AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Monday, January 18, 2010

Bercerita tentang WAYANG 2

Dulu Am ada kata nak bawa anak tengok wayang cerita "Mat Sempit" tapi tajuk sebenarnya "Adnan Sempit". Menarik juga ceritanya, kelakar agak selamba dan yang paling penting tak terlalu mengada-gada. Jarang Am puas hati tengok wayang cerita kelakar melayu ni tapi cerita ni Am sampai suruh kawan-kawan tengok kerana bagi Am cerita ini berbaloi untuk ditonton.

Abang biasa dah pandai tengok dan tahu apa pasal dia ketawa, yang Adik pula asal orang ketawa dia ketawa.

Nota Kaki :
Ingat nak bercuti dan layan cerita yang Am minat pula hehehe

Labels: ,

Tuesday, December 15, 2009

Bercerita tentang WAYANG

Semalam sepatutnya cuti nak rehat tapi hujung-hujungnya pergi tengok wayang. Kali pertama bawa adik tengak wayang, risau juga kalau dia menjerit dalam pangung tu. Rupanya2 dia ok aja, sambil bersandar kat Am dan sebelah tangan makan popcorn. Macam orang besar ler pulak.

Kebetulan tak ada cerita untuk kanak-kanak, jadi kami menonton cerita "Santau". Yang lebih-lebih takut ialah abang, adik pula selamba aja. Mungkin dia tak takut benda-benda macam tu ataupun kemungkinan besar dia tak faham apa yang ditayangkan hehehe.

Ok gak cerita santau ni, babak seramnya tak ler merapu sangat. Orang kita pun dah pandai buat cerita seram yang betul-betul seram. Cuma Am muskil sikit, betulker cerita tu orang kena "Santau" atau kena "Rasuk". Dari cara bomoh tu ubat macam kena rasuk aja......

Kebetulan dah tengok wayang Am, kami tengok lagi cerita kedua "Storm Warrior". Kali adik dan abang tido dalam panggung. Adik siap berdengkur lagi dan siabang pula dah nak habis cerita baru jaga dan tanya "Baru nak lawan ya Abah?" Apa raaa, tido lagi......

Sebenarnya cerita "Storm Warrior II" ni macam boring aja, Am pun nyaris tak berdengkur sama hehehe. Cerita yang pertama dulu lagi menarik rasanya.

Nota Kaki :
Abang dah ajak lagi tengok wayang, lupa pulak tajuknya kalau tak silap "mat rempit" yang dah bertukat jadi "mat sempit"

Labels:

Wednesday, December 02, 2009

Bercerita tentang SUNAT


Photo ini semasa anak bujang Am ni bersiap nak bersunat di hospital, nampak ok dan sikit pun tak rasa takut. Siap cakap "takutlah..... acah ajeeee" "buat apa nak takut" (macam beri semangat kat diri sendiri aja hehehe)

Am risau juga dia takut pasal perkataan itu selalunya orang yang takut cakap hehehe

Lama juga menunggu, sorang demi sorang budak keluar dengan muka tersenyum dan macam tak ada apa pun. Dekat nak sampai giliran dia, dia masih tersenyum lagi.....

Sebelum Sunat....
Original from Panasonic Lumix DMS-FS





Photo ini pula selepas bersunat dan sudah sampai rumah, memang masa bersunat dia tak menangis. Sebenarnya Am memang dah risau takut dia meraung pasal siAbang ni memang lembik sikit. Am dan isteri dah siap fikir dah kalau meraung nak kasi bius satu badan kasi pengsan hehehe.

Memeranjatkan, keluar sambil senyum-senyum dan siap bercerita macam-macam dengan jururawat dan doktor.

Nasib baik mak mertua sudi menjaganya cucunya ni, kalau tidak teruk juga Am nak bercuti-cuti. Lepas sunat itulah kerjanya, main PSP

Selepas Sunat....
Original from Panasonic Lumix DMS-FS



Nota Kaki :
Masa bersunat tak menangis tapi bila cuci luka punyalah meraung.........

Labels:

Tuesday, March 10, 2009

Bercerita tentang ABANG & ADIK

Am suka lihat Photo ini. Isteri Am yang rakamkan, kebetulan Am lihat dan tak pasti pula bila isteri Am rakamkan.





Nota Kaki :
Semuga Abang dapat jaga Adik dan Adik dapat jaga Abang

Labels:

Thursday, January 22, 2009

Bercerita tentang HUJAN

Photo ini Am rakamkan semasa dibandung dahulu. Isteri ingat photo bulan tapi sebenarnya matahari. Mungkin cahaya yang terang sangat menjadikan photo ini gelap macam waktu malam

Ada beberapa keping lagi photo nak dipaparkan kalau berkesempatan nanti

Awan Gelap....
Original from Panasonic Lumix DMS-FS


Sekarang ni dah mula musim hujan petang, minggu ini sahaja dah 3 kali Am balik berhujan. Nasib baik tak demam kalau tidak mc memanjang lah pula. oooop tak boleh mc, kerja tengah banyak nanti berdering sahaja telefon walaupun dirumah hehehe

2. Sekarang Am dan isteri hujan pun kami redah kerana abang dan adik dah duduk di nursery. Bukan malas nak bayar duit overtime tu tapi kesihan pada adik sorang-sorang di nursery tu nanti.

3. Abang tak ada hal, lagi suka kalau mama dan abah dia datang lambat. Nanti betul-betul kami berdua balik lambat baru dia tahu hehehe.

Nota Kaki:
Banyak nak diceritakan tapi masa belum benar-benar mengizinkan.....

Labels: ,

Wednesday, January 07, 2009

Bercerita tentang ABANG ADIK

Am baru balik bercuti menguruskan persekolahan Abang dan Nursery Adik. Lepas ni nampaknya lama Am tak boleh bercuti kerana sudah banyak kerja tertangguh ni. Itu belum termasuk kerja yang akan menjelma hehehe.

2. Semalam kali pertama ABANG transit di taska. Sebelum ini tinggal dengan wan dia. Semalam Am terlewat kesekolahnya, risau juga dia salah naik van tapi bila tanya pada kakak yang jaga tu, Abang naik van yang betul

3. Sia-sia sahaja Am risau, Abang sebenar-benarnya boleh jaga diri sendiri walaupun bila abah dan mama dia cakap dia dengar sambil lewa sahaja.

4. ADIK pula hari Isnin kali pertama duduk Nursery, menangis biasalah. Duduk sambil pegang pagar macam terkurung sahaja Adik tu. Mamanya biasalah tak tahan sedih, mana tak kali pertama tinggalkan anak selain dari wan dia dahulu.

5. Am dan isteri risau pada adik sebenarnya kerana penyakit cirit dan muntah dia belum sembuh sepenuhnya. Badan adik pun dah makin susut Am nampak.

Nota Kaki :
Rasa malas pula nak mula kerja hehehe.....

Labels:

Monday, December 15, 2008

Bercerita tentang HUJUNG MINGGU LEPAS

Minggu lepas Am rupanya tak perasan ada satu lagi jemputan perkahwinan, mujur kawan Am ingatkan dan sabtu lepas kami sekeluarga menghadirinya walaupun sesat sikit gara-gara peta dalam kad jemputan tu salah sikit. Angin kejab Am pada orang yang buat peta dalam kad tu hehehe

2. Kebetulan laluan balik tempuh Zoo Negara jadi Am dan isteri menunaikan permintaan anak Am untuk ke Zoo Negara. Yang tak sedapnya masuk sahaja Zoo hujan mula turun. Tunggu sekejab hingga hujan berhenti, kemudian hujan balik, tunggu balik, kemudian hujan balik... hinggalah sampai Am balik hehehe. Tapi dapat jugak Abang tengok hampir semua haiwan kat Zoo tu kecuali ular.

3. Satu lagi janji Am pada Abang ialah nak bawa tengok CicakMan2, yang ni masih belum pasti bila akan tertunai, harap-harap hujung minggu ini dapat tunaikan.

4. Adik Am tunang? Semuanya ok cuma lambat sampai rumah perempuan dan seperti hari sabtu hujan melanda, jadi adik Am bertunang dalam keadaan basah dan hujan lebat hehehe

Nota Kaki:
Memang sibuk Hujung Minggu lepas sampai daging korban tu pun tak sempat makan lagi hehehe

Labels: ,

Tuesday, December 09, 2008

Bercerita tentang SUNAT

Ada dua perkara yang popular bila cuti hujung tahun ni, satu perkahwinan dan satu lagi Sunat. Ada beberapa kawan Abang yang dah bersunat dan nak bersunat. Abang pula pakat perhati dan dia kata dia nak sunat tahun depan. Ok ler tu janji dia nak, jangan dia kata tak nak terus sudah ler hehehe

2. Semalam sepupu dia datang dari kampung, dia cerita tentang sunat rupanya dengan sepupu dia. Ok ler tu sepupu dia kata tak sakit. Tutup mata, lepas muka mata dah siap.

3. Adik pula sekarang makin ligat melasak. Rasanya hampir semua "Frame" gambar di rumah Am tu dipatahkan oleh adik. Dia patahkan, Am gam balik. Mula-mula dua Am marah jugak, sekarang lantak ler malas nak marah....

4. Semalam Abang tidurkan adik, adik menangis abang tepukkan sampai dua-duanya lelap. Bila siang adik kacau abang sampai abang mengamuk, lepas tu abang pulau kacau adik sampai adik menangis. Itulah kerja mereka berdua tu.

Nota Kaki :
Lupa pula hujung tahun ni ada dua lagi perkara, satu dah lama popular iatu BANJIR dan satu baru mula nak popular iaitu TANAH RUNTUH

Labels: ,

Thursday, November 20, 2008

Bercerita tentang KELAS MALAM

Semalam kali pertama dalam sejarah hidup Abang pergi kelas malam kat rumah kawan Am. Kebetulan pergi kelas itu dengan kawan dia yang akan datang sama kelas dengan dia di sekolah Kebangsaan nanti. Masa nak pergi nampak macam tak sabar-sabar, bila balik oklah Am nampak. Ada kerja rumah yang kena buat dan dia boleh buat sendiri. (boleh pulak buat sendiri)

Cuti sekolah Am taknak dia berehat sangat macam lepas-lepas. Nanti habis semua dia lupa dah jadi macam budak tadika balik. Yang dia ingat "Power Rangers" sahaja.

Adik pulak sejak dapat kaki tak reti diam. Pantang leka habis semua benda dia nak buat main. Tak masuk mulut dia baling macam baling bola. Sekarang dah tahu merajuk bila kena marah dan tunjuk tak puas hati bila tak dapat apa yang dia minta.

Tak tahulah isteri tapi Am memang tak sabar tunggu dia pandai bercakap. Sekarang ni dia pandai cakap tapi bahasa dia sendiri yang Am pun tak faham apa yang dia nak sebenarnya.

Nota Kaki:
Masih tak percaya lagi Am dah ada tiga anak hehehe........

Labels:

Wednesday, November 05, 2008

Bercerita tentang JAMUAN SEKOLAH

Hari ini anak Am ada Jamuan Sekolah di sekolah kebangsaannya, sekolah agama katanya hari Jumaat nanti, kata dialah..... Dia kata kawan bukan melayu bawa yang ringan-ringan dan yang melayu bawa makanan yang berat-berat. Dia cakap senang, mama dia yang pening kepala fikir nak bawa apa.

Setelah fikir punya fikir, telefon kawan lagi, mamanya buat keputusan nak suruh dia bawa kek pisang. Maka dengan rasminya anak Am bawa kek pisang, Jangan lupa keluarkan dari beg nanti sudah lah hehehe.

Oh ya keputusan peperiksaan Abang kali ini oklah sikit dari dulu, janji satu gagal satu rotan dan dia gagal satu tapi sampai sekarang belum rotan lagi. Tak apalah pasal lebih banyak lulus dari gagal...

Nota Kaki:
Malam tadi lepas makan malam, Abang punya lah rajin.... Terperanjat Am hehehe

Labels:

Friday, October 10, 2008

Bercerita tentang HARI BERSEJARAH

Dah lama tak ada photo awan biru diblog Am ini, marah blog Am pada Am, dulu selalu ada sekarang macam sengaja tak letak pula hehehe.

Photo ini Am rakamkan sendiri dari beranda rumah Am, ingat nak terus paparkan diblog tapi terlupa dan terus terlupa. Hari ini baru teringat hehehe...

Awan Biru....
Original from Panasonic Lumix DMS-FS



Semalam "Hari BerSejarah" buat Abang kerana kali pertama dapat hadiah dalam acara sukannika disekolahnya. Dapat hadiah yang gantung kat leher tu (apa ker orang panggil benda tu). Balik terus lari berita Abah dan Mamanya. Sekolah agama dia pernah dapat hadiah kerana jawab kuiz. Yang pastinya Am dan isteri memang terperanjat dan tak sangka anak yang sorang ni dapat hadiah pasal dia banyak main dan tak serius pun dalam apa-apa perkara kecuali main.

Adik pula sedang berlajar berjalan sekarang. Sebenarnya dia dah boleh bertatih cuma dia malas nak berjalan tapi merangkak sikitlah punya laju. Hari ini adik selsema dan batuk. Ingat balik kerja nanti baru nak bawa pergi klinik.

Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.

Labels:

Thursday, September 25, 2008

Bercerita tentang Dialog & Jalan

Dialog 1
Anak : Abah ni kalau naik motor, lepas jatuh, luka dan nak minta orang kesian... Baik tak payah nak beli motor tu.
Abah : Bila masa pula Abah nak minta orang kesian......
(Semua ni gara-gara Abahnya tak sampai sebulan 2 kali jatuh motor)

Dialog 2
Abah : Kejab, Abah nak pergi hisap rokok...
Anak : Kan basah kat luar tu abah...
Abah : Nak tunggu kering, besok pun tak..
Anak : Tunggulah lusa..
Abah : Lusa pun tak kering juga..
Anak : Boleh ler Abah, kereta yang kena hujan tu pun boleh kering...


Banyak lagi dialog Abang ini sebenarnya. Ada sahaja jawapan dan idea Abang ni, sampai kadang kala tu nak pening Am nak menjawab. Nak kata salah betul pula apa yang dia cakap tu, nak kata betul macam salah pulak. Akhirnya Am terdiam dan abang pula senyum pasal dia rasa dia menang.

Adik sekarang dah mula nak berjalan, agaknya dia jeles semua kawan/sepupu seangkatannya dah berjalan. Orang kata kalau tumbuh gigi banyak lambat jalan. Ada kebenarannya juga. Memang banyak giginya dah tumbuh dan memang dah ramai yang kena gigit denga adik.

Nota Kaki:
Tahun ini bayar zakat 4 orang, tahun depan mungkin 5 kot hehehe.....

Labels: ,

Monday, September 08, 2008

Bercerita tentang ANAK


Photo ini baru isteri Am rakamkan pagi tadi. Cantik juga Awan semasa matahari baru nak menampilkan diri ni. Rasanya guna kamera baru ini hasil photo yang dirakamkan lebih cantik lagi

Sudah lama benar Am tak memaparkan apa-apa photo awan disini rasanya.

Awan Pagi....
Original from Panasonic Lumix DMS-FS



Tahun ini abang berpuasa penuh dari pagi sampai waktu berbuka. Cuma bocor sehari waktu semput dia datang. Semangat dia agak tinggi untuk berpuasa. Semangat dia lagi tinggi untuk minta imbuhan semasa hari raya nanti.

Adik pula paling senang bangun sahur, tak kejut pun boleh bangun.

Nota Kaki :
Tak tahu macam mana pula adik mula berpuasa nanti....

Labels:

Friday, July 25, 2008

Bercerita tentang HUJUNG MINGGU

Photo ini baru sahaja dirakamkan, kalau tak silap awal minggu ini. Tersimpan dalam simpanan Am kerana banyak awan senja yang menjelma.

Susah nak lihat awan biru sekarang, cuaca tak menentu. Sangkakan hujan tiba-tiba panas, sangkakan panas tiba-tiba hujan ribut yang menjelma. Bila ada kemera pulak tak ada.

Awan Senja....
Original from Panasonic Lumix DMS-FS

Tak lama bulan puasa akan menjelma, hampir semua hujung minggu Am penuh dengan aktiviti. Banyak jamuan majlis doa selamat dan tahlil. Nampaknya hujung minggu isteri Am boleh berehat dari memasak.

Isteri Am sekarang tengah sibuk beli dan kumpulkan baju raya untuk anak-anak. Rasaya dah ada 2 - 3 helai tapi itu pun dia masih tak puas hati lagi. Masih tak cukup katanya. Am pula seperti lepas-lepas masih tak siap apa-apa lagi, selalunya bila hujung bulan puasa baru Am bershopping.

Sekarang ini satu lagi yang Am perasan, musim orang jual dan beli kain. Di pejabat Am ini pun serupa, bila perempuan-perempuan disini lama sangat dalam bilik file, ingat kan buat filling rupanya tengah memilih kain.

Besok anak Am sekolah ganti hari sabtu. Biasalah awal-awal dia kata tak nak pergi tapi awal-awal kami dah paksa dia pergi. Kali ini si abang ni beritahu kami ada sekolah, selalunya kami tahu dari kawan-kawan lain dan ada sekali tu sampai tak pergi pasal Am dan isteri tak tahu ada sekolah.

Nota Kaki :
Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.

Labels: ,

Wednesday, July 09, 2008

Selamat Hari Jadi ADIK


"Banner" ini disumbangkan oleh sepupu isteri Am. Kebetulan dia memang kerja dikedai buat benda-benda ini. Jangan tanya harga Am sendiri pun tak tahu.

Masaalahnya sekarang lepas hari jadi tak tahu nak letak kat mana "banner" ni. Almaklumlah rumah Am kan kecil sahaja.


Hari ini Hari jadi adik pula. Selamat Hari Jadi adik dari Abah, Mama, dan Abang. Doa adik serupa dengan doa untuk Abang, semuga adik berjaya didunia dan akhirat.

Ingat lagi dahulu sebenarnya bila doktor suruh pilih tarikh, Am nak pilih tarikh sama dengan abang tapi abang marah dia kata tarikh tu untuk dia sahaja.

Memang dah lama Am pilih lagu ini untuk adik,

Anak - Carefree

Ketika engkau dilahirkan
Engkau menerangi alam
Kegelapan ayah dan ibu mu

Betapa murni kasihnya
Ketika kau nyenyak tidur
Menatapi wajahmu oh anak

Kenanglah ibu mu tidur tak lena
Menjaga tidur mu
Takut engkau terbangun
Menangis kehausan susu

Di belai mu dengan cermat
Penuh kasih dan sayang
Tiap detik dan setiap waktu

Kini masa terus berlalu
Di mandi dengan kasih sayang
Kau besar sudah oh anak

Ibu dan ayahnya memberi kau
Kebebasan yang engkau mahu
Di samping didikan agama
Yang sempurna untuk hari mu

Sumbangan
Liriklagu.com

Naota Kaki :
Adik yang ter "over" peramah dan penuh dengan senyuman......

Labels: , ,

Friday, July 04, 2008

Selamat Hari Jadi ABANG


Am buat ini untuk lekatkan di beg "Terima kasih" untuk majlis hari jadi anak-anak Am tetapi nasib tak baik "printer" pula rosak. Jadi akhirnya tak jadi lekatlah hehehe.

Kalau orang pandai ambil masa sekejab sahaja untuk buat benda ni, Am pula hampir 2 hari untuk siapkanya hehehe. Buat delete buat delete mana tak sampai 2 hari. Itu belum kira yang dah siapa tapi lupa "Save" akhirnya hilang dan kena buat semula hehehe.

Tak apa tahun depan Am akan pastikan "Printer" elok dan akan buat lebih baik dari ini.



Hari ini hari jadi Abang, Selamat Hari Jadi Abang dari Abah, Mama dan Adik. Semuga Abang berjaya di dunia dan akhirat.

Sekejab sahaja Abang sudah masuk 8 tahun, kalau dulu nampak Abang dari berbaring, kemudian merangkak dan sekarang dah berlari dan melompat disini sana. Kalau dulu hanya bersuara nak susu tapi sekarang dah pandai menjerit nak "Power Rangers" atau "Transformer"

Kalau dulu Abang menyambut hari jadi dengan Abah dan Mama tapi sekarang dah tambah dengan adik pula.

Sebenarnya banyak yang Abang ajar Abah tentang menjaga anak ini dan Abah akan gunakannya untuk enjaga adik pula. Abah harap Abang dan Abah akan terus saling mengajar di masa depan.

Sekali lagi Selamat Hari Jadi dari Abah, Mama dan Adik.

Paparkan juga lagu yang khas untuk Abang.

1234 - Aris Ariwatan

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

( korus )
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

( ulang korus )

Sumbangan Liriklagu.com

Nota Kaki :
Makin besar Makin banyak kerenah Abang ni Makin pening Abah dan Mama......

Labels: , ,

Thursday, June 26, 2008

Bercerita tentang ANAK

Photo ini baru Am rakamkan semalam dengan kamera yang baru dibeli oleh isteri Am. Kamera Canon IXUS 60 Am dah rosak kena air dan sekarang jadi hak anak Am. Malas nak betulkan kerana nanti upah/alat ganti lebih kurang macam beli kemera baru.

Nampaknya sekarang photo yang dipaparkan disini akan menggunakan kamera Panasonic Lumix DMS-FS5.

Awan Senja....
Original from Panasonic Lumix DMS-FS5


Ingat hari ini hendak bercerita pasal bola TAPi simpan cerita itu dulu kerana terlalu tak sabar/seronok hendak bercerita yang anak kecil Am dah pandai berdiri selama 2 saat. Walaupun 2 saat tapi tapi Am gembira, isteri gembira, adik bertambah-tambah gembira sampai tergelak-gelak. Cuma abang sahaja yang tak tahu lagi pasal masa itu dia sudah tidur.

Seronok melihat benda-benda baru dari anak-anak Am ini, kadang kala benda baru mereka itu buat Am hilang penat berkerja dan kadang kala pula makin penat dibuatnya. Sabar sahaja lah.....

Nota Kaki :
"Mouse" laptop Am dah rosak dikerjakan oleh adik......

Labels:

Thursday, May 22, 2008

Bercerita tentang ANAK

Am sendiri dah lupa bila Am rakamkan photo ini tapi yang pastinya Am rakamkan photo ini semasa Am didalam kereta dan semasa Am sedang menuju entah kemana

Sudah lama Am tak memaparkan photo awan bitu terbaru di blog Am ini, bukan awan biru dah tak ada tapi Am yang kurang merakamkan photo Awan Biru

Awan Biru....
Original Upload from Canon IXUS 60


Anak Am baru habis ujian pertengahan tahun dia, terus-terang Am dan isteri pula yang rasa lega. Kenapa ya? Mungkin kerana Am tak perlu pegang rotan malam-malam dan tak perlu tengok anak Am menangis sambil mengira dan membaca hehehe

Ada juga kertas periksa yang dapat semalam, keputusannya oklah. Tak seteruk darjah satu dahulu. Mungkin masa ada yang ingat dimana anak Am tak jawab satu soalan pun semasa darjah satu hehehe.

Oh ya tamat sahaja Abang periksa Adik pula mula deman, wan nya kata adik deman tapi macam tak deman, kuat semangat (yang ini ikut abah dia). Harap-harap adik cepat sembuh kerana cuti-cuti Malaysia dah dekat ni, nanti terbatal pula semua hajat nak bercuti.

Nota Kaki :
Kepala pening, "Meeting" dah dekat, banyak benda tak siap lagi.....

Labels:

Thursday, May 15, 2008

Bercerita tentang "Peperiksaan"

Semalam anak Am baru mula peperiksaan penggal pertama atau peperiksaan tengah tahun. Nak panggil yang mana satu Am pun tak pasti. Bila dah mula periksa mulalah bising mulut Am dan isteri ajar dia waktu malam. Adik bila abang kena marah, terlopong sahaja mulut dia.

Balik sekolah semalam anak Am beritahu cikgu dia kata dia boleh dapat 100%. Am dan isteri senyum sahaja kerana kami berdua muskil dia jawab 100% semua soalan ker atau sebenar-benarnya dia dapat markah 100%

Nota Kaki:
Lepas minggu peperiksaan Bermulalah bulan berjalan

Labels:

Wednesday, April 30, 2008

Bercerita tentang "Poligami"

Abang : Nanti kita nak kahwin 4
Mama : Apa pasal nak kahwin 4?
Abang : Nak isteri ramai
Mama : Apa pasal nak isteri ramai?
Abang : Pasal nak anak ramai, 11 orang
Mama :%$*&)&^%
Abah : Hehehe

Ada-ada sahaja anak Am ini, asal nampak semua dia nak ikut, dia ingat senang ke nak jaga 4 isteri ditambah pula dengan 11 anak. Am dan isteri jaga 2 anak pun dah pening melayan.

Bercerita tentang poligami ni, secara peribadi bagi Am kalau kita cukup syarat, BETUL-BETUL cukup maksud Am bolehlah lakukannya pasal benda ini tak salah tapi kalau baru satu dah rasa-rasa tak cukup duit tu sampai cukup bulan hentikanlah, jangan cari masalah dan beri masalah pada orang lain.

Satu lagi yang cukup syarat pun kenalah fikir juga niat nak khawin tu, banyak yang Am nampak habis anak dara yang lawa-lawa dipinang dan jadi isteri kedua, ketiga atau keempat dan tak lama kemudian banyak pula "title" janda-janda muda kedengaran.

Am sebenarnya tak jeles pun pada yang kahwin 2, 3 atau 4 kerana Am takut akan tangungjawab yang perlu Am pikul nanti. Ini bukan bermakna Am takut pada tangungjawab tapi Am rasa sekarang ini pun banyak lagi tangungjawab Am yang belum terlaksana menyebabkan Am belum bersedia untuk menambah tangungjawab lagi TAPI kalau ada orang letak parang kat leher suruh Am kahwin satu lagi, Am terima sahaja (rezeki jangan ditolak).

Moral of the Story:
Lelaki sahaja boleh khawin 4, perempuan jangan pula nak cuba ya.

Labels: ,