? hehehe itulah no. motorsikal baru Am, kalau orang lain sibuk nak tukar kereta semperna harga kereta turun, Am pula sibuk beli motor. Sebenarnya perancangan untuk beli motosikal ni memang dah lama tapi terpaksa dicepatkan kerana memandangkan anak Am akan bersekolah tahun depan di kawasan perumahan Am jadi terpaksa beli motorsikal untuk memastikan kami akan sampai awal. Kesihan pada dia terpaksa tunggu lama jika kami naik kereta.

Minyak? itu juga salah satu dari sebabnya tapi yang pastinya bukan sebab utama. Geram juga dengan kerajaan kadang kala tu, boleh kata selalu sahaja dengar projek kerajaan yang berjuta-juta tu tak siaplah, terbengkalailah, lepas tu ada niat nak minta peruntukkan berpuluh-puluh juta lagi pulak tu. Apalah subsidi minyak tak mampu nak tanggung, projek hampeh macam tu mampu pula tanggung ya. Kalau tolak, campur, bahagi, darab tang mana pun yang rugi siapa? Rakyat yang dikatakan manja ini juga

Ada satu yang Am muskil, sejak Am mula naik motor ni, hujan sahaja waktu petang, sampai Am kena ketawa dengan rakan-rakan pejabat Am, "Hujan ni pasal Am beli motorlah ni" hehehe. Nampaknya sekarang terpaksalah Am asah balik skil-skil Mat rempit Am yang telah berkarat tu. Sekarang ini kalau ada sesiapa ternampak seorang pemandu motosikal yang terkial-kial bawa motor tu, mungkin itu Am kot hehehe

Fakta Menarik
Large kangaroos cover more than 30 feet with each jump

Nota Kaki:
Baru seminggu bawa motorsikal, dah dua kali mandi free air hujan. Lain kali ingat nak bawa syampoo atas motosikal hehehe

Labels: , ,

Monday, April 17, 2006

Bercerita tentang "Hujung Minggu"

Sunset


Photo ini sumbangan dari moon, cantik juga photo yang moon rakamkan ini, terima kasih mooh kerana sudi berkongsi photo ini dengan Am.

Ada sesiapa yang ada photo yang rakamkan sendiri tu bolehlah beri pada Am ya, boleh Am paparkan disini

Sunset...
Original Upload from Nokia 6670

Hujung minggu boleh kata macam menunggu tetamu datang rumah, hari minggu kawan sekolah Am datang, datang bukan kerana apa, anak dia yang paksa pasal nak mandi dikolam rumah Am tu, biasalah tu, Am pula tak pernah menolak kalau mereka nak datang kecuali Am ada hal. Kebetulan mereka dah sampai ajak makan tengahari dirumah Am, petang pula isteri ajak beli barang dapur yang dah kehabisan. Hari Ahad pula orang kampung belah isteri Am datang bertandang, juga ajak mereka makan tengahari dan macam hari sabtu juga mereka balik selepas makan tengahari.

Petang ahad hujan pula, tak boleh kemana, apa lagi tengok TVlah jawabnya, menonton cerita "Lagi lagi Senario" cerita ini Am dah tengok wayang dengan anak dan isteri Am, dan yang paling tak boleh lupa ialah kerana cerita inilah isteri Am tak lalu makan roti canai lebih setahun juga, adegan keramat membabitkan Apek buat roti tu kalau tak silap Am dah kena potong semalam.

Malam Ahad menonton acara penutup "Fiesta Media Idola", seperti biasa penonton Malaysia ni datang hanya untuk menonton, tepuk tangan punyalah susah, nak berdiri hormat semasa bendera diturunkan lagilah susah. Itu yang Am nampak tak tahulah kalau mereka semua berdiri.

Paling menyakitkan ialah bila ada sorakkan yang tak senonoh bila pasukan KRU menang, apalah mereka-mereka ini, semangat kesukanan hancus habis, buat malu kat orang aja. Apa-apa pun Fiesta Media Idola memang meriah, seperti kata Vince "Semua pemenang tiada pengalah"


Nota Kaki:
Tahniah Tengku Mahkota, dengan pertanyaan "sekali sekala tak nak tukar angin ker? buat kat KL pula"

Labels: ,

Friday, April 14, 2006

Bercerita tentang "Mengajar dan Diajar"

Koleksi


Koleksi photo yang Am paparkan minggu ini, cuba membuat sedikit pembaharuan di blog Am ini.

Sementara tunggu photo-photo yang menarik dihasilkan, keluarkan dulu semua photo yang dalam simpanan Am

Koleksi Minggu Ini...
Original Upload from O2 Xda II mini

Tertimbul idea hendak bercerita tentang topik ini semasa mengajar anak Am buat kerja sekolah dia. Am kalau setakat mengajar tulisan tiada masalah tapi masuk bab mengajar matematik, susah sikit kerana guru tadika dia ada formula tersendiri dalam mengira campur dan tolak ini. Terpaksalah Am belajar dengan anak Am dulu formula bagaimana nak mengira itu sebelum tengok samada dia buat betul atau tidak. Anak Am memang seronok kalau dapat mengajar Am ini.

Ok, dalam kehidupan kita ini kita memang sentiasa mengajar dan diajar, jangan kita terlupa baby kecil juga mengajar kita, dia mengajar kita tentang kesabaran, tentang menjadi ibu atau bapa dan kita juga mengajar baby itu tentang kesabaran tapi pada konsep yang berlainan, mengajar dia tentang hidup dan kehidupan.

Secara peribadi bagi Am, mengajar dan diajar adalah dua benda yang tak boleh dipisah, kita dituntut untuk mengajar ilmu yang kita ada tapi sebelum mengajar kita kena pastikan kita sendiri telah diajar ilmu berkenaan begitu juga sebaliknya.


Nota Kaki:
Am sentiasa dalam keadaan belajar......

Selamat berhujung minggu dan semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.

Labels: ,

Thursday, April 13, 2006

Bercerita tentang "Pandangan"

Dari


Sudah agak lama photo ini dalam simpanan Am, photo awan yang begitu cerah dan memancar, susah nak lihat awan begini sekarang ni.

Sementara tunggu photo-photo yang menarik dihasilkan, keluarkan dulu semua photo yang dalam simpanan Am

Cerah...
Original Upload from O2 Xda II mini

Hari ini cerita tentang "Pandangan" seseorang, memang sukar untuk kita mencari seseorang yang sama pandangan dengan kita dalam sesuatu benda, sahabat baik pun kadang kala memberikan pendapat yang berbeza dalam sesuatu benda itu. Contoh terdekat ialah bila pengunjung melihat blog Am ini.

Pengunjung 1: Blog ini hitam sangat dan kurang menarik
Pengunjung 2: Blog ini kemas
Pengunjung 3: Blog ini tiada apa yang menarik
Pengunjung 4: No Comment

Mungkin ini pandangan mereka terhadap blog Am dan mungkin banyak lagi pandangan terhadap blog Am. Setiap pengunjung ada pandangan mereka sendiri, salah atau betul pandangan mereka adalah cerita lain, Am terima atau tidak pandangan itu juga adalah cerita yang lain TAPI yang paling penting ialah Am perlu menghormati pandangan mereka kerana mereka memberi pandangan dari satu sudut yang berbeza, sudut yang Am sendiri tak terfikir.

Begitu juga dalam benda-benda lain, kadang kala kita cepat panas bila orang lain memberikan pendapat berbeza dengan kita hingga kita terlupa berbeza pendapat itulah yang membuatkan kita terfikir untuk berbahas dan ini akan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.

Sesuatu yang Am perasan ialah ramai sangat orang kita yang membelakangan pandangan mereka hanya kerana ingin menjaga hati orang lain ataupun terpengaruh dengan pandangan orang lain. Secara peribadi bagi biarlah kita berpegang teguh dengan pandangan kita sendiri bila kita pasti pandangan kita itu betul, jangan bimbang bukan semua orang itu betul dan bukan semua yang kita kata itu salah.


Nota Kaki:
Jangan membenci aku kerana menegurmu kerana aku menegurmu bukan kerana aku membencimu.

Labels: ,

Wednesday, April 12, 2006

Bercerita tentang "Kehidupan"

Dari


Am rakamkan photo ini dari tingkap pejabat Am, melihat keindahan matahari yang memancar.

Sementara tunggu photo-photo yang menarik dihasilkan, keluarkan dulu semua photo yang dalam simpanan Am

Dari Tingkap...
Original Upload from O2 Xda II mini

Am pernah tertanya-tanya pada diri Am, apakah itu maksud kehidupan itu pada Am, terlalu sukarkah kita mencari maksud atau erti kehidupan itu sebenarnya.

Bagi Am kehidupan ini bagai kita sedang membawa kenderaan untuk pergi kesesuatu tempat, segala yang tinggal dibelakang ialah kenangan kita, kenderaan itu ialah aset kita dalam menghadapi kehidupan dan pemandu ialah hati kita. Seperti yang kita nampak buruk cara pemanduan pemandu itu makan buruklah ia pada mata pemandu lain, begitulah dengan kehidupan kita ini, hati begitu memainkan peranan yang penting dan mempengaruhi segala jenis tindakan kita.

Berbalik pada kereta tadi, untuk sampai tujuan kita boleh mengikut jalan jauh atau jalan singkat, kita boleh melanggar peraturan atau mematuhi segala peraturan, yang pastinya akhir sekali walaupun apa yang kita lakukan kita akan sampai tempat yang sama juga. Bila dikaitkan dengan kehidupan, setiap oarang ada pilihan mereka dalam kehidupan mereka sendiri, ramai orang sanggup bersusah-susah untuk mencapai matlamat mereka, mereka ingin marasakan kemanisan kesusahan itu dan mereka juga ingin menimba pengalaman dari kesusahan yang mereka rasa. Namun begitu tak kurang juga yang lebih senang mengunakan jalan ringkas untuk mencapai matlamat mereka, menindas orang lain, rasuah, fitnah, dan macam-macam lagi agar mereka berjaya. Adakah mereka terlupa akhirnya mereka akan kembali kepada pencipta mereka itu, pencipta kita semua.

Sebenarnya banyak lagi erti kehidupan yang kita boleh dapat hanya dalam pemanduan kita. Am selalunya ingatkan diri Am, dijalan raya mungkin Am boleh terlepas dari kena tangkap atau saman bila melakukan kesalahan, paling teruk pun kena sumpah dengan pemandu lain TAPI dimata tuhan tiada suatu apa pun yang terlepas kerana disana nanti setiap anggota kita akan menjadi saksi pada setiap apa yang kita lakukan.


Nota Kaki:
Alangkah ruginya jika kita benarkan orang lain yang menentukan keseluruhan kehidupan kita.

Labels:

Friday, April 07, 2006

Bercerita tentang "Halal"

Memancar


Masih lagi koleksi photo di dalam simpanan Am, cuba merakam photo baru tapi masih dapat photo yang menarik.

Sementara tunggu photo-photo yang menarik dihasilkan, keluarkan dulu semua photo yang dalam simpanan Am

Memancar...
Original Upload from O2 Xda II mini

Kalau semalam dengar cerita yang banyak restoran India Muslim bukan dimiliki oleh mereka lagi tapi kini dimiliki oleh along-along. Ini terjadi kerana mereka tak mampu untuk membayar hutang mereka. Hari ini pula kecoh tentang cerita kebanyakkan restoran ini tidak ada pergiktirafan Halal.

Am pun pernah terkena juga di restoran berhampiran dengan rumah Am, ada gantong ayat quran tapi peliknya bila depavali dia bercuti, bila risik baru tahu restoran itu bukan restoran islam. Rasa tertipu sangat dan sampai sekarang masih geram pada restoran itu. Mungkin mereka rasa hanya dengan mengantong ayat quran dan bersih sudah menjadikan makanan mereka halal pada orang islam. Sepatutnya bukan begitu bang oi, banyak lagi yang perlu diambil kira, kalau tak tahu bolehlah merujuk pada Jabatan Agama, jangan ikut akal sendiri sahaja.

Benda-benda ini menjadikan Am dan keluarga bergitu berhati-hati jika hendak makan diluar, kami akan pastikan kedai itu benar-benar halal baru kami akan masuk dan makan disana. Terkena juga nak buat macam mana, sekurang-kurangnya kami telah berhati-hati sebaik mungkin.


Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu dan semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.

Labels: , ,

Thursday, April 06, 2006

Bercerita tentang "Anak"

Hijau


Masih lagi koleksi photo di Melaka 2005 semasa Am melawat Melaka, sengaja ingin memaparkan kehijauan pokok ini

Sementara tunggu photo-photo yang menarik dihasilkan, keluarkan dulu semua photo yang dalam simpanan Am

Hijau...
Original Upload from O2 Xda II mini

Agak lama Am tak bercerita tentang anak disini, hari ini timbul pula niat nak bercerita, anak Am seperti biasa makin petah bercakap, makin lasak dan yang paling tak tahan makin pandai memberi alasan. "Sekejab" itulah perkataan biasa dia gunakan kalau Am atau isteri minta dia buat sesuatu. Sekejap dia bukan sekejab tapi punyalah lama, jenuh juga Am tunggu dia punya sekejab.

Kalau suruh buat kerja sekolah dah ok sekarang, jauh lebih senang dari dulu dan Am dan isteri pun jarang sangat marah dia, kalau dia taknak buat Am dan isteri kata "Tak nak buat sudah, jom tido" terus dia managis nak buat. Rasanyalah dia lebih takut dengan cikgunya dari Am dan isteri.

Sekarang ini dia sibuk suruh abah dia beli kereta, asal nampak sahaja kereta yang dia rasa cantik, suruh abah dia beli, kalau kata abah dia masih suka kereta yang ada sekarang dia pula kata kita beli lagi satu kereta janganlah jual kereta ini. Amboi sedapnya cakap dia ingat abah dia ada mesin chop duit ker.

Satu lagi perangai baru dia ialah, suka sangat menyanyi, kalau dia dah mula menyanyi, radio kena tutup, ganguan dia nak nyanyi, jadi kalau dalam kereta terpaksalah Am dan isteri dengar nyanyian dia, bahagian yang dia tahu punyalah kuat suara dia dan bahagian yang dia tak tahu, muzik ajalah, liriknya entah kemana. Am dan isteri hanya mampu tersenyum sahaja.

Fakta Menarik
On Thursday 4th May next month, at two minutes and three seconds after 1:00 in the morning, the time and date will be 01:02:03 04/05/06. That won't ever happen again.

Nota Kaki:
Keputusan ujian darah dah keluar petang semalam, syukur Am semuanya ok cuma kolestrol sahaja yang tinggi sedkit, nampaknya perlu senaman Am ni.

Labels: ,

Wednesday, April 05, 2006

Bercerita tentang "Kerja"

Melaka


Photo dari koleksi photo di Melaka 2005 semasa Am melawat Melaka, cuaca cukup baik di Melaka waktu itu

Sementara tunggu photo-photo yang menarik dihasilkan, keluarkan dulu semua photo yang dalam simpanan Am

Melaka...
Original Upload from O2 Xda II mini

Beberapa hari yang lepas ada menyuarat jabatan Am, dari banyak perkara yang dibincang, timbul satu isu, tukar suka sama suka kerani, Am memang terus tak setuju, selepas kita tunjuk ajar kerani itu dengan cara kerja kita, senang-senang aja nak tukar dengan kerani pegawai lain, ini namanya tukar dia suka, kita yang tak suka. Akhirnya beri pada boss untuk buat keputusan, sekali sekala kami beri tugas pula pada boss untuk dia berfikir. Sampai sekrang keputusan masih tak ada lagi walupun boss kata dia akan buat keputusan dalam masa dua hari.

Petang hari ini keputusan ambil darah 2 minggu lepas akan sampai, semua berdebar menunggu keputusannya, semua bimbang banyak sangat positifnya nanti

Fakta Menarik
The human heart creates enough pressure while pumping to squirt blood 30 feet!!


Nota Kaki:
Al-Fatihah buat pakcik Abu, bekas jaga di pejabat Am yang meninggal semalam kerana sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh.

Labels: ,

Tuesday, April 04, 2006

Bercerita tentang "Bergurau"

Awal


Satu lagi photo yang telah lama berada dalam koleksi photo senja Am, kalau tak silap photo ini waktu awal senja.

Sementara tunggu photo-photo yang menarik dihasilkan, keluarkan dulu semua photo yang dalam simpanan Am

Awal Senja...
Original Upload from O2 Xda II mini

Semalam terdengar cerita yang kapalterbang AirAsia terpaksa menanguhkan pernerbangan gara-gara gurauan yang mengarut dari penumpangnya. Ada ka bom boleh dibawa bergurau. Bergurau punya pasal tak pasal-pasal mungkin kena penjara seumur hidup. Ucapan paling baik pada mereka ini ialah "Padan Muka"

Kebetulan cerita pasal gurauan ini, ada beberapa cerita yang kita dengar pasal gurauan sampai boleh membawa maut, dulu bergurau pukul kepala sampai koma dan meninggal, baru tadi dengar dua pelajar ITM kalau tak silap, bergurau pun hingga maut juga. Dasyat betul gurauan kita sekarang ya. Tak lama lagi mungkin kita bergurau baling-baling bom pula. Mana tahu kan. Tak lama lagi Akta mengenai gurauan pun agaknya terpaksa diujudkan.

Sajak buat Bangsa
Aduh tingginnya menara itu
Hadiah kita buat dunia
Setinggi itu kah maruah kita
Dimata Dunia.....

Indah sungguh binaannya
Bangga mendabik dada
Perkerti kita pula makin hilang indahnya
Mengeleng kepala pada siapa....

Harumnya bunga itu
Cantik berseri berbagai warna
Tapi bunga bangsa ku
Bagai hilang seri dan harumnya

Menara itu tegak berdiri
Lambang kejayaan dan kemodenan
Tapi bangsa ku makin layu dan rapuh
Dipukul rakus ombak kemodenan

AbahMuda @ Am 2006


Nota Kaki:
Makin takut nak bergurau, takut kena ketuk dikepala.

Labels: ,

Monday, April 03, 2006

Biarlah Mereka Bercerita

Dahan


Photo ini sudah agak lama dalam simpanan Am, cuba memaparkan kehijauan daun itu tapi tak menjadi seperti yang diharapkan.

Masih cuba memaparkan kehijauan dalam photo-photo Am.

Dahan...
Original Upload from O2 Xda II mini

Hari ini Am tak nak bercerita tentang apa-apa, cuma mengajak rakan-takan semua melawat blog-blog rakan yang menghadiri gath msjbox dan bersama-sama merasai keseronokkan mereka.

Mari kita lawat blog Azkam, Shai, Mack, Retna (anakomak), Yatt, Aishah (chik), Skruemas, Spiral, Afzan01, Asri (sodep), Kurzz, Carneyz, Junaidix, bAi, Kiki, Sanchai.

Sajak buat Kamu
Izinkan aku
membersih hatimu
Dari rindu....Dari duka....Dari sepi

Izinkan aku
Menanam sekuntum mawar
Di gurun hatimu
Yang gersang dan kering

Jangan Berpaling
Menyembunyikan senyumanmu
Kerna disitu....letaknya bahgiaku

AbahMuda @ Am 2006


Nota Kaki:
Keseronokkan datang dari berbagai cara, kadang kala melihat orang lain seronok [un akan memberikan keseronokkan dalam diri kita.

Labels: ,

Saturday, April 01, 2006

Cerita buat Suami & Isteri

Ketika isteri Am emailkan cerita ini pada Am, Am rasa cerita ini amat menarik dan tak sabar nak berkongsi bersama pembaca-pembaca do bolg Am ini

Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia." Saya terpegun.

Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)

Labels: