AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Monday, April 30, 2007

UlangTahun Msjbox 2007

Jom tengok di Fotopages

Labels:

Friday, April 27, 2007

Bercerita tentang "Rahsia"

Kawan: Buat apa tu?
Am: Update Blog....
Kawan : Apa bendanya blog tu
Am: Macam diari lah tapi dalam internet
Kawan: Apa alamatnya, boleh masuk dan tengok
Am: Rahsia.......

Am punya blog ini kawan-kawan dipejabat semua tak tahu, bukan takut apa tapi kadang kala tu marah dengan boss pun Am ada lepaskan dalam blog juga. Nanti tak pasal-pasal dia beri boss baca lansung tak dapat "increment" tahun ni. Sekarang ni pula sangat kecemasan kerana syarikat Am dalam proses memberi increment hehehe

Semalam buatkan satu blog untuk isteri Am tapi alamat blognya perlu dirasiakan kerana dia sendiri tak mahu hebahkan buat masa ini. Selamat datang ke dunia blog isteriku tersayang hehehe. Blogmu akan sentiasa dipantau oleh suamimu ini hehehe.

Nota Kaki :
Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan............

Labels: ,

Wednesday, April 25, 2007

Bercerita tentang "Cukai"

Awan.....
Photo ini Am rakamkan pada jumaat lepas semasa balik kerja kalau tak silap, bising isteri Am semasa Am merakamkan photo ini, "sempat juga" kata dia. Am tak tahan tengok awan tu lawa sangat


Awan Senja....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Malam tadi sibuk mengisi borang Cukai, ooooops pembetulan sikit, isteri Am yang sibuk mengisi borang Am dan dia sekali. Am rasalah kalau Am isi sendiri maunya entah pa yang Am isi. Am tengok arahannya pun sudah pening kepala belum lagi isi borang tu. Ingat nak hantar borang melalui E-Filling tapi ada kawan Am beritahu baik hantar cara biasa kerana dia kata server mereka perlahan habis sekarang kerana ramai yang cuba hantar melalui E-Filling sekarang.

Blogger Kick Start
Sedikit update mengenai Blogger Kick Start. Tugasan minggu ke tiga agak berlainan dari mana-mana tugasan yang Am pernah tengok, mereka perlu mengekprestasikan gambar hiasan dalaman (interior image) yang telah ditetapkan kepada setiap perserta, dalam bentuk cerita ataupun pengalaman sebenar tidak kurang dari 1000 perkataan. Seperti biasa para perserta dimestikan menyiapkan tugasan mereka sebelum pukul 2 hari Khamis ini.

Nota Kaki :

Besok tak cuti, sedih betul hehehe............
Sengaja tukar Banner "Bendera Malaysia" semperna pertabalan yang Pertuan Agung kita

Labels: ,

Tuesday, April 24, 2007

Bercerita tentang "Blog"

Semalam, berjalan ke blog-blog, baru Am perasan rupanya ada juga Blogger yang telah buat Report Polis pasal komen-komen diblog mereka ya. Ini sudah pasti komen-komen yang amat melampau. Komen apa Am kurang pasti kerana dah lama Am tak aktif melawat blog-blog ini tapi bagi Am ini pemulaan yang baik kerana sebelum ini asyik kita penulis blog sahaja yang kena dakwa hehehe.

Minggu lepas kali pertama dalam sejarah Am berblog ini, Am "Block IP" seseorang. Memang tak seronok pun Block IP sesiapa kerana kita berblog ini kerana hendak berbual mesra, cari kawan, berkongsi cerita dan macam-macam lagi bukan untuk bermusuhan atau mencari musuh ataupun menjadi musuh sesiapa. Sebabnya dia mengeluarkan kata-kata yang kotor dalan msjbox Am, mujur orang lain tak perasan kalau tidak blog Am boleh diketegori dalam blog 18SX nanti dan tak sesuai ditatap oleh kanak-kanak hehehehe.

Blogger Kick Start makin panas sekarang ini, banyak perkara yang terduga yang berlaku. Ada yang buat Am terperanjat dan ada yang buat Am tersenyum. Am paling suka cara perserta melihat soalan yang diberikan dan seterusnya cara mereka menjawab soalan itu. Tiada salah atau betul cara kita menjawab soalan itu cuma tepat atau tidak pandangan kita sahaja yang membezakan antara yang baik dan terbaik.

Nota Kaki :
Mengantuk pula rasanya hari ini............

Labels: ,

Monday, April 23, 2007

Bercerita tentang "Dugaan"

Awan.....
Cari punya cari Am terjumpa photo ini dalam simpanan Am, pada Am photo ini amat cantik, tak percaya Am yang rakamkan photo ini hehehe. Kamera selalu tertinggal didalam kereta jadi jarang dapat upload photo baru disini walaupun banyak photo awan yang menarik didalam kemera itu.

Awan Senja....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Hujung minggu lepas menonton ulangan CSI Las Vegas tentang seorang penjenayah itu yang terbunuh isterinya, terbunuh jirannya, terbunuh neneknya dan terlanggar anaknya. Terpegun Am ada juga oarang yang begitu malang nasibnya. Ada ke agaknya manusia sebenar yang mengalami nasib sebegitu. Menonton rancangan itu teringat Am pada cerita Natasya. Tak habis-habis lagi nasib malang Natasya tu ya, tapi malang-malang dia pun boleh jadi isteri orang kaya dan jadi boss syarikat. Tak lah malang sangat pun hehehe.

Secara peribadi bagi Am bila kita bangun tidur dan berfikiran negatif maka negatif yang akan terjadi pada kita pada hari itu. Memang tak dinafikan memang kadang kala dugaan akan datang pada kita tapi tak lah setiap hari dan setiap masa dugaan itu datang.

Seperti yang Am pernah beritahu dahulu kita terlalu cepat berputus asa dengan dugaan sedikit yang diturunkan pada kita hingga kita terlupa dengan berbagai kurnia yang kita terima sebelum ini. Tertanya dalam hati, berapa ramaikah agaknya yang bersyukur dengan dugaan yang mereka terima?

Nota Kaki :
Indah sangatkah hidup ini tanpa dugaan............

Labels: ,

Friday, April 20, 2007

Bercerita tentang "Pasangan"

Hari Isnin lepas, Am bawa isteri Am periksa di KBMC, semua ok tapi kami terpandang satu pasangan tua. Mungkin suami isteri. Sisuami sentiasa membimbing isterinya yang nampak agak susah berjalan. Dua tiga kali juga ia melalui depan Am. Isteri Am tanya Am, mungkin kami bila tua nanti akan begitu juga. Am hanya tersenyum sahaja.

Am ada baca satu artikel yang mana setiap pasangan akan melalui beberapa peringkat dalam perkahwinan mereka. Dalam setiap peringkat itu mereka akan lebih mengenai pasangan mereka, lebih bertolak ansur sesama sendiri, belajar menerima kelebihan dan kelemahan pasangan. Jika pasangan itu berjaya melepasi semua peringkat itu maka kasih sayang pasangan itu akan makin bertambah dan ikatan antara mereka akan menjadi lebih kuat. Am setuju sangat dengan artikel itu.

Mungkin kerana tak berjaya dalam menangani semua peringkat ini dengan baiklah banyak pasangan yang berpisah sekarang, bercinta bagai nak rak berpisah pun bagai nak rak juga. Mungkin ramai yang kata masa bercinta itulah kita dapat mengenali pasangan kita tapi itu sebenarnya tak betul 100% kerana selepas berkahwinlah kita baru akan mengenai sifat, kelebihan dan kelemahan pasangan kita. Selepas berkahwinlah semua sifat-sifat itu terdedah sepenuhnya.

Terfikir semua, sudah lebih kurang 9 tahun Am berkahwin dan diperingkat mana Am sekarang ini

Nota Kaki :
Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan............

Labels: ,

Thursday, April 19, 2007

Bercerita tentang "Anak" 43

Anak : Mama masa mandi ada telan air tak?
Mama : Tak ada, kenapa pula?
Anak : Mama telanlah air boleh baby mandi sekali....

Tergelak Am masa isteri Am cerita kisah ini dengan Am. Boleh dia fikir macam itu pulak. Sekarang dia sibuk tanya bila adik dia nak keluar. Kami kata semasa Harijadi dia nanti. Kebetulan isteri Am "due" beberapa hari lepas hari jadi anak Am tu. Kalau nasib baik baby tu lahir sama hari dengan harijadi dia.

Jumaat lepas "Hari Ini Dalam Sejarah" dalam hidup anak Am dan kami semua kerana kali pertama dia kata dia nak makan ubat, kalau selalu tu memanjang sekejap sahaja. Am dan isteri memang terperanjat habis masa tu tapi muka dia selamba sahaja.

Hujung minggu lepas Am pasang semua katil baby yang dah berhabuk bawah katil tu. Selepas dibersihkan dan siap dipasang dengan jayanya ingat nak tumpang sekejab dalam bilik anak tapi akhirnya di hendak katil tu terus dalam bilik dia. Dia kata bila baby dah lahir dia boleh jaga masa baby menangis nanti. Masalahnya masa baby menangis dia boleh sedar ke nanti hehehe

Am dan isteri memang tak sabar, macam manalah anak Am ini jaga adiknya nanti ataupun akhinya nanti adik dia yang jaga dia. Tapi dari yang dia cakap dia memang sayang dan akan jaga adik dia betul-betul, kalau nangis dia akan jaga, kalau nak susu dia tolong suapkan dan tolong tepukkan.

Nota Kaki :
Baru seminggu tak tulis di blog rasa macam dah bertahun tak menulis pula hehehe............

Labels:

Thursday, April 12, 2007

Bercerita tentang "Anak" 42

Awan.....
Photo dirakamkan semasa Am pergi kenduri kahwin saudara isteri Am, langit cerah dan awan nampak cantik dan biru sekali. Tapi panasnya jangan ceritalah sampai sakit kepala hehehe


Awan Biru....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Hari ini anak Am tak ke sekolah lagi, badannya macam nak demam kerana batuk. Mana tak batuk semalam dia makan macam-macam di rumah wan dia. Biasalah wan dan atuk dia memang melayan sahaja apa yang dia nak. Besok ada perarakkan Maulut Nabi pula disekolahnya, nampaknya macam tak dapat hadirlah anak Am.

Semalam pergi sekolah agama dia kerana geram songkok dia boleh hilang, dia kata dia main sorok-sorok songkok tu, sorok sampai hilang. Bila balik dah ada balik songkok tu, dia kata kawan perempuan dia kasi. Muskil Am kawan perempuan dia bawa balik ke songkok dia.

Oh ya satu lagi, sampai dikelas anak Am semalam, kebetulan ustazahnya belum masuk lagi dan kawan-kawan semua tunjuk pada satu budak yang selalu kacau anak Am. Am malas campur sebenarnya, cuma cakap dengan budak tu tak baik gaduh kat sekolah, kita kan semua kawan. Budak tu angguk kepala dan bila balik tanya ada gaduh lagi tak pada anak Am, dia jawab dah baik dah dan pergi tandas pun berdua dengan budak tu hehehe

Oh ya ada satu lagi, semalam kali pertama rasanya anak Am nampak baby bergerak dalam perut mama dia, punyalah dia seronok dan dia kata "adik dah kawan dengan abang" hehehehe


Nota Kaki :

Besok nak cerita pasal anak............

Labels:

Wednesday, April 11, 2007

Bercerita tentang "Akhirnya"

Awan.....
Photo pentas persembahan hari Setiausaha bersama Mawi dan Rossa semalam, kalai pertama lihat Mawi dan Rossa secara peribadi. Ramai betul peminat Mawi masa tu, pantang ajak semua nak naik pentas hehehe

Hari Setiausaha....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Hari ini barulah line internet dan email semua ok 100%, punyalah penat nak tunggu semua ok. Akhirnya baru tahu semua masalah berpunya dari "Router" tapi pihak TM mati-mati kata kami punya server yang salah, hidup-hidup Router tu yang salah. Hampeh.com betul. Susah betul bila jaga IT ni sampai dalam mimpi pun member komplin email dan internet tak boleh guna. Harap-harap malam ini mimpi member ucap terima kasih pula pasal semua dah ok hehehe

Blogger Kick Start
Sedikit update mengenai Blogger Kick Start. Tugasan pertama telah selamat diberikan pada para perserta. Tajuk tugasan ialah "Semasa membulatkan satu titik dengan pen merah, apa yang kamu lihat?. Para perserta dimestikan menyiapkan tugasan mereka sebelum pukul 2 hari Khamis ini


Nota Kaki :
Besok nak cerita pasal anak............

Labels: ,

Monday, April 09, 2007

Bercerita tentang "Banyak Perkara" 7

Awan.....
Photo yang Am rakamkan semasa hendak pergi kerja pada minggu lepas, nampak awan punyalah cantik, sampai Am terpaksa hentikan kereta untuk rakamkan photo ini. Isteri Am hanya geleng kepala sahaja. Sabar ajalah hehehe

Awan Pagi....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Anak
Hari ini Am kerja separub hari kerana anak Am batuk teruk malam tadi. Risau juga Am, nasib baik lepas beri makan ubat batuk, batuknya berkurangan. Jadi pagi ini dia tak pergi sekolah ugama cuma pergi sekolah kebangsaan sahaja. Oh ya, dia macam tak sabar nak tunggu adik dia keluar dan adik dia pula makin kuat bergerak dalam perut mamanya tu

Streamyx
Geram betul dengan Line Streamyx di pejabat Am ni, minggu lepas punyalah banyak hari down, rupanya routernya ada masalah. Selepas tukar routernya, email pula tak boleh masuk. Kena buat aduan lagi dan kata mereka dalam 2 hari orang mereka baru akan datang. Sabar ajalah...

Blog
Ada yang komen blog Am berterabur hehehe. Am sebenarnya sedang bertukang untuk jadikan blog Am pada 3 column, nampaknya macam tak menjadi sahaja. Lain dibuat lain pula yang jadi. Nampaknya Am terpaksa gunakan layout yang asal ini sehingga semua masalah itu selesai dahulu. Satu lagi kalau nak cantik Blog Am ini lebih sesuai dilihat dengan mengunakan Resolution 1024x768.

Blogger Kick Start
Sedikit update mengenai Blogger Kick Start. Para perserta sudah terpilih, ada juga rakan blog Am yang jadi persertanya. Kalau tak silap besok pertandingan akan bermula. Sekali lagi Am bukan perserta tapi sebagai penyokong sahaja hehehe

Nota Kaki :
Banyak kerja tergendala bila email bermasalah ni............

Labels: , , ,

Tuesday, April 03, 2007

Bercerita tentang "Blogger Kick Start"

Semalam Am terjumpa Blog Blogger Kick Start ini. Konsep pertandingan lebih kurang seperti Blogger Idol dahulu cuma setahu Am cara penilaiannya yang agak berbeza. Am pun tak pasti dari segi apa kerana program ini masih belum bermula. Kalau tak silap Am sesiapa yang berminat masih boleh mendaftar dan pendaftaran terbuka dari 1 - 7 April 2007.

Pertandingan akan bermula pada 10 April 2007 nanti. Am kalau program yang berbentu mencungkil bakat ini memang minat promosi dan ikuti.


Nota Kaki :

Harap sekadar cungkil bakat bukan cungkil benda lain hehehe.......

Labels:

Monday, April 02, 2007

Bercerita tentang "Hujung Minggu"

Awan.....
Am tak pasti Am dah paparkan photo ini atau belum, kalau dah tu anggap sahaja macam tak pernah lagi ya hehehe. Photo ini dirakam kan semasa dalam perjalan pulang dari Langkawi.

Awan Diatas Awan....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Hujung minggu bawa isteri dan anak makan di "My Mum Chiken Rice". Dah lama isteri Am nak kesana tapi tak ada masa yang sesuai nak pergi. Ingat bolehlah jumpa Linda On tapi tak ada pula dia tapi kali pertama Am pergi kesana dahulu memang jumpa dia. Tinggi betul si Linda tu ya, kalau digandingkan dengan Am memang murah rezeki hehehe

Akademi Fantasia
Kenapa Konsert ke 3 tak memberangsangkan?
A) Terlebih puji pada konsert yang lepas
B) Irama muzik kali ini begitu susah
C) Saja mereka nak lihat Gee marah
D) Dah rindu mulut lazer Kak Ogy kita
E) Semua diatas


Nota Kaki :

Rasa mengantuk sangat pula hari ini............

Labels: ,