AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Thursday, August 31, 2006

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia

Bunga


Photo bendera anak Am ini, anak Am yang minta Am ambil photo ini. Kalau tak silap rakamkan photo ini semasa balik kampung isteri dua minggu lepas

Pelik betul sekarang ni, nak beli bendera sikitlah punya susah, beli di Petronas baru2 ini, bila Am tanya rupanya bendera itu dia "sorok" dalam laci almari dia, Ada Am tanya kenapa sorok dan tak pamerkan, dia senyum dan diam sahaja

Bendera...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Sajak buat Bangsa
Aduh tingginnya menara itu
Hadiah kita buat dunia
Setinggi itu kah maruah kita
Dimata Dunia.....

Indah sungguh binaannya
Bangga mendabik dada
Perkerti kita pula makin hilang indahnya
Mengeleng kepala pada siapa....

Harumnya bunga itu
Cantik berseri berbagai warna
Tapi bunga bangsa ku
Bagai hilang seri dan harumnya.....

Menara itu tegak berdiri
Lambang kejayaan dan kemodenan
Tapi bangsa ku makin layu dan rapuh
Dipukul rakus ombak kemodenan.....


Nota Kaki:
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan tapi merdekakah kita dalam erti kata yang sebenar?

Labels: ,

Monday, August 28, 2006

Bercerita tentang "Hujung Minggu"

Awan


Photo ini Am rakamkan semasa balik kampung hujung minggu ini, langit cerah habis, orang kampung kata, malam tu baru hujan lebat. Jarang nampak awan berkepul-kepul macam dalam photo ini sekarang. Harap-harap awan akan terus berkepul-kepul.

Banyak photo awan, bunga dan pokok yang Am rakamkan, nanti Am akan paparkan satu persatu di blog.

Jerebu...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Syukur, sihat lagi Am dan masih mampu menulis dalam blog ini, awan nampaknya makin cerah, jerebu makin kurang tapi tak tahulah akan datang kembali TAPI yang penting Am masih bz lagi, mesyuarat ditunda pada hari Rabu ini pulak.

Kurang aktiviti hujung minggu ini, cuma balik ke kampung isteri Am, ada kenduri perkahwinan. Kampung ni kalau kenduri kahwin ni memang meriah walaupun pun tak sebesar perkahwinan Datin ct tu, tiada kereta kuda, tiada hantaran juta-juta tapi yang penting saudara mara jauh dekat berkumpul dan bertanya khabar. Baju tak payah banyak manik-manik dan tak perlu tempah baju di butik-butik untuk hadir kenduri.

Yang peliknya, Am jadi rajin ambil gambar pula kali ini, dari rumah pengantin perempuan hingga rumah pengantin lelaki, leka Am mengambil gambar. Macam jadi juruphoto pengantin pula. Bila kira balik ada 145 keping gambar Am rakamkan. Nasib baik digital, kalau guna filem, robak juga nak pergi cuci di kedai gambar nanti.


Nota Kaki:
Malaysia kalah bola 2-1 dengan Mynmar yes...yes...yes...Hampeh.com betul

Labels:

Wednesday, August 23, 2006

Bercerita tentang "Kesetiaan dan Kejujuran"

Awan


Photo ini Am rakamkan semasa hari sukan anak Am, semasa ini jerebu belum teruk sangat lagi, Awan masih nampak birunya walaupun tak biru sangat. Cahaya matahari pula macam segan-segan nak memancar

Ada satu photo semasa mereka dalam perbarisan, jerebu itu nampak macam kabus pula dalam photo itu..

Jerebu...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Kebetulan Am terdengar dua perkataan ini disebut semasa Am menonton TV minggu lepas. Terfikir pula Am berapa penting dua perkataan ini dan berapa mudah pula kita memandang dua perkataan ini. Am tertanya-tanya masih ramai lagikah manusia sekarang memandang berat pada dua perkataan ini dan mengamalkannya dalam seluruh kehidupan mereka.

Dalam bulan kemerdekaan ini, ramai orang berbahas tentang Kesetiaan kita kepada negara, TAPI adakah kesetiaan pada negara sahaja yang mereka harus fikirkan, kesetiaan pada tuhan, ibubapa, suamiisteri, kerja, rakan, saudara dan macam-macam lagi bagai sudah tak bermakna. Bukan Am kata kita harus setia secara membabi buta tapi tanpa kesetiaan inilah timbulnya perkataan, perkhianat negara, perceraian, anak derhaka, kawan makan kawan dan macam-macam perkatan buruk lagi.

Kejujuran bagi Am satu lagi perkataan yang makin tak guna pakai sekarang, ada kawan beritahu Am dalam menulis blog pun kita perlukan kejujuran. Menulis melalui hati TAPI berapa ramai yang menulis melalui hati sekarang? Ramai kita tertanya-tanya kejujuran pemimpin dalam menjalankan amanah yang diberikan pada mereka dan tak kurang juga was-was dalam melihat kejujuran rakan-rakan, saudara dan paling teruk ibubapa mereka sendiri. Jalan mudah mereka dan kita ambil ialah, mereka tak jujur jadi kita pun tak payah jujurlah, Betulkah cara ini?

Ada kawan kata pada Am, dalam dunia sekarang ini kita tak boleh setia dan jujur sangat nanti kita akan jadi bahan mainan orang lain. Ada kebenarannya tapi cuba tanya pada diri sendiri pula. Jika kita tak mulakan dahulu, siapa yang akan mulakan?. Dan tanyakan soalan ini lagi pada diri, berapa ramai yang berjaya tanpa kesetiaan dan kejujuran dan berapa ramai pula yang berjaya dengan mementingkan sifat kesetiaan dan kejujuran itu?.

Nota Kaki:
Ada masa nanti akan bercerita tentang "Kepercayaan" pula

Labels:

Tuesday, August 22, 2006

Bercerita tentang "Marah"

Bunga


Photo ini Am rakamkan semasa balik kampung minggu lepas, rakamkan photo ini pun semasa dah nak balik ke KL semula, sedikit terburu-buru sampaikan fokusnya pun dah tak betul

Jerebu makin teruk melanda KL dan selangor sekarang, nak keluar rumah pun Am seram, nampaknya musim sakit tekak dan gatal-galtal kulit akan kembali menjelma.

Bunga...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Sejak kebelakangan ini banyak sangat benda pulak yang buat Am panas hati, perkataan senang ialah marah. Ada sahaja yang mencabar kesabaran Am, macam sengaja nak menguji

MARAH pasal isu Lubnan
MARAH orang nak jual barang tapi tunggu tak sampai-sampai

MARAH pasal isu loan dengan bank yang sikit punya lembab
MARAH pasal pejabat cawangan yang punyalah lambat bekalkan maklumat yang penting
MARAH pasal jerebu makin teruk sekarang
MARAH melihat kepincangan pengurusan kerajaan di TV

Am pernah dengar orang kata, kita tahu marah sahaja yang lain tak tahu. Bila difikirkan semula apa lagi yang boleh kita buat, selain dari marah. Kuasa dan tanggungjawab itu dipihak mereka dan orang-orang ini selalunya bila kita dah marah baru dia nak bergerak terutamanya bank dan kerajaan tu.

Nota Kaki:
Apapun alasan, Am rasa Am kena kawal kemarahan Am ini, teruk juga kalau dah jadi habit sebagai pemarah pulak nanti.

Labels:

Friday, August 18, 2006

Bercerita tentang "Graduation"

Bunga


Photo ini Am rakamkan semasa balik kerja, bila? Am sendiri dah lupa tapi rasanya dalam bulan ini juga. Cantik betul awan tu. Nak kata oren tak nak kata merah pun tak

Ada banyak koleksi photo bunga secara close-up dalam simpanan Am, nanti Am akan paparkan disini jika berkesempatan.

Senja...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Anak: Abah...kita ambil gambar macam yusiti
Abah: "YUSITI" apa tu yusiti
Anak: alaaaaa macam Akademi Fantasia tu
Abah: oooooo macam "Universiti" ker

Semalam anak Am ambil gambar untuk graduation tadika dia. Seronok betul dia dan tak habis-habis bercerita. Dia kata dia nak senyum nampak gigi tapi orang tu marah hehehehe. Am dan isteri pula tak sabar nak tengok macam mana muka dia masa ambil gambar tu.

