Tuesday, October 07, 2008

Bercerita tentang "KEMALANGAN"

Terpelanting dirempuh kereta
Oleh Rosliza Mohamed (am@hmetro.com.my)

PASIR MAS: “Saya benar-benar tak sangka kerana ketika itu saya sibuk bersalaman dengan saudara-mara selepas makan. Malah, saya juga tak tahu bagaimana arwah boleh dipimpin dua abangnya untuk melintas jalan.

“Saya hanya menyedari kejadian itu apabila terdengar bunyi brek kereta yang kuat sebelum mendapati anak saya sudah terpelanting akibat dilanggar kereta,” kata Wina Mohd Bili, 37, ibu kepada Mohd Shahadah Azwina Azhar, 2, yang maut akibat dilanggar sebuah kereta di Kampung Gual Periok di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, Mohd Shahadah bersama dua abangnya, Mohd Aman Mirza, 6, dan Mohd Nazmi, 7, mahu melintas dari kiri ke kanan jalan.

Dia dirempuh sebuah Proton Wira Aeroback hingga terpelanting dan cedera parah di kepala dan badan.
Selanjutnya

Komen Am

Am tak boleh fikir kalau perkara ini terjadi pada Am. Itu pasal Am kalau bawa anak melintas, bising mulut Am "ABANG.. tengok kereta dulu" atau "ABANG... pegang tangan Mama". Biarlah orang kata suara Am mengalahkan suara penyanyi rock asalkan tiada apa-apa yang terjadi pada anak Am.

Kadang kala kita berjaga-jaga 99% tapi kerana kecuaian 1% itulah macam-macam boleh terjadi. Am selalu berdoa agar perkara ini tak terjadi pada Am.

Nota Kaki:
Sedih melihat anak kecil meninggal dan anak kecil yang menjadi yatim piatu di hari raya ini.....

2 comments:

  1. perlu diingat juga am..jika kita berjaga2 tp tidak dipihak yg lain...kemalangan bole juga berlaku...haihhh

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan pendapat kadok tu, benda ini kedua-dua pihak kena berjaga-jaga

    ReplyDelete