Friday, April 11, 2008

Bercerita tentang "Novel"



Kulit luar Novel yang baru-baru ini Am baca, Cantik juga pemandangan yang terpapar dan semestinya awan itu memang menarik dan biru. Tambahan pula tasik yang jernih nampak macam cermin pula.

"Sebening Rindu" cantik tajuk tu, membuatkan Am tertanya-tanya apakah maksud tajuk itu



Sebening Rindu
Original Upload from Azhan Kamal Blog

Alhamdulillah, masih kembali lagi dengan catatan terbaru dari Am. Hari baru, catatan baru, nafas baru cuma orang dan blog yang lama juga hehehe.

Am sudah habis membaca novel, Sebening Rindu tulisan saudara
Azhan Kamal yang diterbitkan oleh alaf 21. Isteri Am tergelak kerana agak pelik kerana Am baca novel kerana selalunya Am hanya baca komik. Sebenarnya Am dah kenal penulis novel ini agak lama di Alam Siber ni, jadi Am memang tak sabar-sabar ingin membaca novel sulungnya.

Terus terang, Am ini bukan peminat novel, kalau tak silap novel yang pernah minat baca ialah novel “Kane & Abel” (betul ke ejaannya ni)

Bagi Am novel Sebening Rindu memang menarik dan membuatkan Am ingin membaca dan terus membaca, cara penulisan penulis menyebabkan Am tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya dan ingin terus membaca untuk mencari jawapan dalam misteri yang dicipta oleh penulis.

TAPI bila hendak sampai ke penghujungnya, Am agak kecewa kerana penulis agak terlalu cepat menamatkan watak-wataknya. Tidak seperti watak Nazatul, Am bagai dapat merasai kesakitan watak itu tapi yang lain Am seperti tidak dapat merasainya. Secara peribadi bagi Am tak kiralah novel ker, komik ker, cerpen ker, bila penulis berjaya membawa pembaca khayal dengan jalan cerita dan krektor setiap watak, penulis akan berjaya meninggalkan kesan dihati pembaca. Secara tidak lansung novel atau komik atau cerpen itu akan menjadi yang terbaik dihati pembaca.

Walaubagaimanapun Am dapat banyak maklumat melalui novel ini terutamanya tentang penyakit dan erti persabahatan.

Ini hanya pendapat Am, mungkin pembaca yang lain mempunyai pendapat mereka sendiri dan tak semestinya pendapat Am itu benar sepenuhnya.

Nota Kaki:
Cemburu bila orang boleh tulis novel ni, rasa macam nak tulis novel juga hehehe

3 comments:

  1. Terima kasih Am di atas komen yang jujur itu. Memang novel itu agak pantas plotnya. Saya sengaja berbuat begitu. Tidak mahu terlalu meleret dan jalur kehidupan Kamarul yang saya ingin rakamkan. Ada juga pendapat kenapa tidak saya kembangkan watak Nazatul? Saya memang sengaja 'membunuh' Nazatul tetapi saya hidupkan watak yang lain agar timbul kelainan. Saya tidak mahu pembaca saya dapat jangkakan apa yang berlaku.

    Terima kasih di atas sokongan dan perkongsian idea untuk memantapkan lagi novel saya yang akan datang. Watak Melissa, Zaquan dan kehidupannya yang ada di antara mereka akan lebih membekal. Dan pasti lebih 'mendera' pembaca. Hehheh

    ReplyDelete
  2. Pindahkan blog ke dalam blook Am. Jadilah sebuah buku... :)

    ReplyDelete
  3. kenapa tak mencuba..salam kenal

    ReplyDelete