Minggu depan mula cuti sekolah selama seminggu. Isteri Am dah merunggut pada Am kerana dah lama kami tak cuti-cuti Malaysia. Bukan apa, Am sedang sibuk sekarang ni dan susah nak bercuti. Malas Am nak bercuti jika dalam otak nanti dipenuhi dengan kerja yang tak siap dan telefon pula sentiasa berbunyi tanya itu dan ini.

Sedikit cerita mengenai Blogger Idol, minggu lepas Affy telah menjadi perserta pertama tersingkir melalui undi dan sekarang tinggal hanya 10 perserta yang bersaing untuk menjadi Blogger Idol yang kedua. Selamat berjaya semua. Dengar khabar ada kejutan tak lama lagi, Am pun tak tahu apa dia tapi suka kalau ada kejutan ni.

Tajuk tugasan untuk minggu ke tiga ialah "BI2006 - Week 3 Assignment : Can a man love two women at the same time? And vice versa; Can a woman love two men at same time?". Nampaknya semua perserta berjaya menyiapkan tugasan mereka dan undian telahpun dibuka. Siapa yang akan tersingkir kita tunggu pada hari isnin nanti dan pada siapa yang hendak tahu lebih lanjut mengenai Blogger Idol atau ingin mengundi boleh tekan disini


Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan

Labels: , ,

Wednesday, August 16, 2006

Bercerita tentang "Cerita"

Bunga


Photo ini Am rakamkan semasa balik kampung juga, langit dikampung lebih cerah dan biru dari KL nampaknya. Am rasalah jerebu belum berjaya sampai atau mencacatkan langit dikampung

Am ada rakamkan beberapa keping photo bunga mak Am secara close-up, nanti Am akan cuba paparkan semuanya disini tapi Am tak pasti menarik atau tidak pada pandangan mata pengunjung disini.

Langit...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Sabtu lepas Am tonton satu cerita di TV2, mula dari pukul 12.30 malam dan tamat pada pukul 3.00 pagi. Tak banyak cerita buatan Malaysia yang boleh memaksa Am tidur sampai pukul 3.00 pagi. Cerita ini berjaya menarik perhatian Am dan buat Am tak mengantuk. Kalau Am tak silap cerita ini bertajuk "FATHER".

Cerita berbahasa inggeris yang begitu indah dan begitu mudah jalan ceritanya yang memaparkan layanan ibubapa terhadap anak-anak, layanan anak-anak terhadap ibubapa, layanan menantu terhadap mertua, erti persabahatan dan yang paling menarik kasih sayang antara suami isteri.

Am tertarik dengan satu dialog berbahasa inggeris dalam cerita itu "Kita tak boleh ajar anak kita warna pelangi itu jika dia sendiri tidak melihat pelangi itu". Am setuju, kadang kala sebagai ibubapa kita hanya boleh beritahu pada anak kita sahaja dan yang lain anak kita perlu tahu dengan menghadapi perkara itu sendiri.

Tertanya-tanya pada diri sendiri, Adakah Am sudah cukup berusaha untuk menjadi Anak, Menantu, Suami dan Ayah yang baik?


Nota Kaki:
Malam ini akan menonton teater "Puteri Gunung Ledang 2"

Labels:

Tuesday, August 15, 2006

Bercerita tentang "Bola"

Terbakar


Photo ini sama dengan photo yang Am paparkan pada entry Am yang bertajuk "Hujung Minggu" tu, cuma bezanya photo ini Am dah edit dengan mengunakan program picasa

Program ini kalau tak silap Am percuma dan Am rasa ramai dah tahu, pada siapa yang nak "download" boleh click di perkataan Picasa dibawah.

Senja...
Original Upload from O2 Xda II mini / Edit by
Picasa

Buat masa sekarang ni Am memang menonton piala Dunia dirumah sahaja, penat isteri dan anak melayan Am berborak pasal bola. Kalau isteri Am tido anak Amlah yang temankan Am hehehe. Ada orang tanya Am kenapa ramai suka tengok bola dalam kumpulan. Am kata kerana kalau tengok sorang tak rasa sangat seronoknya, tak boleh nak komen, tak boleh marah dan biasalah yang paling utama tak boleh nak kutuk, takkan nak cakap dengan tv tu kot.

Am kadang kala kalau tak puas hati cakap dengan anak Am, apalah dia main macam tu kan, teruk betul, selalu ayat anak Am standard aja "Betullah abah, apalah dia main macam tu, teruk betul" Sama macam ayat Am kan hehehehe. Bila Gol pula Am akan menjeling pada dia, selalunya dia tak perasan pun gol, kemudian Am jerit dan bila dengar Am jerit mulalah dia melompat dan "Give me Five" hehehe

Yang paling tak seronok ialah bila pasukan yang Am tak sokong yang Gol, dia tetap menjerit dan "Give me Five" juga. Hampeh betul, tang ni yang tak seronok ni. Sabar aja lah.


Nota Kaki:
Tak sabar tunggu anak besar dan boleh sama-sama berborak dan bersorak tengok bola nanti hehehehe

Labels: ,

Monday, August 14, 2006

Bercerita tentang "Hari Sukan"

Bunga


Photo bunga raya ini Am rakamkan semasa balik kampung pada hari sabtu, susah betul nak rakamkan bunga raya ni sampai dikampung baru berjaya. Yang seronoknya pokok bunga raya mak Am pun ada sekuntum bunga nia sahaja.

Am akan cari juga bunga raya versi KL punya untuk dipaparkan disini, kalau tak silap ada nampak baru-baru ini, itupun baru ditanam semperna bulan kemerdekaan ni.

Bunga Raya...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Seronok melihat Hari Sukan anak Am, walaupun dalam keadaan yang sedikit berjerebu tapi budak-budak bukan tahu pun. Semua sedang bersemangat dan tak sabar-sabar menunggu waktu mereka beraksi.

Yang Am nampak ibubapa yang lebih-lebih bersemangat dan lebih-lebih kecewe bila anak mereka gagal hehehe. Paling seronok melihat anak-anak berumur 4 tahun bersaing sesama sendiri tanpa tahu apa itu kemenangan, yang mereka tahu mereka perlu cepat kegarisan penamat.

Anak Am masuk satu acara dan tak menang pun, bangga Am kerana dia tak menangis walaupun dia tahu dia tak menang. Tapi bila balik kami belikan mainan "robot" pada dia sebagai hadiah hehehe.


Nota Kaki:
Rindu pulak zaman kanak-kanak hehehehe

Labels:

Friday, August 11, 2006

Bercerita tentang "Hari Sukan, Balik Kampung dan Blogger Idol"

Awan


Photo ini Am rakamkan semasa balik dari pejabat, sebelum itu ada nampak langit cantik tapi tak dapat rakamkan kerana Am sedang memandu, bila isteri singgah kedai terus Am rakamkan photo ini. Banyak juga yang Am rakamkan.

Mungkin hujung minggu ini Am akan cari awan yang cantik-cantik untuk dirakamkan, rasanya jerebu pun dan makin menghilang sekarang ni.

Awan Petang...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Pagi Ahad ini Hari Sukan anak Am, dia macam tak sabar sahaja tunggu hari sukannya. Sebenarnya Am dan isteri juga tak sabar pasal selalunya anak Am ini kalau tak menang menangis. Dah beritahu dia awal-awal kalau kalah jangan menangis. Harap-harap oklah dia nanti kalau tidak terpaksalah Am belikan hadiah untuk dia nanti. Am selalu beritahu dia, menang atau kalah, dapat hadiah atau tidak, tak penting, janji dia dah berusaha dan buat sungguh-sungguh.

Hari sabtu ini Am akan Balik Kampung Am, lebih 3 minggu juga tak balik ni. Makin bersemangat nak balik lepas baca entry di blog BP. Kebetulan ada beli kain untuk mak dan adik, bolehlah beri sekali untuk buat baju raya nanti. Masalahnya ada ker lagi orang nak terima tempahan untuk buat baju raya?

Kalau minggu pertama tiada penyingkiran dalan Blogger Idol, minggu ini Am pun tak tahu ada atau tidak. Apa-apa pun sebelum penyingkiran secara undian dibuat sudah ada 4 Blogger yang tersingkir secara "automatic". Undian dah dibuka, jom ramai-ramai kita mengundi Blogger yang kita rasa layak. Tugasan minggu kedua ialah "BI2006 - Week 2 Assignment : YOU are the new Manager for Diddy AF4. As a manager, what would you do to get Diddy to be an established singer / artist in the Malaysian Music Industry?"


Nota Kaki:
"Selamat Hari Jadi untuk diri sendiri"

Selamat berhujung minggu dan semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan

Labels: ,

Wednesday, August 09, 2006

Bercerita tentang "Banyak Perkara" IV

Awal


Photo ini Am rakamkan sama waktu dengan photo yang Am paparkan semalam, terpegun sekejab Am semasa melihat langit waktu itu.

Sekarang ini ada banyak photo-photo yang cantik-cantik Am rasalah dalam simpanan Am.

Awal Malam...
Original Upload from O2 Xda II mini

Hari Ahad ini Sambutan Hari Bapa di Malaysia, walaupun masih awal tapi Am mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari bapa kepada semua Bapa, Ayah, Papa, Abi, Abah, Apa, Dad yang memasuki blog Am ini, kepada semua bapa diluar sana, paling istimewa kepada Bapa Am walaupun Am tahu bapa Am tak baca blog Am ini dan akhir sekali kepada diri Am sendiri. Diam tak diam sudah 7 tahun Am memegang "Title" bapa ini, Am akui Am bukanlah bapa yang paling sempurna tapi akan dalam proses belajar untuk menjadi bapa yang sempurna kalau bukan pada pandangan semua orang tapi cukuplah pada pandangan anak Am.

Malam ini bermulalah perlawanan Piala Dunia, perlawan antara Jerman vs Costa Rica membuka tirai tahun ini. Am setiap kali Piala Dunia akan menyokong 3 pasukan sahaja, Brazil, Portugal dan Cameroon, Tahun ini Cameroon tak layak jadi Am hanya akan menyokong Brazil dan Portugal sahaja.

Sebenarnya ada satu benda yang agak mengecewakan Am, Perang Mulut antara PM dan Bekas PM, benda ini tak patut terjadi dalam negara kita, siapa salah dan siapa betul bagi Am perkara kedua tapi dengan mengkritik secara terbuka akan menjejaskan imej negara kita kerana yang mengkritik dan yang kena kritik adalah orang besar dan berjasa dalam negara kita ini, tak sayang maruah sendiri tak apalah tapi tolong sayanglah maruah negara kita.

Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu, semoga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan

Labels: , ,

Bercerita tentang "1,2,3 Lekuk"

Awan


Photo ini Am rakamkan dari pejabat Am, pelik juga Am kenapa photo ini boleh jadi warna ungu, mungkin kerana cermin dipejabat Am ini dilekat dengan plastik hitam kot.

Semalam langit punyalah cantik tapi Am tak sempat rakamkan apa-apa photo kerana kemera dalam beg pula, lain kali akan sentiasa bersedia dengan kemera Am

Close-Up3...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

1
Kita lihat orang kita makin kurang menghormati ugama mereka sendiri, berpakaian ikut suka, cakap ikut sedap mulut dan kutuk mengutuk sesama sendiri. Mereka kata hormat tapi apa yang mereka lakukan menunjjukkan sebaliknya dan yang paling teruk dengan apa yang mereka lakukan menyebabkan orang berugama lain turut tak menghormati ugama kita.

Ada satu cerita Am nak kongsi disini, diceritakan kepada Am oleh orang yang bukan satu ugama dengan Am, Alkisah sewaktu bulan puasa, dia dan seorang kawan dia yang berugama islam sedang menunggu waktu berbuka puasa, dengan selamba kawan dia yang berugama islam itu makan sebelum masanya, kawan Am yang bercerita itu terperanjat dan bertanya. "U tak puasa ker?" Kawan dia hanya tersenyum dan teruskan makan dengan selamba. Ini satu dari beratus-ratus cerita, atau beribu-ribu atau pun berjuta-juta cerita benar diluar sana dimana kita sendiri menjatuhkan martabat ugama kita.

2
Kita lihat perpaduan kita sendiri makin teruk, Islam itu dan islam ini. Islam aku yang paling betul dan patut diikut. Bagi Am islam itu satu sahaja kerana ia berasal dari sumber yang sama, apa nak kecoh sangat. Semasa kita sedang sibuk TEKA siapa yang betul tanpa sedar sebenarnya kita makin lemah dan semakin lemah.

Kita bising bila negara Arab tak bersatu dalam menangani isu Palestine, Lubnan dan lain-lain lagi. Patutnya kita bertanya pada diri kita, kita ini bersatu sangat ker? Sepatutnya kita menunjjukkan contoh kepada mereka, kalau tak kepada mereka tapi kepada bangsa berugama lain dalam negara kita ini.

3
Kita lihat, makanan halal atau haram makin kurang jelas sekarang. Pelik mana pergi pihak yang dipertanggungjawabkan untuk masalah ini. Apa langkah-langkah berkesan yang mereka lakukan? Ada tapi amat kurang dan amat tak berkesan. Kita ada banyak media yang boleh digunakan tapi ada mereka gunakan. Kalau pasal Siti boleh kata hari-hari keluar TV, pasal halal atau haram ini sekali pun payah dengar. Sensitif sangat ker isu ini bagi mereka yang negara yang digelar negara islam ini.

LEKUK
Sekarang baru kita nak melatah, bila ugama lain bagai nak menindas kita, makin berani menunjjuk belang, minta itu dan ini, meminta memansuhkan berbagai akta dan menggunakan kekuatan mereka untuk menjatuhkan kita.

Salah siapa? Perlukan kita salahkan mereka yang kita tahu akan gunakan apa sahaja untuk menguatkan ugama mereka atau kita sepatutnya menyalahlah diri sendiri yang tak pandai memilihara ugama sendiri ataupun memiliharanya secara sambil lewa?


Nota Kaki:
Inilah yang terjadi bila ugama dianggap sebagai bebanan bukan pegangan.

Labels:

Tuesday, August 08, 2006

Bercerita tentang "Bowling"

Koleksi


Photo ini dari koleksi lama Am, Am pun dah lupa bila Am rakamkan photo ini, mungkin beberapa minggu lepas kot.

Bila sibuk dipejabat dan dirumah dengan bermacam benda peribadi menyebabkan kamera Am tu terpaksa berehat, rasanya sudah hampir dua minggu Am tak cas beterinya, ini bermakna sudah hampir dua minggu juga Am tak sentuh kamera tu, takut merajuk pula kemera tu nanti

Koleksi Lama...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Tak lama lagi pejabat Am akan mengadakan perlawanan Bowling antara anak-anak syarikat yang dianjurkan oleh Kelab pejabat Am. Kami memang boleh kata setiap tahun mengadakan pertandingan ni. Seperti biasa kami akan sibuk, sibuk dengan kerja dan persiapan bowling sekali. Seperti biasa Am akan diamanahkan untuk memilih dan melatih wakil pejabat Am. Am bukan pandai sangat pun tapi setakat sikit-sikit nak ajar tu bolehlah.

Msjbox Bowling@Flamingo
Kebetulan cerita pasal bowling ni, Am nak buat promosi sikit pasal, Msjbox Bowling@Flamingo jom semua pengguna-pengguna memeriahkannya tak lama lagi. Am memang tak dapat sertainya kerana tarikhnya sama dengan bowling pejabat Am.

"Gathering ke 3, Msjbox Bowling@Flamingo akan berkonsepkan semangat kesukanan. Pertama kali konsep ini diadakan.Sokongan dan penyertaan dari rakan - rakan Msjbox amat diharapkan."

Hari: Sabtu
Tarikh: 09 September 2006
Masa: 2PM
Lokasi: Flamingo Bowl,Ampang

Pada yang berminat tu boleh masuk web Msjbox dan sila rujuk pada Event Officials yang telah dilantik.


Nota Kaki:
Tahun ini, entah boleh atau tidak bowling nanti

Labels: ,

Friday, August 04, 2006

Bercerita tentang "Wisel"

Awan


Photo pensil secara "Close-up" ini Am ambil minggu lepas, dah tak tahu nak ambil photo apa lagi, pensil pun pensillah, nanti letak photo sendiri kang over glamer pula.

Rasanya hari minggu ini nak rakamkan photo-photo yang menarik, photo awan senja, cerah dan pagi tapi semua itu bergantung pada awam samada dia sudi atau merajuk nanti..

Close-Up3...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Sana sini dengar bunyi Wisel polis sekrang, banyak jalan yang ditutup pagi dan petang. Nasib baik dah naik motor sekarang, kalau tidak teruk juga Am melayan kesesakan lalulintas atau kalau tidak pun Am seperti dulu kena naik LRT.

Bila fikir semua, glamer juga Malaysia ni ya, selalau jadi tuan rumah untuk berbagai persidangan namun kita tak cukup kuat dan berkuasa untuk mencegah penganas-penganas tu merosakkan negara orang lain. Membunuh kerana tersilap, alasan popular sekarang bila salah bom orang awam. Kalau silap jatuh kat negara sendiri lagi bagus.


Nota Kaki:
Berkuasa betul Wisel polis tu, sekali tiup berbaris kereta berhenti hehehe....

Selamat berhujung minggu, semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.

Labels:

Thursday, August 03, 2006

Bercerita tentang "Kena Lagi"

Awan


Photo awan gelap ini adik beradik dengan photo entry sebelum ini, cuma kali ini Am edit photo ini dengan program picasa, dah lama tak letak photo yang diedit disini.

Photo dalam simpanan yang menarik dah makin berkurangan, nampaknya Am kena aktif menjadi jurufoto picisan semua, kalau tidak tiada photo yang boleh Am paparkan disini nanti.

Awan Gelap2...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Semalam semasa hendak bayar bill motor Am, motor Am kena langgar pulak dengan budak sekolah yang bawa motor gila-gila, pecut-pecut akhirnya motor Am pun di sondolnya. Hai Kena Lagi, dulu kereta sekarang motor pulak. Patah no. plat motor Am, ingat nak minta ganti rugi tapi memandangkan budak sekolah manalah mereka ada duit sangat, jadi terpaksa sabar sahajalah.

Dulu terfikir samada kereta atau Am yang perlu mandi bunga, rupanya Am lah yang patut mandi bunga. Rasanya tak susah nak mandi bunga sekarang kerana sabun mandi pun dah macam-macam jenis bunga, beli ada syampu mandi 7 jenis, lepas tu campurkan dan mandi. Boleh kira mandi bunga juga tu kan.

Kebetulan cerita pasal bunga ni, susah betul nak lihat Bunga Raya sekarang ni. Bunga Raya pun dah jadi macam kuih raya sekarang ni, begitu dihargai sehinggakan ada pada waktu-waktu istimewa sahaja

Nota Kaki:
Pernah disuruh melukis Bunga Raya dalam ujian lukisan......

Labels:

Tuesday, August 01, 2006

Bercerita tentang "Pilihan"

Awan


Photo awan gelap dari beranda rumah Am sebelum hujan turun dengan lebatnya, ok juga tu, hujan yang turun berjaya mengurangkan sikit jerebu yang makin menjadi-jadi.

Kamera Canon Am lebih banyak berehat sekarang ini kerana kurang awan yang menarik yang hendak dirakamkan.

Awan Gelap...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Semalam menonton finali "Lost", biasalah episod terakhir musim ini dengan terus menambahkan lagi banyak persoalan yang masih buat penonton tertanya-tanya. Tak sabar pula Am nak tunggu sambungannya pula nanti.

Apa yang Am nak ceritakan hari ini ialah watak "Michael", dia terpaksa membuat banyak perkara lain seperti membunuh dan membawa kawan-kawannya yang lain masuk perangkap kerana hendak menyelamatkan anaknya. Kalau ini terjadi dialam nyata tentu dia tertekan sangat dengan pilihan yang terpaksa dia buat.

Begitulah dalam kehidupan kita ini sebenarnya, untuk mendapatkan sesuatu kita terpaksa mengorbankan sesuatu yang lain. Cuma kadang kala kita perlu tanya berbaloikah apa yang kita korbankan itu dan betulkah pilihan kita itu

Nota Kaki:
Ada kawan beritahu Am, jangan buat pilihan semasa dalam keadaan lapar, entah betul atau tidak.

Labels: