AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Tuesday, May 30, 2006

Bercerita tentang "Kompang"

Menarik


Photo ini isteri Am rakamkan juga semasa balik rumah hari sabtu lepas, Am kata awan cantik, terus dia ambil Hp Am dan rakamkan photo ini dan beberapa photo yang lain.

Isteri Am pun dah perasan dia dah jadi pembantu mengabil photo untuk Am.

Menarik...
Original Upload from O2 Xda II mini

Semalam ingat nak bercerita tentang MyTeam tapi banyak kerja pula selepas balik mesyuarat, nak bercerita hari ini rasanya dah terlewat kot

Ok, hari Ahad lepas pergi kenduri kahwin saudara belah isteri Am, anak Am kalau rombongan kahwin sampai dia bukan tengok pengantin tapi dia lebih leka tengok pasukan kompang itu. Selagi tak habis bunyi kompang tu selagi itulah dia tak berganjak. Memang semua kenduri kahwin dia macam itu.

Kebetulan cerita pasal kompang ni, Am hanya ada dua kali sahaja pengalaman bermain kompang di majlis perkahwinan, pertama semasa baru masuk persatuan kompang, baru dua minggu jadi ahli dan berlatih dah kena main. Am sendiri tak pasti kompang yang Am pukul tu berbunyi ker tak kerana dalam hati asyik mengira step yang diajar. Kali kedua pemain kompang ala-ala bidan terjun dimajlis perkahwinan sepupu Am dikampung, ini gara-gara banyak sangat kenduri kahwin dan pasukan kompang tak cukup ahli.

Harapan Am agar budaya kompang ini akan terus dipertahankan dari generasi ke generasi, banyak yang kita telah hilang harap-harap yang ini kita jangan hilang juga.


Nota Kaki:
Badan dah sihat, kerja pun dah kurang sikit, jadi aktifkan blog anda Am akan datang berkunjung hehehehe

Labels: ,

Friday, May 26, 2006

Bercerita tentang "Uptrend"

Juara


Akhirnya juara baru American Idol 2006 telah dimumkan semalam. Taylor Hicks telah berjaya.

Sebenarnya Am sendiri tak sangka dia akan berjaya kerana semasa ujibakat dia nampak begitu gementar sekali sampai dia keluar sebentar untuk hilangkan gementarnya.


Juara Baru...
Sumber : The Star Online

Pernah dengar mengenai Uptrend? Am ada kawan ajak Am join program ini, program ini perlukan Am cari downline dan tanpa downline Am tak akan dapat pulangan. Sebenarnya Am kalau bab yang cari downline ni memang payah sikit. Pasal downline satu hal, sebab satu lagi walau bagaimana pun Am rasa program ini bagai kita menyusahkan orang lain atau macam menipu pula rasanya.

Am lebih selesa sertai program seperti Akojaya dimana kita jual barang dan dapat komisen. Banyak kita jual barang, banyaklah komisen yang kita dapat. Pendek kata Am lebih selesa dengan program yang nampak barangannya.


Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu, semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan

Labels: ,

Thursday, May 25, 2006

Bercerita tentang "Anak"

Awal


Satu lagi Photo yang dirakamkan oleh isteri Am, photo ini sudah agak lama tersimpan dalam simpanan Am, ada beberap keping lagi sebenarnya

Sekarang ini dalam proses memaparkan semua photo yang ada dalam simpanan Am ke blog Am ini.

Awal Senja...
Original Upload from O2 Xda II mini

Am : eja ABAH
Anak : A BAH
Am : eja HENSEM
Anak : BU RUK, Abah Buruk hahahahaha
Am : @#$^&&*(())_&^$%

Anak Am ini kalau bab Abah dia, busuklah, buruklah kalau mama dia semuanya wangi dan cun, Am tahu kenapa. Dia tahu mama dia cepat merajuk tapi abah dia tak kisah, jadi kalau bab nak mengutuk ni dah tentulah abah dia yang kena hehehe
Hari ini pertama kali anak Am ikut Rombongan sekolah dia, pagi tadi punyalah senang nak kejut dia. Bagus betul sekali kejut sahaja dah bangun, punyalah bangga dia, ingat nak belikan dia roti tapi dia tak nak singgah takut lambat kata dia. Ni kiranya seronok dan tak sabar tahap Gabanlah ni hehehe. Risau punya pasal banyaklah pesanan-pesanan ringkas isteri Am pada dia Am pun tumpang beri pesanan ringkas sekali hehehe.

Sudah dua hari Am rasa Tak Sihat, kepala rasa sakit semacam, hidung selsema, badan macam nak demam aja. Ini bukan deman AF tapi betul-betul kejadian. Tapi kerana banyak kerja yang perlu dibuat terpaksalah kerja juga. Hari Isnin ada mesyuarat, walaupun bukan orang penting dalam mesyuarat tu tapi banyak dokumen yang perlu disiapkan sebelum mesyuarat tu.

Kepada kawan-kawan Blog semua, maaf ya, Am akan kurang sangat melawat dan bermesra, nanti bila Am free semula Am akan melawat dan meninggalkan jejak di blog kawan-kawan ya


Nota Kaki:
Nasib baik Blogdrive dah ok sikit hari ini, kalau tidak makin sakit kepala dibuatnya hehehe

Labels: ,

Tuesday, May 23, 2006

Bercerita tentang "Makan"

Senja


Satu lagi Photo langit senja tapi photo ini dirakamkan oleh isteri Am, pembantu juru photo Am hehehe, ada banyak lagi pgoto yang isteri Am rakamkan dalam simpanan Am.

Mungkin besok Am akan paparkan photo yang isteri Am rakamkan juga.

Senja...
Original Upload from O2 Xda II mini

Semalam semasa turun lift, kebetulan pula semua perempuan dalam lift tu, tak berani pandang perempuan dalam lift tu nanti disangka nak mengorat pula walaupun memang ada niat sebenarnya hehehe. Kerana taknak pandang punya pasal, pandang cermin dalam lift tu, baru perasan muka Am ni dah kembang sikit. Ada dua alasan kenapa jadi macam ini, pertama sakit bengkak muka, kedua terlebih makan.

Am rasa alasan kedua tu yang boleh diterima pakai, mana tak nya, dari sarapan, lunch dan makan malam semuanya berat-berat, mana tak semua anggota badan mengembang, nak berdiet sikit rasanya tapi nak buat macam mana, sentiasa pasang niat, laksanakanya tak juga hehehe

Kebetulan cerita pasal makan ini, Am teringat satu dialog yang Am pernah dengar semasa Am kecil dulu "Makan untuk Hidup bukan Hidup untuk Makan" Rasanya kita patut laksanakan "Makan untuk Hidup" tapi ramai umat manusia sekarang lebih suka menggunakan "Hidup untuk Makan". Sebab itulah sekarang kita tengok makin ramai yang Makan rasuah, kawan Makan kawan, Makan keliling dan macam-macam makan lagi. Yang aneh dan pelik tu ada juga yang sanggup makan kaca, paku, kertas dan lain-lain lagi. Hidup untuk Makanlah katakan.


Nota Kaki:
Makan hati betul dengan Blogdrive ini, makin bermasalah sekarang, macam nak suruh tukar saja hehehehe

Labels: ,

Monday, May 22, 2006

Bercerita tentang "Blog"

Senja


Photo ini baru Sahaja Am akamkan minggu lepas semasa menunggu isteri Am. Nampak cantik sangat langit waktu senja itu, ada dua photo yang Am rakam tapi lebih kurang sama sahaja.

Tadi nampak langit pagi yang cantik tapi naik motor jadi tak boleh nak rakamkan

Senja...
Original Upload from O2 Xda II mini

Sudah lama Am tak bercerita tentang Blog Am ini, sejak kali terakhir Am bercerita tentang blog Am ada sedikit yang Am tambah dalam blog Am ini, blog Am sudah ada jam, sudah ada video muzik dan sudah ada logo email yahoo. Semua tu biasalah belajar atau tiru dari blog orang lain. Ada juga yang tanya kenapa ada sampai dua Tagboard? bukan pasal nak menunjjuk tapi sebagai persedian jika salah satu problem yang satu masih boleh digunakan, apa orang tua kata tu "Sediakan Payung sebelum Hujan".

