AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Friday, September 29, 2006

Bercerita tentang "Kurma"

Awan
Nak letak photo makanan ramai yang terliur nanti termasuklah Am, jadi letak photo menu yang Am rakamkan semasa Am melepak dikedai semasa piala dunia dulu kalau tak silap.

Minggu depan Am akan paparkan disini photo-photo yang adik ipar Am rakamkan semasa dia di Norway. Ada Photo langit, laut, gunung dan kapal.

Close-Up...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Anak Am cukup menyampah bila dengar Iklan Kurma "Yusop Tayoob" tu. Bukan anak sahaja isteri Am pun menyampah, Am pula geli. Iklan itu selalu Am dengar di radio Era atau Sinar. Pada sesiapa yang pernah dengar rasanya tahu apa maksud Am. Selalunya bila iklan ini muncul anak Am akan suruh Am tukar ke channel lain.

Kebetulan cerita tentang buah kurma ini, pelik Am bila bulan Ramadhan sahaja punyalah macam-macam jenis kurma yang peniaga jual. Jenama yang tak pernah dengar pun ada tapi Am selalunya tak beli kerana pejabat Am selalu beri kami buah kurma. Apabila bulan Ramadhan berlalu buah kurma pun mula menghilang dan susah nak dibeli.

Fadilat Sembahyang Terawih
Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.


Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.......

Labels:

Bercerita tentang "Blogger Idol 2006"

Blogger Idol (BI) 2006 makin makin panas sekarang, 3 perserta untuk diperingkat akhir telah dikenal pasti dan sedang bersaing dalam merebut tempat teratas iaitu :

Nadhirah, Red Mummy, Dari Bilik Ini

Undian masih terbuka pada hari khamis 12 noon hingga Ahad 12 noon…poll vote ada di BI WEBLOG kepada sesiapa yang hendak mengundi dan teruskan mengundi calon yang anda fikir patut menang.

Tajuk tugasan untuk minggu keSembilan ialah : Isu 'MAT REMPIT' kini kian menjadi² di negara kita. Yang lebih menyedihkan adalah penglibatan anak² Melayu serta pelajar² sekolah. Apakah yang menyebabkan remaja² ini terjebak dalam kemelut sosial ini; dan apakah penyelesaian yang sewajarnya dilaksanakan bagi menangani isu ini dari terus berleluasa.

Labels:

Thursday, September 28, 2006

Bercerita tentang "Peniaga"

AwanPhoto ini sudah lama Am rakamkan dikawasan perumahan Am, kalau tak silap pada waktu senja. Tarikhnya Am sendiri dah lupa pasal dah lama sangat tersimpan dalam komputer Am ini.

Sebenarnya Am cuba rakamkan photo bukit dibelakang kawasan perumahan Am itu yang makin nak godol dan rata. Am rasalah tak lama lagi bukit itu takkan wujud lagi dalam peta.


Awan...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Kawan Am ada tanya, kemana agaknya pergi peniaga-peniaga pasar Ramadhan bila berakhirnya bulan Ramadhan? Am pun agak pelik juga. Am rasalah mereka boleh pergi jauh dalam bidang ini kerana makanan mereka boleh tahan juga cuma harganya sahaja yang Am tak tahan.

Kebetulan cerita pasal peniaga ni, semalam muka depan surat khabar ada paparkan yang dua adik beradik menjual kuih dengan harga 10 sen sebiji dan masih untung lagi. Nampaknya malulah peniaga yang selama ini menegaskan menaikkan harga kerana kurang untung ataupun tak untung.

Fadilat Sembahyang Terawih
Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.


Nota Kaki:
Sekejab sahaja dah 5 hari puasa ya.......

Labels:

Wednesday, September 27, 2006

Bercerita tentang "Tukar"

Close-Up
Photo ini sengaja sahaja Am rakamkan dipejabat Am, inilah keyboard yang banyak berjasa dalam Am siapakan kerja dan menulis entry untuk blog Am ini.

Sekalai pandang punyalah kotor keyboard Am ini, pandang dari atas ok sahaja tapi bila dari tepi punyalah banyak habuk. Nampaknya kena pandang dari atas sahajalah

Close-Up...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Beberapa hari lepas ada temankan isteri Am pergi bershoping. Baru Am perasan sekarang sudah tukar cara baru tentang potongan harga ni. Sekarang ada papan tanda 60% + 10%. Kalau tulis 70% kan senang hehehe. Ada sahaja cara mereka untuk menarik perhatian.

Anak Am dah mula deman hari ini. Sbenarnya dari malam tadi sudah mula rasa panas sikit badannya. Tak pasti sebabnya, mungkin kerana semalam kena hujan sedikit atau mungkin kerana gigi gerahamnya baru nak tumbuh. Yang pastinya bukan kerana puasa.

Oh ya Am dah tukar warna blog Am kepada biru, bukan apa isteri ada komen kenapa blog Am ni warna hitam, macam orang berkabung sahaja hehehe

Fadilat Sembahyang Terawih
Malam 4 : Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


Nota Kaki:
Tengok kalender nak "booking" cuti.......

Labels:

Tuesday, September 26, 2006

Bercerita tentang "Hormat"

Awan


Photo ini Am rakamkan semasa balik kerja. Sudah lama juga photo ini Am rakamkan. Kalau tak silap sebelum jerebu melanda Malaysia lagi. Letih sekarang ni Am nak tunggu awan yang cun macam ini.

Ada beberapa keping lagi photo awan yang menarik dalam simpanan Am, Am akan cuba paparkan disini.

Awan...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Anak Am bercerita yang "Teacher" di Tadikanya hanya beri makan pada murid ugama lain. Yang ugama islam tak boleh kerana puasa. Nampaknya walaupun tadika itu majoritinya bukan berugama islam tapi mereka menghormati bulan puasa dan cuba mendidik pelajar-pelajar semua.

Nampaknya orang bukan islam masih lagi menghormati ugama islam tapi masalahnya adakah kita yang berugama islam ini menghormati ugama kita kerana pada hari puasa yang pertama sudah terdengar ada artis yang tak berpuasa.

Fadilat Sembahyang Terawih
Malam 3 : Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.


Nota Kaki:
zzzzzz............

Labels: ,

Monday, September 25, 2006

Bercerita tentang "Hujung Minggu"

Awan


Photo ini Am rakamkan semasa hendak pergi kerja. Kalau tak silap semasa Am rakamkan photo ini Am pergi kerja naik LRT. Nak hilangkan bosan semua yang Am nampak Am rakamkan.

Sebenarnya dah lama photo ini dalam simpanan Am. Akhirnya terpapar juga di blog Am. Oh ya, nampak tak bangunan putih dibahagian kiri gambar tu. Itulah bangunan bandaraya

Awan...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Ok, hari sabtu lepas kali pertama Am bawa anak Am pergi sembahyang terawih. Mula-mula ok, senyap tapi bila dah mula ada kawan, banyak gelak kat belakang. Kena warning baru senyap balik.

Hari Ahad kali pertama dia bangun sahur, punyalah susah nak bangun tapi mama dia kejutkan juga pasal dia kata nak bangun sahur dan kami dah janji nak kejutkan dia. Seperti yang diduga dia puasa setengah hari sahaja. Semuanya sebab tengok jiran Am buat kuih dan dia tak sabar nak makan kuih tu.

Hari ini tak tahulah dia puasa atau tidak ditadika nanti. Mama dia ada bekalkan biskut untuk dia kalau dia dah tak tahan nanti.

Fadilat Sembahyang Terawih
Malam 1 : keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 : diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).


Nota Kaki:
Aduh...mengantuk betul mata hari ini.....

Labels: ,

Friday, September 22, 2006

Bercerita tentang "Blogger Idol 2006"

Blogger Idol (BI) 2006 makin panas sekarang, tinggal hanya 4 perserta yang masih bersaing iaitu :

Nadhirah, Red Mummy, Dari Bilik Ini, Samasam

Undian masih terbuka kepada sesiapa yang hendak mengundi dan hanya akan ditutup pada hari Ahad nanti, teruskan mengundi calon yang anda fikir patut menang. Undian boleh dibuat di Blog BI

Tajuk tugasan untuk minggu keLapan ialah : Wajarkah KICKBOXING dijadikan senaman harian selain dari persediaan keselamatan diri bagi kaum wanita?

Labels:

Bercerita tentang "Blog"

Ayam


Photo ini Am rakamkan ditaman burung, Am sendiri tak tahu apa nama ayam ini, pelik semacam sahaja Am tengok, ada rambut macam singga pula.

Anak Am cukup seronok tengok Ayam ni, kali pertama ayam ini berkokok dia terperanjat, kali kedua dan seterus dia dah seronok dengar dan siap paksa ayam itu berkokok lagi, kesihan ayam ni kena jerit

Ayam...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Am kalau kurang sibuk suka melawat blog-blog, blog kawan-kawan dan blog orang yang Am tak kenal pun. Rasanya punyalah banyak blog yang Am lawat, ada yang Am lawat tanpa meninggalkan jejak dan ada juga yang savekan addressnya dalam "Favorites" windows Am. Am suka baca pengalaman, nasihat, pendapat malah tak kurang juga ilmu yang mereka berikan dalam blog mereka. Membaca blog-blog ini mengingatkan Am akan erti hidup ini sebenarnya.

Namun bila membaca kisah-kisah sedih dalam blog membuatkan jiwa Am kadang kala agak terusik. Membaca detik-detik kesedihan dan kehampaan mereka menyebabkan Am merasa begitu beruntung dengan apa yang Am ada sekarang dan lebih menghargai insan-insan disekeliling Am. Semuga kesedihan dan kehampaan mereka akan diganti dengan kebahagian berkali-kali ganda dalam kehidupan mereka yang mendatang.

Sebenarnya banyak blog yang kita boleh ambil ilmu dari entry-entry mereka dan oleh kerana segelintir tuan punya blog yang tak senonoh menyebabkan blog-blog lain mendapat tempias nama buruknya.

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak semoga amalan kita di pelihara oleh nya InsyAllah


Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu semua kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.......

Labels:

Thursday, September 21, 2006

Bercerita tentang "Kritik"

Awan


Photo ini Am sudah lama Am rakamkan dan tersimpan dalam simpanan Am, Photo ini dirakamkan semasa dalam perjalanan pulang dari pejebat Am, susah nak rakamkan langit senja yang sebegini cantik sekarang.

Awan sekarang sekejab jerebu, sekejab cerah, hujan pula tak menentu sekarang jadi photo awan yang menarik pun amat sukar untuk dirakamkan

Awan...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Cerita 1
Selah bertungkus lumus selama lebih dari 3 tahun, seorang penulis yang telah berjaya menerbitkan novelnya yang pertama telah ditemuramah oleh wartawan terhadap kritik pembaca terhadap novelnya
Jawapan A: Saya amat berterima kasih dengan kritikkan mereka, dengan kritik itu saya akan lebih tahu apa kelemahan saya dalam novel pertama saya dan akan membaiki dalam novel kedua saya nanti
Jawapan B: Saya tak faham apa yang mereka perlukan lagi, mereka membuat semangat saya makin luntur untuk menulis novel lagi. Jika mereka pandai sangat mereka sendirilah tulis novel
Jawapan C: No Comment

Cerita 2
Seorang progammer telah mencipta satu program untuk membantu setiausaha syarikat dalam menjalankan kerja-kerja mereka dengan lebih mudah. Inilah jawapannya bila programnya dikritik oleh salah seorang penggunanya.
Jawapan A: Terima kasih atas kritikkan saudara, saya akan cuba membaiki program ini dan sila hubungi kami lagi jika saudara ada apa-apa masalah dengan program ini lagi.
Jawapan B: Maaf kami tidak dapat membantu saudara, program ini memang dah begitu, mengapa saudara tak kaji dulu program ini sebelum beli. Terima Kasih
Jawapan C: No Comment

Cerita 3
Seorang penceramah baru habis memberi ceramah dalam satu seminar. Ada ramai perserta agak kurang puas hati dengan cara penyampaiannya telah mengkritik cara penyampaiannya. Inilah jawapannya bila ditanya mengenai kritikkan-kritikan perserta-perserta seminar itu.
Jawapan A: Bagi saya setiap kritikkan itu satu teguran yang akan membantu saya untuk meningkatkan lagi mutu penyampaian saya. Terima kasih kerana menegur saya.
Jawapan B: Saya tak kisah dengan apa yang mereka kata, saya dah buat tugas saya, jika mereka tak puas hati saya persilakan mereka naik untuk memberi ceramah mengantikan saya. Manusia mana 100% sempurna, mereka ingat mereka itu 100% sempurna ker?
Jawapan C: No comment

Akhirnya.....
Lupakan "Jawapan C" yang ala-ala artis tu, pilih jawapan mana yang kita akan jawab terhadap kritikkan yang dilemparkan pada kita. Bagi Am sejauh mana kita hendak maju atau berjaya sedikit sebanyak bergantung pada bagaimana cara kita terima kritikan orang lain terhadap kita.

Bagi Am, mengkritik orang lain pada yang sama sebenarnya kita mengkritik diri kita sendiri, dalam mengkritik kita membantu membaiki kelemahan orang lain dalam pada masa yang sama membaiki kelemahan diri sendiri dan menjadikan ia sebagai tauladan kepada orang lain.


Nota Kaki:
Rindu pula pada kritikan Adlin Ramli.......

Labels:

Wednesday, September 20, 2006

Bercerita tentang "Keamanan"

Awan


Photo ini Am rakamkan semasa menunggu isteri Am belikan sarapan untuk anak Am semasa dalam perjalanan hantar dia ke tadika. Kebetulan awan nampak cantik dan biru terus Am rakamkan.

Yang pastinya semasa Am rakamkan photo ini, anak Am sedang tidur dikerusi belakang kereta Am. Biasalah anak Am

Awan...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Terbaca dalam akbar pagi tadi tentang pertemuan PM kita dan Presiden Amerika syarikat berbincang secara panjang lebar dan bersetuju mengenai pentingnya semua pihak menghormati antara agama bagi mengelakkan konflik.

Semuga perbincangan ini akan membawa dimensi baru dan mengubah pandangan barat terhadap islam yang sebelum ini mereka telah mengchop islam itu sebagai penganas. Harapan Am agar perbincangan ini bukan sekadar perbincangan sahaja. Telah banyak perbincangan dibanyak negara maupun di PBB yang berakhir hanya sekadar perbincangan sahaja.

Semperna kehadiran Ramadhan ini, Am amat berharap agar keamanan akan pulih agar seluruh umat islam dapat menyambut ramadhan dengan penuh ketenangan.


Nota Kaki:
Thailand pula sedang bergolak sekarang.......

Labels:

Tuesday, September 19, 2006

Bercerita tentang "Anak"

Bunga


Inilah Photo bunga jambu Air seperti yang pernah Am bneritahu dulu, Photo ini Am rakamkan semasa balik kampung isteri Am, kalau tak silap semasa kahwin sepupu dia. Jambu Air ini memang sedap dimakan dan dicicah dengan kicap campur gula.

Lupa nak cas bateri Kamera, awan tengah cantik pula kat luar tu, geram sahaja Am lihat awan tu

Bunga...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Dah lama tak buat entry pasal anak ni, leka dengan isu semasa sahaja. Ok, anak Am sekarang punyalah minat cerita "Power Ranger". Ini gara-gara Am belikan dia satu cd Power Ranger beberapa minggu lepas, dia boleh duduk depan komputer sepanjang hari dan ulang-ulang tengok cerita itu. Am kata dengan dia hanya hari sabtu dan ahad sahaja boleh tengok, hari sekolah tak boleh. Nasib baik dia dengar dan faham.

Kebetulan cerita pasal komputer ni, dulu Am ingat selepas beli komputer bimbit tu, komputer lama Am tu hendak beri pada jiran. Tapi tiba-tiba anak Am tak kasi pula. Nampaknya komputer lama tu akan menjadi hak milik peribadi dia. Boleh juga dia dengar cd doa dan tengok cerita power ranger dia.

Baru-baru ini dia dapat kerja sekolah, mengira duit. Am dan isteri memang pening macam mana nak ajar. Minta anak Am tunjuk pada Am dia sendiri dah lupa macam mana "Teacher" ajar dia. Akhirnya kerja sekolah itu tak berbuat dan dia buat disekolah. Sebenarnya Am sendiri dah lupa macam mana Am belajar mengira duit ni. Yang Am ingat Am dah tahu sahaja.

Sekarang ini anak Am kalau buat kerja sekolah suka buat "Suprise". Dia kata "Abah, duduk dalam bilik, bila dah siap nanti kita Suprise". Memang "Suprise" pun, cepat betul dia siapkan kerja sekolah dia. Kalau sebelum ni setengah jam pun belum tentu siap tapi "Suprise" punya pasal dalam 10 minit dah siap, cantik pula tulisannya tu.


Nota Kaki:
Nama baru anak Am ialah "Power Rangers Blue".......

Labels: ,

Monday, September 18, 2006

Bercerita tentang "Hujung Minggu yang Basah"

Awan


Photo ini Am rakamkan semasa hantar anak Am ketadika padi tadi, sebenarnya setiap kalai Am ada kemera photo ini yang Am rakamkan dan paparkan dalam blog Am ini, kiranya Am dah paparkan photo ini dengan 2 kamera HF Am dan kamera canon Am ini.

Geram ada awan menarik semalam tapi tak dapat rakamkan kerana kamera tertinggal dirumah

Awan...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Hujung minggu tidak kemana, memang dah ambil keputusan dari awal minggu yang hujung minggu ini hendak berehat dirumah. Kebetulan hujan turun hari sabtu dan Ahad dari tengahari membawa kemalam. Biasalah bila sejuk-sejuk ni mata sentiasa mengantuk sahaja.

Paling kelakar bila beli suratkhabar pagi Ahad dan baru tahu ada perlawanan akhir Piala Malaysia rupanya. Selalunya Am dan isteri memang tengok, kali ini sama-sama tak tahu. Nampak sangat kami berdua ni tak ambil tahu tentang bola sepak dalam negara.

Anak Am pula beritahu dia tak sabar nak "Raya". Bersemangat betul dia, puasa pun belum dah nak "Raya". Ini semua kerana tak sabar nak pakai baju raya dia yang mama dia belikan tu. Dia kata dia nak puasa juga tapi puasa makan sahaja, minum masih nak juga.


Nota Kaki:
PM kita kata "Saya tak hilang kawalan" harap-harap betul tak hilang kawalan dan harap Am pun tak hilang kawalan dalam berblog ini......

Labels:

Friday, September 15, 2006

Bercerita tentang "..."

Bunga


Photo ini Am rakamkan semasa balik kampung isteri Am juga, balik untuk kenduri kahwin sepupu isteri Am kalau tak silap, jangan tanya Am kerana Am sendiri tak tahu nama bunga ini, nampak cantik dan terus Am rakamkan

Semalam semasa balik asyik pandang awan, niat hendak rakamkan photo awan tapi apakan daya jerebu sudah datang semula dan awan makin kelabu

Bunga...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Sekejab sahaja dah hari jumaat, besok dah hujung minggu. Pejam celik pejam celik puasa sudah hampir semula. Yang belum habis ganti puasa tu bila lagi nak ganti heheheh.

Hari ini sebenarnya sudah dua tiga kali Am padam dan tulis semula entry Am ini, tiba-tia hilang perkataan nak tulis. Akhirnya tiba juga hari yang Am tak tahu macam mana nak tulis benda yang Am nak sampaikan.

Terima kasih pada semua yang masih sudi menjengok blog Am ini. Entah kenapa tiba-tiba hari ini terasa ingin berterima kasih kepada semua.


Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan

Labels:

Bercerita tentang Katrina

Tiada yang hendak diceritakan, cuma hendak berkongsi photo-photo yang Am terima mengenai Katrina dengan semua rakan-rakan blog.

Kita kena ingat bala yang tuhan turunkan bukan sahaja untuk menyedarkan pada orang yang kena bala itu sahaja tetapi juga kepada semua.






Nota Kaki:
Terlalu ego mendabik dada tentang kekuasaan diri, bila tuhan tunjukkan sedikit kekuasaannya hilang semua ego dan tersedar betapa kecilnya kita mata yang maha pencipta

Labels:

Thursday, September 14, 2006

Bercerita tentang "Makan Hati"

Awan


Photo ini Am rakamkan semasa balik kampung isteri Am, photo pokok besar berlatar belakangkan awan biru. Pada sesiapa yang tak tahu itulah pokok durian.

Am ada rakamkan photo pokok jambu air juga, tengoklah nanti kalau ada masa Am akan paparkan disini untuk tatapan pengunjung blog Am

Awan...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Am sekarang ini makan Makan Hati betul dengan blogdrive ni, selalu sahaja susah nak buka dan macam-macam masalah lagi. Ada juga terfikir dan dah daftar pun dengan program yang lain seperti blogspot, wordpress dan beberapa lagi tapi bila fikir nak kena buat design yang puaskan hati semangat nak tukar blog makin luntur. Seperkara lagi sayang pula pada semua entry-entry Am yang lepas-lepas.

Mungkin sekarang sudah ramai sangat mendaftar dengan blogdrive agaknya. Takpalah Am akan terus guna blogdrive ini selagi ia masih wujud atau selagi ia percuma. Bila benar-benar dah terpaksa baru Am akan bertukar ke program lain.


Nota Kaki:
Bila kurang sibuk sikit ni, blog pula masalah.......

Labels:

Wednesday, September 13, 2006

Bercerita tentang "Gula"

Bunga


Photo bunga ini Am rakamkan di Taman Rama-Rama. Seperti biasa kerana nampak cantik dan tak pernah nampak jadi Am rakamkan photo bunga ini. Nampak macam bunga api pula

Sekarang petang selalu hujan, baru 2 hari lepas Am bermandikan hujan, rasanya Am hendak mengambil photo hujan pula tapi selalu tak menjadi sahaja, tak nampak titisan hujannya

Awan...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Gula halus bahan kawalan -- Berkuat kuasa hari ini atasi masalah kekurangan bekalan – Shafie Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Kerajaan hari ini mengambil langkah tegas dalam usaha menyelesaikan masalah kekurangan bekalan gula di negara ini dengan menyenaraikan gula halus sebagai barang kawalan, mulai esok.

Melalui langkah itu, harga gula halus yang ditetapkan oleh kerajaan ialah RM1.55 sekilogram di Semenanjung dan RM1.65 bagi Sabah dan Sarawak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal berkata, keputusan itu berikutan kecenderungan pengilang mengeluarkan lebih banyak gula halus kerana harganya tidak dikawal, menyebabkan bekalan gula kasar berkurangan di pasaran. Selanjutnya

Sebenarnya Am tak terperanjat pun baca berita ini kerana Am dah agak awal-awal benda ini akan terjadi cuma yang buat Am terperanjat kenapa lambat sangat kerajaan mengambil tindakan. Sepatutnya awal-awal lagi semasa krisis gula bermula langkah ini sudah perlu diambil.

Am masih teringat langkah pertama kerajaan ialah mengesa orang ramai mengurangkan pengunaan gula tapi bila difikirkan sepenuhnya adakah dengan cara kurang guna gula, bekalan gula akan kembali ok. Jawapannya sudah tentu tidak kerana masalah kekurangan bukan pada pengguna tapi pembekal. Gula adalah salah satu barang asas, permintaan tetap akan ada dan kita tak boleh gantikan gula dengan garam.

Untuk kegunaan Hari Raya nanti Am sendiri pun sudah cukupkan bekalan gula dirumah Am, terkena juga dulu sehingga terpaksa pergi ke Putrajaya untuk membeli sebungkus gula.


Nota Kaki:
Rindu nak minum air guna gula kasar.......

Labels:

Tuesday, September 12, 2006

Bercerita tentang "Pelik tapi Benar"

Awan


Photo ini Am dah lama Am rakamkan dan tersimpan dalam koleksi Am, Photo ini dirakamkan dirumah mak mertua Am semasa anak Am sedang berseronok bermain ditaman mainan

Photo awan baru tak ada terpaksa cari photo lama dalam koleksi untuk dipaparkan disini

Awan...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Am tergelak bila pergi klinik dan jumpa doktor, soalan pertama yang doktor tanya ialah "Sakit ker?"

Kalau tak sakit takkan kita datang klinik, apalah... Kalau kita jawab "ya" dia akan tanya "Sakit apa?"

Satu hal lagi. Kita datang nak suruh dia periksalah nak tahu sakit apa, ada ker dia tanya kita balik. Nasib baik dia tak tanya nak ubat apa, kalau tidak mau aja kita duduk kat kerusi doktor tu.

Soalan yang paling tak tahan tu ialah "Nak M.C. ker? Perlu tanya ker doktor, tak nampak ker, kita punyalah penat buat muka kesian ni hehehe


Nota Kaki:
Macam biasa buat aja ni......

Labels:

Monday, September 11, 2006

Bercerita tentang "Anak"

Awan


Photo ini Am rakamkan dirumah kawan isteri Am semasa menghadiri perjumpaan kawan-kawan dia, rakamkan awan ini waktu petang jadi birunya dah tak menyerlah sangat.

Sekarang ini banyak photo orang dalam simpanan Am, takut nak paparkan diblog Am ini, takut nanti kena dakwa memaparkan photo mereka tanpa kebenaran pula hehehe

Awan...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

8.00 a.m., Sabtu
Bawa anak Am pergi pertandingan boling pejabat Am, kali pertama bawa walaupun dah banyak kali pertandingan boling itu. Biasalah dia bila pergi One Utama sibuk nak beli "Mainan yang boleh jadi Robot". Tahun ini berjaya mempertahankan tempat ketiga dalam pertandingan boling tu dan dengan rela yang terpaksa belikan juga anak Am "Mainan yang boleh jadi Robot" tu.

3.30 p.m., Sabtu
Pergi klinik untuk cabut gigi anak Am yang sudah bergoyang tu, punyalah bangga dia kerana cabut gigi tak menangis. Dia kata "Abah, cabut gigilah paling tak sakit sekali". Punya bangga dia sampai bercerita dengan semua orang.

6.00 p.m., Sabtu
Balik kampung untuk kenduri Arwah, semasa kenduri tu, anak Am punyalah baik jadi "penanggah" pula, asal ada orang yang dah habis makan dia angkat pinggan. Yang tak tahan tu orang belum habis minum pun dia angkat cawan tu juga. Dia kata "Abah, cepatlah makan, kita boleh angkat pinggan nanti"

1.00 p.m., Ahad
Operasi buat kerja sekolah. Kalau mula buat kerja sekolah, mulalah macam-macam alasan anak Am ini datang, mengantuk, gatal sana sini, lenguh, letih dan macam-macam lagi. Oleh itu terpaksalah rotan kena ada ditangan Am barulah dia bergerak untuk buat kerja sekolah dia. Punyalah lambat dia buat sampai Am sendiri naik mengantuk dibuatnya.

4.00 p.m., Ahad
Pergi perjumpaan kawan-kawan Mama pula, sempat juga dia berenang di kolam renang rumah kawan mama dia. Awal-awal "warning" jangan buat perangai tapi buat juga perangai sikit-sikit. Bila kata balik nak kena rotan, terus tidur dalam kereta. Biasalah itulah cara dia tak nak kena rotan.


Nota Kaki:
Kaki sakit pasal banyak sangat berjalan......

Labels: ,

Thursday, September 07, 2006

Bercerita tentang "Kompaun"

Bunga


Photo ini Am rakamkan di Taman Rama-Rama semasa pergi bersama isteri dan anak Am, tak pernah tengok bunga ini terus Am rakamkan, nampak cantik pula bunga ini.

Sekarang ini photo awan dan kurang menarik jadi buat sementara Am isi kekosongan dengan photo bunga tapi yang pastinya Am belum jadi "Mat Bunga" lagi.

Bunga...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Diskaun saman ditangguh -- Kabinet mahu kompaun bagi mencegah kesalahan trafik - Oleh HELMI MOHD FOAD

PUTRAJAYA 6 Sept. – Kabinet hari ini mengambil keputusan drastik menangguhkan pelaksanaan pemberian diskaun sehingga 70 peratus bagi kompaun kesalahan lalu lintas yang diumumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), kelmarin.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy berkata, jemaah menteri berpendapat tindakan mengenakan kompaun terutama ke atas kesalahan lalu lintas serius perlu menjadi satu langkah pencegahan dan penghalang kepada orang ramai daripada melanggar undang-undang.

''Ini kerana kita tidak melihat kompaun itu sebagai satu punca pendapatan kepada kerajaan tetapi satu langkah pencegahan. "Kita mahu menyampaikan mesej yang tepat terutama kepada mereka yang melakukan kesalahan serius dan golongan pemandu yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi,'' katanya.

Bagaimanapun katanya, mereka yang telah membayar kompaun mengikut kadar baru itu tidak perlu membuat bayaran tambahan. Selanjutnya

Komen Am

Ada dua komen Am, pertama perkara seperti kes bawa telefon bimbit kesekolah macam dah berulang lagi, dua pihak yang seperti tak sehala dalam membuat sesuatu keputusan dan memberi kegembiraan sementara pada yang dah mula nak gembira itu.

Kedua, secara peribadi bagi Am, saman boleh mendidik pemandu tapi bukan cara yang paling berkesan, seperti yang pernah Am katakan dahulu denda seperti "Kerja Sosial" jauh lebih berkesan lagi. Yang buat salah tu tahu mereka mampu bayar, cuma mereka tak mahu bayar sahaja.

Dengan kerja sosial tanpa mengira "Class" ini sudah tentu perasaan risau itu jauh lebih tinggi dan secara tidak lansung mereka-mereka ini akan lebih tahu akibat yang akan terjadi pada mereka ini jika mereka dihantar yang boleh menyedarkan mereka.


Nota Kaki:
Nak pergi periksa saman sat......

Labels:

Wednesday, September 06, 2006

Bercerita tentang "Bebas"

Awan


Photo ini Am rakamkan dirumah Am kalau tak silap selepas balik dari taman rama-rama hujung minggu lepas. Langit begitu cantik selepas hujan turun. Seperti kata anak Am "Sebetu-betulnya cantik"

Sekarang ini kejap langit ok kejap dilanda jerebu, hendak merakamkan langit pagi dan senja yang cantik juga agak susah.

Langit Biru...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Akhirnya "Bebas" juga Am dengan keadaan sibuk yang memeningkan kepala, mesyuarat dah habis dan kerja-kerja yang penting hampir semua dah siap cuma tinggal kerja-kerja yang belum "Over Due" sahaja. Kalau difikirkan semua, kerja mana pernah habis. Kalau tak ada kerja susah pula Am nanti.

Sekarang Am sedang sibuk pula menguruskan Perlawanan Boling hujung minggu nanti. Makin dekat perlawanan itu makin banyak yang perlu diselesaikan, mujurlah semua memberikan kerjasama yang baik dan Am rasa tiada masalah pada perlawanan nanti. Cuma pasukan kami lelaki dan perempuan paling kurang latihan tahun ini. Kami masih tertanya-tanya boleh atau tidak menang apa-apa tempat tahun ini. Yang pastinya menang atau tidak semangat untuk menang tetap membara.

Nampaknya hujung minggu ini akan menjadi sibuk kerana selepas perlawanan boling, Am sekeluarga akan terus ke kampung isteri Am untuk kenduri tahlil.


Nota Kaki:
Bebas tapi penatnya masih belum hilang lagi......

Labels: ,

Monday, September 04, 2006

Bercerita tentang "Cuti yang Panjang"

Bunga


Photo ini Am rakamkan semasa balik kampung dua minggu lepas, Am sendiri tak tahu apa nama pokok ini, Am nampak cantik dan terus Am rakamkan.

Ada beberipa keping lagi photo bunga yang Am rakamkan, kebanyakkan Am ambil secara "Close-Up". Ada juga photo itu yang kurang menarik, nanti Am akan cuba paparkan disini, selain itu banyak juga photo langit dalam simpanan Am.

Bunga...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Dekat seminggu juga Am tidak bercerita didalam blog Am ini, dengan cuti dan blogdrive yang meragam baru-baru ini menyebabkan banyak cerita yang tertangguh. Ada pula cerita yang hendak diceritakan tapi dah terlupa pula ada dia.

Cuti atas permintaan isteri Am, Am bawa anak ke Taman Rama-Rama dan Taman Burung. Di taman rama-rama anak Am punyalah takut dengan rama-rama yang terbang dikelilingnya, siap samping menjerit-jerit lagi jadi sekejab sahajalah Am disana. Di taman Burung pula anak Am bukan seronok tengok burung tapi seronok beri ikan makan, selepas beri makan ikan barulah dia terasa penat. Cadangan nak bawa dia lihat Tugu Negara tetapi hari hujan pula.

Hari Jumaat sempat menyaksikan Belanjawan 2007. Am kalau belanjawan ini selalunya agenda yang paling Am tunggu ialah rokok, terperanjat juga Am bila cukai rokok hanya naik sikit sahaja tahun ini hehehehe. Ok juga belanjawan kali ini tapi Am masih risau samada minyak naik lagi atau tidak tahun depan.


Nota Kaki:
Malas pula nak berkerja selepas cuti panjang ni.......

Labels: