AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Thursday, July 31, 2008

Bercerita tentang PERKATAAN

Satu lagi photo awan senja yang Am rakamkan sewaktu balik dari Johor. Pembetulan sikit bukan Am rakamkan tapi isteri Am rakamkan

Am sekarang ini teruja pula dengan photo awan waktu senja. Am rasa awan waktu ini memang cantik.


Awan Senja....
Original from Panasonic Lumix DMS-FS


Sekarang ini Am perasan banyak perkataan yang Am tak pernah dengar timbul di media-media terutamanya di internet. Bukan perkataan ini tak ada tapi baru digunakan secara meluas.

Perkataan seperti Qazaf, Muktabar, Mubahalah, Muzakarah, Muzakkar, Zakkarah dll. Banyak perkataan Am sendiri tak berapa faham maksudnya

Nota Kaki :
Apa-apapun perkataan Liwat/Sodomy yang paling popular....

Labels:

Wednesday, July 30, 2008

Bercerita tentang TAMBANG

K'jaan setuju naik tambang bas
Jul 29, 08 4:24pm

Kerajaan bersetuju tambang bas ekspres dan bas henti-henti seluruh negara dinaikkan tetapi tidak sehingga 100 peratus seperti yang dipohon oleh Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar.

Katanya kenaikan itu tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan kos operasi, termasuk harga diesel yang melonjak kepada RM1.43 seliter berbanding 71 sen seliter sejak kali terakhir tambang bas itu dinaikkan pada 2005.

"Peningkatan kos operasi juga disebabkan kenaikan harga barang-barang lain seperti tayar, minyak pelincir dan bateri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi kakitangan kementerian itu di Putrajaya hari ini.
Selanjutnya

Komen Am

Bila minyak naik Orang mula naik bas dan LRT, bila tambang bas dan LRT naik Orang naik kereta semula, bila minyak naik lagi Orang naik bas dan LRT semula, Berulang dan terus Berulang.

Nota Kaki:
Minyak naik semua naik, dulu kata boleh kawal.....chitttt....

Labels:

Friday, July 25, 2008

Bercerita tentang HUJUNG MINGGU

Photo ini baru sahaja dirakamkan, kalau tak silap awal minggu ini. Tersimpan dalam simpanan Am kerana banyak awan senja yang menjelma.

Susah nak lihat awan biru sekarang, cuaca tak menentu. Sangkakan hujan tiba-tiba panas, sangkakan panas tiba-tiba hujan ribut yang menjelma. Bila ada kemera pulak tak ada.

Awan Senja....
Original from Panasonic Lumix DMS-FS

Tak lama bulan puasa akan menjelma, hampir semua hujung minggu Am penuh dengan aktiviti. Banyak jamuan majlis doa selamat dan tahlil. Nampaknya hujung minggu isteri Am boleh berehat dari memasak.

Isteri Am sekarang tengah sibuk beli dan kumpulkan baju raya untuk anak-anak. Rasaya dah ada 2 - 3 helai tapi itu pun dia masih tak puas hati lagi. Masih tak cukup katanya. Am pula seperti lepas-lepas masih tak siap apa-apa lagi, selalunya bila hujung bulan puasa baru Am bershopping.

Sekarang ini satu lagi yang Am perasan, musim orang jual dan beli kain. Di pejabat Am ini pun serupa, bila perempuan-perempuan disini lama sangat dalam bilik file, ingat kan buat filling rupanya tengah memilih kain.

Besok anak Am sekolah ganti hari sabtu. Biasalah awal-awal dia kata tak nak pergi tapi awal-awal kami dah paksa dia pergi. Kali ini si abang ni beritahu kami ada sekolah, selalunya kami tahu dari kawan-kawan lain dan ada sekali tu sampai tak pergi pasal Am dan isteri tak tahu ada sekolah.

Nota Kaki :
Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.

Labels: ,

Wednesday, July 23, 2008

Bercerita tentang TEKANAN

Photo ini bukan Am cilok tapi minta dari rakan MySpace Am. Tengok photo ini Am terus terpikat ia begitu cantik bagi Amlah

Kalau tak silap Am photo ini dirakamkan di Canary Island, Spain. Belum pergi jadi lihat rakan-rakan punya photo pun jadilah hehehe


Awan Berkabus....
Original from MySpace....


Tekanan Beberapa minggu yang lepas ada orang bunuh diri di pangsapuri berdekatan dengan rumah bapa mertua Am. Muda lagi dan nampaknya dia memang dah nekad, letak kereta naik dan terjun, engin kereta pun masih panas lagi. Secara peribadi bagi Am semua ini datang dari tekanan.

Dari mana tekanan itu datang? Tekanan datang dari tempat kerja, keluarga, rakan-rakan malah dari diri kita sendiri. Setiap hari tekanan akan datang samada kita suka atau tidak, samada kita hendak mengelak atau tidak, samada kecil atau tidak dan samada ia memberi kesan yang besar atau tidak. Yang penting adalah cara kita menerima tekanan yang datang itu.

Bagaimana kita menerimanya? Secara umumnya selalunya kita akan menerima secara positif atau negatif. Setengah orang menanggap tekanan itu sebagai cabaran, setengah menerima dengan hati yang terbuka dan mengatur balik hidup seiring dengan tekanan itu. Ada pula yang menerima dengan membenci dan cuba mengelakkannya akhirnya tekanan itu makin bertambah sehingga dia sendiri tak mampu menanggungnya.

Kurangkan? Secara peribadi bagi Am tekanan akan ada sampailah kita menutupkan mata tapi kita boleh lakukan aktiviti yang dapat sekurang-kurang rasa bebanan tekanan itu dalam diri kita. Contohnya seperti Am, Ami minat baca komik jadi Am baca komik untuk melegakan fikiran Am, walaupun tekanan itu tak hilang tapi sekurang-kurang fikiran Am akan lapang semula untuk menyelesaikan tekanan itu dengan lebih baik lagi. Ada juga yang suka senaman, mandi, tidur atau apa sahaja asalkan ia dapat memberi ruang kepada diri kita untuk berehat sebentar dari dikuasai oleh tekanan itu.

Dikuasai? Yang penting biar kita yang menguasai tekanan itu dan jangan biarkan tekanan itu yang menguasai kita. Bila tekanan yang menguasai kita, mulalah kita lupa pada ugama, adat dan pegangan hidup kita.

Elakkan? Am selalu percaya pada perkataan ini "Mencegah lebih baik dari mengubati" Jadi bagi Am adalah lebih penting supaya kita lebih berhati-hati dalam apa sahaja yang kita lakukan agar kita tak menambahkan tekanan pada diri kita sendiri terutama dalam segi kewangan kerana kewanganlah yang selalunya memberi kita tekanan. Kalau pendapatan sikit, bebelanjalah denngan had yang kita mampu.

Nota Kaki :
Bila dalam kesusahan Fikirkan bahawa ada orang lain lebih susah dari kita......

Labels:

Monday, July 21, 2008

Selamat Hari Jadi BLOGku

Photo ini baru dirakamkan semalam semasa dalam perjalanan pulang dari Tangkak. Isteri yang rakamkan, nak buat macam mana kerana kalau rakam sendiri maunya kereta jalan dalam longkang nanti.

Awan waktu senja memang cantik dan secara peribadi, memang tak puas menatap awan waktu senja. Ia muncul sekejab tapi begitu indah.

Awan Senja....
Original from Panasonic Lumix DMS-FS


Tiga tahun lepas pada hari ini telah tercipta sebuah blog bergelar "Klinik Minda - Merenung Jejak Kehidupan". Dari Blogdrive kemudian ke Blogspot dan dari sekadar sukar-sukar blog ini menjadi kemestian dalam hidup penulisnya. Penulis itu mengelarkan dirinya Abah Muda @ Am, walaupun penulis itu bukan muda sangat tapi penulis itu selalu berharap agar jiwanya akan terus sentiasa muda.

Penulis sedar mencipta Blog memang mudah tapi untuk memastikan Blog itu terus wujud memerlukan satu keazaman yang lebih tinggi. Keazaman penulis datang dari sokongan rakan-rakan blog yang begitu setia menyokong penulis.

Harapan penulis agar setiap tahun pada hari ini, penulis akan terus dapat menulis ucapan ini dan semuga semangat berblognya tak akan luntur sampai bila-bila. Penulis juga berharap apa yang ditulis disini tidak disalahertikan sehingga penulis disaman kerana penulis bukanlah orang kaya untuk membayar saman berjuta-juta. Baginya penulis menulis untuk membuka minda penulis dan orang yang membaca blog ini.

Ok sebelum mengarut lebih panjang lagi, penulis mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengunjungi blog dan menyokong penulis selama ini, terima kasih juga pada semua yang menegur dan juga kepada yang menolong mengajar penulis tentang selok-belok mengenai blog.

Nota Kaki :
Jangan bimbang, cerita disini 99% benar kerana isteri penulis salah seorang yang selalu membacanya hehehehe

Labels: ,

Friday, July 18, 2008

Bercerita tentang PELUANG

Photo Senja ini dirakamkan oleh adik ipar Am semasa dia mendaki Gunung Kinabalu. Sebenarnya Am tak perasan photo ini, isteri Am yang beritahu.

Jadi Am cilok photo ini dan paparkan disini tanpa kebenaran tapi rasanya dia tak marah pun. Ada beberapa keping lagi photo yang menarik tapi rasanya ini yang paling menarik.

Awan Senja....
Original from SONY....

Dah lama Am nak bercerita tentang PELUANG dalam blog Am ini tapi bila menulis terlupa dan akhirnya bercerita pasal benda lain pula. Ok setiap orang akan dapat peluang dalam hidup mereka, berbagai segi peluang dan tak kiralah samada peluang itu kecil atau besar.

Apa yang Am nak tekankan disini ialah kita kena sediakan diri kita dahulu dan janganlah bila peluang itu datang nanti kita tak bersedia untuk menangkap atau mengambil peluang itu. Alangkah ruginya kita bila peluang itu terlepas ketangan orang lain. Akhirnya kita cakap bukan rezeki kita walaupun sebenarnya kita sendiri salah kerana kita terlalu leka.

Bersedia yang macam mana yang Am cuba ceritakan disini ialah jika kita kerani, kita belajar komputer, bahasa inggeris, kemahiran berkemunikasi dan lain-lain lagi. Ini kerana jika ada peluang naik pangkat benda-benda ini yang mencerahkan peluang kita untuk merampas peluang naik pangkat itu. Banyak contoh lain lagi sebenarnya dan perlu kita ingat kadang kala kita akan beritahu buat apa nak belajar semua itu tak berguna kerana kita tak tahu sebenarnya bila kita akan guna benda-benda yang kita belajar itu.

Secara peribadi bagi Am, peluang yang sangat baik tak selalu datang dalam hidup kita dan amat beruntung pada mereka yang dapat banyak peluang baik dalam hidup mereka. Jadi sebaik-baiknya bila peluang baik itu muncul kita sudah cukup bersedia dan jangan kerana kedaifan kita terlepas setiap peluang yang datang pada kita.

Yang Am nampak, orang-orang yang berjaya ialah orang yang mengcekup segala peluang yang mereka dapat termasuk peluang orang lain dan orang yang gagal atau tidak berjaya ialah orang yang terlepas peluang demi peluang dalam hidup mereka.

Satu lagi janganlah kita cepat berputus asa kerana kita tak pernah dapat atau diberikan peluang kerana kita tak tahu apa yang berlaku akan datang, mungkin peluang itu sedang berada berhampiran kita dan sedang tunggu masa sahaja untuk mendekati kita.

Nota Kaki :
Kesusahan orang lain adalah peluang untuk kita dan jangan pula kita menyusahkan orang lain untuk mengambil peluang keatas diri mereka.

Labels:

Wednesday, July 16, 2008

Bercerita tentang MElayu

Tentu ramai yang tonton debat malam tadi, Am pula dari pukul 9.00 kemudian tengok analisisnya di Awani dan kemudian sambung pula dengan siaran tertungak di TV3. Rasanya banyak yang Am hendak tak dibahaskan di debat itu dan Am sendiri masih tertanya-tanya sebab lain selain dari sebab global kenapa minyak perlu naik secara mendadak. Hai gagal....gagal....

Kenapa Am kata gagal sampai 2x, kerana tajuk debat adalah "Hari ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pencadang paling kurang sikit berjaya membuat rakyat yakin yang dia boleh menurunkan harga minyak tapi sebagai pembangkang tajuk debat itu Datuk Ahmad Shabery Cheek tidak berjaya lansung membuatkan rakyat ragu-ragu yang usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan berjaya.

Ok balik pada tajuk asal untuk cerita Am hari ini iaitu, "Melayu". Sekarang ini yang Am nampak dan mungkin semua nampak orang melayu semakin berpecah. UMNO, Keadilan dan PAS tiga parti besar dengan tujuan masing. Sana tuduh sini fitnah dan sini suruh sana bersumpah dan sebagainya tapi yang ruginya siapa. Sudah tentu orang melayu dan kalau ini terus menerus terjadi tak mustahil keruntuhan bangsa melayu akan terjadi tak lama lagi.

Kesihan pada tokoh zaman dahulu yang berjuang tanpa letih untuk menaikkan martabat bangsa melayu dan tokoh sekarang dengan rakusnya meruntuhkan apa yang dibina oleh tokoh dahulu dengan mudah dan tanpa rasa malu. Tak kisahlah tokoh dari parti yang mana pun, mereka secara lansung atau tidak lansung menyumbang kearah keruntuhan ini.

"Tidak Melayu Hilang Didunia" setuju Melayu takkan hilang tapi tak mustahil melayu akan jadi hamba dibumi sendiri atau sekadar menjadi bangsa "melukut ditepi gantang" ada tak apa tak ada pun tak apa. Bila ini terjadi barulah mereka ini semua sedar yang mereka semua sama-sama kalah dan yang menang adalah bangsa lain. Patutnya kita belajar dengan apa yang terjadi di Palestin ataupun Bosnia. Ini tidak kita pandang, kita simpati, kita tumpang mengutuk TAPI kita tak belajar apa-apa pun.

Nota Kaki :
MELAYU...tolonglah jangan ME Layu

Labels: ,

Wednesday, July 09, 2008

Selamat Hari Jadi ADIK


"Banner" ini disumbangkan oleh sepupu isteri Am. Kebetulan dia memang kerja dikedai buat benda-benda ini. Jangan tanya harga Am sendiri pun tak tahu.

Masaalahnya sekarang lepas hari jadi tak tahu nak letak kat mana "banner" ni. Almaklumlah rumah Am kan kecil sahaja.


Hari ini Hari jadi adik pula. Selamat Hari Jadi adik dari Abah, Mama, dan Abang. Doa adik serupa dengan doa untuk Abang, semuga adik berjaya didunia dan akhirat.

Ingat lagi dahulu sebenarnya bila doktor suruh pilih tarikh, Am nak pilih tarikh sama dengan abang tapi abang marah dia kata tarikh tu untuk dia sahaja.

Memang dah lama Am pilih lagu ini untuk adik,

Anak - Carefree

Ketika engkau dilahirkan
Engkau menerangi alam
Kegelapan ayah dan ibu mu

Betapa murni kasihnya
Ketika kau nyenyak tidur
Menatapi wajahmu oh anak

Kenanglah ibu mu tidur tak lena
Menjaga tidur mu
Takut engkau terbangun
Menangis kehausan susu

Di belai mu dengan cermat
Penuh kasih dan sayang
Tiap detik dan setiap waktu

Kini masa terus berlalu
Di mandi dengan kasih sayang
Kau besar sudah oh anak

Ibu dan ayahnya memberi kau
Kebebasan yang engkau mahu
Di samping didikan agama
Yang sempurna untuk hari mu

Sumbangan
Liriklagu.com

Naota Kaki :
Adik yang ter "over" peramah dan penuh dengan senyuman......

Labels: , ,

Friday, July 04, 2008

Selamat Hari Jadi ABANG


Am buat ini untuk lekatkan di beg "Terima kasih" untuk majlis hari jadi anak-anak Am tetapi nasib tak baik "printer" pula rosak. Jadi akhirnya tak jadi lekatlah hehehe.

Kalau orang pandai ambil masa sekejab sahaja untuk buat benda ni, Am pula hampir 2 hari untuk siapkanya hehehe. Buat delete buat delete mana tak sampai 2 hari. Itu belum kira yang dah siapa tapi lupa "Save" akhirnya hilang dan kena buat semula hehehe.

Tak apa tahun depan Am akan pastikan "Printer" elok dan akan buat lebih baik dari ini.



Hari ini hari jadi Abang, Selamat Hari Jadi Abang dari Abah, Mama dan Adik. Semuga Abang berjaya di dunia dan akhirat.

Sekejab sahaja Abang sudah masuk 8 tahun, kalau dulu nampak Abang dari berbaring, kemudian merangkak dan sekarang dah berlari dan melompat disini sana. Kalau dulu hanya bersuara nak susu tapi sekarang dah pandai menjerit nak "Power Rangers" atau "Transformer"

Kalau dulu Abang menyambut hari jadi dengan Abah dan Mama tapi sekarang dah tambah dengan adik pula.

Sebenarnya banyak yang Abang ajar Abah tentang menjaga anak ini dan Abah akan gunakannya untuk enjaga adik pula. Abah harap Abang dan Abah akan terus saling mengajar di masa depan.

Sekali lagi Selamat Hari Jadi dari Abah, Mama dan Adik.

Paparkan juga lagu yang khas untuk Abang.

1234 - Aris Ariwatan

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

( korus )
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

( ulang korus )

Sumbangan Liriklagu.com

Nota Kaki :
Makin besar Makin banyak kerenah Abang ni Makin pening Abah dan Mama......

Labels: , ,

Thursday, July 03, 2008

Bercerita tentang PENING

Sekarang ini macam-macam peristiwa jadi di Malaysia ni. Semuanya agak memeranjatkan dan memening bermacam pihak

1Kes Altantuya Shaariibuu makin menarik dan panas, kalau dulu isteri TPM sekarang TPM pula dikaitkan. Memang dasyat kes ini, siapa lagi yang terlibat agaknya dan yang benar dan mana palsu agaknya.

2Anwar Ibrahim pula dengan kes liwat terbarunya. Kali ini Mohd Saiful Bukhari Azlan pula yang buat aduan. Entah siapa yang betul dan siapa yang salah.

3Pasal Ahli barisan nak lompat parti, ini satu lagi kes yang pelik. Semuanya masih rahsia dan entah siapa yang nak lompat tu. Kalau betul silap-silap boleh tukar kerajaan

4Kes Hakim pun masih suam-suam panas lagi. Yang ini kata campur yang itu kata tidak dan banyak isu berbangkit timbul.

5Ahad ini pula akan ada perhimpunan membantah kenaikan harga minyak. Rasa-rasanya macam jadi sahaja, kalau jadilah perhimpunan tu menurut yang Am tahu 1 juta orang akan berkumpul. Ramai tu.....

Nota Kaki:
Hujung-hujungnya rakyat yang pening....

Labels: