Wednesday, October 07, 2009

Bercerita tentang KEMBALI


Kembali berblog dengan photo awan yang Am sendiri sudah lupa bila Am rakamkan. Yang pasti photo ini dirakamkan di balkoni rumah Am.

Cuma nak beritahu Awan Biru masih ada di Malaysia ni hehehe



Awan Senja....
Original from Panasonic Lumix DMS-FS


Tersangat lama benar rasanya Am tek berblog, ini yang paling lama rasanya Am berehat. Ada juga beberapa rakan blog termasuk isteri Am sendiri tanya Am dah berhenti berblog atau ada blog lain. Am mana ada blog lain cuma terlebih terpengaruh dengan benda lain agaknya hehehe.

2. Tak ada masa memang bukan alasan yang sesuai kerana Am lebih leka main game dalam Facebook. Maafkan ya kawan-kawan.

3. Bila terlalu lama berehat sudah tentu terlalu banyak ucapan yang tak terucap, sudah tentu ucapan Selamat Harijadi buat anak-anak tak ada dalam blog ini, Ucapan untuk diri sendiri pun tak ada juga, ucapan untuk harijadi blog pun tak ada, ucapan salam kemerdekaan juga terlupa nak letak dan baru-bari ini Ucapan Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya juga tak ada.

4. Sebenarnya banyak benda yang nak ditulis, bermacam isu yang Am nampak dan Am tak puas hati tapi semuanya tertulis dihati sahaja. Tapi tak apa kalau ada masa Am akan kembali menulis isu-isu yang Am nampak didalam blog Am ini.

5. Nampaknya plan Am nak ubah layout blog Am ini pun tergendala hehehe. Am rasa Am akan kekalkan layout ini sehingga Am dapat satu layout yang benar-benar buat Am puas hati. Namk buat macam mana buat sendiri tak pandai.


Nota Kaki :
Harap-harap kali dah mula dan tak rehat panjang lagi.....

1 comment:

  1. samolah kito.. iDA pun lebih suka layan fb lagi dari blog dah sekarang.. cuma kekadang terasa rindu je iDA berblog balik..

    Apa2halpun.. semoga Am berbahagia mekaukan apa yang Am suka..

    Daaa..

    ReplyDelete