Sunday, October 05, 2008

Bercerita tentang "UCAPAN"

"Ulam jering daun mengkudu, Juadah berbuka tepung pelita, Menjelang syawal penuh syahdu, Ampun dan maaf pohon dipinta. "

"Roti sebuku petai sepapan, Daun ketupat daun palas, SMS penganti kad ucapan, Tanda ingatan tulus ikhlas. Selamat Hari Raya Aidilfitri"

"Maaf dipinta sekiranya ada kepincangan dalam perlakuan dan kata-kata sepanjang perkenalan kita. Selamat Hari Raya Aidilfitri "

"Ketupat lemang rendang rusa, untuk dijamu di pagi raya, Kiranya ada silap bahasa terkasar kata, Pohon maaf dipinta dari kami skeluarga. Selamat Hari Raya Aidilfitri "

"Satu syawal menjelang tiba; Takbir bergema mengegar jiwa; Sekiranya ada salah & dosa; Ampun dipinta dihari mulia. "

"Roti dah abis, petai dah licin. Yg ada cuma salah silap je Am yg perlu dimaafkan. "

"Anak kambing menarik lori, Anak beruang tercucuk duri. Tersilap kata ku sorry, harap dimaafkan diaidilfitri. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin "

"Sebening air wudhu', sesuci alqur'an, semerdu alunan zikir, seindah solat 5 waktu, setenang hati yg tiada rasa benci & dendam. Andai tgnku x sempat bjbat, jika muka x brtatap, bukalah pintu maaf untukku. Selamat Menyambut Aidilfitri "

"Dlm kerendahan hati ada ketinggian BUDI, dlm kemiskinan harta ada kekayaan JIWA, dlm gurau senda ada KHILAF dan DOSA... Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin "

"Barakah Ramadan dirindui Kemeriah Syawal diwai Salam Aidilfitri dari kami Maaf Zahir Batin "

"Ya Allah, ya Rabbi, telah berlalu RamadhanMu. Kini menjelang syawalmu... Ya Allah jgn kau jadikan Ramadhan saudaraku ini sia2, jadikan ia org yg memperoleh kemenangan dan fitrah pd Syawalmu... Dan menjadi ramadhan kali ini sebab untuk saudara ku ini mendapat syurgamu...Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin "

"Jatuh moto atas papan, Jatuh moto bersama isteri, Sms dihantar tanda ingatan, Buat menganti diru ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin "

"Kalau dilipek sebosar ku, Kalau dibontang sebosar alam, Kok hilang dicaghi, Kok hanyut dipinteh, Kok tonggolam disolam, Datang biarlah nampak muko, Kok poei biarlah nampak belakang, Jauh diimbau, dokek digamit, Seuntai salam, sejambak kato, Yang mano tersalah cakap, terkutuk, termakan, terminum, terpinjam dan sebagainya...mintak2halal.... Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin "

"Bt ktupat sambil bersila, tekunnya sampai x boleh ketawa, sudah tggjawab sesama manusia, bermohon maaf dihari raya.... "

"Aidilfitri muncul lagi, keberkatan ramadhan mula pergi, sinar shawal menjelang pasti, Dgn rasa rendah diri, andai ada tutur kata menyingung hati, mahupun perbuatan yang menyakiti, apatah lagi dosa yang tak pasti, dari hujung rambut hingga hujung kaki harap diampun. Selamat Hari Raya Aidilfitri "

"Ambilah secebis ketabahan RASULLAH S.A.W., secangkir keluhuran ABU BAKAR, selautan ilmu IMAM SHAFIE, sekudus taqwa IBNU SINA & semurni ingatan di HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir Batin "

"2 3 kucing berlari, berlari kejar daun ketupat, Selamat menyambut Aidilfitri, Bermaafan kita mendapat berkat. Maaf Zahit Batin "

"Hari yg indah tampak bercahaya, muslimin dan muslimat wajah berseri-seri, takbir bergema memecah suasana, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin "

"Laungan naga gegak gempita, harimau lapar mencari mangsa, memohon maaf menghapus dosa, moga selamat dihari raya. "

"Ketupat Pulut Atas Para, Hendak Direbus Ditepi Perigi, SMS Dihantar penganti diri Kad Raya, Tanda Ingatan diAidilfitri. Maaf Zahir Batin "

Antara ucapan yang Am dapat semasa nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Yang ada grafik semua Am tak boleh tengok. Nampak kotak kotak sahaja semua, almaklumlah telefon canggih sangat hehehe. Am paling suka dan tertarik dengan ucapan yang "Bold" tu, ringkas dan padat...

Nota Kaki:
Boleh guna ucapan ini untuk raya akan datang hehehee

No comments:

Post a Comment