AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Friday, June 29, 2007

Bercerita tentang "Report Card 2"

Pagi tadi pergi sekolah Agama untuk ambil "Report Card" anak Am, keputusan yang amat memeranjatkan Am, isteri dan juga guru-guru termasuk guru besar sekolah anak Am itu. Keputusan ujiannya memang baik berbanding dengan perangainya disekolah, bukan perangainya tak baik tapi sikap sambil lewa dan tak tumpukan perhatian membuatkan kami semua terperanjat dengan keputusan dia. Oleh itu dia terpilih sebagai salah seorang pelajar yang akan ikuti rombongan sekolah. Sebelum ini dia ada kata dia dapat pergi rombongan tapi Am tak percaya hehehe. Bukan free tapi masih kena bayar juga hehehe

Sekolah kebangsaan pula, keputusannya merosot, Am dan isterinya tahu dimana kelemahan anak Am, bukan dia tak boleh jawab tapi dia tak faham soalan itu. Akibatnya dia hanya jawab 2 mukasurat sahaja dari semua muka surat kertas ujian itu, mana keputusan nak bagus. Jadi sekarang Am kena lebih beri tumpuan agar dia memahami soalan itu.

Mamanya janji nak belikan dia hadiah dan seperti biasa abahnya kena bawa dia tengok wayang cerita "Transformer". Sebenarnya abahnya pun tak sabar nak tengok cerita tu hehehe


Nota Kaki :

Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan............

Labels:

Thursday, June 28, 2007

Bercerita tentang "Perancangan"

Dalam hidup kita ini dalam apa-apa perancangan yang kita buat tak kiralah baik atau buruk, jangka masa panjang atau pendek, Kadang kala perancangan tak berakhir dengan apa yang kita harapkan. Baguslah jika hasil perancangan lebih baik dari apa kita kita sasarkan tapi janganlah begitu kecewa jika berlaku sebaliknya. Selalu banyak faktor yang mengangu perancangan kita dan faktor yang yang payah faktor manusia itu sendiri terutamanya sikap. Melihat sebab kegagalan perancangan kita dan semangat untuk membaikinya jauh lebih baik dari cepat berputus asa.

Am selalunya kalau merancang sesuatu benda, Am akan sediakan sedikit ruang untuk pertukaran untuk saat-saat akhir atau sedikit ruang jika ada berlaku sedikit perubahan yang tak disangka. Am dah berpuas hati jika perancangan Am hanya 90% berjaya. Kata orang bijak pandai "Orang pandai ialah orang yang sentiasa ada perancangan tapi orang yang terpandai ialah orang yang ada plan B untuk perancangannya"

Am tak tahu nak masuk dalam golongan mana kerana "Plan B" Am selalunya ada bila masalah itu muncul. Sebenarnya tercerita pasal perancangan ini bila rancangan bnak berpinda pejabat ditunda ke waktu yang akan diberitahu kelak hehehe.


Nota Kaki :

Letih kemas barang tapi lebih letih bila dah kemas tapi tak jadi pindah pula hehehehe............

Labels: ,

Saturday, June 23, 2007

Bercerita tentang "Mekap"

Eye On Malaysia.....
Satu lagi photo yang Am rakamkan semasa pergi menaiki "Eye On Malaysia" Kali ini photo yang dirakamkan semasa Am diatas roda itu pula. Ada banyak lagi koleksi photo sebanarnya.

Eye On Malaysia 1....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Jumaat lepas sebelum pergi sekolah anak Am, sempat makan tengahari di restoran di Bandar Hussein Onn. Terjumpa pula Siti Nurdiana, penyanyi yang dah kahwin itu. Isteri Am yang beritahu Am kerana dia tahu Am memang minat dengan Siti Nurdiana tu. Mdemang cantik orangnya walaupun tak bermekap lebih-lebih.

Pasal mekap ini teringat Am beberapa hari lepas Am ada dapat email rupa artis Malaysia sebelum dan selepas mekap. Terperanjat juga tengok, rasanya lawa lagi isteri Am dari mereka ini hehehe


Nota Kaki :

Lebih suka yang asli hehehe............

Labels:

Friday, June 22, 2007

Bercerita tentang "Report Card"

Eye On Malaysia
Photo ini Am rakamkan semasa bawa anak Am menaiki "Eye On Malaysia". banyak lagi koleksi sebenarnya tapi belum berkesempatang untuk dipaparkan disini, kalau ada masa nanti Am akan paparkan disini.

Jambatan..
Original Upload from Canon Digital IXUS 60



Hari ini bercuti kerana hendak ambil "report card" sekolah kebangsaan anak Am. Sudah 2 hari dia pesan abah dan mama dia datang ambil, dia kata datang cepat-cepat supaya dia boleh balik cepat. Itu yang dia fikir, dia tak fikir dia hendak kena marah kalau keputusannya teruk nanti.

Rupanya bukan Am sahaja tapi ada ramai juga kawan-kawan Am yang bercuti hari ini kerana sebab yang sama, nampaknya berkumpullah kami disekolah nanti. Bertukar-tukar cerita pasal anaklah nanti hehehe


Nota Kaki :

Pindah pejabat ditunda, buat penat sahaja berkemas cepat-cepat............

Labels:

Saturday, June 16, 2007

Bercerita tentang "Gara-Gara"

Hari ini baru bawa anak Am pergi gunting rambut ala-ala komando. Ini semua gara-gara kerana dia pergi gunting rambut dia sendiri di sekolah ugama. Lansung tak boleh dibetulkan lagi sampai terpaksa potong nipis ala komando. Ada niat nak botakkan sahaja tapi kesian pula dia malu bila ke sekolah nanti hehehe.

Sekarang juga Am terpaksa isi minyak kereta di Shell gara-gara anak Am hendak kereta Ferrari tu, nampaknya terpaksa Am isi minyak di Shell sehinggalah cukup koleksi kereta Ferrari dia tu. Harap-harap selepas ini janganlah Shell keluar koleksi kereta lain pula hehehe.

Sekarang ini juga Am memang teramat penat gara-gara berpindah pejabat, banyak kotak yang hendak diangkat ditambah pula dengan perangai rakan-rakan pejabat yang amat mementingkan diri sendiri yang amat malas nak menolong walaupun mereka sedar yang nak berpindah itu satu pejabat bukan Am seorang sahaja. Semua ini gara-gara sudah terlebih besar kepala dan ingat diri terlebih handal walaupun kerani sahaja. Memang Am geram sangat rasa macam nak cekik-cekik sahaja hehehehe


Nota Kaki :

Nak perbetulkan sikit, Am berpindah pejabat bukan berpindah rumah ya hehehehe............

Labels: ,

Wednesday, June 13, 2007

Bercerita tentang "Tol"

ySeperti yang kita tahu bayaran bagi tol Smart sebanyak RM2.00 sehala, Am tak kisah pun, kalau tak nak bayar tak payah ikut, cuma yang Am sakit hati dan menyampah ialah perkataan hujungnya semasa pengumuman itu dibuat oleh menteri kerjaraya itu

"Ini lebih murah berbanding negara lain"

Asyik nak membandingkan dengan negara kita dengan negara orang sahaja. Sepatutnya kita jadikan negara kita sebagai negara contoh pada negara lain bukan nak bandingkan. Cuba bandingkan ada tak atap bangunan yang boleh kata baru roboh dinegara orang lain?, ada tak jambatan baru tapi dah retak?, rasuah ker, sukan ker ataupun banyak perkara lain lagi. Ayat itu sekarang dah jadi ayat "standard" bagi menteri negara kita ini.


Nota Kaki :

Tak marah cuma menyampah sahaja............

Labels:

Sunday, June 10, 2007

Bercerita tentang "Kali Pertama"

Banyak kali pertama yang berlaku dalam hidup Am baru-baru ini dalam hidup Am

Kali pertama dapat cabutan bertuah
Kali pertama naik "Eye On Malaysia"
Kali pertama tengok wayang hanya berdua dengan anak
Kali pertama menulis entry pada hari Ahad
dan akhir sekali, Kali pertama menulis blog ini dari rumah sendiri.

Sebenarnya hari ini guna "password" jiran sebelah rumah, kebrtulan dia guna "wireless" dan beri Am paswordnya hehehe

Nota Kaki :

Nampaknya akan selalu tulis blog dari rumah sahaja............

Labels:

Wednesday, June 06, 2007

Nota Buat Teman

myspace

Nota Kaki :
Jangan lupakan Am ya....

Labels: