AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Tuesday, May 22, 2007

Bercerita tentang "Elektrik"

Malam tadi kali pertama dalam sejarah Am pindah ke rumah Am ni bekalan elektrik terputus, lebih kurang dua jam juga kami terpaksa bergelap. Nasib baik kami masih simpan lilin yang dibawa dari rumah sewa dahulu. Kalau tidak lagi haru dibuatnya. Pergi ke kedai semua lilin sudah habis dijual, mujur jiran sebelah rumah menderma tiga batang lilin pada kami tapi belum habis guna elektrik sudah pulih kembali.

Anak Am yang sedang belajar untuk peperiksaaan penggalnya minggu ini pun terkedu semasa elektrik terputus tu, rasanya ini pengalaman pertama dia. Seronok melompat sampai semput, merasalah juga kami sekeluarga tidur dalam kepanasan sekejab malam tadi hehehe

Petang nanti ada mesyuarat, aduh... bulan sibuk dah datang kembali, bulan depan akan sibuk dengan laporan untuk syarikat pula. Itu belum campur dengan sibuk nak berpindah lagi.


Nota Kaki :

Orang kerajaan dah kayooo, marilah belanja Am hehehe............

Labels: ,

Thursday, May 17, 2007

Bercerita tentang "Sukan"

Awan.....
Photo ini Am rakamkan baru pagi ini semasa menghantar anak Am kesekolah ugama. Awan nampak cantik sangat dan kebetulan kali ini kemera ada disebalah Am sahaja. epas ini rasanya makin aktiflah Am merakamkan photo awan semula.

Awan Pagi....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Gembira bila pasukan Badminton Malaysia berjaya menjuarai perseorangan di Indonesia.
Masih bangga bila pasukan Hoki Malaysia mendapat tempat kedua.
Kecewa bila pasukan Futsal terkandas habis-habisan
Ketawa bila pasukan Bolasepak Malaysia perlu kalahkan Jepun dengan jaringan yang besar.


Nota Kaki :

Majulah sukan untuk negara............

Labels:

Tuesday, May 15, 2007

Bercerita tentang "Anak" 44

Besok sambutan Hari Guru di sekolah kebangsaan dan ugama anak Am, dari minggu lepas sibuk dia tnya nak beri apa pada cikgunya. Pelik Am semasa hari ibu tak pula dia tanya nak beli hadiah apa hehehehe. Am dah isteri dah sediakan hadiah untuk cikgu dan ustazah dia. Ada ker patut dia kata "Mama, kalau kawan lain tak kasi hadiah, kita bawa balik hadiah ni ya"

Kerana terlampau banyak sangat hari, Hari Ibulah, Hari jururawatlah dan paling baru Hari Guru, anak Am tanya Mama dia "Mama, hari budak-budak tak ada ker?" Semalam jenuh Am cari dalam internet tarikh Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tapi tak berjaya, yang Am tahu ia jatuh pada bulan Oktober tapi tak tahu berapa haribulan. Ada sesiapa tahu boleh beritahu Am ya.

Oh ya minggu ini anak Am akan kena suntikan BCG, sepatutnya minggu lepas dia kena tapi kerana ada kesilapan teknikal dia akan kena suntik minggu ini. Ada telefon cikgu dia dan cikgu dia beritahu tengok kawan kena pun dia dah menangis, harap-harap dia tak menangislah bila kena suntik nanti.

Nota Kaki :
Tak lama lagi akan ada "Hari berblog Sedunia" hehehehe...............

Labels:

Monday, May 14, 2007

Bercerita tentang "Gambar Anak"

Eksklusif photo anak Am setelah menjadi "Spiderman" yang dirakamkan pada hari Ahad, 13 Mei 2006 di Restoran Cerana Cheras

Labels:

Friday, May 11, 2007

Bercerita tentang "Ibu"

Am pernah bertanya pada isteri Am "Adakah ibu yang tak sayangkan anaknya" Tak perlulah Am beritahu apa jawapan isteri Am tentu semua sudah tahu jawapannya, setiap ibu sayangkan anaknya termasuk ibu kucing juga. Tak payang ambil contoh jauh, cukup Am pandang emak Am, emak mertua Am dan isteri Am. Lama sikit anak mereka tak telefon mereka akan mula risau, lambat anak balik sekolah mereka akan tunggu sehingga anak itu muncul, beli apa pun dia tetap akan teringat untuk beli sedikit benda untuk anaknya dan paling mudah mereka akan menyebut nama anak mereka paling kurang pun sekali sehari.

Oleh itu janganlah kita anak-anak terdetik waluapun sedikit untuk menyatakan bahawa ibu kita tak sayang kita, walaupun seburuk mana ibu kita dia tetap sayang kita dan walau seburuk mana ibu kita pun kita ada tangungjawab terhadap mereka. Mereka tak jaga kita semasa kecil bukan alasan untuk kita tak menjaganya bila dia tua.

Am ambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Ibu" teristimewa buat Emak Am, Mak Mertua Am dan Isteri Am juga seterusnya buat semua ibu-ibu di Malaysia maupun seluruh dunia.

Ibu - P. Ramlee

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

Sumbangan LirikLagu.com

Nota Kaki :
Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan...............

Labels:

Thursday, May 10, 2007

Bercerita tentang "Sibuk"

Minggu sibuk sedunia telah muncul kembali, sukar mencari masa untuk menulis di blog ini, semalam terpaksa pergi mesyuarat disaat-sat akhir ditambah pula dengan terpaksa membetulkan server yang bermasalah dan internet yang tak berfungsi. Hari ini pula terpaksa "Re-format" komputer salah seorang dipejabat Am ini kerana komputernya diserang virus yang tak dikenali. Nak sahaja suruh buat sendiri kerana tak tahu nak jaga komputer sendiri. Rasanya ini dah kali ketiga Am betulkan komputer dia. Kepala sedang mengaturkan kerja, dengan dua tiga mesyuarat akan datang, report yang belum siap ditambah pula dengan kerja sendiri yang terpaksa ditunda.

Satu lagi yang memening kepala ialah ada ura-ura kami akan berpinda pada hujung bulan Jun nanti. Memandangkan dalam jabatan Am ini hanya ada dua lelaki sahaja, nampaknya kami berdua yang akan sakit pinggang dan lengguh badan nanti.

Maaf kepada kawan-kawan semua kerana Am jarang menjengok ke blog kawan-kawan semua dan bertanya khabar


Nota Kaki :

Sibuk....Sibuk....Sibuk...............

Labels:

Friday, May 04, 2007

Bercerita tentang "Remeh Temeh"

Awan.....
Photo ini Am rakamkan semasa dalam perjalanan nak menghadiri msjbox gath hujung minggu lepas, sebanarnya awan taklah gelap sangat tapi tak tahu kenapa bila dirakamkan jadi gelap macam tu pula


Awan Gelap....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Semasa dalam kereta ke pejabat tadi isteri Am ada cerita, semalam dia baca dalam akbar yang ada perempuan bersalin didepan rumahnya ditemani suami dan polis kerana hospital yang dihubungi untuk kemudahan Ambulan tak dapat memberikan Ambulan atas alasan yang remeh temeh. Bagi mereka alasan tiada pemandu itu sudah cukup besar tapi bagi Am remeh temeh. Kalau satu hospital tak pa ini 3 hospital dengan alasan mereka sendiri. Bagi Am banyak lagi alasan yang remeh temeh yang diberikan oleh hospital swasta ataupun kerajaan yang mereka sendiri tahu itu bukan alasan tapi sekadar menutup kebodohan diri sendiri. Yang menjadi mangsa ialah kita sebagai rakyat yang selalu terlalu percaya akan pertolongan mereka diwaktu-waktu kecemasan.

Akademi Fantasia
Dah lama tak bercerita pasal AF ni, kadang kala Am nak tergelak bila ada yang kata AF ini satu pentas pertandingan Vokal kerana bagi Am secara peribadilah, AF tu ialah satu pentas pertandingan siapa popular dan siapa yang berjaya mencuit hati pengundi dialah akan bergelar juara. Walaupun vokal juga dipandang tapi itu hanya alasan kedua, ketiga atau keempat untuk mereka mengundi pelajar itu. Jangan salah anggap dengan apa yang Am kata kerana selagi ada undi sms, program apa pun tak akan betul-betul berjaya melahirkan pemenang yang benar-benar menang dari segi vokal kecuali Jac dalam Malaysia Idol 1 dahulu.


Blogger Kick Start
Sedikit update mengenai Blogger Kick Start. Tugasan minggu ke empat ialah "Kalau saya pengurus artis kepada Dafi AF5, strategi dan perancangan saya untuk kerjaya seni Dafi supaya beliau akan melangkah dengan gigih dan menjadi seorang artis rakaman yang disegani adalah seperti berikut." "Entry perlu dilengkapkan dengan gambar-gambar Dafi yang sudah diubahsuaikan/diphotoshopkan (seumpama album cover)." Dah agak dah tentu ada tugasan yang sebegini nanti tapi tak terduga yang Dafi yang menjadi pilihan. Ada kelainan sedikit kerana masa tamat tugasan dilanjutkan pada sebelum pukul 2 petang hari Jumaat iaitu hari inilah.

Nota Kaki :

Selamat berhujung Minggu, Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan............

Labels: , ,

Thursday, May 03, 2007

Bercerita tentang "Sebelum itu"

Semalam bawa anak Am pergi menonton cerita "Spiderman 3" Seperti biasa dia tidur dipertengahan cerita walaupun sebelum itu dia dah kata 'Kita, kalau tengok cerita Spiderman tak tidur punya'. Akhirnya seperti biasa abahnya terpaksa dukung dia dari panggung wayang sampailah ke kereta dan dari kereta ke katil dia.

Sebelum itu hari selasa Am dilanda demam panas, lembik satu badan. Pandai betul demam ini datang pada hari cuti, kawan Am kata rugi cuti Am hehehe. Nasib baik satu hari sahaja lembik dan sempat tunaikan janji nak bawa anak tengok cerita Spiderman. Kalau nak ikutkan masih tak berapa sihat sangat lagi ni.

Sebelum itu hari Isnin berkerja, pejabat, tempat parking kereta dan jalanraya semuanya lengang. Yang tak seronoknya tempat jual makanan pun lenggang juga, terpaksa berpuasa makan tengahari kerana tiada yang menyelerakan hendak dimakan.

Sebelum itu pada hari Ahad, petangnya berjumpa dengan kawan-kawan msjbox. Dah lama rasanya tak berjumpa mereka semua, ada yang makin hensem, makin cun, makin ceria dan tak kurang juga yang makin peramah. Dapat juga berkenalan dengan yang belum lagi berjumpa sebelum ini.

Sebelum itu paginya Am dan keluarga pergi berjalan-jalan di Alamanda Putrajaya, dah lama tak pergi, nasib baik tak sesat dan sebelah malamnya bawa anak pergi Fun Fair. Baru balik sahaja anak dah tanya bila nak pergi lagi hehehe.

Nota Kaki :
Banyak cuti, Banyak aktiviti, Lepas ini kerja...kerja...sahaja hehehehe............

Labels: , ,