AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Friday, May 30, 2008

Bercerita tentang TEMBOK 2

BMC: Penduduk buang semula benteng
May 29, 08 11:50am

Penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC) telah membuang semula benteng yang dibina oleh syarikat konsesi tol, Grand Saga, yang menutup jalan yang mengelak tol di Lebuhraya Cheras-Kajang, malam tadi.

Ini merupakan kali ketiga batu benteng yang dibina di jalan tersebut, dibuang oleh penduduk di situ.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang turut berada di situ pada kira-kira jam 7.30 malam, memberi lampu hijau kepada penduduk untuk mengalihkan batu benteng tersebut.

Pada penduduk selesai mengalihkan batu benteng di jalan tersebut pada jam 9.30 malam.
Selanjutnya

Komen Am

Semalam kawan Am asa SMS Am "Makin hari makin glamer rumah kita, Hidup Bandar Mahkota Cheras" Tersenyum Am baca dan memang betul isu pasal tembok ini memang membuatkan orang yang sebelum ini tak tahu macam mana nak pergi rumah Am terus tahu. Senang kalau nak buat kenduri nanti.

Berbalik cerita pasal Tembok tu, Am rasa isu utama ialah "Siapa Paling Sabar", SAGA bina PENDUDUK roboh, dah tiga kali pun, sampai ada yang cedera kena pukul oleh pihak yang entah datang dari mana. Kebetulan petang itu Am ada disana, nasib baik Am dah balik kalau tidak Am sekali terbabit.

Yang Am masih tertanya-tanya ialah kenapa Kerajaan Persekutuan masih tak campur tangan. Mereka yang sebelum ini begitu beria-ia untuk lebih menjaga kepentingan rakyat. Bagi Am isu-isu beginilah yang dapat mengembalikan imej kerajaan pusat yang semakin lesu sejak kebelakangan ini. Tapi siapalah Am ini kan berbanding dengan mereka yang mempunyai bergulung-gulung ijazah. Bagi Am, Am cakap pada benda yang Am nampak dan mereka sepatutnya tunjukkan pada rakyat apa yang mereka buat.

Yang Am nampak mereka hanya kutuk orang sana, kutuk orang sini, membuat kajian itu dan ini tapi masih belum ada projek atau keputusan mereka yang memberi kesenangan pada rakyat (betulkan jika Am salah).

Nota Kaki :
Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.

BERITA TERKINI
Akhirnya setelah sekian lama, kabinet telah mengarahkan jalan itu dibuka dan juga mengarahkan Grand Saga membaiki jalan itu

Labels: , ,

Tuesday, May 27, 2008

Bercerita tentang MEDIA

Kerajaan beri penekanan terhadap media baru
27/05/2008 11:25am


KUALA LUMPUR 27 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memberikan penekanan yang lebih kepada aspek media baru seperti blog dalam usaha untuk memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia perlu memandangkan tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan melalui platform media baru telah membawa kesan diluar jangkaan seperti yang dapat dilihat melalui keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.
Selanjutnya

Komen Am :

Baru perasan ker? Am dah lama tahu berapa berkesannya "Blog" ini, dari dulu lagi Am dah kata daripada haramkan blog, lebih baik kerajaan gunakan blog untuk menyampaikan maklumat yang mereka ingin sampaikan TAPI bila orang ramai komen nanti jawablah ya dan jangan melenting pula.

Nota Kaki :
Kelebihan Blog, orang ramai boleh komen apa yang kita tulis, sendiri mau ingat lah ya

Labels: ,

Thursday, May 22, 2008

Bercerita tentang ANAK

Am sendiri dah lupa bila Am rakamkan photo ini tapi yang pastinya Am rakamkan photo ini semasa Am didalam kereta dan semasa Am sedang menuju entah kemana

Sudah lama Am tak memaparkan photo awan bitu terbaru di blog Am ini, bukan awan biru dah tak ada tapi Am yang kurang merakamkan photo Awan Biru

Awan Biru....
Original Upload from Canon IXUS 60


Anak Am baru habis ujian pertengahan tahun dia, terus-terang Am dan isteri pula yang rasa lega. Kenapa ya? Mungkin kerana Am tak perlu pegang rotan malam-malam dan tak perlu tengok anak Am menangis sambil mengira dan membaca hehehe

Ada juga kertas periksa yang dapat semalam, keputusannya oklah. Tak seteruk darjah satu dahulu. Mungkin masa ada yang ingat dimana anak Am tak jawab satu soalan pun semasa darjah satu hehehe.

Oh ya tamat sahaja Abang periksa Adik pula mula deman, wan nya kata adik deman tapi macam tak deman, kuat semangat (yang ini ikut abah dia). Harap-harap adik cepat sembuh kerana cuti-cuti Malaysia dah dekat ni, nanti terbatal pula semua hajat nak bercuti.

Nota Kaki :
Kepala pening, "Meeting" dah dekat, banyak benda tak siap lagi.....

Labels:

Tuesday, May 20, 2008

Bercerita tentang "Keluar"

Dr. Mahathir umum keluar UMNO
Oleh ZAINU‘L AZHAR ASH‘ARI

ALOR STAR 19 Mei – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO, berkuat kuasa serta-merta.

Bekas presiden UMNO selama 22 tahun antara 1981 dan 2003 itu dan merupakan antara ahli terawal parti itu sejak penubuhannya pada 1946 berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden UMNO sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya umum saya keluar parti hari ini,” katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota UMNO Kedah pada forum Nasib Kedudukan Bangsa Melayu di sebuah hotel di sini.

Menurut anggota UMNO seumur hidup itu, beliau hanya akan kembali menyertai UMNO selepas Abdullah yang juga Perdana Menteri meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin negara.

“Saya akan menulis surat kepada UMNO bagi memaklumkan kepada mereka (mengenai langkah keluar daripada UMNO),” katanya.

Sebelum itu, beliau memberi cadangan supaya pemimpin cawangan dan bahagian parti itu meletakkan jawatan masing-masing sebagai isyarat kepada Abdullah supaya meletakkan jawatan dalam parti sebelum pemilihan UMNO Disember ini.

“Saya tidak akan suruh orang lain buat sesuatu (letak jawatan dan keluar UMNO) yang mana saya sendiri tidak berani buat,” kata beliau.

Bekas Perdana Menteri berusia 83 tahun itu berkata, surat pengisytiharan keluar daripada UMNO akan dihantar secara rasmi kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor secepat mungkin.
Selanjutnya

Komen Am

Malas nak komen, rasanya melambak komen kat luar sana cuma Am nak bertanya sikit. Melayu semakin berpecah dan SIAPA YANG RUGI? SIAPA YANG UNTUNG? SIAPA YANG MENANGIS? SIAPA YANG TERSENYUM?

Nota Kaki:
Sedih.....Sedih.....Sedih......

Labels: ,

Friday, May 16, 2008

Selamat Hari GURU

Mama: Abang nak kasi apa pada cikgu Abang nanti
Abang: Tak tahu lah Mama
Mama: Cubalah fikir....
Abang:............ susah-susah nak fikir, senang-senang tak payah bagi apa-apalah Mama
Abah: Apa raaaaa budak sorang ni...

Hari Jumaat ini sambutan Hari Guru disekolah kebangsaan anak Am. Am dan isteri sudah benda nak kasi pada guru anak Am tu, guru sekolah ugama sahaja belum fikir lagi hehehe

Mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" kepada semua guru-guru di dunia dan teristimewa pada guru-guru tang menjengok diblog Am ini. Terima kasih atas jasamu kerana sudi mendidik anak bangsa kita hingga berjaya.

Nota Kaki :
Pernah bercita-cita uintuk menjadi guru tapi tiada keyakinan

Labels:

Thursday, May 15, 2008

Bercerita tentang "Peperiksaan"

Semalam anak Am baru mula peperiksaan penggal pertama atau peperiksaan tengah tahun. Nak panggil yang mana satu Am pun tak pasti. Bila dah mula periksa mulalah bising mulut Am dan isteri ajar dia waktu malam. Adik bila abang kena marah, terlopong sahaja mulut dia.

Balik sekolah semalam anak Am beritahu cikgu dia kata dia boleh dapat 100%. Am dan isteri senyum sahaja kerana kami berdua muskil dia jawab 100% semua soalan ker atau sebenar-benarnya dia dapat markah 100%

Nota Kaki:
Lepas minggu peperiksaan Bermulalah bulan berjalan

Labels:

Tuesday, May 13, 2008

Bercerita tentang "Blogger"

Tiada hasrat sekat blogger

MERSING 7 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak menyekat pengendali laman blog, sebaliknya akan sentiasa bersikap liberal terhadap mereka.

Bagaimanapun, menurutnya, pengendali blog tidak boleh menerbitkan sesuatu artikel sewenang-wenangnya kerana negara mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi.

"Dalam soal ini kerajaan sentiasa bersikap liberal dan sering memerhati perkembangan laman web yang semakin hari semakin banyak.

"Malah, kita tidak berhasrat untuk menyekat mana-mana individu yang ingin membuka laman web, tetapi mereka perlu ingat yang negara kita ada undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah melawat Kem Iskandar di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pendakwaan ke atas editor laman blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin, 58, semalam atas kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menerbitkan satu artikel mengenai pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam laman webnya kira-kira dua minggu lalu. Seterusnya
disini

Komen Am

Apa pun benda jika diguna dengan baik, baik lah jadi nya begitu juga sebaliknya, namun begitu Am rasa lega juga tiada sekatan dalam berblog ini. Kita masih boleh tulis apa yang kita hendak dan kita pun perlu tahu batasan kita.

Am nampak perubahan blog ini sendiri dari satu diari dialam siber kepada menjadi satu alat oleh berbagai pihak untuk menyuarakan pendapat mereka. Blog juga dijadikan sebagai tempat untuk berniaga, berpolitik dan bermacam-macam lagi. Ini dapat dilihat melalui pengguna-pengguna blog itu sendiri, contohnya blog bekas menteri besar selangor. Mungkin ramai yang tak tahu, Tun juga ada blog tentang perjalanan politiknya.

Bagi Am pula, biarlah Am menulis tentang diri Am dan apa yang nampak didalam blog Am ini, hendak menulis tentang politik Am rasa Am belum layak lagi walaupun bagi Am politik itu bukan untuk orang yang bertanding sahaja tapi bagi semua orang dari PM hinggalah kepada tukang sapu itu sendiri.

Nota Kaki:
Biar banyak blog Jangan banyak mulut....

Labels: , ,

Saturday, May 10, 2008

Selamat Hari IBU

Selamat hari ibu kepada Mak Am, kepada Isteri Am, kepada Adik-Adik Am yang dah bergelar ibu, kepada Ipar-Ipar Am yang juga sudah bergelar ibu dan seterusnya kepada semua pengunjung blog Am. Tak kisah mereka dipanggil Mama, Mak, Ibu, Ummie, Mummy dan sebagainya.

Ingin berkongsi satu cerita menarik dengan pengunjung blog Am.
Tekan Sini

Ibu - P. Ramlee

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

Nota Kaki:
Ibu Ayam sendiri mau ingatlah ya

Labels:

Friday, May 09, 2008

Bercerita tentang "Tembok"




Grand Saga bina balik tembok
Oleh A. JAILANI ABDULLAH

KUALA LUMPUR 8 Mei - Pemegang konsesi Lebuhraya Cheras-Kajang, Grand Saga Sdn. Bhd. hari ini membina semula tembok penghadang di persimpangan lebuh raya itu dengan jalan ke Bandar Mahkota Cheras yang dipecahkan oleh penduduk semalam.

Walaupun dilakukan di hadapan ratusan penduduk kawasan perumahan itu tetapi keadaan di persimpangan itu terkawal berikutan kehadiran anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengawasi kerja-kerja tersebut.

Tindakan membina tembok itu merupakan yang kedua dilakukan oleh Grand Saga dalam masa dua hari selepas tembok yang dibina semalam dipecahkan semula oleh penduduk pada sebelah malam.

Tembok penghadang yang asal telah dipecahkan oleh penduduk di bawah Jawatankuasa Bertindak Buka Jalan Bandar Mahkota Cheras pada 21 April lalu.

Sementara itu, pembantu khas kepada Ahli Parlimen Serdang, Steven Tan berkata, orang ramai membantah pembinaan semula tembok berkenaan kerana Grand Saga gagal menunjukkan dokumen yang mereka berhak untuk berbuat demikian.
Selanjutnya

Komen Am

Sebenarnya Am tak terfikir nak tulis isu ini dalam blog Am tapi apabila TV3 semalam menyiarkan cerita yang tak berapa tepat atau boleh kata kurang lengkap atau boleh kata lebih pada putar belit membuatkan Am tergerak untuk membetulkannya.

Am berani tulis kerana Am memang tinggal dikawasan itu dan memang boleh kata hari-hari guna jalan itu. Dari apa yang disiarkan oleh TV3 semalam seolah-olah bila Penduduk/Pembangkang pecahkan tembok batu itu, masalah besar dari segi keselamatan telah timbul walaupun pada hakikatnya itu bukan isu besar tapi satu isu yang sengaja diperbesarkan.

TV3 tidak sedikitpun menerangkan bahawa dengan runtuhnya tembok itu ia telah memberi keselesaan kepada berpuluh ribu penduduk disekitarnya yang sebelum ini terpaksa berkongsi satu jalan dengan penduduk Sg. Long dan penduduk Taman Rakan. Dengan pembangunan yang agak pesat di Kawasan Sg. Long dan Bandar Mahkota Cheras, kadar kenderaan telah meningkat dengan banyak sekali dan para penduduk terpaksa bersesak-sesak dijalan raya terutamanya semasa pergi dan balik kerja. Am rasa tak perlu cerita panjang, lihat pada "Map" itu sendiri dah dapat lihat betapa jalan itu memberi keselesaan pada penduduk.

Cara TV3 menyampaikan isu tembok ini memang mencewakan Am, kalau rancangan 999 mereka boleh meneroka sampai kedalam hati penjenayah juga menemuramah berbagai pihak dan rancangan Majalah 3 mereka boleh keluar negara mengupas isu dengan lebih dalam TAPI dalam isu tembok ini seolah-olah ada tembok pula dimata mereka. Am amat berharap TV3 boleh menyampaikan berita dengan lebih telus, tepat dan menyakinkan, yang pastinya Am sendiri tak yakin dengan berita TV3 itu lagi. Kenapa Am tak yakin, kerana adakah berita itu yang sebenarnya terjadi atau mereka hanya menyampai apa yang mereka hendak sampaikan sahaja bukan keseluruhan berita itu sendiri.

Bagi sesiapa yang belum tahu, tembok itu telah wujud sebelum pilihan raya lagi dan permintaan penduduk supaya jalan itu untuk dibuka telah tertanguh dan nampak diambil sambil lewa sahaja selama ini. Malah isu inilah menjadi salah satu isu pembangkang untuk mengaut undi semasa pilihanraya lepas. Setelah hampir 2 tahun bersabar dan setelah tak sampai 2 bulan selangor jatuh ditangan pembangkang tembok itu telah dipecahkan secara paksa. Am tertanya-tanya dalam hati apa yang dibuat oleh Kerajaan Selangor sebelum ini

Am nampak wakil dari pembangkang sahaja sejak dari mula isu ini, wakil BN dimana ya? Sedarkan mereka jalan ini untuk kemudahan semua bukan untuk pembangkang tapi untuk rakyat. "Rakyat" itu bererti bukan sahaja pembangkang tapi akan digunakan oleh penyokong BN juga.


Nota Kaki:
Maaf agak panjang hari ini, Edisi lepas geram

Labels: ,

Wednesday, May 07, 2008

Bercerita tentang "Blog"


Photo ini Am rakamkan semasa menjemput isteri Am dipejabatnya. Bangunan yang tajam tu rasanya semua dah tahu.

Bangunan yang satu lagi itulah tempat isteri Am berkerja, cuba teka bangunan apa tu. Maaf tiada hadiah walaupun jawapannya betul hehehe

Bangunan....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Kelam kabut sikit nak berblog sekarang ini, kerja tengah banyak. Bila Am kurang sibuk, blogger.com pula ada masalah, nak masuk pun macam tak boleh sahaja. Semalam hampir satu hari tak boleh masuk Am rasa. Rasanya semua kena bukan Am seorang sahaja.

Semalam dalam kebengangan tak dapat masuk blog, Am merayau dialam maya ini termasuk
wordpress. Sebenarnya memang dah lama Am ada satu blog dalam wordpress ni. Am simpan artikel2 disana. Berbalik pada hal semalam, dalam terkial-kial, mencari-cari, mengodek-godek wordpress tu, baru Am perasan jika kita buka satu blog baru dalam wordpress kita boleh pindahkan semua entry dan komen dalam blogspot ini kedalam wordpress.

Hebat juga wordpress ini rupanya, Am ini kalau jumpa benda baru, mulalah gatal tangan nak berhijrah. Kalau nak berhijrah pun mungkin bukan sekarang kerana Am agak sibuk dengan kerja dan rasanya banyak lagi dalam wordpress tu yang Am kena belajar, salah satunya macam mana nak letak msjbox Am tu.

Nota Kaki:
Jauh berjalan banyak pengalaman, banyak yang nampak, bertambah idea dan paling penting bertambahlah blog nampaknya

Labels: ,