Satu lagi Am betul-betul gembira, seronok dan terharu atau lebih tepat lagi Teruja bila ada orang baru yang singgah diblog Am dan kemudia tinggalkan sedikit jejak di sini. Am seperti dapat kawan baru dan selalunya Am tak sabar-sabar untuk menjengok diblog mereka semua dan meninggalkan jejak diblog mereka. Kerana bagi Am sedikit jejak walaupun sependek perkataan "Hai" akan melahirkan kemesraan dan tak mustahil akan berakhir dengan persabahatan.

Mungkin ramai yang perasan sekarang banyak blog sudah mula bercerita tentang Akademi Fantasia 4, blog manakah yang akan menjadi blog utama untuk AF4 kali ini, adakah blog SM yang sebelum ini dengan ada kenyataan yang blog itu tidak akan berbicara tentang AF4 atau blog Klubbkid yang semakin hari semakin panas dengan cerita AF4nya ataupun blog-blog yang memang kita tak pernah kenal. Adakah blog Am juga akan turut bercerita tentang Akademi Fantasia 4?


Nota Kaki:
Tolong tegur jika Am salah kerana selagi hidup selagi itu kita akan membuat kesilapan

Labels: ,

Friday, May 19, 2006

Selamat Hari Jadi Anak Sulungku

Putih


Photo putih bagai melambangkan anak sulung Am, dia hadir bagai sehelai kain putih, sebelum dapat dicorakkan oleh Am dan isteri dia kembali juga seperti sehelai kain putih tanpa noda.

Selamat Hari Jadi anakku, Abah dan mama tetap merinduimu.

Putih...
Original Upload from O2 Xda II mini

19 May, 1999 anak sulung Am lahir, anak yang menukar title Am kepada "Abah" tapi hanya dipinjamkan sementara sahaja pada Am, lahir petang dia kembali pada sebelah malam. Walaupun begitu Am tetap bersyukur walaupun Am dapat merasa kegembiraan bergelar Abah tak sampai 8 jam dan disusuli dengan kesedihan atas kehilangannya. Mungkin tuhan memberi kesedihan ini pada Am agar Am lebih menghargai kegembiraan yang akan datang dalam hidup Am.

7 tahun telah berlalu tapi permergiannya bagai baru terjadi semalam sahaja, saat ini kerinduan padanya masih begitu terasa, makin terasa dan semakin terasa.

Kalau dia masih ada, mungkin dia seperti adiknya sedang sibuk untuk periksa, mungkin juga dia sedang sibuk bergurau senda dengan adiknya atau bergaduh berebut mainan, mungkin juga dia sedang sibuk mengajar adiknya, mungkin juga dia sedang sibuk bertanya itu dan ini, mungkin juga dia sedang sibuk bersiap untuk kesekolah ugama, mungkin dia juga sedang petah bercerita tentang kawan-kawannya. Terlalu banyak MUNGKIN tapi yang pasti HAKIKATnya kasih sayang Abah dan Mama tetap ada dari dulu sampai sekarang, tetap sama dan tak berubah sampai bila-bila.

Selamat Hari Jadi anakku dari Abah, Mama dan Adikmu, ketahuilah anakku, kau tetap anak pertama buat Abah dan Mama juga abang long buat adikmu, tiada siapa yang dapat merubah hakikat itu.


Nota Kaki:
Sekadar bercerita meluah rasa.

Selamat Berhujung Minggu, semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan

Labels: ,

Thursday, May 18, 2006

Bercerita tentang "Kerja"

Kesibukkan amat sangat melanda hari ini, tak sempat nak bercerita dan paparkan photo pula hari ini, mesyuarat dah dekat dan banyak pula kerja datang sekaligus, yang pelik semuanya tiba-tiba "Urgent" pula, pandai betul kerja ni hehehe

Kena siapkan cepat, sejak naik motosikal ni malas sangat nak stayback, ni kes rindu nak bawa motor kot hehehe


Nota Kaki:
Ada sesiapa nak tolong boleh singgah dipejabat Am hehehe

Labels:

Wednesday, May 17, 2006

Bercerita tentang "Masalah"

Petang


Photo ini sudah lama dalam simpanan Am, dah lupa bila Am rakamkan tapi yang pastinya semasa Am pulang dari pejabat.

Sekarang ini terlalu kurang photo langit yang menarik berjaya Am rakamkan, cita-cita untuk membeli kamera yang canggih masih belum berkesampaian lagi.

Petang...
Original Upload from O2 Xda II mini

Sejak bawa motosikal ini Am perasan ada banyak perbezaan dengan semasa bawa kereta, beza dari apa ya. Ok jika semasa dulu lubang kecil tidak memberi masalah sangat tapi sekarang lubang kecil itu terlalu bahaya sehingga boleh buat motosikal Am bergegar, lubang besar yang dulunya sangat sukar dielak tapi sekarang mudah sahaja dielak dari dilanggar dan tak menjadi masalah.

Begitu juga dengan Kehidupan ini, masalah kecil pada kita tak semestinya kecil pada orang lain, mungkin tiada masalah bagi mereka ataupun masalah kecil kita itu merupakan masalah besar bagi mereka. Begitu juga sebaliknya. Oleh itu kita sepatutnya selalu ingatkan diri kita agar kita berjaga-jaga dalam kehidupan seharian kita kerana secara sedar atau tidak kita mungkin masalah pada orang lain samada kita suka atau tidak.

Dalam Hidup yang serba mencabar ini tekanan berada disana sini, hidup menjadi semakin mencabar, sedikit masalah yang kita berikan kepada mereka mungkin akan meletupkan sifat kesabaran satu individu itu, mungkin inilah penyebab kepada kes mengamuk, bunuh diri, kes dera dan bermacam-macam kes kejatuhan akhlak lagi.


Nota Kaki:
Kita itu termasuklah diri Am sekali

Labels:

Tuesday, May 16, 2006

Bercerita tentang "Hari Guru"

Memancar


Guru umpama satu matahari yang memancarkan cahaya dilangit yang membiru, tetap setia memancarkan cahaya walaupun ada yang membenci kepanasannya.

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru walau dimana sekalipun.

Memancar...
Original Upload from O2 Xda II mini

Am mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru tak kiralah guru apa sekali pun janji dia mengajar dia tetap guru bagi Am. Jasamu amat besar dalam mendidik bangsa mengenal apa itu huruf, baik dan buruk dan hala tuju kehidupan ini. Jejak-jejak yang kau tinggalkan bagai jambatan yang menyambung kehidupan anak-anak muridmu.

Kebetulan cerita pasa guru ini, sebenarnya cita-cita Am semasa kecil dulu ialah hendak menjadi Guru yang Berdedikasi, Am ingin sangat jadi cikgu BM atau Sejarah tapi bila besar kelayakan dah cukup dan sudah ambil borang maktab tapi tak hantar kerana Am fikir punya fikir, Am ini sebenarnya tak cukup kesabaran untuk menjadi pendidik, Am takut Am akan jadi guru pendera nanti. Memang betul pun Am tak cukup kesabaran nak ajar anak Am pun kadang-kadang Am akan hilang kesabaran. Nampak mudah kerja guru ini tapi hakikatnya jauh lebih susah dari kerja-kerja yang lain.

Anak Am mula periksa hari ini, isteri Am pula yang risau, malam tadi sementara isteri Am ajar dia ulangkaji, Am pula sibuk menyiapkan barang-barang untuk periksa dia, teringat pula, suatu masa dulu ibubapa yang yang sibuk menyediakan barangan untuk periksa Am sekarang Am pula yang sibuk. Masa bagai terlalu cepat berlalu.


Nota Kaki:
Hari ini nak melawat semua blog guru yang Am kenal dan mengucapkan "Selamat Hari Guru"

Labels: ,

Monday, May 15, 2006

Bercerita Tentang "Msjbox TimeOut"


MsjBox TimeOut...
Original Upload from O2 Xda II mini

Hujung minggu menghadiri perjumpaan "Msjbox TimeOut", walaupun pun berkejaran sekejab akibat tersesat semasa menghantar adik ke asramanya dan sesat lagi sekali selepas menghantar, penuh dengan sesat sahaja. Akhirnya berjaya juga sampai ke kajang, nasib baik semua masih belum balik lagi. Terlambat punya pasal tak dapat rasa cheese Kek Kak Ayu, Chik dan Yatt, tak apa lain kali boleh rasa, special punya, betul tak Chik.

Am rasalah inilah perjumpaan yang teramai sekali, seronok Am tengok semua, dalam acara tukar "Tukar Key-Chain", Am dapat Anakomak punya, ada ucapan dari anakomak lagi "Never give up when doing Sumting - Salam Friendship" Salam friendship juga buat anakomak, cantik keychain itu, dua dalam satu, Key-Chain dan pemotong kuku. Am punya Am rasa dapat pada Kak Ayu, maaf kak ayu tak menarik sangat, anak Am yang pilih tu.

Terima kasih juga pada Jun, Anakomak, Shai, Carneyz, Meera yang sudi singgah dirumah Am selepas Msjbox TimeOut, lain kali kalau datang bawa baju mandi ya, kita sama-sama terjun kolam, Jun macam tak sabar-sabar aja tu, anakomak pula macam malu-malu sahaja, jangan bimbang lain kali meera boleh jadi tukang masak. Pada rakan-rakan yang lain, lain kali kita buat Msjbox TimeOut dirumah Am pula.

Sekali lagi terima kasih kepada kepada yang sponsor, yang mengurus dan kepada semua yang menjayakan Msjbox TimeOut kali ini.


Nota Kaki:
Penat pasal sesat masih terasa sampai hari ini.

Labels:

Thursday, May 11, 2006

Bercerita tentang "Ibu"

Pagi


Paparkan photo ini setelah sekian lama tersimpan dalam simpanan Am, cantik pula nampak pokok kelapa itu, sebatang sahaja disitu.

Cuba cari photo yang bertema hari ibu untuk dipaparkan disini tapi tak jumpa yang menarik pula

Kelapak...
Original Upload from O2 Xda II mini

Hari ini cuti setengah hati, bateri kereta meragam lagi, ada alat yang Am ganti bulan lepas rosak menyebabkan bateri tak cas semula, jadi pergi kedai tu dan minta dia gantikan alat dan bateri itu dengan yang baru. Nasib baik tak kena apa-apa bayaran. Ada tanya dia selalu ke alat itu rosak, dia kata dalam 10 satu sahaja yang rosak. Bertuah betul Am jadi yang satu itu.

Ok mari bercerita tentang Ibu pula, Am sebenarnya tak tahu nak bercerita pasal ibu ini, bukan tak ada apa nak cerita tapi tak tahu nak mula dari mana, terlalu banyak jasa Mak Am dan kalau nak tulis disini sampai besok pun tak habis, terlalu banyak yang Mak Am ajarkan pada Am dan boleh kata tanpa tunjuk ajarnya Am tak boleh jadi Am sekarang ini.

Am masih ingat bila kakak Am pulang lambat, Mak Amlah yang pusing satu kampung mencari, bila adik Am bergaduh, Mak Amlah yang yang berdiri didepan meleraikan pergaduhan, bila Am deman dan muntah dimalam hari, Mak Amlah yang disebelah Am mengurut dada, membersihkan muntah Am, menyapu kain didahi Am dan menepuk Am kembali tidur.

Terlalu banyak benda yang Mak Am lakukan berlegar di minda Am bila Hari Ibu ini menjelma, yang pastinya walaupun Mak Am tak membaca apa yang Am tulis ini, Am ingain ucapkan selamat Hari Ibu buat Mak dan kasih sayang Am pada Mak tetap tak berubah dari dulu, kini dan selamanya.

Buat isteri pula, selamat Hari Ibu, terimakasih kerana sudi melahirkan zuriat buat Am, nanti kita cuba sedaya upaya untuk tambah zuriat ya hehehe dan satu lagi nanti kita sambut hari Ibu sama-sama ya hari Ahad ini.

Selamat Hari Ibu buat Mak Am
Selamat Hari Ibu buat Isteri Am (Mama pada anak Am)
Selamat Hari Ibu pada semua Ibu-Ibu yang menjengok diBlog Am ini
Selamat Hari Ibu juga buat semua Ibu-Ibu diluar sana tak kira apa panggilan yang mereka gunakan.


Nota Kaki:
Selamat bercuti dan berhujung minggu pada semua, semoga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.

Labels: ,

Wednesday, May 10, 2006

Bercerita tenang "Berhenti Kerja"

Cantik


Photo ini Am rakamkan dikawasan perumahan Am sewaktu hendak pergi kerja, memang cantik sangat langit waktu itu.

Kalau Am ada kamera yang lebih canggih tentu photo ini akan menjadi lebih menarik, cantik dan terang.

Cantik...
Original Upload from O2 Xda II mini

Bukan Am yang hendak berhenti kerja tapi salah seorang kerani disini, ingat tak lagi dulu Am ada cerita seorang kerani yang selalu kena komplen dengan pegawainya. Kerani itu yang hendak berhenti, berhenti bukan kerana tak tahan dengan tekanan tapi dapat kerja baru yang dekat dengan kampungnya.

Am ni kalau ada staff yang nak berhenti tentu rasa sedih sikit, sentimental pulak Am ini hehehe tapi sebenarnya Am dah anggap kami seperti satu keluarga. Kalau kita semua perasan banyak masa kita dihabiskan dipejabat dari dirumah. Setiap staff sudah menjadi keluarga kedua bagi Am, tak kisahlah siapa yang berhenti Am akan berasa sedikit sedih.

Sejak Am kerja disini, banyak kali Am tengok perkerja yang masuk dan keluar, ada yang keluar dan menjawat jawatan yang lebih tinggi dan ada juga yang keluar dan berkerja lebih kurang sama juga. Tertanya juga pada diri "Am sampai pencen ker nak kerja disini?" hehehe.


Nota Kaki:
Ada sesiapa nak kerja sebagai kerani bahagian "Secretarial" boleh beritahu Am ya.

Labels: ,

Tuesday, May 09, 2006

Bercerita tentang "Watak"

Bunga


Bunga perhiasan dirumah mak mertua Am, nampak cantik terus rakamkan. Nak buat macam mana awan kurang menarik sekarang ni.

Kali pertama paparkan photo bunga disini, silap-silap Am boleh jadi mat bunga pulak nanti hehehe

Bunga...
Original Upload from O2 Xda II mini

Kadang kala bila Am baca komik dan menonton TV, nak sangat Am watak yang jahat dan memualkan itu lenyap dengan segera tanpa Am sedari watak itulah yang menghidupkan keseluruhan cerita itu, cerita itu lebih menarik kerana adanya watak itu.

Begitulah hidup kita seharian ini, kadang kala watak yang kita tidak suka itulah yang mengwarnai hidup kita, watak yang memberikan kita kepahitan hidup agar kita lebih menghargai kemanisan hidup itu. Watak-watak ini akan sentiasa berlegar disekeliling samada kita mau atau tidak dan watak ini akan lebih mematang kita dalam menghadapi hidup.

Tapi janganlah kita terlalu terpengaruh dengan watak-watak ini sehingga kita sendiri terperangkap dengan dengan kehadiran watak-watak ini


Nota Kaki:
Hidup kita bagai satu filem yang tiada tayangan iklan.

Labels:

Monday, May 08, 2006

Bercerita tentang "Piala Thomas & Uber"

Piala


Piala yang semakin hari semakin jauh dalam gengaman kita, terlalu cemburu melihat kegembiraan mereka menyulang piala itu, dan sedang tertanya-tanya bilakan masa kita pula.

Mungkin kita perlukan pemain import untuk Badminton juga.

Piala...
Sumber Utusan Malaysia
Online

Sebelum apa-apa Am dan keluarga merakam ucapan takziah kepada kak noamie sekeluarga diatas permergian anaknya yang tersayang, semuga dia ditempatkan bersama orang yang soleh dan kepada kak noami sekeluarga semuga dapat menerimanya dengan tabah dan sabar. AL-FATIHAH

Ok cerita mengenai Badminton pula, punyalah sakit hati Am sudahlah Piala uber terlalu jauh dari jangkauan, piala Thomas pula semakin sukar digengam. Seperti biasa harapan yang pada mulanya setinggi langit akhir kita jatuh terduduk menyembah bumi. Terkandas dek kehebatan permain Denmark.

Hafiz yang menjadi wira membawa kita ke perlawanan separuh akhirnya akhirnya menjadi sasaran penyebab kekalahan, betul atau tidak itu tak penting, bagi Am bila menang kerana pasukan, kalah pun kerana pasukan juga, jangan nak menyalahkan mana-mana individu. Terus terang Am katakan kita bernasib baik berjaya ke separuh akhir, silap-silap kita boleh kecundang diperingkat suku akhir lagi.

Am tertanya-tanya bilakah agaknya Piala Thomas ini akan kembali kepangkuan kita, mungkinkah di Jarkarta 2008 nanti atau kita terpaksa menunggu lagi. Atau mungkin kita terpaksa menunggu satu lagi keluarga Sidek wujud di pasaran atau selama-lamanya kita terus menunggu.


Nota Kaki:
Sudah tentu ramai yang kecewa, kecewa kerana pasukan kita masih tak dapat merampas piala Thomas dan mungkin ada yang kecewa kerana tak dapat cuti sehari jika kita berjaya merampas piala Thomas, siapa tahu kan.

Labels: ,

Friday, May 05, 2006

Bercerita tentang "Diri"

Rugi


Jalan ini sepatutnya jalan yang disediakan untuk kawasan perumahan Am tapi masih tidak boleh digunakan kerana salah faham antara pemaju dan pengurusan lebuhraya.

Geram lihat, jalan yang cantik tapi masih tak boleh digunakan, seperti satu kerugian.

Rugi...
Original Upload from O2 Xda II mini

Semalam Am membaca satu blog, dari hanya suka-suka terus membaca kesemua entrynya, membaca cerita kesedihannya, kasihnya yang tak sampai, kesakitannya, cerianya, setianya, kasih sayangnya dan harapannya

Terfikir pula berapa bertuahnya Am, Am ada tempat untuk luahkan seluruh perasaan kasih sayang Am, walaupun perkataan kasih itu jarang sekali Am luahkan tapi yang pasti perasaan itu makin betambah dari sejak mula perasaan itu wujud. Am ada tempat untuk dituju bila Am balik, melepaskan rasa rindu Am, bercerita tentang kesedihan Am, mengadu tentang masalah Am, berkongsi rasa benci dan kemarahan Am

Yang pasti Am tahu ada orang yang yang mengharapkan kasih sayang Am dan dengan rela memberikan kasih sayangnya pada Am, seorang yang mengharapkan bimbingan Am dan sudi membimbing Am bila Am leka, seorang yang sudi membalut luka Am dan memerlukan bahu Am bila dia terluka dan juga seorang yang secara jujur menemani Am menuju hari tua Am dan minta Am menemaninya juga.

Am gembira dan rasa hidup Am sudah cukup sempurna walaupun Am tak punya kereta mewah menjalar didepan rumah Am, tak punya banglo yang ada berpuluh bilik dan tak punya wang berjuta-juta di bank kerana kesempurnaan bukan diukur dengan nilai kebendaan tapi nilai kebahagian yang kita kecapi.


Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu dan semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.

Labels:

Thursday, May 04, 2006

Bercerita tentang "Pening"

Memancar


Photo ini baru sahaja Am rakamkan, nampak cantik juga bila matahari bagai bersembunyi di balik awan, memang nampak menarik dan unik.

Ada tiga photo ini tapi Am rasalah ini yang paling menarik pada pandangan Am, atas terang bawah gelap

Sembunyi...
Original Upload from O2 Xda II mini

Pagi
Nak makan nasi lemak, banyak kolestrol, nak makan mee ada pula dengar cerita pasal mee dengan asid, tengok bihun pula macam dawai aja, nak ambil telur semalam dah makan telur, nak beli roti canai punyalah banyak minyak, apa nak makan sarapan ni?
Akhirnya beli nasi lemak+kerang+telur goreng (bertambahlah lagi kolestrol nampaknya)

Tengahari
Semalam dah makan nasi hari ini tak tahulah nak makan apa, lauk daging teringat pesan doktor kurangkan makan daging, nak makan ayam teringat pula artikel yang ayam sekarang ni banyak ayam segera, nak makan telur pagi tadi dah makan telur, nak makan ikan bakar teringat pula yang bakar2 ni mudah dapat kansel, nak makan kuah lemak takut tambah kolestrol lagi, nak makan ikan sardin teringat email yang baru sahaja terima, Pening kepala dibuatnya.
Nampaknya tengahari ini makan komik sahajalah.

Kadang kala bila terlalu banyak yang dibaca tentang kesihatan ini terlalu takut nak makan itu dan ini, terlalu banyak kira-kira yang dibuat hanya untuk sarapan dan makan tengahari. Malam malas nak fikir, biar isteri yang tetapkan menu, Am tukang habiskan sahaja.


Nota Kaki:
Pening-pening pun berat makin bertambah juga hehehehe

Labels:

Wednesday, May 03, 2006

Bercerita tentang "Bow-Tie"

Pokok


Sudah agak lama photo ini tersadai dalam simpanan Am, hari ini Am beri peluang pada photo ini dipaparkan di blog Am pula.

Terlupa nak rakamkan awan di Cherating dengan Handphone Am, seronok guna kamera yang dipinjam

Pokok...
Original Upload from O2 Xda II mini

Entry hari ini agak panas sedikit jadi sila sediakan air sejuk

Sakit hati betul baca suratkhabar pagi tadi, ada ke Ahli Parlimen boleh berbahas pasal pakai "Bow-Tie", banyak lagi perkara yang perlu dibahaskan, sepatutnya mereka perlu gunakan masa mereka yang dibayar oleh rakyat untuk berbahas isu tentang jatuh bangunnya negara kita ini, ini tidak berbincang mengenai isu "Bow-Tie" yang terlekat dileher mereka itu. Pergilah bincang benda itu dimasa-masa percuma mereka dikedai-kedai kopi atau di restoran-restoran mewah yang mereka selalu singgah, sehari suntuk pun tiada orang nak kisah.

Yang membangkitkan isu itu satu hal, yang memakainya pun satu hal juga, kalau seorang pakai mungkin dah kebiasaan tapi kalau dah 16 orang yang pakai, apa kes ni? nak publisiti murahan ker, kalau nak glamor sangat tak payah jadi pemimpin jadi artis, dah tentu glamor punya.

Am lihat kadang kala perangai mereka ini lebih kurang macam budak sekolah sahaja. Risau Am dibuatnya bila kita mengharapkan orang-orang sebegini untuk menentukan landasan negara kita. Bolehkah orang yang tak faham undang-undang yang mereka cipta sendiri nak mencipta undang-undang untuk orang lain pula.


Nota Kaki:
Tunjjukkan pada negara kita mampu memimpin bukan tunjjukan kita minta dipimpin.

Labels:

Tuesday, May 02, 2006

Bercerita tentang "Cherating"


Cherating...
Original Upload from O2 Xda II mini

Hujung minggu seperti yang diberitahu Am sekeluarga ke Cherating semperna "Company Family Day", seronok tu memang seronok tapi penatnya sampai hari ini masih terasa. Badan masih sakit-sakit kerana bermain polo air dua hari berturut-turut. Biasalah badan terlalu dimanja tiada senama sekali senaman habis sakit semuanya.

Yang paling utamanya keseronok itu datang bila boss dan staff tidak mengira kedudukkan berbual, berjenaka, bercerita tanpa takut dan sekatan. Semua orang dengan jenaka mereka sendiri dan perwatakan sebenar mereka yang selama ini disorokkan dipejabat.

Ok, berbalik pada Cherating, anak Am yang paling seronok, mandi kolam dan mandi laut, rasanya ini kali pertama dia mandi laut walaupun bukan kali pertama dia ke laut. Di tepi pantai nak buat bangunan tapi tak tahulah bangunan apa yang dia buat, bulat sahaja nampaknya. Asyik minum air sejuk sahaja, risau juga Am dan isteri, nasib baik dia tak batuk.

Perjalanan pulang dari Cerating ke KL, ditemani dengan hujan yang lebat, kalau tak silap ada dua kemalangan yang berlaku, isteri Am siap berdoa supaya kami tak apa-apa sampai ke Kl, Alhamdulillah Am selamat sampai ke Kl dan kini berada didepan komputer untuk mengupdate blog.


Nota Kaki:
Nasib baik Cuti untuk hari ini dibekukan, kalau tidak mau sahaja Am bercuti hari ini

Labels: