Bercerita tentang "Elektrik"
Malam tadi kali pertama dalam sejarah Am pindah ke rumah Am ni bekalan elektrik terputus, lebih kurang dua jam juga kami terpaksa bergelap. Nasib baik kami masih simpan lilin yang dibawa dari rumah sewa dahulu. Kalau tidak lagi haru dibuatnya. Pergi ke kedai semua lilin sudah habis dijual, mujur jiran sebelah rumah menderma tiga batang lilin pada kami tapi belum habis guna elektrik sudah pulih kembali. Anak Am yang sedang belajar untuk peperiksaaan penggalnya minggu ini pun terkedu semasa elektrik terputus tu, rasanya ini pengalaman pertama dia. Seronok melompat sampai semput, merasalah juga kami sekeluarga tidur dalam kepanasan sekejab malam tadi hehehe Petang nanti ada mesyuarat, aduh... bulan sibuk dah datang kembali, bulan depan akan sibuk dengan laporan untuk syarikat pula. Itu belum campur dengan sibuk nak berpindah lagi. |