Saturday, August 30, 2008
Thursday, August 31, 2006
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia
Photo bendera anak Am ini, anak Am yang minta Am ambil photo ini. Kalau tak silap rakamkan photo ini semasa balik kampung isteri dua minggu lepas Pelik betul sekarang ni, nak beli bendera sikitlah punya susah, beli di Petronas baru2 ini, bila Am tanya rupanya bendera itu dia "sorok" dalam laci almari dia, Ada Am tanya kenapa sorok dan tak pamerkan, dia senyum dan diam sahaja Sajak buat Bangsa Indah sungguh binaannya Harumnya bunga itu Menara itu tegak berdiri
|
Tuesday, April 04, 2006
Bercerita tentang "Bergurau"
Satu lagi photo yang telah lama berada dalam koleksi photo senja Am, kalau tak silap photo ini waktu awal senja. Sementara tunggu photo-photo yang menarik dihasilkan, keluarkan dulu semua photo yang dalam simpanan Am Awal Senja... Semalam terdengar cerita yang kapalterbang AirAsia terpaksa menanguhkan pernerbangan gara-gara gurauan yang mengarut dari penumpangnya. Ada ka bom boleh dibawa bergurau. Bergurau punya pasal tak pasal-pasal mungkin kena penjara seumur hidup. Ucapan paling baik pada mereka ini ialah "Padan Muka" Indah sungguh binaannya Harumnya bunga itu Menara itu tegak berdiri AbahMuda @ Am 2006 Nota Kaki: Labels: Isu Semasa, Sajak |
Monday, April 03, 2006
Biarlah Mereka Bercerita
Photo ini sudah agak lama dalam simpanan Am, cuba memaparkan kehijauan daun itu tapi tak menjadi seperti yang diharapkan. Masih cuba memaparkan kehijauan dalam photo-photo Am. Dahan... Hari ini Am tak nak bercerita tentang apa-apa, cuma mengajak rakan-takan semua melawat blog-blog rakan yang menghadiri gath msjbox dan bersama-sama merasai keseronokkan mereka. Mari kita lawat blog Azkam, Shai, Mack, Retna (anakomak), Yatt, Aishah (chik), Skruemas, Spiral, Afzan01, Asri (sodep), Kurzz, Carneyz, Junaidix, bAi, Kiki, Sanchai. Sajak buat Kamu Izinkan aku Jangan Berpaling AbahMuda @ Am 2006
|
Friday, March 31, 2006
Bercerita tentang "Membebel"
Photo ini Am rakamkan waktu awal pagi semasa Am hendak pergi kerja, kemera Hf yang kurang canggih menghasilkan photo yang kabur. Masih berusaha untuk menghasilkan photo pagi yang memuaskan hati. Awal Pagi... Am cukup angin satu badan kalau kena bebel, kalau kecik dulu kena bebel kira oklah juga, bukan faham sangat, boleh buat tak dengar sahaja, tapi bila dah makin dewasa ini Am rasa bila kena bebel ni bagai suara itu menyerap kehati dan otak Am, rasa macam nak meletup hati dan nak pecah otak Am. Am pernah berlalu dengan selamba bila boss Am membebel pada Am sampai kena panggil balik "I tak habis cakap lagi" kata dia, suruh Am "stayback", marah Am, suruh buat kerja yang merapu, Am boleh lakukan tapi jangan membebel dengan Am, Am tak sanggup dan tak nak terima. Am tahu orang yang membebel tu hendak melepas kitidakpuasan hati mereka, mereka membebel sampai puas hati, tapi mereka lupa ker perasaan orang yang yang kena bebel tu, dia ingat orang tu puas hati ker bila dia kena bebel? Sajak buat April April datang lagi Percayalah..... Tanyalah..... AbahMuda @ Am 2006
|
Thursday, March 30, 2006
Bercerita tentang "Terperanjat & Homepage Lama"
Photo ini Am rakamkan semasa pulang dari pejabat, dalam keadaan cuaca yang tak menentu sekarang jarang Am dapat rakamkan langit yang sebegi cerah. Langit bagai malu nak bergambar sekarang ni Cerah... Semalam ketika menjemput isteri Am yang ada "Dinner" dihotel, dalam keadaan jalan yang tak berapa jem dan sedang berborak dengan anak bujang Am, tiba-tiba peeennnnnn satu bunyi hoon kedengaran, punyalah terperanjat Am. Ingat tadi Am tersalah masuk lorong orang lain ker atau apa-apalah. Puas kepala Am pusing depan belakang, kiri kanan cari kereta yang hoon, akhirnya baru Am perasan bunyi hoon itu datang dari iklan radio di kereta Am. Hampeh .com betul lain kali kalau nak hoon pun berilah amaran awal-awal dulu, mau lemah jantung Am dibuatnya. Semalam tergerak hati Am untuk melawat semula Homepage lama Am yang Am cipta pada bulan Disember, 2001, am ingat dah tak ada tapi ia masih ada dan masih tetap sama seperti dahulu. Melihat Homepage lama Am ini mengingat Am zaman Am bertatih-tatih dulu dalam dunia internet, bukan sekarang ini Am dah boleh berlari cuma sekarang mungkin Am sudah boleh berjalan bukan bertatih lagi. Homepage ini begitu peribadi bagi Am kerana disinilah bermulanya minat Am hendak mendedah diri Am pada ruang cyber ini, terlalu banyak masa yang Am luangkan untuk mencipta Homepage ini walaupun hasilnya taklah secanggih kebanyakkan Homepage orang lain. Yang pastinya Am akan biarkan Homepage itu ditempat asalnya, dan sekali sekala akan melawatnya untuk mengingatkan diri Am pada Am yang sedang bertatih itu. Tentang pengalamannya, tentang kesusahannya, mungkin juga tentang hasrat-hasratnya. Sajak buat Si Penyapu Tua Dia menyapu Rasanya ingin dia menyapu Akhirnya penyapu tua sedar Si penyapu tua kembali tersenyum...... AbahMuda @ Am 2006
|
Wednesday, March 29, 2006
Bercerita tentang "Iklan"
Photo ini koleksi photo yang dirakamkan oleh isteri Am, kalau tak silap photo ini dirakamkan di Stesen LRT berhampiran dengan rumah mak mertua Am Pagi tadi adik ipar Am tunjuk gambar dia di Langkawi dan ada tengkorak didalam gambar itu, Am akan cuba paparkan disini. Semalan cerita pasal "Aiman tak Kisah" hari ini nak bercerita yang ada kena mengena juga iaitu mengenai "Iklan". Semasa Am belajar ambil Diploma Business Management dahulu ada juga Am belajar sedikit pasal iklan ini, Am diajar maklumat dalam iklan itu perlulah menarik, ringkas dan tepat mengenai produk yang di iklankan itu. Tetapi sekarang yang Am lihat banyak iklan lebih menitik beratkan tentang menarik sahaja, iklan banyak unsur-unsur menipu yang keterlaluan terutama iklan tentang barangan kanak-kanak. Kadang kala tu payah juga Am nak terangkan pada anak Am bila dia tanya kenapa gunung itu batuk, kenapa kereta itu boleh terbang, kenapa itu dan kenapa ini. Yang paling menyakitkan bila kanak-kanak beria-ria nak membeli satu mainan itu hanya kerana iklan yang lebih pada menipu. Mungkin sekarang benda ini belum memberikan kesan yang amat buruk tapi mungkin bila satu hari bila iklan ini makin melampau barulah pihak itu dan ini mencipta berbagai akta baru untuk menyekat itu dan ini. Secara peribadi bagi Am, tak mustahil satu hari ini akan ada satu subjek baru yang diajar disekolah untuk mengajar kita memahami iklan agar kita tidak mudah tertipu. Sajak yang Resah Melihat masa berlalu Mengapa.....
|
Monday, February 20, 2006
Bercerita tentang "Gigi"
Photo ini Am rakamkan baru sahaja pagi tadi, ambil secara tidak sengaja dan secara terburu-buru, hasilnya nampak menarik pula. Betul juga kata orang photo yang kita ambil secara selamba ini kadang-kadang menghasilkan photo yang amat menarik. Semalam merupakan hari yang bersejarah buat anak Am, kali pertama gigi dia tercabut atau terpatah. Yang mana satu nak panggil Am pun tak pasti. Anak Am punyalah seram semacam, muka dia punyalah risau, asyik sentuh tempat gigi dia yang tertanggal itu sahaja. Lepas tu tak nak makanlah pulak, takut sakit, laaaa punyalah payah dia ini, paksa juga akhirnya dia makan juga, itupun tak banyak, mengunyah pun nampaknya berhati-hati dia ni. Paling kelakarnya dia cakap, "Abah sekarang tak nak makan gula-gula lagi" hehehe tahu takut rupanya. Am dan isteri terangkan pada dia, jangan takut semua orang pun gigi akan tertanggal dan ganti gigi baru. Nampak macam dia faham sahaja tapi tak tahulah samada dia betul-betul faham Sajak Menari Kulihat dia Menari Kulihat dia menari Menarilah anakku AbahMuda@ Am 2006
|
Thursday, February 16, 2006
Bercerita tentang "Anak"
Am suka photo ini kerana lain dari photo yang rakamkan sebelum ini, photo ini hanya nampak pancaran matahari itu sahaja, matahari bagaikan bersembunyi Ada beberapa koleksi lagi photo ini, mungkin Am akan paparkan kemudian untuk tatapan semua. Nanti kalau dah sekolah menengah mama hantar sekolah naik kereta wira ni malu tak? Kalau dulu anak Am ni macam kena sawan HF sampai Am terpaksa sorokkan HF dia, sekarang dia dah mula sawan kereta waja pula, bising dia pada Am suruh tukar kereta waja, dia kata dia dah tak suka kereta wira. Dengan wan pun dia kata yang nak suruh abah tukar kereta. Amboi sedap betul dia cakap, dia ingat senang sahaja nak tukar kereta. Dulu semalam dia cerita dia sudah ujian spelling tu, teacher dan kawan-kawan tepuk tangan pasal dia jawab semua betul dan hanya dua orang sahaja tak jawab semua betul. Dalam kereta Am dan isteri pula tepuk tangan pada dia dan seperti biasa dia tersenyum ala-ala malu tu. Dalam hati Am tertanya-tanya juga betul ker dia jawab semua betul. Kebetulan bercerita ini, nak cerita sikit pasal anak kawan Am malu mama dia hantar dia ke sekolah naik kereta Iswara lama, siap suruh berhenti jauh-jauh lagi. Macam-macam anak sekarang kecil-kecil lagi dah tahu malu. Kalaulah anak Am malu dengan kereta Am nanti, apalah yang Am dan isteri akan buat ya? Harap-harap dia bangga dan tak malu dengan apa yang abah dan mama dia ada. Sajak Buat Perhentian Diperhentian ini Diperhentian ini AbahMuda@Am 2006
|
Wednesday, February 15, 2006
Bercerita tentang "Pelik"
Photo ini sudah lama berada dalam simpanan Am sehingga Am terlupa kewujudannya, yang peliknya Am sendiri sudah terlupa ini photo matahari terbit atau terbenam Mungkin selepas ni Am kena atur balim semua photo Am agar tak terlupa lagi. Alhamdulillah, masih sihat lagi Am hari ini dan masih mampu berceloteh disini, bersyukur kerana mata ini masih mampu melihat, otak ini masih mampu berfikir dan setiap angota masih mampu bergerak. Ada satu benda yang Am peliklah sesangat kalau pergi gerai, restoran, kedai makan ni. Ada satu benda murah yang mereka punyalah kedekut. Cuba fikir apa dia...... "TISU". Punyalah diaorang sorak tisu mereka ini kalau ada pun punyalah nipis sampaikan kalau cuci tangan nak lap memang tak cukuplah tisu tu. Am rasa mereka ini memang dah mengkaji bidang perniagaan makanan inilah, tisu memainkan peranan penting dalam untung atau rugi mereka, berjaya menjimatkan tisu akan menambahkan untung mereka berlipat kali ganda. Kalau tidak pun kurang tisu akan jadi penarik bagi kedai mereka, pelanggan akan datang beramai dan balik balik dengan muka yang tersenyum manis. Sedih betul Am rasa, sudah duit tukar memanjang tak ada, tisu pun tak ada, satu hari nanti silap-silap pelanggan pun mereka tak ada. Masa itu barulah nak jeles dengan kedai lain pulak. Sajak Dihujung Nota Dihujung Nota ini AbahMuda@Am 2006
|
Tuesday, February 14, 2006
Bercerita tentang "Tol"
Langit biru... kembali lagi, melekakan aku dalam kekaguman, melalai aku sebentar dari kenyataan Dalam banyak-banyak plaza Tol yang Am lalu Am perasan hanya satu plaza tol yang juruwangnya sangatlah sombong, ambil duit hanya hulur tangan dan pandang arah lain tanpa senyuman dan ucapan terima kasih. Rasanya kalau Am hulurkan ular ganti duit pun dia tak perasan kot hehehe. Kadang kala geram juga Am hendak sahaja Am tanya dia kenapa dia sombong sangat, takut bergaduh pula nanti, kesudahannya dia marah Am dan Am marah dia, tak berbaloi rasanya, hati memang dah sakit bertambah sakit pula nanti. Baru-baru ini ketika Am kearah PutraJaya, bayar tol, punyalah baik juruwang itu, siap berikan senyuman dan ucapan terima kasih, terperanjat Am dan isteri Am, Am kata pada isteri Am, baik betul, rasa macam nak pusing balik dan bayar lagi sekali tol pula hehehe. Kebetulan cerita pasal tol ini, ada seorang juruwang itu yang Am dan isteri gelar "Toll Gate Girl" ala-ala cerita Amy Mastura tulah, Kenapa Am gelar begitu? kerana dia dia punya mekap punyalah lawa, dengan bedaknya, gincunya, celaknya, fesyen rambutnya, juruwang tu pun memang cantik pun. Kalau lalu tol itu Am selalu cakao dengan isteri Am, harap2 jumpa juruwang itu dan kalau dapat beri 'Namecard' pun ok juga hehehe Hakikatnya ramai juruwang tol ini yang baik, murah dengan senyuman, rajin memberi ucapan terima kasih, hanya segenlintir sahaja yang begitu sombong dan kedekut dari segi segala-galanya. Kata-Kata Menarik
|
Monday, February 13, 2006
Bercerita tentang "Hujung Minggu"
Photo langit ini baru pagi tadi Am rakamkan, sebenarnya ada langit yang lebih manarik tapi tak boleh ambil kerana Am tengah memandu. Photo ini pun Am rakamkan semasa jalan jem, cantik betul langit pagi-pagi ini macam warna emas pun ada. Sebenarnya tiada apa yang hendak diceritakan pada hujung minggu, aktiviti banyak dirumah sahaja, betul punya berehat dan malas nak kemana-mana. Sebenarnya Am sahaja yang malas kalau ikut isteri Am menang banyak tempat dia nak berjalan. Kami cuma melawat kawan Am yang dapat anak lelaki tu sambil melayan main game dengan dia, kawan Am ini memang peminat setiap game PS2, kalau Am lawan dengan dia memang riuh rumah itu dibuatnya, dia memang seronok kalau dapat kalahkan Am walaupun hakikatnya setiap kali main memang Am yang kalah pun. Malam tadi pula ada tarian naga ditempat Am tinggal, riuh dibuatnya, nasib baik tarian naga itu di kawasan kolam renang kalau dirumah maunya bergema blok Am itu. Apa-apa pun memang meriah macam pesta pula, ramai orang pakat turun untuk tengok termasuklah Am dan keluarga. Ok esok sambung cerita yang lain pula, pangilan tugas dan menjerit, banyak yang perlu diaturkan dan dibuat Sajak Buat Bersamamu Fakta Menarik Nota Kaki: |
Friday, February 10, 2006
Bercerita tentang "Anak"
Senja.... datang dengan gahnya melengkapkan percaturan antara siang dan malam Semalam Anakomak ada minta Am bercerita tentang anak-anak Am tapi terpaksa menghampakan anakomak kerana Am hanya boleh bercerita mengenai anak Am sahaja bukan anak-anak Am kerana anak Am baru sorang dan anak-anak yang lain belum lahir lagi hehehe Ok, pertama cerita mengenai luka dahulu, luka dah sembuh cuma kesannya masih belum hilang, isteri Am memang risau habis, sekarang tiap-tiap hari sapu vitamin c supaya kesan hitam luka itu hilang. Kalau tak hilang kurang hensemlah anak Am nanti dan saham dipasaran pun akan jatuh sedikit, tapi bagi Am boleh hilang kot kerana dulu kesan lain boleh hilang sekarang pun boleh hilanglah agaknya. Cuma kena sabar tunggu sahajalah. Tentang buat kerja sekolah masih macam dulu, payah tapi adalah sedikit senang nak suruh, Am masih garang dan isteri merungut Am garang sangat (bagi Am taklah garang mana pun, ambil rotan pukul meja boleh kira garang juga ker? suara memanglah keras sikit), akhirnya dia yang mengajar. Itulah kerja kami berdua tukar-tukar mengajar. Yang seronoknya anak Am sekarang setakat 2 atau 3 sukukatadan beberapa perkataan yang senang dah boleh eja, rasa banga pula kami berdua, tadika dia sekarang pula ada ujian ejaan, beri 5 perkataan bahasa malaysia dan 5 perkataan bahasa inggeris, dia kena hafal dan kena tulis bila cikgu dia sebut nanti. Setakat ini bila Am tanya semua dia boleh eja dengan baik, tak sabar nak tunggu dia ujian dan keputusan ujian samada betu dia boleh buat atau tidak. Kata-kata Menarik
Selamat berhujung minggu semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan |
Tuesday, December 20, 2005
Bercerita tentang "Bahasa"
Photo ini Am rakamkan semasa berehat sebentar di tepi laut di persiaran Gurney, Penang. Banyak photo yang dirakamkan hanya ini yang Am tertarik dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan semua. Sekarang ini Am berminat pula merakamkan photo langit bersama sekitarnya, percubaan untuk mengabungkan Alam Sekitar. Hari ini masih bercerita tentang ketidakpuasan hati Am tentang bahasa. Am agak kecewa melihat bila sesama kita berbual menggunakan bahasa inggeris, adakah hendak menunjuk 'Standard' atau kita sudah malu hendak menggunakan bahasa kita sendiri. Secara tidak lansung kita telah mengkelaskan bahasa bahasa kita tiada standard. Kalau suatu masa dahulu, bahasa kita pernah dijadikan bahasa perantaraan tapi sekarang bahasa kita seperti cuba dipencilkan dan hanya digunakan dalam keadaan terpaksa dan mungkin juga hanya urusan tak rasmi. Sedihnya nasib bahasa kita. Am bukan orang yang bencikan perubahan ataupun tak inginkan kemajuan tapi janganlah kerana mengejar kemajuan kita mengikut-gikut orang lain sehingga kita leka diri dan meninggalkan benda yang selama ini kita banggakan dan kita perjuangankan. Berjaya sangatkah kita jika bahasa kita sendiri pun kita tak dapat pertahankan? Ada orang yang pernah beritahu Am, kita perlu jadi begini kerana semua dalam bahasa asing, Bagi Am pula kita yang membenarkan ini terjadi pada negara kita. Cuba lihat Jepun sebagai contoh, mereka lebih menggunakan bahasa mereka dalam segala segi tapi mereka masih boleh menjadi negara gergasi dari segi ekonomi, malah tanpa penguasaan bahasa asing yang tinggi namun begitu mereka masih boleh menjadi boss di negara lain. Kadang kala Am tertanya juga, teruk sangatkah bahasa kita atau orang kita sendiri yang terlalu bangga dengan bahasa asing dan merendah-rendahkan bahasa kita sendiri. Ataupun orang kita ini terlalu suka mengikut-gikut gaya orang lain dan ambil tak kisah dengan bahasa apa yang mereka guna. Cuba kita renungkan, jika Bahasa itu mengambarkan Bangsa, Bangsa apakah kita ini. Satu lagi sajak yang merapu dari Am Anak Merdeka itu memberi salam Anak Merdeka itu bertanya
|
Friday, December 16, 2005
Bercerita tentang "Cuti" 2
Photo ini Am rakamkan semasa berhenti berehat sebentar dilebuhraya, sambil hisap rokok sambil tangan mengatal nak menekan hf tu. Akhirnya ini yang terhasil, terperanjat juga kerana semasa ambil bukan begini hasilnya. Cahaya Di LebuhRaya Hari ini masih bercerita tentang cuti tapi kali ini bercerita tentang nilai cuti. Pernah bertanya pada diri sendiri, adakah Am berjaya capai apa yang Am idamkan semasa Am bercuti. Kadang-kadang bila bercuti tapi kena menjawab telefon pasal kerja Am rasa cuti Am tak bernilai, bercuti tapi otak penuh memikirkan kerja, apa yang perlu dibuat dan akan dibuat. Mujurlah cuti yang baru berlalu ini tidak sebegitu. Sebab itulah cuti tahunan Am berlambak-lambak sampai Am dipaksa menghabiskannya. Jangan cari aku
"Selamat berhujung minggu dan semoga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan" |
Wednesday, December 07, 2005
Bercerita tanpa tajuk
![]() Senja... Muncul tapi sebentar Sebentar tapi indah Indah tapi dingin Dingin tapi megah Senja.... Tetap datang menunaikan janji Selagi siang menutup mata Selagi malam masih tersenyum AbahMuda@Am 2005 Senja Original Upload from O2 Xda II mini Tiba-tiba hari ini datang pula mood nak bersajak, sajak yang pendek, merapu dan banyak kelemahan. Jangan gelakkan Am ya, sebenarnya Am sudah lama tak bersajak. Asalnya nak mencipta sajak untuk awan tetapi akhirnya sajak untuk senja pula yang muncul. Bercerita tentang sajak ini teringat semasa Am sekolah menengah dahulu, berebut-rebut kami mencipta sajak untuk dimuatkan didalam majalah sekolah kami dan kalau tak silap Am cipta 3 sajak. Keputusannya seperti yang dijangkakan satu pun sajak Am tak terpilih hehehe. Nota Kaki: Selalu menulis untuk memuaskan diri kerana sukar menulis untuk memuaskan sesiapa |














