Bercerita tentang PELIK TAPI BENAR
Sejak kebelakangan ni, banyak sangat benda-benda Pelik Tapi Benar berlaku disekeliling Am. Rasanya benda ini bukan baru berlaku, dah lama dah tapi kali ini Am baru betul-betul perasan. 1. Kereta punya cantik, lampu signal mahal tapi tak mahu guna bila membelok. Memang pelik tapi memang benar-benar berlaku. 2. Menungang motosikal sambil mengunakan telefon bimbit kurang pelik, yang peliknya sambil jawab dan terima sms. Yang bertambah pelik dia tak perasan ke orang belakang dia rasa macam nak bagi penampar siam sahaja kat dia. 2. Tuan punya projek yang buat bangunan ditepi-tepi jalanraya, akan anggap sisi jalan, kaki lima jalan dan kalau boleh keseluruhan jalan itu dia punya. Itu pasal kalau mereka nak letak kenderaan besar mereka ikut suka sahaja. Jalan dia punya ler katakan. 3. Pegawai bandaraya / Polis begitu cekap menyaman motor yang parking disekeliling bangunan walaupun tak menganggu lalulintas tapi kereta yang benar-benar parking ditepi jalan dan menyebabkan kesesakkan lalu lintas tak pulak kena saman. Pelik tapi memaaaaang benar. Tak percaya pergi lihat di PERTAMA Compleks. Yang Ini Paling Pelik Tapi Benar 4. Ahli poloitik boleh lompat ke parti lawan dan tak sampai 10 hari lompat balik ke parti asal. Yang ini patut masuk "Malaysia Book Record". Peliknya tak tahu malu ker ahli polotik tu dan yang paling pelik parti tu boleh terima balik pulak. Pelik... Pelik.... Pelik.... tapi Benar-Benar Kejadian. Nota Kaki: Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan. Labels: Jom Fikir |