AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Wednesday, February 28, 2007

Bercerita tentang "Hitam"

Penang KLCC
Awan ini Am dah lupa bila Am ambil photo, sedang kosong memory kamera Am baru perasan ada dalam kamera tu. Rasanya photo ini berhampiran dikawasan perumahan Am dan yang pastinya waktu hampir senja

Awan Senja....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Kawan di pejabat ini ada komen Am. Katanya Am dah makin hitam sekarang hehehe. Jawapan Am, itu tandanya Am berkerja keras demi keluarga Am walaupun hakikat sebenarnya Am sekarang selalu naik motor, mana tak gelap kulit tu.

Oklah kulit Am gelap sikit ni, kalau tidak nampak macam "Cina" sangat Am ini. Apa-apa pun walaupun makin hitam tapi masih hensem lagi hehehe

Cinta Abadi - Blackrose

Kehadiran cintamu
Menyinari hidupku
Kehangat cintamu
Mengubati sepiku

Kelembutan hatimu
Mengubati lukaku
Kedamaian hatimu
Menyinari hidupku

Belaian manjamu
Penawar resahku
Keluhuran hatimu
Hanya kau kekasihku

Keagungan cintamu
Bersama impianku
Untuk hidup bersama
Sehingga keakhirnya

Makin membara
Api cintaku
Kaulah yang satu
Kaulah cintaku

Tak mungkin lagi
Berubah hati
Cinta yang suci
Cinta abadi


Teringat yang Kujie suka lagu ini dan lagu Simfoni, jadi paparkan lirik lagu ini diblog ini khas buat Kujie



Nota Kaki :
Kau tetap dihatiku Walaupun tanpa kau dan aku sedari............

Labels: ,

Tuesday, February 27, 2007

Bercerita tentang "Tag"

Dah lama tak kena Tag ni, kali ini kena dengan Cempaka Biru dan Pakteh. Seperti yang pernah Am beritahu dahulu tujuan "Tag" ini nak korek rahsia tuan punya blog sebenarnya hehehe. Walaubagaimana pun Am akan jawab Tag ini sejujur yang boleh.

Bila fikir semula Am rasa Am dah jawab "Tag" ini suatu masa dahulu tapi semasa itu Tajuknya "5 Perkara Pelik Dalam Diri Am". Sekarang sudah 6 pulak ya hehehe.

Nasib baik minta 6 sahaja, kalau minta 60 maunya habis semua rahsia terdedah kerana tak banyak benda pelik yang Am rasakan dalam diri Am. Setelah ditapis 6 kali, di semak semula 6 kali, ditenung 6 kali dan karang semula 6 kali, inilah yang mampu Am dedahkan buat semua.

1 Mudah percayakan Orang - Kesatu (ayat anak Am) Am ini memang mudah percayakan orang lain, pelik betul kalau orang lain ambil masa bertahun-tahun untuk percayakan orang, Am jangan kata sebulan, 2 hari Am dah boleh percayakan orang. Kerana itulah berpuluh kali Am kena tipu masa bujang dahulu, bukan setakat duit tapi kena macam-macam lagi. Nasib baik dah kahwin ini isteri Am jaga Am, kalau tidak sah-sah kena lagi. Bila Am tahu Am kena tipu mulalah datang sifat kedua Am ini

2 Panas Baran - Jangan kata orang lain, boss Am sendiri pun perasan perangai Am yang satu ini, perangai ini memang dah lama Am nak kurangkan tapi kalau tengah panas baran dan Am sedar memang salah Am terkedu juga Am. Yang peliknya walaupun cepat panas baran tapi Am cepat "cool" balik kalau kena tempatnya. Ini menjurus pada sifat Am yang ketiga

3 Mudah Maafkan Orang - Am memang mudah maafkan sesiapa, hanya dengan perkataan minta maaf sahaja Am boleh maafkan dia dan silap-silap boleh bergurau balik dengan dia. Peliknya sampai Am boleh lupa yang dia pernah buat salah pada Am sehingga orang lain terpaksa ingatkan. Tapi sendiri mau ingatlah kalau asyik buat benda yang sama berulang kali dan mohon maaf dan masih tak insaf-insaf juga. Mulalah Am geram dalam diam. Am dah malas nak tegur dan marah lagi. Ini menjurus pada sifat Am yang keempat.

4 Pendam Perasaan - Selalunya dengan orang yang Am rapat dan marah dengan dia dan dia masih tak faham yang Am marah, Am lebih suka pendamkan perasaan Am, bukan kerana Am salah tapi kerana Am tak mahu bergaduh dan tak mahu pergaduhan itu berpanjangan. Terutama yang pergaduhan yang Am tahu susah Am nak menang kerana satu pihak lagi memang sentiasa menang hehehe, biarlah dia nak cakap dan fikir apa. Peliknya Am lebih jerit-jerit dalam hati Am tentang ketidakpuasan hati Am dari Am lafazkan dengan perkataan. Bila pendam perasaan terlalu banyak ini selalunya Am akan cari jalan lain untuk puaskan hati Am, ini mejurus pada sifat Am yang kelima

5 Cerita Kartun dan Komik - Pelik tapi Benar Am memang minat teramat sangat dengan kartun dan komik dari bujang sampailah dah kahwin ni, isteri Am memang menyampah dengan minat Am yang satu ni, sampai anak Am pun dah komen "Abah ni, asyik komik aja ya mama" Disamping tu cerita kartun kat tv pun Am layan juga terutama saluran animax. Sebut sahaja komik dari Hong Kong tu, semua Am tahu. kalau ada periksa tentu Am boleh dapat A1 hehehe. Kerana kerap sangat melayan kartun dan komik maka menjuruslah pada sifat yang keenam in…

6 Suka Berangan - Bukan apa bila sendirian Am selalu berangan Am akan berjaya naik kapal angkasa ala-ala "Star Trek" itu merayau diseluruh alam semesta ini dan berjumpa dengan bermacam-macam jenis makluk (kalau adalah makluk itu), ada juga berangan blog Am jadi blog paling top sekali (memang tak mungkin), berangan nak kahwin 4 pun ada juga hehehe. Namapun berangan tak salah kan…

Sebenarnya Am malas nak "Tag" orang lain ni tapi oleh kerana ini peraturan pemainan ini , hendak atau tidak terpaksalah Am senaraikan 6 orang-orang bertuah yang telah Am pilih. Ini menjurus pada sifat pelik yang baru ada dalam diri Am, Am tak tahu nak senaraikan siapa hehehehe

Pertama -
Kedua -
Ketiga -
Keempat -
Kelima -
Keenam -


Rules & Regulations: Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!


Nota Kaki :

Jangan marah kerana Am langgar peraturan ya, Am tak berdaya hehehe.......

Labels:

Monday, February 26, 2007

Bercerita tentang "Anak" 40

Awan Pantai
Ini satu lagi photo tepi pantai di Pulau Pinang berhadapan dengan hotel tempat tinggal Am, waktu tengahari Am rakamkan photo ini selpas habis bermesyuarat.

Awan Pantai....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Hari Sabtu lepas kali pertama anak Am bersekolah pada hari sabtu, bukan ganti kelas tapi ada kelas khas untuk belajar sembahyang. Mengikut memo yang Am terima. kelas itu akan ada 4 kali setahun. Balik dari kelas terus seronok bercerita dia belajar sembahyang dan dia juga dah tahu macam mana ambil air sembahyang.

Hujung minggu anak Am kena siapkan kerja sekolah dia yang melambak kerana dia tak buat dan tak beritahu Am dia ada kerja sekolah. Bila cikgu dia tandakan mana yang dia tak buat baru tahu banyak kerja sekolah yang dia tak buat. Lebih dari 10 mukasurat kalau tak silap Am. Anak Am ni bila balik tanya tak ada memanjang sahaja kerja sekolah, rupanya ada.


Nota Kaki :

Takziah buat keluarga "Mohd Shafi Aizat Shahidan" (22 bulan), ceritanya........

Labels:

Wednesday, February 21, 2007

Bercerita tentang "Kejam"

Penang KLCC
Ini Photo terakhir Am rakamkan semasa Am pulang dari mesyuarat di Pulau Pinang. Dah nampak daratan pun semasa rakam photo ini dan awan pun dah main nipis. Nanti kalau naik kapalterbang lagi Am akan cuba rakamkan photo-photo awan lagi.

Awan atas Awan....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Kes 1 - Bunuh anak kerana tak tahan dengan "Along"

Kes 2 - Bunuh anak kerana tak tahan tekanan

Kes 3 - Bunuh anak kerana suami nak kahwin lagi

Apalah punya mak bapak, lain tak ada bunuh anak sahaja kerjanya. Kesihan anak yang masih kecil itu dan baru nak kenal kasih sayang ibu dan bapanya.

Terfikir pula Am mengapa senang sangat mereka melepaskan pada anak-anak. Ada yang kata, mereka susah hati nasib anak mereka jika mereka mati dan anak mereka hidup. Mereka tak tahu ker Am sekarang sangat susah hati dan sakit hati dengan perangai mereka itu. Satu lagi mereka ingat mereka tu "Tuhan" ker tahu yang anak mereka akan hidup susah bila mereka tiada. Yang pastinya anak mereka memang hidup susah semasa mereka ada.

Banyak cerita sebegini tersiar di akbar-akbar dengan jarang yang agak rapat membuatkan Am terfikir nilai kasih sayang sekarang. Kalau dulu kita kata ibubapa tiri begitu zalim tapi sekarang ini Am sendiri tak begitu pasti lagi kerana ibubapa "tulen" pun boleh bertindak jauh lebih memilukan lagi.

Nasihat Am pada semua, jangan letak sedikit pun niat untuk berlaku kejam pada anak kita kerana dari sedikit niat itulah lahirnya perbuatan itu. "Hidup Mati Bersama" maaf ya, biar anak itu hidup......


Nota Kaki :

Sakit hati dengar, kalau berani sangat pergilah cekik askar Israel tu........

Labels: ,

Thursday, February 15, 2007

Bercerita tentang "Sibuk & Penat"

Penang KLCC
Rasanya tak pernah lagi Am paparkan photo kek didalam blog Am ini, ini kek harijadi isteri Am, dah lama harijadinya, baru sekarang nak paparkan disini hehehehe. Sengaja paparkan photo kek pasal takut orang bosan tengok photo awan sahaja hehehe.

Kek....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Sekarang di pejabat ini Am dalam kesibukkan yang melampau, banyak benda hendak dibuat ditambah pula dengan ura-ura yang kami akan berpindah ke pejabat baru. Am tak pasti pula jika semua yang lain sibuk tapi Am memang terpaksan mengatur kerja dengan teliti supaya tiada yang terlepas pandang.

Kesibukkan memang membuatkan otak dan badan Am kepenatan. Am tak sabar tunggu Tahun Baru Cina nanti, bukan untuk beraya tapi berehat sepenuhnya. Rasanya Am dan isteri tiada apa-apa cadangan untuk kemana-mana.


Nota Kaki :

Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan........

Labels:

Friday, February 09, 2007

Bercerita tentang "Tumpang"

Penang KLCC
Kalau tak silap Am photo ini dirakamkan dari bilik hotel yang tinggal di Pulau Pinang semasa Am bermesyuarat disana. Tentu ramai dah marah, asyi photo di Pulau Pinang sahaja sejaka kebelakangan ini di Blog Am hehehe.

Senja....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Pernah dengar dalam Radio yang pemandu yang memandu seorang diri di kawasan KL akan dikenakan bayaran, masalahnya Am selalu memandu seorang diri ketempat kerja selepas menghantar isteri Am. Nampaknya macam nak kena bayar sahaja nanti.

Bila Am fikir balik rasanya Am kenalah tumpangkan mana-mana awek untuk masuk KL nanti, ok juga idea ini boleh membantu awek tu dan pada masa yang sama dapat berjimat hehehe

Nota Kaki :

Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan........

Labels:

Wednesday, February 07, 2007

Bercerita tentang "Anak" 39

Penang KLCC
Masih Photo di Pulau Pinang lagi, ini Am gelar KLCC Penang kerana bentuknya memang lebih kurang macam KLCC di KL, lokasinya berhampiran dengan jambatan Pulau Pinang, nama tempatnya tak tahu pula Am. Mungkin ada yang boleh beritahu Am

Penang KLCC....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Hari ini kali pertama Am tulis rasmi untuk cikgu sekolah Agama dan sekolah kebangsaan anak Am kerana dia tak hadir ke sekolah. Sudah lama tak menulis surat ini menyebabkkan agak pening nak mengatur ayat. Dua hari Am fikir macam mana dan ayat yang hendak digunakan. Akhirnya Am terjemahkan apa yang tersusun di kepala diatas kertas pagi tadi

"Saya ayah kepada ............ ingin mamaklumkan bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada hari Isnin dan Selasa kerana mengalami demam panas. Sekian, Terima Kasih"

Begitulah lebih kurang isi surat itu dan lain kali kalau anak Am demam lagi boleh gunakan ayat yang sama hehehehe

Cinta Itu Ketawa Dan Airmata - Lestari

Ketawa dan airmata
Itu sebenarnya cinta
Kalau kau sedih pasti ku rasa
Begitu sebaliknya

Ku senang engkau cemburu
Itu tanda kau sayangiku
Baru kau takut kehilanganku
Begitu juga aku

Ku juga suka bila kau curiga
Itu mengajarku erti setia
Apa pun sikapmu aku terima
Asalkan ada kebaikan
Walaupun sering kau ku tinggalkan
Itu tiada bermakna
Kau ku abaikan

Memang sesekali sikapmu
Membuat aku jemu
Hingga kau takku pedulikan
Untuk menyedarkan

Belum pernah ada cinta
Di dalam kehidupan manusia
Sepanjang masa bahagia
Tanpa air mata...

Terdengar pula lagu ini semalam dan terus cari liriknya dan paparkan dalam blog Am ini. Sebenarnya lagu ini dalam senarai lagu yang Am minat semasa zaman Am bujang dahulu

Nota Kaki :
Sedang letih kerana dilanda kesibukkan yang entah bila nak surut........

Labels: ,

Monday, February 05, 2007

Bercerita tentang "Anak"

Hijau & Biru
Am suka photo ini, bukan kerana cantik tapi kalau tak silap kali pertama dalam merakamkan kehijauan daun pokok itu disamping awan yang biru. Selalu nya warna hijau itu akan jadi hitam.


Hijau & Biru....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Terlebih dahulu Ucapan Takziah buat Sodep sekeluarga atas permergian ibunya pada petang Ahad lepas, semuga Sodep sekeluarga menerimanya dengan penuh kesabaran

Sebenarnya sudah agak lama Am tak bercerita tentang anak dalam blog Am ini, Ok, seperti yang semua dah tahu, anak Am sudah masuk darjah satu dan yang ramai tak tahu ialah sudah dua kali dia kehilangan baju sekolah dia. Kali pertama baju dan seluar dan kali kedua hanya baju sahaja. Nampaknya ada peningkatan sikit dalam segi penjagaan hehehe.

Satu lagi, dalam bab suruh berdoa, nampak macam ok sahaja, sekarang ni hari-hari Mama dia suruh dia doakan supaya "Baby" dalam perut mama dia itu sihat. Nampaknya ok sahaja bagi Am. Kalau ada rezeki tak lama lagi dia jadi abang, pada yang Am nampaklah dia macam tak sabar nak jadi abang dan dia "katalah" dia boleh jaga adik dia nanti.


Nota Kaki :

Hari ini kali pertama dia tak datang kesekolah kebangsaan kerana demam........

Labels:

Friday, February 02, 2007

Bercerita tentang "4 jam"

Lilin
Satu lagi koleksi photo di tepi pantai di Pulau Pinang, cuba mencipta kelainan semasa merakam photo ini tapi hasilnya nampak macam biasa sahaja.


Pantai....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Beberapa jhari lepas baru Am perasan, dari waktu Am keluar rumah hingga Am balik rumah semuala, semua itu guna masa lebih kurang 12 jam, itupun kalau Am terus balik rumah dan tak singgah kemana-mana. 8 jama waktu berkerja da kemana perginya lebihan 4 jam itu?

Jawapannya sudah tentu diatas jalan raya, bayangkan satu hari habiskan masa 4 jam melayan jem, kerenah pemandu lain dan bayar tol. Kalau nak dikutkan banyak benda lain yang Am boleh lakukan dengan 4 jam itu.

Ada yang kata masa itu emas, kalau betul lah masa itu emas, banyak banyak emas yang tertinggal diatas jalan raya itu.

Nota Kaki :

Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan........

Labels: