AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Monday, July 31, 2006

Bercerita tentang "Hujung Minggu yang Sibuk"

Awan


Photo ini boleh kata adik beradik dengan photo yang Am paparkan dalam entry yang terdahulu, masa dan tempat dirakamkan adalah sama iaitu diberanda rumah Am

Susah betul nak dapat awan biru, Am ingat nak cuba ambil photo bunga atau daun secara close-up pula nanti tapi ada satu masalah, rumah Am tak ada bunga pulak hehehe

Awan Biru2...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Hujung minggu ini memang banyak perkara yag terjadi pada Am, yang tak disangka jadi pun ada, yang sakit hati pun ada dan yang seronok pun ada.

Anak
Anak Am punya baik minggu ini, demam dia dah ok dan melasak dia mulalah datang balik. Baru lega hati Am dan isteri. Yang baiknya ialah minggu ini tiba-tiba dia kemaskan bilik dia sendiri, lipat baju yang dulu dia sepahkan, lipat tower dan semuanya susun dalam almari cantik-cantik.

Online
Kali pertama Am beli barang secara online, beli "Note Book". Dah lama Am mengidam nak ada benda ni, kalau semua berjalan lancar, hari Jumaat ni Am akan terima benda tu. Ok gak tu, kiranya Am hadiahkan Hadiah hari jadi untuk diri sendiri

Jamuan & Mesyuarat
Hari Sabtu malam ada jamuan ditempat tinggal Am, kami memang selalu juga buat. Seperti biasa Am jadi tukang bakar, kalau dulu bakar ayam, sekarang pula bakar satay. Bukan pandai sangat pun cuma takkan Am nak datang makan aja, kena juga tolong apa yang patut. Mesyuarat pada malam Ahad untuk perlantikan AJK tempat tinggak Am berjalan dengan lancar.

Cedera
Kereta Am cedera lagi, kalai ini kena langgar dengan orang melayu pula, kiranya semua bangsa dah langgar kereta Am, dulu Cina, kemudian India sekarang melayu pula. Nasib baik orang yang langgar tu ok dan tak banyak cerita dan mengaku salah dan yang paling nasib baik dia sanggup bayar semua bill nanti.

Blogger-Idol
Sebelum lupa, nak promosi sikit pasal blog
Blogger-Idol yang Am baru tahu baru-baru ni, ok juga idea mereka ini, ada sorang kawan lama Am didunia blog ini yang jadi perserta. Semua terbuka untuk pendaftaran dulu teringin juga Am nak mendaftar tapi bila fikir balik takut nanti tak dapat berikan komitmen pula nanti. Apa-apa pun selamat berjaya kepada semua perserta. Am ada senaraikan kesemua 15 peserta Blogger-Idol kali ini, klik di "Jejak Blogger" dan pilih link perserta di "Select Blogger Idol"


Nota Kaki:
Tak tahu mana yang patut mandi bunga, Am atau kereta Am

Labels: , ,

Thursday, July 27, 2006

Bercerita tentang "Perkataan itu Doa"

Awan


Dah lama Am rakamkan photo ini, sekarang ni mula memaparkan photo lama kerana langit memanjang mendung sahaja.

Ada yang bertanya kenapa gambar awan sahaja, Am lebih selesa dengan photo awan atau benda lain kerana takut bila ambil photo org, mereka marah pula photo mereka terpapar di blog Am nanti

Awan Biru...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Semalam Am bercuti, jaga anak kerana dia deman teruk. Biasalah ambil giliran jaga, dulu isteri Am dah cuti sekarang giliran Am pula.

Ok hari ini nak bercerita tentang perkataan kita yang selalu kita cakap, bagi Am setiap perkataan kita tak kira samada yang baik atau buruk merupakan satu doa terhadap diri kita atau orang lain. Atas sebab itulah Am selalu sakit hati dan menegur sesiapa yang panggil org lain dengan perkataan yang tak elok atau panggil diri mereka dengan perkataan yang tak elok.

Selalunya jawapan mereka senang aja
"Cakap aja, tak ada niat pun",
"Alah biasalah tu, memang stail aku cakap macam tu" dan
"Orang tu tak marah, buat apa engkau nak kisah pula?"

Tak kisahlah jika dengan niat atau tidak, setiap perkataan itu bagai kita mendoakan dia, sekali sekala bila doa kita dimakbulkan takkan kita hendak perkataan buruk itu yang dimakbulkan?


Nota Kaki:
Terfikir, gembira atau bangga sangat ker bercakap dengan bahasa yang kotor ni

Labels: ,

Tuesday, July 25, 2006

Bercerita tentang "Durian & Demam"

Biarlah


Pada siapa yang belum mengenali Am, inilah Am semasa sedang lekan merakamkan photo, photo ini Am edit menggunakan program photoshop, baru nak belajar guna heheheh.

Sengaja Am beri photo, barulah misteri sikit hehehe, seperti kata Siti "Biarlah Rahsia" tapi pada sesiapa yg dah mengenali Am anggap sahaja ini sebagai gurauan pagi selasa hehehe

Biarlah Rahsia...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Semalam Am beli durian, boleh tahan juga harganya, sebiji RM9.00. Takpalah rasanya pun boleh tahan juga puaslah Am makan. Kenapa Am beli durian semalam?

Ini semua kerana anak Am demam, bukan apa semasa dia sihat selalu dia minta Am beli durian dan dia nak tengok Am makan durian kerana dia dan isteri Am tak makan durian. Harap-harap selepas tengok Am makan durian akan kurang demamnya nanti pasal Am rasa mana tahu dia demam pasal nak tengok Am makan durian. hehehehe

Apa-apa pun Am dan isteri cukup risau sekarang, bulan ini anak Am kerap sakit, minggu lepas asmanya menyerang, minggu ini pula demam, mungkin kualiti udara sekarang memainkan peranan yang penting pada kesihatan dia.


Nota Kaki:
Selamat tinggal kepada langit cerah, selamat datang langit berjerebu

Labels: ,

Monday, July 24, 2006

Bercerita tentang "Satu Permintaan"

Awan


Mula balik memaparkan photo awan setelah sekian lama awan bersembunyi, photo ini juga dirakamkan dengan menggunakan kamera Canon Am.

Ini photo lama, Am ambil secara tak sengaja semasa menunggu lampu insyarat bertukar ke hijau, bosan punya pasal, klik sana dan sini, nasib baik tak klik pic orang sebelah Am hehehe

Awan Kembali...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Am : Kalau beri satu pilihan apa nak?
Anak : Nak buah
Am : Takkan buah aja kot?
Anak : Nak kereta waja lah
Am : ooooooo
Anak : eeeh tukarlah nak kereta Citra
Am : hehehehe

Agaknya kalau kita diberi satu permintaan dan kita boleh minta apa sahaja dalam hidup kita, apa yang kita minta? Kalau Am, Am akan minta kejayaan didunia dan akhirat. Selain dari itu Am tak tahu nak minta apa kerana Am rasa semua Am dah ada.

Kalau diberi satu lagi permintaan Am hendak diberi "Power" supaya boleh menghukum negara-negara yg anggap dirinya begitu kebal dari undang-undang, membunuh rakyat negara lain atas nama menghapuskan penganas. Sebenarnya merelah penganas dan pencipta penganas itu. Kanak-kanak pun menjadi mangsa, kanak-kanak tu pun penganas ker?

Agaknya apa permintaan kawan-kawan yang lain?


Nota Kaki:
Tanpa sedar dah banyak permintaan yang ditunaikan dalam hidup ini

Labels: ,

Friday, July 21, 2006

Selamat Ulang Tahun Pertama Blogku

Close-Up


Blog : KlinikMinda-Merenung Jejak Kehidupan
Blog Aktif : 21 July, 2005
Tuan Rumah :
AbahMuda@Am
Jumlah Entry : 233
Entry Pertama : 21 Julai, 2005/7.33a.m.

Pelawat : 013020
Blogger Dilinkkan : 136
Blogger linkkan Am : Tak tahu


Hari ini, tanpa sedar sudah setahun Am dalam dunia blog ini. Kredit yang utama Am harus berikan pada isteri Am yang kenalkan Am dalam dunia blog ini, isteri Am juga menjadi pengunjung pertama dalam blog Am ini dan sampai sekarang masih menjadi pengunjung setia dan juga sebagai penasihat Am. Selalunya bila masuk bab yang sensitif Am akan tanya pada isteri Am dulu patut publishkan disini atau tidak. Kredit juga harus diberi kepada semua rakan-rakan yang membantu Am dalam menjadikan blog Am ini lebih ceria.

Dari hanya sedikit asas yang Am ada, Am belajar untuk membuat macam-macam dalam blog Am. Tanpa malu dan segan Am bertanya pada kawan-kawan yang baru kenal ataupun tak kenal untuk menambahkan apa-apa yang patut dalam blog Am ini. Hasilnya dah macam-macam yang ada dalam blog Am ini.

Seperti yang Am kata dulu, blog Am ini Am jadikan tempat dimana Am meluahkan apa yang Am nampak sebagai peringatan kepada pengunjung-pengunjung dan juga kepada diri Am sendiri. Maaflah jika ada kalanya Am agak kasar dalam bercerita hingga menyinggung perasaan sesiapa kerana seperti yang kita tahu kebenaran itu kadang kala sakit untuk didengar.

Ucapan terima kasih juga kepada semua pengunjung yang tak jemu-jemu mengunjungi blog Am dari dulu sampai sekarang.

Nota Kaki:
Harapan Am semuga Am masih ada semangat untuk memastikan blog ini akan dapat meraikan ulang tahun yang kedua

Labels:

Thursday, July 20, 2006

Bercerita tentang "Siapa Cepat"

Close-Up


Satu lagi photo close-up yang Am rakamkan dengan menggunakan kamera Canon Am, Am sendiri tak tahu apa nama bunga ini, main ambil sahaja gambarnya.

Photo ini Am rakamkan sama waktu dengan photo semalam, alamak dah dua photo bunga Am paparkan disini, jangan beralih dari mat awan ke mat bunga sudahlah Am ni hehehe

Close-Up - Bunga2...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Pagi tadi semasa pandu motor ke tempat kerja, Am dah pintas satu motor tu yang Am rasa pandu pelahan sangat, punya seronok cilok sana dan sini tiba-tiba baru Am perasan motor yang Am pintas tadi dah berada didepan Am semula. Terperanjat Am, ingat Am hebat sangat rupanya dia yang bawa dengan slow dan relax lebih hebat mencari peluang untuk cepat kepejabat.

Sebenarnya, begitu jugalah dalam kehidupan kita, kadang kala kita rasa dengan ikut jalan pintas untuk mencapai kejayaan kita akan rasa kita terlalu hebat dan menjadi orang yang paling berjaya tapi hakikatnya tidak. Kalau berjaya pun banyak masalah lain yang kita bawa bersama kejayaan kita itu.

Am selalu ingatkan diri Am bahawa dalam mencapai kejayaan itu ada dua jalan yang kita boleh lalui, jalan lurus yang baik dan berakhlak atau jalan bengkang bengkok yang penuh dengan niat buruk, hasad dengki dan macam-macam lagi. Secara peribadi tak berjaya bukan perkara utama kerana orang yang berjaya itu juga entah berapa kali gagal.


Nota Kaki:
Besok ada "Entry" istimewa sikit hehehehe

Labels:

Tuesday, July 18, 2006

Bercerita tentang "Gigil"

Close-Up


Satu lagi photo close-up yang Am rakamkan dengan menggunakan kamera Canon Am, macam jadi sikit walaupun tak berapa terang sangat photo ini

Photo ini Am rakamkan semasa dalam perjalanan ke pejabat semasa naik LRT, Am rasa ramai orang pandang Am pasal Am tak henti-henti merakamkan apa yang Am nampak, tak pa janji Am tak kacau sesiapa, betul tak?

Close-Up - Bunga...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Hai apa khabar semua, lama tak update blog ni. Ohya sekarang ni Am sedang gigil, banyak benda yang buat Am mengigil ni

Gigil kerana kerja yang makin bertambah bukan berkurang
Gigil bila dengar pengumuman Cik Siti dan Pakcik K
Gigil bila ingat perang antara Dr. M dan Kabinet rupanya belum tamat lagi
Gigil bila orang kata bahasa kasar tu dah jadi budaya kita
Gigil bila lihat perangai Israel makin menjadi-jadi

Gigil bila dah lama tak melawat blog rakan-rakan.

Apa-apapun yang best ialah Aiman, sentiasa "Aiman tak kisah"

Lefthanded - Seruan
Gigil menggigil aku
Ku dengar suara kebesaran
Terbangun dari tidurku
Suara azan berkumandang

Terketar ketika itu
Manakah arah tujuan
Berlinang air mataku
Menitis ke bumi penyesalan

Garis panduan tiada ku hindari
Ajal sentiasa tanpa kusedari

Baru kumengerti erti kehidupan
Mengenal diri dalam kehidupan
Tiadalah aku

Bawalah aku hampir kepada kepadamu
Jalan sebenar mengikut arahmu
Ya Tuhanku

Nota Kaki:
Sedang mengigil nak jumpa Dato' K, nak belajar ilmu memikat hehehe

Labels: ,

Wednesday, July 12, 2006

Bercerita tentang "Banyak Perkara" 6

Close-up


Satu percubaan mengambil photo "Close-Up" dengan kamera Canon Am, entah jadi entah tidak Am sendiri pun tak pasti, banyak yang Am ambil ini yang Am berani paparkan disini

Banyak lagi yang Am perlu belajar dengan kamera Am ini, tak apa nanti boleh belajar perlahan-lahan dan minta pendapat rakan-rakan yang pandai

Close-Up...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Seminar
Bagi Am kali ini seminar agak memboringkan, dua hari tapi tiada banyak perkara baru yang Am dapat, maklumat yang diberi kebanyakkan maklumat lama dan Am dah tahu. Seminarnya yang patutnya menambah ilmu menjadi majlis perjumpaan antara rakan2 lama. Boss Am yang duduk sebelah Am pun mengeluh kerana macam membazie sahaja datang. Nasib baik syarikat yang bayar kalau tidak mau angin satu badan Am.

Kesihatan
Kesihatan Am makin pulih tapi selera makan masih kurang lagi, terpaksa paksa diri untuk makan. Masa ini paling sesuai untuk Am turunkan berat badan Am hehehe. Memang dah turun pun, terpenranjat juga tengok angka pada timbang tu, ingat timbang tu rosak hehehe.

Piala Dunia
TAHNIAH kepada Italy sebagai juara
TAHNIAH kepada Perancis sebagai naik juara
TAHNIAH kepada
Jerman berjaya juga akhirnya
TAHNIAH kepada Portugal walaupun Figo lambat bermain
TAHNIAH kepada semua pasukan yang bertanding
TAHNIAH juga kepada semua yang berjaya bangun pagi dan lambat pergi kerja

Dan tak lupa TAHNIAH pada Abg Zidane kita kerana berjaya menjadi permain penanduk dada hehehe

Akademi Fantasia
Gembira Leez masuk balik walaupun seminggu aja tapi kecewa bila Diddy keluar, dah tak tahu nak sokong siapa lagi. Setakat ni belum dapat lagi tengok diary pasal sibuk ajar anak buat kerja sekolah dia.


Nota Kaki:
Agak sibuk lagi dan asa macam dah tak tahu apa yang terjadi dalam dunia blog sekarang

Labels: , ,

Sunday, July 09, 2006

Bercerita tentang "Banyak Perkara" IV

Awal


Photo ini Am rakamkan sama waktu dengan photo yang Am paparkan semalam, terpegun sekejab Am semasa melihat langit waktu itu.

Sekarang ini ada banyak photo-photo yang cantik-cantik Am rasalah dalam simpanan Am.

