AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Thursday, June 29, 2006

Bercerita tentang "Berjimat"

Awal


Photo ini Am ambil dua hari lepas semasa dalam perjalanan ketempat kerja, cantik awan tu macam berlapis pula, kalaui edit dengan prgtram picasa lagi cantik awan ni kot

Oh ya lupa pula, awan ini dirakamkan oleh isteri Am, biasalah Am sedang memandu semasa itu, kena tumpukan perhatian dijalan raya hehehe

Awal Pagi...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Semalam Am pergi makan di satu kedai tak berapa jauh dari rumah Am, rasanya baru lai pertama Am dan keluarga makan disitu, anak Am biasalah nak Milo Ais, bila milo ais tu sampai anak Am dah tanya "Air apa tu mama?" Mana tak milo aisnya punyalah cair dan warnanya dah hampir macam susu ais. Bila rasa anak Am dah reject air tu, bila Am rasa memang sah rasa macam susu ais sahaja. Malas nak komplen terus Am naik kereta dan belikan anak Am air ribene di kedai runcit berhampiran.

Setahu Am kita sekarang Berjimat pada gula bukan milo, kenapalah kedekut sangat nak buat air yang sedap. Am rasa kalau sedap tentu orang akan datang lagi. Yang pastinya isteri Am dah kata itulah kali pertama dan terakhir datang situ, Am pun rasa begitu juga. Lebih baik Am pergi kedai mamak yang air milonya punyalah pekat dan sedap. Tertanya-tanya pula, kalau semua berfikiran macam Am siapa agaknya yang pergi kedai itu?.

Kalau ada masa Am akan tambah lagu dalam Video diblog Am ini, mungkin Am akan tambah lagu Inggeris, bukan tak nak tambah lagu melayu, masalahnya hanya video lagu inggeris sahaja yang Am ada, nak letak video lagu Mawi takut melanggar hak cipta pula nanti, rasa-rasanya melanggar hak cipta tak?


Nota Kaki:
Piala Dunia stop sekejap, jadi boleh berehatkan mata hehehe.

Labels: ,

Wednesday, June 28, 2006

Bercerita tentang "Biadap, Hon dan Senyum"

Tengahari


Photo ini minggu lepas Am rakamkan dengan kamera Canon Am tu, bagi Am photo ini masih kurang menarik lagi, setakat ini belum ada photo dari kemera itu yang memuaskan hati Am.

Mungkin nanti akan ada photo yang menarik, langit pun tak biru sangat sekarang, macam berjeru pula

Tengahari...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Hari ini kecoh Am dengar bila satu survey dibuat dan keputusannya "Kuala Lumpur bandaraya ke 3 paling Biadap". Am pasti ramai yang melenting dan menidakkannya. Am sendiri tak setuju jika hanya tiga perkara sahaja yang diambil kira. Tapi dalam masa yang sama kita kena tanya pada diri kita, apa yang telah kita lakukan untuk menjadikan Kuala Lumpur dan seterusnya Malaysia ini sebagai negara yang bersopan. Am lihat banyak orang kita dah menjadikan bahasa kasar sebagai budaya mereka, menunjjukkan insyarat lucah tanpa malu dan tak kurang juga menjerit atau mamaki tanpa rasa bersalah.

Memang tak ramai, tapi Am rasa ia makin berkembang dan jika terus berkembang kita akan tiada modal untuk mempertahankan diri jika suatu hari nanti bukan sahaja Kuala Lumpur tapi Malaysia akan terlatak disenarai utama Negara yang Biadap.

Ok tutup cerita biadap, semalam semasa menunggang motosikal balik kerumah, ada sebuah motorsikal didepan Am yang cukup rajin main Hon, sikit-sikit bunyi hon, Am dah tergelak dan isteri Am siap komen pada Am kerana dia ingat hon motosikal tu rosak. Terlalu berhati-hati pemandu tu. Am pula pemandu yang susah nak bunyikan hon kerana Am tahu orang yang kena hon tu pasti panas hehehe

Anak Am kata Am Senyum macam Amirul dan isteri Am senyum macam Salima, apalah dua-dua bukan pelajar kegemaran Am dan isteri, cuba cakap Am senyum macam Mawi ker, barulah rasa "World" sikit hehehehe. Oh ya Am masih frust kerana Zila terkeluar minggu lepas, lepas ini Am rasa Am lebih suka tengok Diari pasal suka tengok cikgu vokal tu, entah apa namanya ya? hehehe


Nota Kaki:
Terima kasih kepada semua yang sudi menjengok blog Am ini semasa ketiadaan Am, kehadiran teman-teman mengingatkan Am bahawa Am masih ada teman di Alam Maya ni.

Labels: , ,

Friday, June 23, 2006

Bercerita tentang "Banyak Perkara" 5

Pagi


Photo pagi ini Am rakamkan semasa hendak pergi kerja juga, kalau photo pagi sudah tentu waktu kerja sahaja hehehe tapi Am dah lupa bila masanya Am rakamkan photo ini.

Am sedang mengedit photo dari kamera canon itu untuk dipaparkan dalam blog Am nanti

Pagi...
Original Upload from O2 Xda II mini

Semenjak dua menjak Am memang Sibuk habis, sampai nak update blog pun tak sempat, hari ini petang baru ada masa sedikit untuk buat entry baru, bulan 6, 7, 12 dan 1 memang bulan sibuk Am, banyak benda yang perlu disiapkan. Bila sibuk ni masa cepat sahaja berlalu, sekejab sahaja dah tengahari dan sekejab sahaja dah sampai waktu balik, nak mengantuk pun tak sempat hehehe.

Portugal dah berjaya ke pusingan kedua Piala Dunia, gembira Am ditambah pula Portugal ke pusingan kedua dengan mata penuh (9 mata), akan bertemu pula dengan Holland pada pusingan kedua, bahaya ni tapi Am dapat rasakan Portugal akan memang.

Jepun sahaja yang amat mengecewakan, tahu tak apa beza Jepun dan Korea? Korea lawan jaring gol dulu, dia mengejar dan berjaya menang dan seri tapi Jepun pula jaring gol dulu akhirnya kalah. Moralnya bagi Jepun lain kali jangan jaring gol dulu. Geram betul.... Harap-harap Korea akan berjaya kepusingan kedua pagi nanti.

Oh ya bagi peminat Akademi Fantasia jangan lupa konsert akan bermula pada pukul 8.30 malam pada hari sabtu, jangan pula tunggu pukul 12.30 petang pada hari Ahad nanti, kalau tunggu juga dapat tengok Melodi ajalah jawabnya hehehe


Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu, semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.

Labels: , ,

Wednesday, June 21, 2006

Bercerita tentang "Makmal Ujikaji"

Pagi


Photo pagi ini Am rakamkan semasa hendak pergi kerja minggu lepas kalau tak silap, sementara menunggu sempat juga Am rakam dua keping photo pagi itu

Am sekarang masih mengodek fungsi-fungsi yang ada dalam Kamera Digital Canon tu.

Pagi...
Original Upload from O2 Xda II mini

Semalam Am terbaca di akbar yang dalam cara lama akan digunakan semula dalam memilih calon pelajar di pusat pengajian tinggi. Sakit hati tengok tapi tak terperanjat, perkataan pertama yang keluar dari mulut Am ialah "BIASALAH". Masih ingat lagi isu telefon bimbit, isu bahasa baku dan Am rasa ada beberapa isu lagi yang menjurus kepada kelemahan orang yang mencipta sistem itu. Yang bestnya tak ada ucapan minta maaf pun, dah rasa buat silap tu pandai-pandailah minta maaf.

Seperti yang pernah Am katakan dalam entry Am sedikit masa dahulu, Sekolah dan pusat pengajian tinggi bagai sudah menjadi seperti Makmal Ujian yang besar buat pemimpin-pemimpin untuk menguji peraturan-peraturan baru mereka, peraturan kalau tak boleh, kita tukar, kemudian tukar lagi dan lagi.

Yang pastinya isu Beg pelajar yang berat masih dalam kajian, Am tak pasti samada sudah ada tempat untuk pelajar menyimpan buku mereka disekolah kerana yang Am nampak pelajar masih mengendong beg yang besar-besar ke sekolah. Tak kan masih dalam kajian lagi kot? Ataupun masih menunggu peruntukkan? Ataupun itu isu basi? Ataupun tunggulah isu ini jadi panas semula?


Nota Kaki:
Terasa rugi masa bercakap pasal benda ini kerana suara kita terpaksa melalui banyak lapisan untuk sampai kepada yang tertinggi tambahan pula mereka dengar ke suara kita ni?

Labels:

Tuesday, June 20, 2006

Bercerita tentang "Terlambat, Tertidur dan Tertinggal"

Senja


Photo senja dalam koleksi Am, kamera Canon tu belum ada photo-photo yang menarik jadi Am paparkan photo dalam simpanan Am.

Am sekarang sedang mengodek fungsi-fungsi yang ada dalam Kamera Digital Canon tu.

Senja...
Original Upload from O2 Xda II mini

Hari ini Terlambat sampai pejabat kerana hujan, sekarang dah mula hujan sebelah pagi, nampaknya selalulah lambat nampaknya, hujan pula punyalah lebat sampai rasanya kalau pakai baju hujan pun boleh tembus juga. Am kalau balik kerja memang Am redah sahaja tapi pasal nak pergi kerja terpaksalah tunggu dan sabar

Semalam dalam perjalanan balik kerumah, nampak seorang budak sekolah Tertidur dalam bas sekolahnya, kesiahan Am tengok sudah pukul 7.00 petang tapi masih belum sampai ke rumah. Pagi pergi sekolah ugama, petang pula sekolah kebangsaan dan malam buat kerja sekolah, bilalah agaknya masa bermain dia?

Semalam punyalah satu hal, asyik Tertinggal barang sahaja Am, mula-mula tertinggal beg sekolah anak Am sampai terpaksa pusing balik rumah mak mertua Am, kemudian sampai dirumah baru perasan yang kunci rumah tertinggal didalam kotak di motosikal yang di simpan dirumah mak mertua, nasib baik adik ipar Am boleh hantar, bila masuk rumah baru perasan telefon bimbit Am tertinggal dalam kereta, akhirnya diam aja dah malas nak ambil.

Sebenarnya dalam hidup ini banyak yang kita tertinggal secara sengaja atau tidak, kita selalu tertinggal kawan yang kita sudah ada semasa mengejar kawan lain dan selalunya kita tertinggal ibubapa kita semasa kita mengejar kejayaan dan keselesaan hidup kita


Nota Kaki:
Tak tahu pula nak tulis apa.......

Labels:

Monday, June 19, 2006

Bercerita tentang "Hujung Minggu"

Biru


Photo ini Am rakamkan semalam, photo pertama langit yang Am ambil dengan kamera baru Am Canon Digital IXUS 60

Setelah lama memasang niat nak memiliki kamera digital sendiri akhirnya tercapai juga, selepas ni banyaklah photo langit, pokok dan Am rasa nak paparkan photo bunga juga disini

Biru...
Original Upload from Canon Digital Ixus 60

Betul punya mengantuk hari ini, mata kuyu aja, ini gara-gara melayan Piala Dunia semalam. Bestnya Portugal menang 2-0, seronok Am dan anak. Anak beranak pakai jessi Portugal semasa tengok perlawanan tu, Korea seri 1-1, ingat korea kalah semalam tapi seri juga dia ya,goooooo Korea

Terkilan sikit kerana Jepun hanya mampu seri sahaja semalam, nampaknya susahlah Jepun nak keperingkat seterusnya kerana perlawanan berikutnya akan berhadapan dengan Brazil, agak-agaknya boleh menang ker Jepun nanti?

Hari Ahad sempat melayan Akademi Fantasia, Rich terkeluar semasa Astro baru nak beri kejutan kepada dia, sebenarnya Am tak terkejut pun kalau dia terkeluar cuma terkejut juga semasa dia memilih Valvet sebagai rakan untuk tengok bola hehehe. Seperti biasa persembahan pelajar malas nak sentuh, banyak blog dah sentuh, cuma nak beri pujian pada persembahan FARHAN yang pada Am begitu memukau. Am seronok tengok Deja Moss mengkritik, seperti dua dalam satu hehehe, dia kritik persembahan minggu lepas dan minggu ini sekali, bagus setuju dengan kritikan-kritikan dia.


Nota Kaki:
Tengah berkira-kira samada nak makan atau tidur lunch nanti hehehe

Labels: ,

Friday, June 16, 2006

Bercerita tentang "Rutin"

Pagi


Photo pagi ini Am rakamkan sama waktu dengan photo yang Am paparkan semalam, cuma photo ini Am tak edit dengan program picasa tu. Bila banyak sangat ubahsuai dengan prgram tu jadi macam tak original pula photo yang Am paparkan disini hehehe

Sekarang ni tangan kembali gatal merakamkan photo-photo langit yang sangat menarik dan unik.

Pagi...
Original Upload from O2 Xda II mini

Diam tak diam dah hari Jumaat semula dan sudah lebih setengah tahun untuk tahun 2006 ini. Sekarang ni masa macam begitu cepat berlalu sampai terkejar-kejar pula kita, satu masa sahaja masa begitu lambat iaitu bulan puasa hehehe.

Bila fikirkan semuala setiap hari Am lakukan perkara yang sama berulang-ulang yang telah menjadi rutin hidup Am, tak kiranya dalam kehidupan peribadi ataupun dalam kerja Am. Kadang kala Am tertanya-tanya Am puas hati ker dengan apa yang Am lakukan ini?

Kebetulan cerita pasal puas hati ini, beberapa minggu yang lepas boss Am ada berbual dengan Am dan tiba-tiba tanya Am puas hati tak dengan apa yang Am ada sekarang, Am rasa soalan itu lebih menjurus pada jawatan dan gaji Am. Dah tentu Am jawab "Tak" hehehe. Secara peribadi bagi Am setiap manusia memang tak akan puas dengan apa yang dia ada, kalau dulu nak motor, lepas ada motor nak kereta pula, lepas ada kereta mulalah nak kereta lebih besar, lepas tu nak rumah dan seterusnya.

Apa pulak yang merepek sampai lari tajuk ni, Am cuma nak beritahu, walaupun apa yang kita lakukan setiap hari itu terlalu rutin bagi kita tapi kita akan rasa gembira jika itu yang kita hendak lakukan ditambah dengan keikhlasan semasa melakukannya. Keikhlasan dalam melakukannya akan menghasilkan satu hasil yang baik kerana bagi Am apa yang kita beri itulah yang kita dapat kembali.


Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu dan semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.

Labels: ,

Tuesday, June 13, 2006

Bercerita tentang "Tersilap"

Terbakar


Photo senja ini adik beradik denga photo senja yang Am paparkan dua hari lepas, cuma photo kali ini Am mengabungkan langit yang masih biru itu sekali, nampak ia lebih unik dan menarik.

Sekarang ini ada banyak photo yang cantik-cantik Am rasalah dalam simpanan Am.

Senja...
Original Upload from O2 Xda II mini

Baca..........Faham............Fikir................

Minggu lepas Am mendapat berita seorang blogger buat kesilapan, setelah diselidik memang dia buat satu kesilapan besar, tak tahulah Am dia sengaja atau secara tidak sedar.

Ok bukan pasal dia yang Am nak cerita tapi pasal seorang blogger lain yang dulu selalu mengunjungi blog blogger ini, bergurau senda, bertanya khabar, bertukar pendapat dan macam-macam lagi. Tiba-tiba mengaku "Malu mempunyai kawan seperti blogger itu", masalahnya dia tahukah apa maksud kawan itu sebelum dia keluarkan kenyataan itu kemudian bercerita benda yang orang lain tak tahu, walaupun tak dibaca oleh semua orang tapi Am baca. Untuk apa semua itu, orang dah tahu blogger tu lakukan kesilapan tak perlu dia beritahu lagi, ramai yang tertipu tak payah dia nak beritahu dia tertipu lagi.

Am rasa begitu murah sekali nilai kawan pada dia, kawan buat silap, bagi Am itu hal dia, kita tetap kawan dia, tugas sebagai kawan kita nasihatkan dia, beri bantuan pada dia, kalau tugas sebagai kawan dia tak nak lakukan, cukup sampai disitu dan tak perlulah dia kata itu dan kata ini. Setiap orang akan lakukan kesilapan, cuba fikir apa jaminan yang kita tak akan lakukan kesilapan.

Secara peribadi bagi Am tak kisah kawan internet atau kawan bertemu muka, kita tetap kawan juga dan jika orang sebegini nak jadi kawan Am, Am akan terima dengan tangan terbuka tapi yang pastinya Am akan sangat berhati-hati dengan dia kerana jika dia boleh buat pada blogger tu apa jaminan dia tak boleh buat pada Am.

Bukan niat nak memalukan sesiapa disini, cuma nak menyedarkan diri sendiri atau sesiapa sahaja bahawa diri kita bukan sempurna mana pun, tak perlulah kita mengemburkan kesalahan orang lain untuk menunjjukkan berapa baiknya kita kerana bila kita tersilap pada kawanlah kita mengharapkan sokongan atau dorongan. Itulah perangai orang kita sekarang ni, orang kutuk kita pun nak kutuk juga, orang keluar kenyataan kita pun nak ikut sama tapi untuk apa?

Nota Kaki:
Orang dulu kata:
Kalau orang buat silap kalau boleh jgn hebohkan dan kalau nak cerita kalau boleh jangan sebut nama
Orang sekarang kata: Kalau orang buat silap, heboh-hebohkan dan kalau boleh beri nama, biodata dan kalau nak lebih elok dengan gambar sekali

Tak malu mempunyai kawan yang melakukan kesilapan TAPI amat malu kerana nilai kawan itu terlalu "MURAH"

Labels:

Monday, June 12, 2006

Bercerita tentang "Hujung Minggu"

Terbakar


Dah lupa pula bila Am rakamkan photo ini tapi yang pastinya waktu pagi semasa hendak pergi kerja, nampak cantik langit pagi itu, gabungan langit dan bangunan itu nampak macam api di bumbung bangunan itu.

Sekarang ini ada banyak photo yang cantik-cantik Am rasalah dalam simpanan Am.

Terbakar...
Original Upload from O2 Xda II mini

Tiada apa sangat nak diceritakan pada hujung minggu ini, tidur lewat bangun awal gara-gara melayan Piala Dunia, Jumaat dan Sabtu semua perlawanan Am tengok, sampai sekarang masih mengantuk lagi.

Bagi Am setakat ini perlawanan Piala Dunia paling best setakat ini ialah perlawanan antara Trinidah & Tobago vs Sweden dan yang paling memboringkan ialah perlawanan antara England dan Paraguay. Paling best kerana perlawanan itu penuh dengan debaran dan daya tahan yang sungguh kental pasukan Trinidah & Tobago yang baru kali pertama layak ke pusingan akhir dan serangan tanpa jemu yang bertali arus dari pasukan Sweden, punya seronok Am tengok sampai ulangannya juga Am tengok lagi sekali. Memboringkan kerana cara permainan pasukan England dan Paraguay seolah-seolah bukan pasukan yang bertaraf dunia.

Terkilan sikit tak dapat tengok perlawanan pasukan pilihan Am Portugal, nak buat macam mana pukul 3.00 pagi, kalau tengok juga maunya Am mc hari ini hehehe. Nasib baik Portugal memang 1-0 ketas Angola, tak apa boleh tengok ulangannya.

Hari ahad sempat melayan Akademi Fantasia, seperti lagunya "Kerna Terpaksa" Karen dengan terpaksanya terkeluar dari persaingan AF4, alamak nak buat macam mana kan, walaupun Am memang harap dia boleh pergi jauh lagi sekurang-kurang salah seorang yang beraksi di final nanti, persembahan pelajar malas nak sentuh, banyak blog dah sentuh, cuma Am nak sentuh sikit pada para juri, Fran dan Bob tu macam tak buat "Homework" sebelum jadi juri, entahlah bagi Am mereka gagal sebagai juri. Suatu hari nanti kita patut wujudkan satu rancangan bertajuk "Akademi Juri"


Nota Kaki:
Bercerita sambil melayan mata yang mengantuk hehehe

Labels: , ,

Thursday, June 08, 2006

Bercerita tentang "Cuti" 4

Senja


Photo ini Am rakamkan kalau tak silap hujung minggu lepas, banyak photo yang Am rakamakan pada petang ini kerana langit dan awan yang begitu cantik sekali.

Sekarang ini ada banyak photo-photo yang cantik-cantik Am rasalah dalam simpanan Am.

Senja...
Original Upload from O2 Xda II mini

Dialog dikedai Motor semasa Am kali pertama services motor
Dia: Mahu minyak RM22 atau RM14
Am: Apa beza?
Dia: Harga mahal lagi bagus tahan lama, tapi yang RM14 punya sudah habis
Am: Habis? jadi saya kena pilih yang RM22 jugaklah ya
Dia: Macam itulah....
Am: Oklah (Hampeh bagi pilihan tapi macam tak bagi pilihan aja)

Kali ini cuti Am tak kemana, plannya nak cuti seminggu sampai Piala Dunia tapi cuti tak lulus, terpaksalah cuti dari Isnin sampai Rabu sahaja. Hari ini sudah mula menghadap kerja dan PC semula. Yang paling penting menghadap blog hehehe

Cuti ini banyak juga benda yang Am tertangguh dulu dapat diselesaikan, GPRS untuk telefon bimbit Am dah ok selepas bertapa dekat 3 jam di kedai MAXIS, punyalah lama tunggu sampai tukar sim card baru. Dikedai punyalah orang tu godek tak ok juga, balik rumah Am godek sendiri boleh pulak, rasanya Am lah yang tukar orang tu hehehe.

Dah mula kerja ni, nampaknya sibuklah sikit hari ini, ada dua benda atas meja ini terpaksa disiapkan secepat mungkin, boss tak masuk lagi, entah apa pula pesanan penaja dari boss tadi. Apa-apa pun cuma nak beritahu, Am sudah Kembali hehehe


Nota Kaki:
Nak pergi lawat Blog mana yang masih bercuti hehehe

Labels:

Friday, June 02, 2006

Bercerita tentang "Siapa Bakal Juara AF4"

Cerah


Photo ini isteri Am rakamkan juga waktu dalam perjalanan ke One Utama kalau tak silap Am pada hujung minggu lepas, langit waktu itu sangat cerah dan tanpa jerebu.

Ada banyak lagi photo yang isteri Am rakamkan, nanti Am akan paparkan disini satu persatu

Cerah...
Original Upload from O2 Xda II mini

Entry hari ini sepatutnya entry Cabaran Msjbox, satu cadangan dari Shai tapi cadangan ini telah ditangguhkan, kerana Am sudah tulis jadi Am jadikan sebagai entry hari Jumaat Am.

Siapa ya yang akan dinobatkan sebagai Juara AF4, secara peribadi bagi Am terlalu awal untuk Am menilai atau membuat keputusan sekarang, Am tak nak jadi Kursia Kahar yang menobatkan Kaer pada awal akhirnya dia hanya berjaya sampai keperingkat akhir sahaja kerana banyak faktor lain yang akan mempengaruhi undi peminat.

Tahun ini secara ikhlas lelaki Am sokong Diddy dan wanita pula Am sokong Zila tapi Am rasalah kedua-keduanya tidak akan jadi juara (pendapat Am sahaja). Kalau ditanya pada Am siapa Am hendak jadi juara, Am akan pilih Diddy. Kalau nak diikutkan pada undian sekarang ini Faizal paling cerah untuk dinobatkan sebagai Juara AF4 tapi seperti kata Am tadi semua itu tak pasti lagi kerana AF sendiri terlalu banyak kezutan.

Tentu ada yang tanya, Mengapa Am tak pilih Salima atau Amirul? Salima bagi Am terlalu banyak kata-kata diluar yang kan mempengaruhi undiannya dan Amirul pula mutu vokalnya yang begitu lemah bagi Am akan mempengaruhi undinya, kalau tak sekarang mungkin bila semakin kurang pelajar nanti.

Adakah anda sudah deman AF4, Am jangan kata demam, panas pun belum lagi, suhu macam biasa aja, pertanda kurung baik untuk AF4 ni.

Harap tiada yang kecil hati, ini hanya pendapat Am, seorang orang luar dalam dunia seni ini, sekadar memberi sedikit pendapat entah betul atau tidak.


Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan

Labels:

Thursday, June 01, 2006

Bercerita tentang "Insyarat"

Pagi


Photo ini isteri Am rakamkan juga waktu pagi semasa dalam perjalanan ke pejabat, memang cantik awan waktu ini, langit begitu cerah sekali.

Ada banyak lagi photo yang isteri Am rakamkan, nanti Am akan paparkan disini satu persatu

Pagi...
Original Upload from O2 Xda II mini

Entry hari ini agak panas sedikit bagai melepaskan perasaan yang terpendam.

Semalam balik kerja Am nampak penunggang mosikal yang menunjjukkan insyarat f**k, yang bertambah sakit hati pemandu itu sedang bawa isterinya dan seterusnya pemandu dibelakang turut ikut menunjjukkan insyarat tersebut. Wah punyalah bangga mereka menunjjukkkan insyarat itu ya seperti benda itu satu benda baik dan digalakkan buat.

Am berani jamin orang begini kalau diajak berborak tentu mereka ini begitu menyokong agar kita sentiasa bersopan santun, berbudi bahasa, jangan buat itu dan jangan buat ini tapi dalam masa yang sama mereka begitu bangga menunjjukkan insyarat tersebut. Kalau nak sangat balik rumah masuk bilik air tunjjuk insyarat itu pada diri sendiri berpuluh kali atau beratus kali, kemudian tanya pada sendiri elok ker atau tidak?

Mungkin mereka marah pemandu kereta menghalang jalan mereka yang Am sendiri tak pasti ada nama mereka atau tidak, tapi mereka sendiri kena tanya berapa puluh kali mereka sendiri melanggar peraturan jalan raya secara sedar atau tidak, kalau setiap kali buat salah dan tanda insyarat itu yang dapat, agaknya berapa kali mereka dah terima, mungkin masa itu mereka baru nak marah orang yang menunjjukkan tanda insyarat itu pada mereka.


Nota Kaki:
Kita selalunya hanya mengajar sopan santun, berbudi bahasa dan segala yang baik pada anak dan orang lain tapi terlupa ajar pada diri kita sendiri.

Labels: