AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Wednesday, April 30, 2008

Bercerita tentang "Poligami"

Abang : Nanti kita nak kahwin 4
Mama : Apa pasal nak kahwin 4?
Abang : Nak isteri ramai
Mama : Apa pasal nak isteri ramai?
Abang : Pasal nak anak ramai, 11 orang
Mama :%$*&)&^%
Abah : Hehehe

Ada-ada sahaja anak Am ini, asal nampak semua dia nak ikut, dia ingat senang ke nak jaga 4 isteri ditambah pula dengan 11 anak. Am dan isteri jaga 2 anak pun dah pening melayan.

Bercerita tentang poligami ni, secara peribadi bagi Am kalau kita cukup syarat, BETUL-BETUL cukup maksud Am bolehlah lakukannya pasal benda ini tak salah tapi kalau baru satu dah rasa-rasa tak cukup duit tu sampai cukup bulan hentikanlah, jangan cari masalah dan beri masalah pada orang lain.

Satu lagi yang cukup syarat pun kenalah fikir juga niat nak khawin tu, banyak yang Am nampak habis anak dara yang lawa-lawa dipinang dan jadi isteri kedua, ketiga atau keempat dan tak lama kemudian banyak pula "title" janda-janda muda kedengaran.

Am sebenarnya tak jeles pun pada yang kahwin 2, 3 atau 4 kerana Am takut akan tangungjawab yang perlu Am pikul nanti. Ini bukan bermakna Am takut pada tangungjawab tapi Am rasa sekarang ini pun banyak lagi tangungjawab Am yang belum terlaksana menyebabkan Am belum bersedia untuk menambah tangungjawab lagi TAPI kalau ada orang letak parang kat leher suruh Am kahwin satu lagi, Am terima sahaja (rezeki jangan ditolak).

Moral of the Story:
Lelaki sahaja boleh khawin 4, perempuan jangan pula nak cuba ya.

Labels: ,

Tuesday, April 22, 2008

Bercerita tentang "Boikot"

"Kedutaan dan perdana mentri serta media pertelevisian Denmark berusaha menghentikan boikot yang menyebabkan kerugian hingga 2 miliar uero dan jika boikot ini diteruskan selama 7 bulan maka mereka akan menerima kerugian hingga 40 miliar uero. Sebarkan untuk meninggikan harkat dan martabat kita supaya mereka mengetahui kehebatan agama kita. Teruskan Boikot barangan buatan Denmark! Boycott Dutch Products!"

Banyak kali dapat "message" ini didalam YM Am, tak pasti sejauh mana kebenarannya cuma nak berkongsi dengan rakan-rakan.

Nota Kaki:
Ok ler tu

Labels:

Monday, April 21, 2008

Berita tentang "Pilihan"


Merayau dalam Komputer Am, terjumpa pula photo ini, rasanya dah lama photo ini tersembunyi dalam komputer Am ini.

Ada sekali tu melihat awan senja yang begitu indah, sayangnya tiada kamera untuk rakamkan photo senja tu

Awan Di Pantai....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Sabtu lepas Am betul-betul dalam dilema kerana ada tiga jemputan yang kalau boleh semuanya Am hendak pergi tapi Am boleh pilih satu sahaja. Saat itu macam nak jadi tiga orang dan berada pada tiga tempat dalam satu masa. Akhirnya Am membuat pilihan dan pergi bersama keluarga ke salah satu jemputan itu walaupun Am rasa hati Am macam dah terbahagi tiga pada saat itu.

Apa yang Am nak beritahu ialah kadang kala kita terpaksa dalam hidup kita untuk membuat pilihan. Kadang kala pilihan kita semudah nak makan lauk yang mana satu dan kadang kala pilihan agak susah sehingga membabit hati dan perasaan ramai orang. Disinilah kita kena pilih pilihan yang mana lebih penting bagi kita pada saat itu.

Am sendiri pun rasanya banyak juga yang salah dalam buat pilihan terutama masa menjawab soalan ABC semasa sekolah dahulu tapi yang pastinya kita kenalah yakin dengan pilihan yang kita buat dan jangan pula kita hilang keyakinan bila pilihan kita ternyata salah. Dalam hidup ini terlalu banyak pilihan yang perlu kita pilih dan yang paling seronoknya ialah kita tak tahu apa akan terjadi sehinggalah setelah kita membuat pilihan itu. Kalau difikirkan balik inilah keseronokkan hidup sebenarnya.

Nota Kaki:
Penat juga nak pilih tajuk "Entry" hari ni hehehe

Labels: ,

Friday, April 18, 2008

Bercerita tentang "Anak"


Photo ini Am terima dari email kawa-kawan, ada beberapa keping lagi sebenarnya. Am terperanjat tengok matahari boleh jadi macam ni.

Kalau tak silap photo ini dirakamkan di Rusia. Rasa Am lah photo ini jadi macam ini kerana pantulan, pantulan apa Am sendiri tak pasti

Matahari....
Original Upload from Email

Abang
Baru beberapa lepas abang tak sihat dan tak bersekolah tapi abang ni bila lama tak bersekolah dia boring dan tak sabar-sabar pula nak kesekolah. Masalah bila hari-hari sekolah dia tak sabar pulak nak bercuti. Isteri Am tak sabar nak bawa abang pergi ke Zoo buat kali kedua kerana abang dah tak tahu setengah-setengah haiwan makan apa. Ada ker patut dia kata Zirafah makan Haiwan.

Adik
Sekarang dah mula melasak habis, dia boleh pusing satu rumah sampai Am dan isteri boleh pening, mana adik pergi. Satu lagi perangai adik yang Am dan isteri perasan ialah dia suka main mainan abangnya. Mainan baby dia pegang dan baling sahaja. Am juga perasan adik sekarang dah ada ciri-ciri nak mengikut, asal Am atau isteri nak bergerak sahaja, dia akan mula menangis kalau tak bawa sekali. Nampaknya susahlah Abah dan Mama nya nak berdating hehehe

Am & Isteri
Am memang teruja kalau bercerita tentang anak-anak Am ini, melihat mereka membesar dengan seribu macam kejutan yang mereka berikan pada Am dan isteri membuatkan kami kena lebih berhati-hati dengan apa yang kami lakukan. Setiap apa yang kami lakukan anak Am akan pandang dan silap-silap dia boleh komplin pulak. Seperti yang Am katakan dahulu membesarkan anak-anak ini ialah satu proses belajar dan diajar.

Nota Kaki :
Selamat berhujung semua Seuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.

Labels:

Wednesday, April 16, 2008

Bercerita tentang "Tak Tahu"


Photo ini Am rakamkan semasa pergi ke Genting dengan keluarga Am, lama tak rakam gambar rasa kekok pula nak cari sudut yang paling bagus untuk rakamkan gambar bunga ini.

Am ada cita-cita nak beli kamera yang lebih canggih tapi takut membazir pula hehehe

Bunga Merah....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Beberapa hari lepas ada berbual dengan isteri Am tentang rakan kerja dia yang sentiasa cuba cakap "Tak Tahu" bila boss dia tanya pasal kerja dia. Bila ditanya mengapa dia buat begitu, dia kata sengaja buat-buat bodoh. Apalah..betul-betul jadi bodoh baru tahu

Am sebenarnya memang cukup sakit hati bila orang suka jawab dengan perkataan tak tahu kerana bagi Am mereka ini jenis manusia yang sambil lewa dengan kerja mereka dan jenis yang tak bertangungjawab dengan tangungjawab yang diberi pada mereka. Secara tak sedar mereka ini telah meletakkan diri mereka pada satu tahap dan selagi mereka tak ubah sikap tak tahu mereka maka sampai bila-bilalah mereka akan melekat di tahap itu.

Am boleh terima jika mereka kata tak tahu bila diluar bidang mereka, contohnya bila tukang sapu ditanya tentang alatan dalam kapal angkasa tapi kalau soalan yang ditanya dalam bidang kerja mereka dan dengan pengalaman berpuluh tahun masih menjawab tak tahu, sah-sah ada masalah dengan perkerja atau manusia ni.

Secara peribadi bagi Am, dari kita jawab "Tak Tahu" lebih baik kita jawab "Saya akan cuba periksa" atau "Saya akan cuba cari". Kita kena tahu kadang kala boss atau orang yang tanya soalan pada kita itu akan dapat melihat diri kita dengan jawapan yang kita berikan dan jangan salahkan orang disekeliling kita tidak menghormati kita jika kita sendiri tak menghormati diri kita sendiri.

Ada yang beritahu Am, kita jawab tak tahu pasal nak merendah diri dan tak nak tunjuk pandai tapi kita kena tahu dimana perlu kita jawab dan dimana kita perlu mengelak untuk jawab dengan baik. Jangan selalu cakap tak tahu sampai orang fikir kita memang tak tahu dan seterusnya memandang rendah kita.

Nota Kaki:
Hidup ini tak mudah tapi hidup ini akan menjadi makin tak mudah bila kita makin menyusahkan hidup kita sendiri.

Labels:

Friday, April 11, 2008

Bercerita tentang "Novel"



Kulit luar Novel yang baru-baru ini Am baca, Cantik juga pemandangan yang terpapar dan semestinya awan itu memang menarik dan biru. Tambahan pula tasik yang jernih nampak macam cermin pula.

"Sebening Rindu" cantik tajuk tu, membuatkan Am tertanya-tanya apakah maksud tajuk itu



Sebening Rindu
Original Upload from Azhan Kamal Blog

Alhamdulillah, masih kembali lagi dengan catatan terbaru dari Am. Hari baru, catatan baru, nafas baru cuma orang dan blog yang lama juga hehehe.

Am sudah habis membaca novel, Sebening Rindu tulisan saudara
Azhan Kamal yang diterbitkan oleh alaf 21. Isteri Am tergelak kerana agak pelik kerana Am baca novel kerana selalunya Am hanya baca komik. Sebenarnya Am dah kenal penulis novel ini agak lama di Alam Siber ni, jadi Am memang tak sabar-sabar ingin membaca novel sulungnya.

Terus terang, Am ini bukan peminat novel, kalau tak silap novel yang pernah minat baca ialah novel “Kane & Abel” (betul ke ejaannya ni)

Bagi Am novel Sebening Rindu memang menarik dan membuatkan Am ingin membaca dan terus membaca, cara penulisan penulis menyebabkan Am tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya dan ingin terus membaca untuk mencari jawapan dalam misteri yang dicipta oleh penulis.

TAPI bila hendak sampai ke penghujungnya, Am agak kecewa kerana penulis agak terlalu cepat menamatkan watak-wataknya. Tidak seperti watak Nazatul, Am bagai dapat merasai kesakitan watak itu tapi yang lain Am seperti tidak dapat merasainya. Secara peribadi bagi Am tak kiralah novel ker, komik ker, cerpen ker, bila penulis berjaya membawa pembaca khayal dengan jalan cerita dan krektor setiap watak, penulis akan berjaya meninggalkan kesan dihati pembaca. Secara tidak lansung novel atau komik atau cerpen itu akan menjadi yang terbaik dihati pembaca.

Walaubagaimanapun Am dapat banyak maklumat melalui novel ini terutamanya tentang penyakit dan erti persabahatan.

Ini hanya pendapat Am, mungkin pembaca yang lain mempunyai pendapat mereka sendiri dan tak semestinya pendapat Am itu benar sepenuhnya.

Nota Kaki:
Cemburu bila orang boleh tulis novel ni, rasa macam nak tulis novel juga hehehe

Labels:

Tuesday, April 08, 2008

Bercerita tentang "Dialog"


Photo ini Am dapat dari email rakan, photo ini sewaktu KL dilanda gelap macam dah malam walaupun baru petang. Kalau tak silap Am awan gelap ini terjadi pada minggu lepas

Am semasa ini ada dipejabat pun terpaksa tunggu hingga terang sedikit baru berani balik. Seram juga hehehe.

Awan Gelap
Original Upload from Email

Dialog 1
Mama: Berapa harga adik ni Abang?
Abang: RM100K, pasal adik dah pandai jerit, main, makan, bergerak
Abah: Kalau belum pandai semua
Abang : RM5

Dialog 2
Abah : Abang pergi mandi..
Abang : kejab.. 5 minit
Abah : Abang pergi mandi
Abang : Kejab lagi 5 minit
Abah : Abang pergi mandi
Abang : Last, lagi 5 minit
Abah : PERGI MANDI SEKARANG.....

Dialog 3
Abah: Aaaadik....
Adik : Ahhhhh aaaa Ahhhhh Aaaa
(Masih belum faham apa adik cakap lagi hehehe)

Labels:

Tuesday, April 01, 2008

Bercerita tentang "Last Day"

Hujung minggu lepas Am dan keluarga berjalan di satu pusat membeli belah ini, sedang minum Am dan isteri perasan satu tempat berniaga yang masih memaparkan barang jualannya dengan kertas "Last Day". Kalau tak silap kami minggu lepas pun mereka kata last day, punyalah lama dia punya last day.

Kata isteri Am itu strategi dalam peniagaan

Kata Am pula itu strategi penipuan dalam perniagaan

Nota Kaki:
Jangan bimbang hari ini bukan Last Day Am berblog hehehe

Labels: