Bercerita tentang "Remeh Temeh"
Akademi Fantasia Labels: Akademi, Blogger Kick Start 2007, Jom Fikir |
Akademi Fantasia Labels: Akademi, Blogger Kick Start 2007, Jom Fikir |
Yang Am tahu secara tak rasmi Roslan Aziz Akan jadi pengetua pada musim ini dan ada juga blog dah paparkan muka 36 bakal pelajar lelaki AF. Tak sabar nak tunggu muka bakal pelajar wanita AF hehehe. Labels: Akademi |
Satu percubaan mengambil photo "Close-Up" dengan kamera Canon Am, entah jadi entah tidak Am sendiri pun tak pasti, banyak yang Am ambil ini yang Am berani paparkan disini Banyak lagi yang Am perlu belajar dengan kamera Am ini, tak apa nanti boleh belajar perlahan-lahan dan minta pendapat rakan-rakan yang pandai Seminar Kesihatan Piala Dunia Akademi Fantasia
|
Satu lagi photo yang Am rakamkan dengan menggunakan kemera Canon Am, jarang lihat awan berkepul-kepul sekarang ini Photo ini Am rakamkan diberanda rumah Am, nampak awan terus capai kemera dan snap, itulah kerja Am bila nampak awan, banyak juga photo yang Am reject, sendiri ambil sendiri reject hehehe Seperti yang Am katakan dalam entry semalam, hari ini Am nak buat sedikit ramalan tentang perlawanan Piala Dunia hujung minggu nanti, bulan nak jadi ahli nujum tapi sekadar ramalan sahaja berpandukan apa yang Am nampak disepanjang Piala dunia ini. Perancis vs Italy Jerman vs Portugal Apa-apa pun ini sekadar ramalan sahaja, bola itu bulat, apa-apa pun boleh terjadi dalam perlawanan nanti. Kebetulan buat ramalan ini, Am nak buat ramalan sedikit siapa yang akan tersingkir dalam konsert Akademi Fantasia 4 nanti, Secara peribadi Am rasa Haziq akan tersingkir kerana bagi Am sudah banyak kali dia terselamat dan juga kerana dia masih belum dapat menyelesaikan masaalah gigilnya lagi. Sekadar ramalan belum tentu jadi kenyataan kerana AF itu ka banyak kejutan walaupun tahun ini kejutannya banyak yang tak menjadi.
Nota Kaki: Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan. |
Photo ini Am rakamkan pada hari jumaat lepas, gembira Am dapat ambil photo senja ini, bagi Am cantik kerana sebelum ini dengan kamera telefon bimbit tak secantik ini. ada beberapa keping sebenarnya, kalaua ada masa nanti Am akan cuba paparkan semuanya disini, teruja betul Am bila dapat rakamkan photo yang cantik ini Terlambat hari ini untuk update blog, sibuk sangat hari ini, pagi-pagi lagi kerja sudah beratur. Terpaksa beri no. pada kerja yang mana satu perlu dibuat dahulu. Hujung minggu tak kemana sangat tapi peliknya niat nak service kereta dan bayar duit motorsikal boleh tertunda pula. Am rasa ni gara-gara kepala rasa berat kerana melayan Piala Dunia. Portugal ke separuh akhir Piala Dunia, seronok Am tak sia-sia sokong Portugal, sebenarnya isteri Am sokong England. Dia sokong England kerana dia tak suka Portugal. Macam ini pun ada juga. Terus terang Am katakan walaupun England kalah tapi permainan cukup baik malam tu, sangat berbeza dengan permainannya sebelum ini. Brazil pula kalah, masa permulaan game tu Am dah agak yang Brazil akan kalah. Am pun ada beritahu isteri Am yang sejak dari peringkat kumpulan lagi laluan Brazil amat mudah, pusingan kedua pula bertemu Ghana, bila bertemu pasukan yang setanding silap-silap boleh kalah, betul pun ramalan Am. Memang kecewa tapi tak terperanjat pun Am. Muka permain Brazil pun macam tak terperanjat pun akan kalah. Separuh akhir nanti Portugal akan bertemu France, isteri Am dah tentu sokong France. Yang tak sedapnya Am suka juga kat si Zidane tu hehehe. Akhirnya Salima tersingkir dari Akademi Fantasia 4, sikit pun Am tak terperanjat kerana dari awal konsert Am dah kata pada isteri silap-silap minggu ini Salima tersingkir. Ok Am nak komen sikit pasal persembahan pelajar (kali pertama untuk tahun ini). Persembahan boleh kata semua pelajar amat mengecewakan, persembahan mereka boleh kata tangkap muat sahaja. Berbuihlah mulut Adlin komen tapi benda yang sama juga mereka buat. Am rasa pengetua yang kurang tegas menyebabkan pelajar ini naik lemak dan manja. Ada yang kata agar pelajar itu diberi lagu kegemaran mereka untuk mereka menunjukkan mutu vokal mereka yang sebenar tapi bagi Am untuk apa, bukankah AF itu unik kerana pelajar tak boleh memilih lagu mereka sendiri dan lagu itu sebagai tugasan atau ujian atas kemampuan mereka? Satu soalan lagi, jika AF1, AF2 dan AF3 boleh lakukan, kenapa mereka tak boleh? Satu lagi, kecewa dengan penonton, ada ker boleh jerit nama Salima, tahulah dia nak keluar, bila orang cakap tak ada Adab marah tapi itu ada adab ker?
|
Photo ini minggu lepas Am rakamkan dengan kamera Canon Am tu, bagi Am photo ini masih kurang menarik lagi, setakat ini belum ada photo dari kemera itu yang memuaskan hati Am. Mungkin nanti akan ada photo yang menarik, langit pun tak biru sangat sekarang, macam berjeru pula Hari ini kecoh Am dengar bila satu survey dibuat dan keputusannya "Kuala Lumpur bandaraya ke 3 paling Biadap". Am pasti ramai yang melenting dan menidakkannya. Am sendiri tak setuju jika hanya tiga perkara sahaja yang diambil kira. Tapi dalam masa yang sama kita kena tanya pada diri kita, apa yang telah kita lakukan untuk menjadikan Kuala Lumpur dan seterusnya Malaysia ini sebagai negara yang bersopan. Am lihat banyak orang kita dah menjadikan bahasa kasar sebagai budaya mereka, menunjjukkan insyarat lucah tanpa malu dan tak kurang juga menjerit atau mamaki tanpa rasa bersalah. Memang tak ramai, tapi Am rasa ia makin berkembang dan jika terus berkembang kita akan tiada modal untuk mempertahankan diri jika suatu hari nanti bukan sahaja Kuala Lumpur tapi Malaysia akan terlatak disenarai utama Negara yang Biadap. Ok tutup cerita biadap, semalam semasa menunggang motosikal balik kerumah, ada sebuah motorsikal didepan Am yang cukup rajin main Hon, sikit-sikit bunyi hon, Am dah tergelak dan isteri Am siap komen pada Am kerana dia ingat hon motosikal tu rosak. Terlalu berhati-hati pemandu tu. Am pula pemandu yang susah nak bunyikan hon kerana Am tahu orang yang kena hon tu pasti panas hehehe Anak Am kata Am Senyum macam Amirul dan isteri Am senyum macam Salima, apalah dua-dua bukan pelajar kegemaran Am dan isteri, cuba cakap Am senyum macam Mawi ker, barulah rasa "World" sikit hehehehe. Oh ya Am masih frust kerana Zila terkeluar minggu lepas, lepas ini Am rasa Am lebih suka tengok Diari pasal suka tengok cikgu vokal tu, entah apa namanya ya? hehehe
|
Photo pagi ini Am rakamkan semasa hendak pergi kerja juga, kalau photo pagi sudah tentu waktu kerja sahaja hehehe tapi Am dah lupa bila masanya Am rakamkan photo ini. Am sedang mengedit photo dari kamera canon itu untuk dipaparkan dalam blog Am nanti Semenjak dua menjak Am memang Sibuk habis, sampai nak update blog pun tak sempat, hari ini petang baru ada masa sedikit untuk buat entry baru, bulan 6, 7, 12 dan 1 memang bulan sibuk Am, banyak benda yang perlu disiapkan. Bila sibuk ni masa cepat sahaja berlalu, sekejab sahaja dah tengahari dan sekejab sahaja dah sampai waktu balik, nak mengantuk pun tak sempat hehehe. Portugal dah berjaya ke pusingan kedua Piala Dunia, gembira Am ditambah pula Portugal ke pusingan kedua dengan mata penuh (9 mata), akan bertemu pula dengan Holland pada pusingan kedua, bahaya ni tapi Am dapat rasakan Portugal akan memang. Jepun sahaja yang amat mengecewakan, tahu tak apa beza Jepun dan Korea? Korea lawan jaring gol dulu, dia mengejar dan berjaya menang dan seri tapi Jepun pula jaring gol dulu akhirnya kalah. Moralnya bagi Jepun lain kali jangan jaring gol dulu. Geram betul.... Harap-harap Korea akan berjaya kepusingan kedua pagi nanti. Oh ya bagi peminat Akademi Fantasia jangan lupa konsert akan bermula pada pukul 8.30 malam pada hari sabtu, jangan pula tunggu pukul 12.30 petang pada hari Ahad nanti, kalau tunggu juga dapat tengok Melodi ajalah jawabnya hehehe Nota Kaki: |
Photo ini Am rakamkan semalam, photo pertama langit yang Am ambil dengan kamera baru Am Canon Digital IXUS 60 Setelah lama memasang niat nak memiliki kamera digital sendiri akhirnya tercapai juga, selepas ni banyaklah photo langit, pokok dan Am rasa nak paparkan photo bunga juga disini Betul punya mengantuk hari ini, mata kuyu aja, ini gara-gara melayan Piala Dunia semalam. Bestnya Portugal menang 2-0, seronok Am dan anak. Anak beranak pakai jessi Portugal semasa tengok perlawanan tu, Korea seri 1-1, ingat korea kalah semalam tapi seri juga dia ya,goooooo Korea Terkilan sikit kerana Jepun hanya mampu seri sahaja semalam, nampaknya susahlah Jepun nak keperingkat seterusnya kerana perlawanan berikutnya akan berhadapan dengan Brazil, agak-agaknya boleh menang ker Jepun nanti? Hari Ahad sempat melayan Akademi Fantasia, Rich terkeluar semasa Astro baru nak beri kejutan kepada dia, sebenarnya Am tak terkejut pun kalau dia terkeluar cuma terkejut juga semasa dia memilih Valvet sebagai rakan untuk tengok bola hehehe. Seperti biasa persembahan pelajar malas nak sentuh, banyak blog dah sentuh, cuma nak beri pujian pada persembahan FARHAN yang pada Am begitu memukau. Am seronok tengok Deja Moss mengkritik, seperti dua dalam satu hehehe, dia kritik persembahan minggu lepas dan minggu ini sekali, bagus setuju dengan kritikan-kritikan dia.
|
Dah lupa pula bila Am rakamkan photo ini tapi yang pastinya waktu pagi semasa hendak pergi kerja, nampak cantik langit pagi itu, gabungan langit dan bangunan itu nampak macam api di bumbung bangunan itu. Sekarang ini ada banyak photo yang cantik-cantik Am rasalah dalam simpanan Am. Tiada apa sangat nak diceritakan pada hujung minggu ini, tidur lewat bangun awal gara-gara melayan Piala Dunia, Jumaat dan Sabtu semua perlawanan Am tengok, sampai sekarang masih mengantuk lagi. Bagi Am setakat ini perlawanan Piala Dunia paling best setakat ini ialah perlawanan antara Trinidah & Tobago vs Sweden dan yang paling memboringkan ialah perlawanan antara England dan Paraguay. Paling best kerana perlawanan itu penuh dengan debaran dan daya tahan yang sungguh kental pasukan Trinidah & Tobago yang baru kali pertama layak ke pusingan akhir dan serangan tanpa jemu yang bertali arus dari pasukan Sweden, punya seronok Am tengok sampai ulangannya juga Am tengok lagi sekali. Memboringkan kerana cara permainan pasukan England dan Paraguay seolah-seolah bukan pasukan yang bertaraf dunia. Terkilan sikit tak dapat tengok perlawanan pasukan pilihan Am Portugal, nak buat macam mana pukul 3.00 pagi, kalau tengok juga maunya Am mc hari ini hehehe. Nasib baik Portugal memang 1-0 ketas Angola, tak apa boleh tengok ulangannya. Hari ahad sempat melayan Akademi Fantasia, seperti lagunya "Kerna Terpaksa" Karen dengan terpaksanya terkeluar dari persaingan AF4, alamak nak buat macam mana kan, walaupun Am memang harap dia boleh pergi jauh lagi sekurang-kurang salah seorang yang beraksi di final nanti, persembahan pelajar malas nak sentuh, banyak blog dah sentuh, cuma Am nak sentuh sikit pada para juri, Fran dan Bob tu macam tak buat "Homework" sebelum jadi juri, entahlah bagi Am mereka gagal sebagai juri. Suatu hari nanti kita patut wujudkan satu rancangan bertajuk "Akademi Juri"
|
Photo ini isteri Am rakamkan juga waktu dalam perjalanan ke One Utama kalau tak silap Am pada hujung minggu lepas, langit waktu itu sangat cerah dan tanpa jerebu. Ada banyak lagi photo yang isteri Am rakamkan, nanti Am akan paparkan disini satu persatu Entry hari ini sepatutnya entry Cabaran Msjbox, satu cadangan dari Shai tapi cadangan ini telah ditangguhkan, kerana Am sudah tulis jadi Am jadikan sebagai entry hari Jumaat Am. Siapa ya yang akan dinobatkan sebagai Juara AF4, secara peribadi bagi Am terlalu awal untuk Am menilai atau membuat keputusan sekarang, Am tak nak jadi Kursia Kahar yang menobatkan Kaer pada awal akhirnya dia hanya berjaya sampai keperingkat akhir sahaja kerana banyak faktor lain yang akan mempengaruhi undi peminat. Tahun ini secara ikhlas lelaki Am sokong Diddy dan wanita pula Am sokong Zila tapi Am rasalah kedua-keduanya tidak akan jadi juara (pendapat Am sahaja). Kalau ditanya pada Am siapa Am hendak jadi juara, Am akan pilih Diddy. Kalau nak diikutkan pada undian sekarang ini Faizal paling cerah untuk dinobatkan sebagai Juara AF4 tapi seperti kata Am tadi semua itu tak pasti lagi kerana AF sendiri terlalu banyak kezutan. Tentu ada yang tanya, Mengapa Am tak pilih Salima atau Amirul? Salima bagi Am terlalu banyak kata-kata diluar yang kan mempengaruhi undiannya dan Amirul pula mutu vokalnya yang begitu lemah bagi Am akan mempengaruhi undinya, kalau tak sekarang mungkin bila semakin kurang pelajar nanti. Adakah anda sudah deman AF4, Am jangan kata demam, panas pun belum lagi, suhu macam biasa aja, pertanda kurung baik untuk AF4 ni. Harap tiada yang kecil hati, ini hanya pendapat Am, seorang orang luar dalam dunia seni ini, sekadar memberi sedikit pendapat entah betul atau tidak.
Labels: Akademi |