Monday, April 30, 2007
Friday, April 27, 2007
Bercerita tentang "Rahsia"
Kawan: Buat apa tu? Am punya blog ini kawan-kawan dipejabat semua tak tahu, bukan takut apa tapi kadang kala tu marah dengan boss pun Am ada lepaskan dalam blog juga. Nanti tak pasal-pasal dia beri boss baca lansung tak dapat "increment" tahun ni. Sekarang ni pula sangat kecemasan kerana syarikat Am dalam proses memberi increment hehehe Semalam buatkan satu blog untuk isteri Am tapi alamat blognya perlu dirasiakan kerana dia sendiri tak mahu hebahkan buat masa ini. Selamat datang ke dunia blog isteriku tersayang hehehe. Blogmu akan sentiasa dipantau oleh suamimu ini hehehe. Nota Kaki : |
Wednesday, April 25, 2007
Bercerita tentang "Cukai"
Labels: Blogger Kick Start 2007, Peribadi |
Tuesday, April 24, 2007
Bercerita tentang "Blog"
Semalam, berjalan ke blog-blog, baru Am perasan rupanya ada juga Blogger yang telah buat Report Polis pasal komen-komen diblog mereka ya. Ini sudah pasti komen-komen yang amat melampau. Komen apa Am kurang pasti kerana dah lama Am tak aktif melawat blog-blog ini tapi bagi Am ini pemulaan yang baik kerana sebelum ini asyik kita penulis blog sahaja yang kena dakwa hehehe. Minggu lepas kali pertama dalam sejarah Am berblog ini, Am "Block IP" seseorang. Memang tak seronok pun Block IP sesiapa kerana kita berblog ini kerana hendak berbual mesra, cari kawan, berkongsi cerita dan macam-macam lagi bukan untuk bermusuhan atau mencari musuh ataupun menjadi musuh sesiapa. Sebabnya dia mengeluarkan kata-kata yang kotor dalan msjbox Am, mujur orang lain tak perasan kalau tidak blog Am boleh diketegori dalam blog 18SX nanti dan tak sesuai ditatap oleh kanak-kanak hehehehe. Blogger Kick Start makin panas sekarang ini, banyak perkara yang terduga yang berlaku. Ada yang buat Am terperanjat dan ada yang buat Am tersenyum. Am paling suka cara perserta melihat soalan yang diberikan dan seterusnya cara mereka menjawab soalan itu. Tiada salah atau betul cara kita menjawab soalan itu cuma tepat atau tidak pandangan kita sahaja yang membezakan antara yang baik dan terbaik. Nota Kaki : Labels: Blog, Blogger Kick Start 2007 |
Monday, April 23, 2007
Bercerita tentang "Dugaan"
Friday, April 20, 2007
Bercerita tentang "Pasangan"
Hari Isnin lepas, Am bawa isteri Am periksa di KBMC, semua ok tapi kami terpandang satu pasangan tua. Mungkin suami isteri. Sisuami sentiasa membimbing isterinya yang nampak agak susah berjalan. Dua tiga kali juga ia melalui depan Am. Isteri Am tanya Am, mungkin kami bila tua nanti akan begitu juga. Am hanya tersenyum sahaja. Am ada baca satu artikel yang mana setiap pasangan akan melalui beberapa peringkat dalam perkahwinan mereka. Dalam setiap peringkat itu mereka akan lebih mengenai pasangan mereka, lebih bertolak ansur sesama sendiri, belajar menerima kelebihan dan kelemahan pasangan. Jika pasangan itu berjaya melepasi semua peringkat itu maka kasih sayang pasangan itu akan makin bertambah dan ikatan antara mereka akan menjadi lebih kuat. Am setuju sangat dengan artikel itu. Mungkin kerana tak berjaya dalam menangani semua peringkat ini dengan baiklah banyak pasangan yang berpisah sekarang, bercinta bagai nak rak berpisah pun bagai nak rak juga. Mungkin ramai yang kata masa bercinta itulah kita dapat mengenali pasangan kita tapi itu sebenarnya tak betul 100% kerana selepas berkahwinlah kita baru akan mengenai sifat, kelebihan dan kelemahan pasangan kita. Selepas berkahwinlah semua sifat-sifat itu terdedah sepenuhnya. Terfikir semua, sudah lebih kurang 9 tahun Am berkahwin dan diperingkat mana Am sekarang ini Nota Kaki : |
Thursday, April 19, 2007
Bercerita tentang "Anak" 43
Anak : Mama masa mandi ada telan air tak? Tergelak Am masa isteri Am cerita kisah ini dengan Am. Boleh dia fikir macam itu pulak. Sekarang dia sibuk tanya bila adik dia nak keluar. Kami kata semasa Harijadi dia nanti. Kebetulan isteri Am "due" beberapa hari lepas hari jadi anak Am tu. Kalau nasib baik baby tu lahir sama hari dengan harijadi dia. Jumaat lepas "Hari Ini Dalam Sejarah" dalam hidup anak Am dan kami semua kerana kali pertama dia kata dia nak makan ubat, kalau selalu tu memanjang sekejap sahaja. Am dan isteri memang terperanjat habis masa tu tapi muka dia selamba sahaja. Hujung minggu lepas Am pasang semua katil baby yang dah berhabuk bawah katil tu. Selepas dibersihkan dan siap dipasang dengan jayanya ingat nak tumpang sekejab dalam bilik anak tapi akhirnya di hendak katil tu terus dalam bilik dia. Dia kata bila baby dah lahir dia boleh jaga masa baby menangis nanti. Masalahnya masa baby menangis dia boleh sedar ke nanti hehehe Am dan isteri memang tak sabar, macam manalah anak Am ini jaga adiknya nanti ataupun akhinya nanti adik dia yang jaga dia. Tapi dari yang dia cakap dia memang sayang dan akan jaga adik dia betul-betul, kalau nangis dia akan jaga, kalau nak susu dia tolong suapkan dan tolong tepukkan. Nota Kaki : Labels: Anak |
Thursday, April 12, 2007
Bercerita tentang "Anak" 42
Semalam pergi sekolah agama dia kerana geram songkok dia boleh hilang, dia kata dia main sorok-sorok songkok tu, sorok sampai hilang. Bila balik dah ada balik songkok tu, dia kata kawan perempuan dia kasi. Muskil Am kawan perempuan dia bawa balik ke songkok dia. Oh ya satu lagi, sampai dikelas anak Am semalam, kebetulan ustazahnya belum masuk lagi dan kawan-kawan semua tunjuk pada satu budak yang selalu kacau anak Am. Am malas campur sebenarnya, cuma cakap dengan budak tu tak baik gaduh kat sekolah, kita kan semua kawan. Budak tu angguk kepala dan bila balik tanya ada gaduh lagi tak pada anak Am, dia jawab dah baik dah dan pergi tandas pun berdua dengan budak tu hehehe Oh ya ada satu lagi, semalam kali pertama rasanya anak Am nampak baby bergerak dalam perut mama dia, punyalah dia seronok dan dia kata "adik dah kawan dengan abang" hehehehe Labels: Anak |
Wednesday, April 11, 2007
Bercerita tentang "Akhirnya"
Nota Kaki : Labels: Blogger Kick Start 2007, Kerja |
Monday, April 09, 2007
Bercerita tentang "Banyak Perkara" 7
Streamyx Blog Blogger Kick Start Nota Kaki : Labels: Anak, Blog, Blogger Kick Start 2007, Kerja |
Tuesday, April 03, 2007
Bercerita tentang "Blogger Kick Start"
Semalam Am terjumpa Blog Blogger Kick Start ini. Konsep pertandingan lebih kurang seperti Blogger Idol dahulu cuma setahu Am cara penilaiannya yang agak berbeza. Am pun tak pasti dari segi apa kerana program ini masih belum bermula. Kalau tak silap Am sesiapa yang berminat masih boleh mendaftar dan pendaftaran terbuka dari 1 - 7 April 2007.
Labels: Blogger Kick Start 2007 |