AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Thursday, November 30, 2006

Bercerita tentang "Senyap"

Lilin
Photo ini dirakamkan diberanda hotel semasa Am bercuti di PD minggu lepas, lawa betul Am lihat langit di PD tanpa ganguan jerebu. Ada hati nak merakamkan photo matahari terbit tapi matahari terbit bukan dari arah beranda tempat Am tinggal itu.

Langit Biru....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60



Am agak pelik bila Am lihat syarikat-syarikat yang mendapat projek membina bangunan selalu mengangap jalanraya disekeliling mereka sebagai hak mereka. Mereka tak kisah dengan meletakkan kenderaan besar mereka ditepi jalan hingga menganggu perjalanan kenderaan lain tanpa mengira itu waktu sesak atau tidak.

Am bertambah pelik, kemana agaknya pergi pihak-pihak berkuasa dan telah diberi kuasa untuk memantau kerja-kerja mereka ini. Adakah mereka nampak masalah yang ditimbulkan oleh projek-projek ini atau mereka buat-buat tak nampak.

Mungkin mereka mengambil tindakan dalam senyap ataupun mereka telah disenyapkan.


Nota Kaki :
Mulut mereka senyap tapi mulut kita yang sentiasa bising bila melalui jalan itu........

Labels: ,

Tuesday, November 28, 2006

Bercerita tentang "Layout Blog"

Am baru perasan, apabila Am buka blog Am ini di pc lain selain dari pc pejabat Am. Keadaan layout Am tak teratur dan semuanya tidak "centre" seperti yang Am fikirkan.

Apa pula yang kawan-kawan semua nampak layout Am di pc kawan-kawan semua?

Harap-harap ada pakar Blogspot yang boleh bantu Am

Labels:

Bercerita tentang "Banyak Perkara"

Hari ini Am menulis "entry" dari tempat "Services" kereta Am. Dia kata siap "Services" kereta Am ini silap-silap pukul 3 petang, jadi ada lebih kurang 4 jam lagi masa terluang Am disini. Nasib baik ada internet percuma ini, boleh juga Am isi masa yang terluang ini.

Kalau nak ikutkan ini kali pertama Am menulis entry bukan dipejabat Am sepanjang Am berblog ini. Nampaknya tiadalah photo yang dapat dipaparkankan kerana Am tak tahu bagaimana nak "upload" photo disini.

Ok, masih dalam bercuti ini, pergi PD tiada apa yang menarik sangat cuma makam malam di kedai yang 6 tahun lepas Am dan isteri berkunjung. Tiada apa perbezaan sangat cuma menu yang sama tapi harga dimenu yang telah banyak berubah.

Satu lagi isteri Am sendiri pelik sekarang ini, sejak kebelakangan ini semasa memandu dijalan persekutuan ataupun dilebuhraya lorong yang sepatutnya laju jadi sangat pelahan berbanding lorong yang sepatutnya pelahan. Nampaknya ramai yang suka bersiar-siar dilorong laju. Pelik tapi Benar (salah satu keajaiban di Malaysia)

Nota Kaki:
Nasib baik kurang "panggilan" dari pejabat semasa bercuti ini hehehehe

Labels: ,

Friday, November 24, 2006

Bercerita tentang "Nak Bercuti"

Lilin
Photo ini dirakamkan semasa Am pergi rumah ayah kawan Am di Kampung Baru. Rumah kawan ayah Am ini memang jelas nampak KLCC tu. Kalau nak tahu rumah dia inilah yang jadi rumah sewa Palakon utama cerita "KL Menjerit" tu

Malam....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60



Minggu depan Am akan mula bercuti selama tiga hari. Sebab utamanya ialah hendak menghabiskan cuti tahunan. Sebab kedua rupanya banyak lagi urusan yang Am kena selesaikan seperti Van untuk sekolah anak Am nanti. Tiga hari lagi akan Am habiskan semasa Am mesyuarat di Pulau Pinang nanti. Dua dalam satulah kiranya. Bermesyuarat dan bercuti.

Besok kalau kemungkinan besar Am akan ke PD, sudah lama tak berjalan ni. Anak Am pun dah sibuk nak tidur di "Hotel". Harap-harap jalan ke PD besok tidaklah sesak sangat.

Nota Kaki :
Selamat bercuti kepada sesiapa yang bercuti dan Selamat berhujung minggu Semoga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan........

Labels:

Thursday, November 23, 2006

Bercerita tentang "Runtuh & Catat Rekod"

Lilin
Photo ini dirakamkan semasa Am menjemput isteri Am "dinner" malam semalam. Inilah suasana kawasan bukit bintang pada waktu malam. Ingin rakamkam photo KLCC tapi tiba-tiba sahaja hujan turun dengan selebat-lebatnya.


Malam....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60



Sekarang ini kerap sangat dengar cerita pasal tanah runtuh, asal musim hujan sahaja mulalah dengar sana tanah runtuh dan sini tanah runtuh. Yang paling seronoknya bila yang sana salah yang sini dan yang sini salah sana. Beberapa hari lepas terdengar pula cerita Bukit Gasing akan dibangunkan. Kalau betullah Bukit Gasing akan dibangunkan maka akan datang makin bertambahlah berita mengenai tanah runtuh ini.

Satu lagi berita menarik ialah pasal rompakkan yang membabitkan MAS Kargo yang melibatkan kerugian dalam lingkungan RM40 juta ker RM50 juta. Rekod baru tu dan sepatutnya dicatatkan dalam "Buku Rekod Malaysia"

Cuma yang tak pastinya Sijil rekod dan ucapan tahniah itu hendak disampaikan kepada pengurusan keselamatan yang kurang cekap atau kepada para perompak itu.

Nota Kaki :
Makin banyak rekod baru di Malaysia ini.......

Labels: ,

Wednesday, November 22, 2006

Bercerita tentang "Berat"

Lilin
Photo ini dirakamkan oleh isteri Am pada pagi hari hari Sabtu lepas kalau tak silap Am. Dia kata ada wan yang cantik dan beritahu dia dah rakamkan gambar tu, bila Am lihat memang cantik dan menarik pun. Awan itu macam terbakar pula.


Awan yang Terbakar....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60



Selepas raya ini, berat Am makin naik pula. Risau Am bila lihat angka alat penimbang tu, semakin naik dan naik. Am rasalah sesuatu perlu dilakukan kalau tiadak Am terpaksa menyistiharkan alat penimbang itu yang rosak hehehe.

Berat Am makin naik tapi berat isteri Am pula makin turun, sekarang tak tahu apa pula alasan nak beri pada Am. Kalau dulu berat Am naik kerana nak beri sama dengan dia. Sekarang terpaksa cari alasan baru hehehe.

Nota Kaki :
Berat...berat pun ....... macho still masih ada lagi hehehehe.......

Labels:

Monday, November 20, 2006

Bercerita tentang "Takziah, Duit Raya dan Cuti"

Lilin
Photo ini Am rakamkan semasa pergi rumah terbuka kawan Am semalam, pelik kami lihat awan ini semalam. Terus Am minta kamera pada isteri Am dan rakamkan photo awan yang jarang sangat dapat dilihat ini.


Awan Pelik....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60



Sebelum mula bercerita, Ucapan Takziah di diucapkan kepada Anakomak/Retna sekeluarga atas permergian ayah mereka pada petang Sabtu lepas. Semuga Anakomak dan keluarga tabah dalam menghadapi ujian dari Allah ini.

Ok sabtu lepas semasa pergi jamuan rumah terbuka rumah kawan isteri Am, anak Am terima duit raya, perkara biasakan tapi bila lihat duitnya yang pelik sikit. Anak Am terima duit matawang Arab Saudi pula. Lain dari yang lain. Am rasalah, Am pun hendah guna cara ini tahun depan. Silap-silap ini nanti boleh jadi "Trend" pada musim perayaan nanti.

Sebenarnya dalam kesibukan Am tak perasan pula cuti sekolah sudah bermula, bila sampai pejabat hari ini, ramai yang bercuti. Pejabat dah jadi senyap pula. Am pula sedang berfikir ni. Bila Am nak menghabiskan cuti tahunan Am itu.


Nota Kaki :
Besok ada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah.......

Labels: ,

Friday, November 17, 2006

Bercerita tentang "Telinga"

Lilin
Photo ini baru pagi tadi Am rakamkan semasa hendak menghantar anak Am ke tadika. Melayan jalan jem, terus Am sibik merakamkan photo


Awan Biru Kembali..
Original Upload from Canon Digital IXUS 60



Pagi tadi hantar anak untuk jamuan terakhir dia di tadika, sibuk dia hendak pakai baju melayu, nak tunjuk pada kawan katanya. Barutadi telefon dia, dia kta dia dah conteng baju tu. Yang pastinya mama dia akan naik angin kerana baju itu baju raya tahun ini. Entah mana pulak nak Am ini dapat idea nak conteng baju pulak.

Tadi bawa isteri jumpa doktor telinga. Ada satu benda baru Am belajar. Doktor nasihatkan kitta semua jangan korek telinga. Bersihkan bahagian luar telinga sahaja dan jangan sekali-sekali korek bahagian dalam telinga kerana ia akan merosakkan telinga sahaja. Am pun baru tahu.


Nota Kaki :
Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan........

Labels: ,

Thursday, November 16, 2006

Bercerita tentang "Jerebu & Jamuan"

Lilin
Photo ini Am rakamkan semasa hendak pergi kerja pagi tadi, terperanjat Am lihat jerebu yang begitu teruk sekali. Mula-mula Am ingatkan kabus tadi


Jerebu...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60



Keluar kerja pagi tadi jerebu punyalah teruk. Am rasa yang paling teruk ditempat Am dalam tahun ini. Cukup risau Am, mujurlah jerebu di KL tak seteruk dikawasan perumahan Am.

Hari ini ambil "Report Card" anak Am, seperti biasa banyak aduan-aduan tentang anak Am dari cikgu tadika dia. Anak Am buat-buat tak dengar sahaja. Nampaknya banyaklah yang terpaksa Am displinkan anak Am terutamanya tentang perangai yang sering tak tumpukan perhatian dia. Besok Am nampaknya akan lamat kepejabat kerana anak Am ada jamuan di tadika dia. Kena beri dia hadir kerana ini jamauan terakhir dia untuk jumpa kawan-kawan dia kerana tahun depat dia akan bersolah kebangsaan pula.

Hari ini pejabat Am buat jamuan hari raya, semua yang perempuan nampaknya sibuk menghias pejabat dan tak terlupa juga menghias diri hehehe. Besok pula jamuan bangunan tempat Am kerja ini. Pengurusan bangunan ini memang setiap tahun buat jamuan dan ini kali ketika kami semua dapat menghadirinya.


Nota Kaki :
Jamuan maksudnya "Makan Free" hehehehe.......

Labels: ,

Wednesday, November 15, 2006

Bercerita tentang "Sibuk"

Lilin
Photo ini Am sudah lama dalam simpanan Am, kalau tak silap dirakamkan semasa Am berkunjung ke Taman Rama-Rama dahulu. Kamera ada masalah sedikit tak boleh nak pindahkan photo ke dalam komputer Am ini.


Bunga...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60



Selepas balik dari cuti raya ini, Am memang dilanda kesibukkan, banyak benda yang perlu disiapkan, tambahan pula hari selasa depan ada mesyuarat lembaga pengarah dan bulan depan pula ada mesyuarat tahunan pemegang saham salah satu syarikat dibawah jagaan Am.

Hujung minggu ini pula sibuk lain pula, apa lagi kalau tak sibuk memenuhi undangan rumah terbuka, diam tak diam sudah sampai minggu terakhir raya kita ya. Ramai juga yang mengambil kesempatan membuat jamuan rumah terbuka dan kenduri doa selamat untuk pergi haji.


Nota Kaki :
Banyak perkara yang hendak diceritakan tapi kena tunggu masa yang sesuai.

Labels: ,

Tuesday, November 14, 2006

Bercerita tentang "Lagu"

Lilin
Photo ini Am rakamkan semasa anak bermain bunga api, kalau dulu paparkan photo bunga apinya kini paparkan lilin yang berjasa menyalakan bunga api itu.


Lilin...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60



Sekarang ini Am perasan banyak lagu lama telah dinyanyikan semula oleh penyanyi baru atau penyanyi yang sudah agak terkenal. Tak dinafikan banyak lagu yang berjaya diberi nafas baru dan mungkin makin sedap didengar.

Tapi pada ada Am ada beberapa lagu yang Am rasa rosak terus bila diubah dan cuba diberi nafas baru, contohnya ialah lagu "Pelangi Petang" nyanyian Sudirman dan lagu tema cerita Ali Setan kalau tak silap Am. Pada telinga Am lah, tak tahulah pada telinga orang lain ok sahaja. Yang pastinya bila dengar lagu itu yang telah dinyanyikan semula Am akan beralih ke siaran lain.

Apa-apa pun ini pendapat peribadi Am sahaja, mungkin pada mereka yang lebih arif lagu baru itu jauh lebih bermutu dari lagu sebelum diubah.


Nota Kaki :
Sepatutnya lagu yang diubahsuai kena lebih sedap/merdu dari lagu yang diubah itu.

Labels:

Monday, November 13, 2006

Selamat Datang

Selamat datang ke Blogspot Am, "Layout" blog ini Am tiru sebenar-benarnya dengan blog Am di Blogdrive.com, tiada idea nak buat layout baru disamping idea yang ada untuk layout macam tiru orang pulak. Takut kena saman pula nanti hehehe

Am malas nak cakap Am berpindah kesini, Am lebih suka Am kata "Am menyambung bercerita disini"
Nota Kaki:
Sibuk-sibuk pun sempat juga buat blogspot ni hehehe

Labels:

Friday, November 10, 2006

Bercerita tentang "Anak"

Norway
Photo ini Am rakamkan lebih sama waktu dengan photo yang Am rakamkan semasa entry yang lepas, bezanya photo ini lebih pada kawasan awan gelap sedang berkumpul.

Sekarang jerebu mula menutupi awan semula, betul juga kata orang, dulu mereka bercuti raya dari menghasilkan jerebu, lepas cuti sambung balik menghasilan jerebu.

Awan...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Hari ini hari terakhir anak Am ujian ditadika dulu, hari terakhir dan ujian terakhir ditadika itu. Dia kata cikgu dia marah dia. Bila tanya kenapa dia jawab pasal dia main-main bila ujian. Anak Am ini memang banyak mainnya, sampaikan semasa Am ajar dia pun dia banyak main dan leka pada benda lain. Harap-harap bila masuk sekolah kebangsaan nanti berubah sikitlah perangai main-main dan leka dia tu.

Tahun depan dia dah mula masuk sekolah kebangsaan, perdaftaran sekolah sudah diuruskan termasuk sekolah ugama. Am dan isteri tak sabar nak tengok apa pula perangai dia semasa dah bersekolah kebangsaan nanti


Nota Kaki :
Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.

Labels: ,

Thursday, November 09, 2006

Bercerita tentang "Baby"

Anak : Abah kahwinlah satu lagi
Abah : Kenapa pula?
Anak : Boleh dapat baby satu lagi
Abah : Pergi tanya Mama boleh ker tak hehehe

Anak Am tak sabar betul nak adik, kalau dulu hendak adik lelaki sekarang nak adik perempuan pula. Dia makin tak sabar bila jiran Am dapat anak dan kebetulan masa beraya ramai pula yang ada baby baru.

Am ini kadang-kadang pening juga melayan bila ramai yang bertanya bila nak tambah lagi. Jawapan standard Am ialah "Belum ada rezeki". Kalau Am yang dah ada anak seorang ini pun pening melayan, bagaimanalah agaknya pada mereka yang belum mempunyai anak tu ya.


Nota Kaki:
Dilanda kesibukkan sekarang hingga tak berkesempatan nak paparkan apa-apa photo disini.

Labels: ,

Tuesday, November 07, 2006

Bercerita tentang "Open House, Suasana dan Ujian"


Photo ini dirakamkan kalau tak silap pada hari raya keempat semasa Am sudah pulang ke rumah semula, seronok masa itu bila lihat awan sudah kembali biru dan matahari tidak dilindungi jerebu

Sekarang jerebu dah makin nipis walaupun belum pulih sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya mutu udara sudah jauh lebih baik

Awan...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Hujung minggu lepas dipenuhi dengan aktiviti beraya, biasalah ramai yang jemput "Open House". Biasalahnya hari raya inilah yang tak kenal jadi kenal dan bermacam cerita juga diceritakan dan banyak juga Am dapat ilmu dari perbualan-perbualan Am itu.

Am sebenarnya seronojk dengan suasana tempat tinggal Am sekarang, walaupun boleh dikatakan bandar tapi suasana "Kampungnya" masih kuat lagi. Mak Am ada merungut suasana dikampung Am dah tak macam kampung, ramai muka-muka baru yang gemar berebut kuasa. Rutin-rutin seperti bertakbir dari rumah kerumah bagai sudah nak terhapus.

Esok bermulalah Ujian anak Am di tadika dia, ujian yang terakhir di tadika kerana selepas ini dia darjah satu pula. Anak Am tak sabar nak periksa kerana selepas periksa boleh cuti panjang. Am ingat apa yang dia tak sabar, rupanya pasal itu.

Nota Kaki:
Rumah Am sentiasa terbuka tak kira raya atau tidak

Labels:

Saturday, November 04, 2006

Bercerita tentang "Tertangguh"

Norway
Photo ini dirakamkan semasa bulan puasa lepas, sedang teman anak Am main bunga api terus Am rakamkan photo ini

Anak Am main bunga apai sorang sahaja kerana sepupu dia takut main bunga api. Setakat bunga api Am beri dia main kalau mercun menangis pun Am tak beri.

Bunga Api...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Lama betul tak menulis apa-apa disini, sibuk lepas balik bercuti ditambah pula blogdrive ini belum hilang lagi masaalahnya sepenuhnya. Banyak benda yang hendak diceritakan terpaksa ditangguhkan dan akhirnya terlupa.

Dua hari lepas terima surat dari Bank tempat Am buat pinjaman rumah Am. Surat tawaran penanguhan bayaran untuk bulan November dan Disember. Penanguhan ini semperna budak hendak masuk sekolah nanti. Nampaknya bank pun sudah tahu bebanan kewangan ibubapa bila anak nak masuk sekolah.

Ayah Dan Ibu - Sudirman

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan Matahari Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat Ahai...

Bagilah tunjuk ajar dan Nasihat
Supaya hidup kita akan selamat

Semalam lihat cerita "Pondok Buruk 2" tiba-iba lagu ini sentiasa berlegar dibibir Am


Nota Kaki:
Mood raya masih lagi membara ni.....

Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan

Labels: