AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Friday, December 22, 2006

Selamat Untuk Semua

Hari ini tiada gambar nak dipaparkan disini kerana kamera digunakan oleh isteri Am, banyak photo awan termasuk photo awan dari dalam kapalterbang di dalam kamera tu. Mungkin lepas bercuti nanti Am akan paparkan disini.

Hari ini berkerja dan minggu depan akan sambung bercuti selama dua minggu. Sebenarnya kerja hari ini semata-mata untuk melihat apa-apa benda penting yang datang. Nampaknya macam tak ada sahaja kerana banyak yang penting sudah disiapkan minggu lepas. Ok nak bercerita tiga perkara hari ini.

Pertama, pasal Tol, sebenarnya walaupun Am marah Tol naik tapi jauh dusudut hati Am, Am tak kisah sangat kerana banyak kemudahan yang Am dapat dengan adanya lebuhraya berTol ini. Cuma Am tak sedap hati bila kerajaan kata mereka menanggung bebanan dengan Tol ini dan bebanan itu hendak dikongsi bersama rakyat yang memang sudah sedia terbeban ini. Bukankah duit kerajaan itu duit rakyat dan patut digunakan untuk kurangkan bebanan rakyat bukan membantu syarikat-syarikat besar yang bermasalah ataupun menampal semua jalanraya bertingkat yang rosak disebabkan oleh sifat ambil mudah kontraktor yang dilantik oleh mereka.

Kedua, semasa di KLIA, ada satu pergaduhan antara orang yang nak sewa teksi dengan gadis di kuanter tu. Puncanya teksi tak cukup. Am sendiri kena tunggu lebih kurang 15 minit. Am tertarik dengan satu perkataan orang tu "Tahun depan nak buat tahun melawat Malaysia, kalau macam awak punya services, buat malu sahaja. Dulu ada teksi hantu tak lah susah macam ini". Memang banyak kebenarannya kata orang itu. Ini bukan kali pertama terjadi dan memang buat malu kalau terjadi pada pelancong-pelancong yang akan datang nanti.

Ketiga, nak buat ucapan terima kasih kepada Abang Wahid dan isteri yang bawa Am berjalan-jalan di Penang walaupun kami baru kenal di kedai makan sahaja. Mulanya sekadar bertegur sapa, berbual rancak dan akhirnya dia ajak Am berjalan-jalan. Terima kasih sekali lagi buat Abang Wahid dan Isteri.

Am ambil kesempatan ini untuk mengucapkan, Selamat Menyambut Hari Raya Haji, Selamat Tahun Baru 2007, Selamat bercuti, Selamat berkahwin dan Selamat bershopping untuk anak bersekolah nanti.


Nota Kaki :
"Msjbox" macam ada masalah pula.......

Labels: , ,

Friday, December 15, 2006

Bercerita tentang "Bercuti"

Lilin
Photo ini dirakamkam oleh Am diberanda rumah Am. Sebenarnya Am sendiri tak pasti samada Am dah paparkan photo ini disini atau belum. Yang pastinya photo ini sadah agak lama dalam simpanan Am

Awan Biru....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Semalam anakomak ada bertanya Am bercuti ke tidak. Jadi nak jawab disini, minggu depan Am akan bermesyuarat di Penang dan terus bercuti selama tiga hari. Nampaknya hanya hari Jumaat sahaja Am akan berkerja.

Selapas itu Am akan sambung bercuti selama 2 minggu. Biasalah anaknya yang nak masuk darjah satu, abahnya yang bercuti sakan.

Yang pasti, sebagai seorang penulis blog yang tegar Am akan merindui blog Am ini dan Am akan cari masa untuk menulis apa-apa disini.


Nota Kaki :
Selamat bercuti kepada siapa yang bercuti, Selamat berhujung minggu dan Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.......

Labels:

Thursday, December 14, 2006

Bercerita tentang "I Believe I Can Fly"

Lilin
Photo ini dirakamkam oleh Am sama waktu dan tempat dengan photo yang Am paparkan semalam, entah dimana silapnya photo malam Am nampak sangat gelap walaupun hakikat sebenarnya bukanlah gelap sangat masa tu hehehe

Malam....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Am suka dengan perkataan Inggeris ini "I Believe I Can Fly", satu perkataan yang mudah tapi mempunyai makna yang dalam. Bagi Am kita perlu percaya pada sesuatu yang mustahil itu dan dengan usaha dan keyakinan tak mustahil yang mustahil itu akan jadi kenyataan. Tapi kalau tiada usaha setakat percaya sahaja itu akhirnya akan jadi angan-angan sahaja.

Banyak orang kita sekarang ini, belum mula dah kata tak boleh, belum cuba dah kata mustahil dan yang paling teruk baru bagi idea dah mengeluh.

Cuba cari MP3 lagu ini tapi tak jumpa pula tapi jumpa pula liriknya.

I Believe I Can Fly - R. Kelly

I used to think that I could not go on
And life was nothing but an awful song
But now I know the meaning of true love
I'm leaning on the everlasting arms

If I can see it, then I can do it
If I just believe it, there's nothing to it

[1] - Oh, I believe I can fly
I believe I can touch the sky
I think about it every night and day
Spread my wings and fly away
I believe I can soar
I see me running through that open door
I believe I can fly
I believe I can fly
I believe I can fly

See I was on the verge of breaking down
Sometimes silence can seem so loud
There are miracles in life I must achieve
But first I know it starts inside of me

If I can see it, then I can be it
If I just believe it, there's nothing to it

[Repeat 1]

Hey, cuz I believe in me,

If I can see it, then I can do it
If I just believe it, there's nothing to it

[Repeat 1]

Hey, if I just spread my wings
I can fly
I can fly
I can fly, hey
If I just spread my wings
I can fly
Fly-eye-eye


Nota Kaki :
Sesiapa yang ada MP3 lagu ini boleh email pada Am ya.......

Labels: ,

Wednesday, December 13, 2006

Bercerita tentang "Umur"

Lilin
Photo ini dirakamkam oleh Am semasa Am menjemput isteri Am semasa dia ada "Dinner" dengan rakan-rakan pejabat dia. Jarang Am berjalan dikawasan bukit bintang ini pada waktu malam dan nampak cantik pula bangunan ini waktu itu. Kalau tak silap ini bangunan Public Bank. Macam nak promosikan bangunan ini pulak hehehe

Bangunan....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60



Semalam semasa sedang melayan cerita di Astro, adalah satu babak tu yang mereka minum air teh dan jika diamalkan minum air teh itu, umur akan panjang lebih kurang 250 tahun. Terperanjat Am dengar dan nasib baik cerita sahaja kalau betul-betul maunya laku gila teh itu.

Am tanya isteri Am samada dia hendak umur sampai 250 tahun tak? Dia kata tak nak pasal malas hidup dan melihat semua kenalan dia meninggal. Kalau tanya Am, Am sendiri pun tak hendak melainkan semua orang didunia ini boleh hidup selama 250 tahun hehehe.

Nota Kaki :
Lambat tulis "entry" kerana ada mesyuarat pagi tadi.......

Labels:

Tuesday, December 12, 2006

Bercerita tentang "Sayang, Cinta & Love"

Lilin
Photo ini juga dirakamkam oleh isteri Am semasa Berjalan-jalan dihari raya kalau tak silap Am, tempat photo ini dirakamkan Am sendiri sudah lupa, lama sangat photo ini dalam simpanan punya pasal. Cantik kan awan biru tu

Awan Biru....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60



Mama : Sayang mama tak?
Anak : Sayang.....
Mama : Apa erti "Sayang"
Anak : Sayang tu "Love" lah, I Love u mama

Sayang, Cinta, Love...... apa ertinya dan apa perbezaannya. Am sendiri tak pasti kerana makna begitu luas sekali dan mungkin juga maknanya bagi setiap orang berbeza. Yang pastinya adakah orang boleh hidup tanpa "Sayang, Cinta dan Love"

Terjumpa pula kata-kata mengenai "Love" ini semasa Am mengodek pc Am ini.

Love never claims, it ever gives; love never suffers, never resents, never revenges itself. Where there is love there is life; hatred leads to destruction. - Mahatma Gandhi

We love to the degree we're happy. While we are unhappy and attending to our fears, we are not loving. The self is always crying out for acceptance. When we deny it that acceptance, things get hairy. Our attention gets sucked into a void inside ourselves, leaving nothing left to give to another. - Jennifer Hautman

Love is but the discovery of ourselves in others, and the delight in the recognition. - Alexander Smith

Love is never lost. If not reciprocated, it will flow back and soften and purify the heart. - Washington Irving

The best proof of love is trust. - Dr. Joyce Brothers

Apa yang Am merepek ni, sebenarnya cuma nak beritahu yang Am tak sabar nak cuti untuk menonton di pangung Filem "Cinta"


Nota Kaki :
Anak dah sibuk nak tengok cerita "Cicakman".......

Labels: ,

Monday, December 11, 2006

Bercerita tentang "Hujung Minggu"

Lilin
Photo ini dirakamkam oleh isteri Am semasa Am menemankan anak Am naik kuda di Melaka, Anak Am punya berminat nak naik kuda tapi akhirnya tak berani naik bersendirian, terpaksalah abah misalli nya ini menemankanya. Dalam hati abahnya pun memang nak naik pun hehehe

Awan Biru....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60



Cuti hujung minggu ini boleh kata tak kemana, cuma semalam menemankan anak Am untuk hari penyampaian sijil dia semperna tamat persekolahan tadika dia. Kali ini anak Am tak buat apa-apa persembahan kerana dia tak menghadiri "Holiday Camp" dia. Cuma dia dan rakan-rakan 6 tahun dia menyanyi tiga lagu yang Am perasan hanya satu lagu yang anak Am tahu.

Tahun depat dia akan bersekolah darjah satu pula, dengan sekolah yang baru dan rakan-rakan yang baru. Am dan isteri tertanya-tanya bagaimanalah perangai dia pula kali ini.


Nota Kaki :
Mengantuk pula rasanya.......

Labels: ,

Friday, December 08, 2006

Bercerita tentang "Blogspot"

Lilin
Photo ini dirakamkam oleh Am mungkin 2-3 minggu yang lepas. Sekarang ni Am jumpa balik banyak photo biru yang Am rakamkan. Waktu kerja sekarang memang tiada photo yang Am rakamkan. Semalam balik kerja nampak bulan punyalah besar dan cantik. Hendak rakamkan tapi apa daya makin lama bulan itu makin dilindungi awan

Awan Biru & Putih....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60



Sudah dekat sebulan atau lebih tepat lagi selama 25 hari Am menggunakan "Blogspot" ini, Am sudah tahu sikit-sikit pasal codenya tapi Am rasalah banyak lagi yang Am tak tahu. Am rasa Blogspot ada kelebihan berbanding program yang lain, namun begitu Am juga ada jumpa beberapa kelemahan blogspot ini. Tapi tak kisahlah kerana yang penting ia tak memberikan apa-apa masalah pada Am.

Oh ya, Am ada dapat email dari kawan tentang jalan tutup pada 12hb hingga 14hb Disember nanti semperna persidangan ke 11 ASEAN. Boleh lihat jalan mana yang ditutup disini.

Nota Kaki :
Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.......

Labels: ,

Thursday, December 07, 2006

Bercerita tentang "Mata"

Lilin
Photo ini dirakamkam oleh Am semasa Am di PD, kalau tak silap Am, Am rakamkan photo ini semasa dekat nak masuk waktu senja selapas menemankan anak Am mandi kolam. Ingat nak tunggu senja yang matahari merah tu tapi tak ada pula

Awan Awal Senja....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60



Sebenarnya dah lama Am perasan mata Am ini kalau pandang jarak dekat kadang-kadang masalah sikit. Masalah ini Am mula kesan semasa Am hendak potong kuku. Nampaknya Am kenalah pergi klinik untuk periksa mata Am.

Isteri dan kawan Am kata sepatutnya rabun dekat ini terjadi pada orang tua sahaja. Am rasa Am kena rabun dekat ini kerana kerja Am yang selalu menggunakan komputer.

Nota Kaki :
Ada orang kata nampak "Macho" kalau pakai cermin mata ni hehehe.......

Labels:

Wednesday, December 06, 2006

Bercerita tentang "Cium"

Lilin
Photo ini dirakamkam oleh isteri Am dari dalam kereta semasa kami beraya dirumah kawan pada musim raya lepas. Kalau tak silap photo ini diambil didalam kawasan Petaling Jaya. Isteri Am kata cantik awan terus Am kata ambillah gambar.

Awan Biru Kembali....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60



Semasa hantar isteri Am pagi tadi, ternampaklah satu pasangan itu sebelum turun kereta mencium tangat dan pipi suaminya.

Isteri Am pandang Am sambil tersenyum dan Am pun tersenyum juga.

"Nak ker?" tanya Am.
"Nak kasi ker?" tanya isteri Am pula.

Akhirnya masing-masing sambung senyum dan isteri Am terus pergi naik pejabat dia.

Nota Kaki :
Rasa macam nak tapi segan pula hehehe.......

Labels:

Tuesday, December 05, 2006

Bercerita tentang "Anak"

Lilin
Satu lagi photo awan dalam simpanan Am dan satu lagi photo yang Am sendiri dah lupa bila Am rakamkan tapi kalau tak silap dikawasan perumahan Am. Cepat betul Am terlupa sekarang, ini maknanya dah berumur ni hehehe.

Awan Biru Kembali....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60



Anak: Abah, kalau kita besar nanti kita nak jadi kaya
Am: Baguslah macam tu, kenalah belajar pandai-pandai
Anak: nanti kita nak beli tv sendiri, Abah boleh buka sekali aja cerita Abah, yang lain semua cerita kita
Abah: itu sebab nak jadi kaya rupanya.


Semua ini terjadi pasal anak Am marah Am tak beri dia tengok saluran Astro Ceria (64), mana boleh kalau asyik menghadap saluran itu sahaja sampaikan Am dan isteri lansung tak boleh tengok cerita lain. Am dah beritahu dia, mula sekolah nanti Am akan letak "password" saluran 64 tu.

Am risau juga kerana bukan semua rancangan di saluran itu boleh ditontonnya. Ada juga tak sesuai walaupun sebenarnya saluran itu untuk kanak-kanak. Bukan Am sahaja hadapi masalah ini rupanya kawan Am pun.

Kebetulan cerita pasal kawan ini, semalam Am bawa anak Am pergi melawat kawannya yang baru bersunat, seronok kawan dia itu bercerita dengan anak Am tentang pengalaman bersunat dia. Itu pedih dan ini tak pedih hehehe. Anak Am pula bila ditanya nak sunat tak, terus dengan selamba sahaja jawab "Tak Nak"

Am dan isteri cadang nak sunatkan anak Am ini bila dia dah darjah 4 nanti. Bila kata macam itu anak Am nampak macam ok sahaja. Tak tahulah macam mana kalau dia yang bersunat nanti.


Nota Kaki :
Dah lupa pula umur Am bersunat hehehe.......

Labels:

Monday, December 04, 2006

Bercerita tentang "Kisah"

Kalau tak silap photo ini dirakamkan semasa Am nak keluar pergi PD, Am sendiri kadang-kadang lupa bila photo yang ada dalam simpanan Am kerana bila awan cantil rakamkan photo tak henti-henti

Awan Biru Kembali....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Kisah 1
Melihat berita di TV mengenai seorang bayi yang dijumpai dibuang di Flat. Am betul-betul sedih dengar berita itu. Am tertanya-tanya samada bayi itu masih hidup semasa ia dibuang. Nampaknya manusia makin hilang perikemanusian. Isteri Am kata "Kita nak anak punyalah susah nak dapat, mereka pula senang-senang sahaja buang". Bagi Am pula kerana senang sangat dapat, itu pasal mereka tak tahu nak hargai kot.
Komen Am:
Bila berita buang anak ini, benda pertama sampai dalam kotak fikiran kita "Orang melayulah ni"

Kisah 2
Hari Sabtu, terbaca dalam suratkhabar ibu dan bapa beri anak mereka minum glorox kerana tak tahan dengan ganguan "Along". Tiga anak mati dan mereka pula dalam keadaan kritikal. Am kalau kisah yang membabitkan kanak-kanak memang Am panas sahaja dengar. Siapapun yang bersalah kenapa anak yang jadi mangsa.
Komen Pihak berkuasa:
"Along dah makin kejam, kami akan bertindak tegas terhadap mereka. Operasi akan diadakan"
Komen Am:
Macam dah dengar sahaja ayat tu, macam ayat semasa kejadian Along dahulu. Lain kali baik mereka "Copy & Paste" sahaja ayat tu kemudian gunakan sekali lagi bila ada satu keluarga lagi runtuh kerana Gejala "Along" ini.

Kisah 3
Pasukan Bola pulang awal, terperanjat............ rasanya tak pun. Jangan kata nak memang Emas, dalam gangsa pun tak nampak bayang. Kalau macam inilah gayanya, hasrat itu muncul di Piala Dunia bukan cita-cita tapi angan-angan sahajalah.
Komen Am:
Sedang tunggu pihak mana pula yang bercakaran nanti......


Nota Kaki:
Lemah betul bila dengar berita-berita sedih yang boleh dielakkan ini.

Labels: , ,

Friday, December 01, 2006

Bercerita tentang "Denda"

Lilin
Photo ini Am rakamkan semasa bercuti minggu lepas, setelah sekian lama dapat juga Am lihat awan mebiru dengan cantiknya. Ada beberapa keping Am rakamkan, nanti Am akan paparkan disini.

Awan Biru Kembali....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60



Denda tambah insurans -- JPJ kaji hukuman baru pemandu kerap lakukan kesalahan trafik
Oleh S. ANAND KUMAR

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mengkaji cadangan untuk mengenakan kadar insurans yang lebih tinggi ke atas pemandu dan pemilik kenderaan yang kerap melakukan kesalahan lalu lintas.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy berkata, kadar insurans yang tinggi akan dikenakan apabila pemilik kenderaan yang sering disaman memperbaharui lesen kenderaan motor mereka.

‘‘Apabila kadar (insurans) yang tinggi dikenakan, pemandu atau pemilik yang melakukan kesalahan lalu lintas akan lebih berhati-hati semasa di jalan raya bagi mengelakkan tindakan berkenaan,” katanya. Seterusnya

Komen Am :

Pertama
Kalau difikirkan balik masih tak cukupkah lagi dengan hukuman yang ada sekarang. Pihak berkuasa lebih suka mengambil jalan mudah dengan mencipta satu hukuman baru padahal hukuman lama sendiri masih tidak dilaksanakan dengan sempurna. Mereka lebih suka kata kurangnya hukuman tanpa melihat adakah mereka sendiri telah melaksana semua hukuman yang sedia ada dengan sempurna dan tegas. Am takut akan jadi terlalu banyak hukuman tapi terlalu kurang perlaksanaan nanti

Kedua
Am setuju dengan pendapat FOMCA, kerana bagi Am jika naikkan insuran akan mengkayakan syarikat-syarikat insuran sahaja. Masaalahnya pada moral pemandu itu dan seperti yang pernah Am katakan dahulu mereka-mereka ini ada duit, peduli apa mereka dengan penambahan bayaran insuran yang setahun sekali itu. Kalau mereka tiada duit taklah ramai yang sanggup beratur panjang untuk membayar saman polis trafik.

Am sangat pelik kenapa "Hukuman Sosial" masih tidak diambil kira oleh mereka walaupun banyak negara lain telah mengamalkannya. Adakah pihak-pihak berkuasa ini terlepas pandang atau mereka sengaja tak pandang ataupun mereka memang tak nak pandang


Nota Kaki :
Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.......

Labels: