Friday, October 10, 2008

Bercerita tentang HARI BERSEJARAH

Dah lama tak ada photo awan biru diblog Am ini, marah blog Am pada Am, dulu selalu ada sekarang macam sengaja tak letak pula hehehe.

Photo ini Am rakamkan sendiri dari beranda rumah Am, ingat nak terus paparkan diblog tapi terlupa dan terus terlupa. Hari ini baru teringat hehehe...

Awan Biru....
Original from Panasonic Lumix DMS-FS



Semalam "Hari BerSejarah" buat Abang kerana kali pertama dapat hadiah dalam acara sukannika disekolahnya. Dapat hadiah yang gantung kat leher tu (apa ker orang panggil benda tu). Balik terus lari berita Abah dan Mamanya. Sekolah agama dia pernah dapat hadiah kerana jawab kuiz. Yang pastinya Am dan isteri memang terperanjat dan tak sangka anak yang sorang ni dapat hadiah pasal dia banyak main dan tak serius pun dalam apa-apa perkara kecuali main.

Adik pula sedang berlajar berjalan sekarang. Sebenarnya dia dah boleh bertatih cuma dia malas nak berjalan tapi merangkak sikitlah punya laju. Hari ini adik selsema dan batuk. Ingat balik kerja nanti baru nak bawa pergi klinik.

Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.

6 comments:

  1. they call it "medal" kot am..dlm bm nya..piala? ehhh..bkn kot...anyway tahniah utk abg..:)

    ReplyDelete
  2. Betl kata kadok. Itu 'medal' namanya. Orang kamung panggil 'pingat' kot. He he he!

    ReplyDelete
  3. kadok:
    Selalu guna bahasa inggeris, lupa pulak bahasa melayu hehehe

    BP:
    betul tu BP, pingat..... Orang bandar pun panggil pingat juga BP hehehe

    ReplyDelete
  4. hiks..pingat la tu..org kg pun panggil medal jugak..

    am..nanti dtg blog meen ek?? dapat email tak? sorry lupa nak inform..baru td check email plak tu..

    ReplyDelete
  5. irman:
    Kalung tu bunga tapi tak ada bunga hehehe

    Meen:
    Ok dah masuk dah meen, ingat meen dah lupakan Am ehhehe

    ReplyDelete