Awal Malam...
Original Upload from O2 Xda II mini

Hari Ahad ini Sambutan Hari Bapa di Malaysia, walaupun masih awal tapi Am mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari bapa kepada semua Bapa, Ayah, Papa, Abi, Abah, Apa, Dad yang memasuki blog Am ini, kepada semua bapa diluar sana, paling istimewa kepada Bapa Am walaupun Am tahu bapa Am tak baca blog Am ini dan akhir sekali kepada diri Am sendiri. Diam tak diam sudah 7 tahun Am memegang "Title" bapa ini, Am akui Am bukanlah bapa yang paling sempurna tapi akan dalam proses belajar untuk menjadi bapa yang sempurna kalau bukan pada pandangan semua orang tapi cukuplah pada pandangan anak Am.

Malam ini bermulalah perlawanan Piala Dunia, perlawan antara Jerman vs Costa Rica membuka tirai tahun ini. Am setiap kali Piala Dunia akan menyokong 3 pasukan sahaja, Brazil, Portugal dan Cameroon, Tahun ini Cameroon tak layak jadi Am hanya akan menyokong Brazil dan Portugal sahaja.

Sebenarnya ada satu benda yang agak mengecewakan Am, Perang Mulut antara PM dan Bekas PM, benda ini tak patut terjadi dalam negara kita, siapa salah dan siapa betul bagi Am perkara kedua tapi dengan mengkritik secara terbuka akan menjejaskan imej negara kita kerana yang mengkritik dan yang kena kritik adalah orang besar dan berjasa dalam negara kita ini, tak sayang maruah sendiri tak apalah tapi tolong sayanglah maruah negara kita.

Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu, semoga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan

Labels: , ,

Friday, July 07, 2006

Bercerita tentang "Ramalan"

Biru


Satu lagi photo yang Am rakamkan dengan menggunakan kemera Canon Am, jarang lihat awan berkepul-kepul sekarang ini

Photo ini Am rakamkan diberanda rumah Am, nampak awan terus capai kemera dan snap, itulah kerja Am bila nampak awan, banyak juga photo yang Am reject, sendiri ambil sendiri reject hehehe

Biru...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Seperti yang Am katakan dalam entry semalam, hari ini Am nak buat sedikit ramalan tentang perlawanan Piala Dunia hujung minggu nanti, bulan nak jadi ahli nujum tapi sekadar ramalan sahaja berpandukan apa yang Am nampak disepanjang Piala dunia ini.

Perancis vs Italy
Am meRamalkan yang Italy yang akan menang seterusnya menjulang Piala Dunia nanti. Secara peribadi bagi Am bahagian tengah pasukan Italy lebih menyerlah dari pasukan Perancis dan bahagian tengah memainkan peranan penting dalan menentukan kemenangan atau kekalahan pasukan itu. Terus terang Am memang mengarapkan Perancis menang tapi Am rasa peratusan Italy menang lebih tinggi sahaja.

Jerman vs Portugal
Perlawanan ini memang susah nak diramal sebenarnya kerana dua-dua pasukan memang baik tapi secara peribadi bagi Am, Jerman akan memang dan menjadi pasukan ke3 terbaik dunia. Kenapa Am ramal begitu? Bagi Am semangat Jerman untuk memang amat tinggi kerana sebagai tuan rumah mereka perlu memuaskan hati peminatnya walaupan hanya sebagai pasukan ke3 terbaik, tambahan pula kekalahan sebelum ini hanya kerana mereka kurang fokus di minit-minit terakhir permainan dan nasib sahaja tidak meyebelahi mereka dan jika pasukan Portugal masih bermain seperti permainan mereka sewaktu separuh akhir, bagi Am ramalan ini akan mudah jadi kenyataan. Am seperti biasa akan menyokong Portugal hehehe.

Apa-apa pun ini sekadar ramalan sahaja, bola itu bulat, apa-apa pun boleh terjadi dalam perlawanan nanti.

Kebetulan buat ramalan ini, Am nak buat ramalan sedikit siapa yang akan tersingkir dalam konsert Akademi Fantasia 4 nanti, Secara peribadi Am rasa Haziq akan tersingkir kerana bagi Am sudah banyak kali dia terselamat dan juga kerana dia masih belum dapat menyelesaikan masaalah gigilnya lagi. Sekadar ramalan belum tentu jadi kenyataan kerana AF itu ka banyak kejutan walaupun tahun ini kejutannya banyak yang tak menjadi.


Nota Kaki:
Isnin dan Selasa Am akan berseminar, malas betul nak berseminar dalam keadaan kesihatan yang kurang menyerlah ni.

Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.

Labels: ,

Thursday, July 06, 2006

Bercerita tentang "Bola dan Mimpi"

Senja


Satu lagi photo yang Am rakamkan pada hari jumaat lepas, cuma kali ini lokasinya sahaja yang berbeza, photo ini Am rakamkan di tepi jalan di Taman Connought

Sekarang macam dah mula nak berjerubu semula, awan pun dah kembali kelabu, nampaknya susahlah nak rakamkan photo-photo awan yang menarik hujung minggu ini nanti

Senja...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Beberapa hari lepas Am berMimpi jadi tukang cuci dan tukang sediakan air di satu pejabat yang besar. Yang bestnya walaupun kerja sebagai tukang cuci tapi gaji Am cukup besar hehehe. Bila terjaga Am tersenyum sahaja kerana bagi Am mimpi itu mengingatkan Am kembali ke asal Am mula berkerja. Mungkin pada siapa yang telah lama membaca blog Am ini tahu Am bermula dari sangat bawah sebelum Am berada dijawatan Am sekarang.

Setelah Jerman, Portugal pula gagal untuk menjejak kaki ke perlawanan akhir Piala Dunia. Sedih juga Am tapi Am masih berasa bangga kerana Portugal berjaya ke kelompak 4 pasukan terbaik dunia. Kalaulah Malaysia mau aja Am botakkan kepala kot hehehe. Sebenarnya dalam perlawanan pagi tadi, Am sudah rasa yang Portugal akan kalah kerana pertahanan mereka nampak sangat kendur dan memberi banyak sangat ruang untuk Perancis melakukan percubaan bahaya. Hantaran-hantaran yang kurang kemas juga sering berlaku, Am rasa pemain Portugal bermain terlalu berhati-hati dan cara permainan mereka semasa bertemu England jauh lebih baik.

Besok kalau ada masa, Am akan buat satu entry tentang ramalan Am tentang juara Piala Dunia kali ini


Nota Kaki:
Badan mula tak sihat, batuk dan selsema makin menjadi-jadi, nasib baik ada benda nak buat kalau tak dah lama M.C.

Labels: ,

Tuesday, July 04, 2006

Selamat Hari Jadi Anakku

Senja


Satu lagi photo yang Am rakamkan pada hari jumaat lepas, terpegun Am lihat langit pada waktu itu, cukup cantik

Dulu ada satu waktu yang awan senja begitu cantik tapi sayang Am belum ada kemera canon Am ini, Am sedang menunggu awan itu muncul kembali

Senja...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Sebelum mula bercerita, Am memohon maaf kepada semua rakan-rakan blog Am kerana lambat menjawab salam atau komen diblog Am ini. Maaf kerana sekarang Am agak sibuk sikit kerana ada pertukaran pengurusan dipejabat Am ini, kami terpaksa lebih berdikari jadi kerja dan tanggungjawab makin bertambah. Harap-harap hujung tahun gaji pun bertambah juga hehehe. Sekali lagi Am memohon maaf.

Hari ini Am cuti 1/2 hari pergi tadika anak Am untuk menyambut harijadinya. Hari ini hari jadinya yang ke6. Diam tak diam dah 6 tahun anak Am ini, tahun depan dah masuk darjah satu. Cepat benar rasanya masa berlalu. Malam tadi dalam pukul 11.00 lebih kejutkan dia untuk raikan harijadi dia, mula-mula malas aja dia bangun tapi bila ada kek dan hadiah mulalah senyum malu dia datang.

Makin besar ini, anak Am makin pandai pula mencari alasan. Kalau dulu alasannya "Kejab", sekarang dah pandai cipta ayat pulak. Kadang kala untuk Am dan isteri tersenyum sahaja dengar alasan dia. Bagi dia tak kiralah alasan dia logik ker atau tidak janji dia nak beri alasan juga.

Teringat Am satu benda, anak Am ni memang memang minat no. 4 agaknya, hari jadinya pada 4hb Julai, berat semasa lahir 4.44, bil hospital dia lebih kurang 4k, harap2 janganlah periksa dalam no. 4 sudahlah hehehe

1234 - Aris Ariwatan

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

( korus )
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
( ulang korus )

Sumber : Liriklagu.com

* Am selalu berangan nak berduet menyanyi lagu ini dengan anak Am, ini salah satu lagu yang Am minat.


Nota Kaki:
Nampaknya kisah Mawi dan Dato' K sama-sama panas, kisah Rooney pun boleh tahan juga panasnya hehehe

Labels: ,

Monday, July 03, 2006

Bercerita tentang "Hujung Minggu"

Awal


Photo ini Am rakamkan pada hari jumaat lepas, gembira Am dapat ambil photo senja ini, bagi Am cantik kerana sebelum ini dengan kamera telefon bimbit tak secantik ini.

ada beberapa keping sebenarnya, kalaua ada masa nanti Am akan cuba paparkan semuanya disini, teruja betul Am bila dapat rakamkan photo yang cantik ini

Senja...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Terlambat hari ini untuk update blog, sibuk sangat hari ini, pagi-pagi lagi kerja sudah beratur. Terpaksa beri no. pada kerja yang mana satu perlu dibuat dahulu. Hujung minggu tak kemana sangat tapi peliknya niat nak service kereta dan bayar duit motorsikal boleh tertunda pula. Am rasa ni gara-gara kepala rasa berat kerana melayan Piala Dunia.

Portugal ke separuh akhir Piala Dunia, seronok Am tak sia-sia sokong Portugal, sebenarnya isteri Am sokong England. Dia sokong England kerana dia tak suka Portugal. Macam ini pun ada juga. Terus terang Am katakan walaupun England kalah tapi permainan cukup baik malam tu, sangat berbeza dengan permainannya sebelum ini. Brazil pula kalah, masa permulaan game tu Am dah agak yang Brazil akan kalah. Am pun ada beritahu isteri Am yang sejak dari peringkat kumpulan lagi laluan Brazil amat mudah, pusingan kedua pula bertemu Ghana, bila bertemu pasukan yang setanding silap-silap boleh kalah, betul pun ramalan Am. Memang kecewa tapi tak terperanjat pun Am. Muka permain Brazil pun macam tak terperanjat pun akan kalah. Separuh akhir nanti Portugal akan bertemu France, isteri Am dah tentu sokong France. Yang tak sedapnya Am suka juga kat si Zidane tu hehehe.

Akhirnya Salima tersingkir dari Akademi Fantasia 4, sikit pun Am tak terperanjat kerana dari awal konsert Am dah kata pada isteri silap-silap minggu ini Salima tersingkir. Ok Am nak komen sikit pasal persembahan pelajar (kali pertama untuk tahun ini). Persembahan boleh kata semua pelajar amat mengecewakan, persembahan mereka boleh kata tangkap muat sahaja. Berbuihlah mulut Adlin komen tapi benda yang sama juga mereka buat. Am rasa pengetua yang kurang tegas menyebabkan pelajar ini naik lemak dan manja. Ada yang kata agar pelajar itu diberi lagu kegemaran mereka untuk mereka menunjukkan mutu vokal mereka yang sebenar tapi bagi Am untuk apa, bukankah AF itu unik kerana pelajar tak boleh memilih lagu mereka sendiri dan lagu itu sebagai tugasan atau ujian atas kemampuan mereka? Satu soalan lagi, jika AF1, AF2 dan AF3 boleh lakukan, kenapa mereka tak boleh?

Satu lagi, kecewa dengan penonton, ada ker boleh jerit nama Salima, tahulah dia nak keluar, bila orang cakap tak ada Adab marah tapi itu ada adab ker?


Nota Kaki:
AlFatihah untuk Bapa Mawi......

Labels: , ,