AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Friday, March 14, 2008

Bercerita tentang "Best Friends Award"


Diam tak diam sudah nak masuk tahun ketiga Am berblog, ini tak termasuk masa Am berblog dengan blog satu lagi Am yang telah terkubur dahulu. Pada awal berblog Am lebih cendurang bercerita tentang anak, isteri dan diri Am sendiri. Kemudian beralih sikit kepada benda-benda yang Am nampak dan akhirnya semua aspek Am paparkan dalam blog Am ini.

Dalan perjalanan berblog ini terlalu ramai yang Am kenal, kebanyakkanya lebih muda dari Am. Boleh dibilang dengan jari yang lebih tua dari Am. Nampaknya Am ini bolehlah dikata orang tua yang masih berblog hehehehe.

Masuk blog Noamee baru perasan yang sebenarnya Am kena terima tropi "Best Friends Award" dari dia. Terus terang Am sendiri tak pasti yang mana satu Best Friends Am dalam blog ini kerana Am rasa semuanya Best Friends Am. Ucapan terima kasih Am buat Noamee kerana sudi meletakkan Am dalam senarai Best Friends dan maaf kerana agak lambat menerima award ini hehehe.

Tropy ini Am sampaikan kepada semua rakan-rakan yang masih tak jemu-jemu mengunjungi blog Am, semuga kita akan terus jadi Best Friends selama-selamanya.

Moral of the Story :
Hidup biar banyak kawan jangan banyak lawan nanti tak pasal-pasal lebam sini sana

Labels: ,

Friday, March 09, 2007

Bercerita tentang "Tag & Rasa Bersalah"

Awan.....Kena Tag lagi, kali ini dengan Aida/NotaDairi pula, Tag yang lain dari yang lain hehehehe. Kata orang wallpaper mengambarkan tuan punya pc tu, mungkin betul kerana Am memang gemar melihat awan tu

Resolution : 1024 by 768 pixel (right clik/properties/setting)
Laptop, LCD or CRT monitor : LCD monitor
Been using this desktop since : Sejak beli


Beberapa hari lepas semasa menonton rancangan CSI Las Vegas, Am tertarik dengan kenyataan ketua CSI itu semasa membincangan isu remaja yang membunuh dalam cerita itu. Dia menolak sebab kurang didikan, kurang perhatian atau pengaruh sekeliling.

Baginya sebab utama ialah kerana "Tiada Rasa Bersalah". Am sangat setuju dengan pendapatnya, memang betul itu bila kita tiada rasa bersalah kita akan buat apa sahaja tanpa berfikir apa akibatnya. Walaupun nyawa orang jadi taruhannya kerana bila tak wujud perasaan itu mereka tak kira apa yang mereka lakukan, janji mereka gembira dan puas dengan apa sahaja yang mereka lakukan.

Am rasa perasaan tiada rasa bersalah inilah yang makin berkembang dalam jiwa ramai orang sekarang, bukan sahaja diluar negara tapi di negara kita sendiri. Atas sebab itulah jenayah makin meningkat, rasuah makin tak terbendung, akhlak remaja makin menurun, salah guna kuasa dan banyak lagi. Mereka lakukan dengan selamba sahaja kerana mereka rasa tak bersalah dan rasa tak bersalah pada sesiapa

Tergelak Am bila fikir balik, kadang kala kita fikir satu masalah itu begitu besar dan terpaksa wujudkan berbagai undang-undang baru tapi sebenarnya kita terlupa nak mencari sebab asal masalah itu.m Kita terlalu lekam nak menghukum tanpa kita sedari mencegah dari ia bermula amat berkesan dari menghukum. Itulah kelemahan kita yang terbesar, kita terlalu taksub untuk menghukum padahal kita terlalu leka untuk mencegah benda-benda itu dari bermula.


Nota Kaki :

Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan
............

Labels: ,

Tuesday, February 27, 2007

Bercerita tentang "Tag"

Dah lama tak kena Tag ni, kali ini kena dengan Cempaka Biru dan Pakteh. Seperti yang pernah Am beritahu dahulu tujuan "Tag" ini nak korek rahsia tuan punya blog sebenarnya hehehe. Walaubagaimana pun Am akan jawab Tag ini sejujur yang boleh.

Bila fikir semula Am rasa Am dah jawab "Tag" ini suatu masa dahulu tapi semasa itu Tajuknya "5 Perkara Pelik Dalam Diri Am". Sekarang sudah 6 pulak ya hehehe.

Nasib baik minta 6 sahaja, kalau minta 60 maunya habis semua rahsia terdedah kerana tak banyak benda pelik yang Am rasakan dalam diri Am. Setelah ditapis 6 kali, di semak semula 6 kali, ditenung 6 kali dan karang semula 6 kali, inilah yang mampu Am dedahkan buat semua.

1 Mudah percayakan Orang - Kesatu (ayat anak Am) Am ini memang mudah percayakan orang lain, pelik betul kalau orang lain ambil masa bertahun-tahun untuk percayakan orang, Am jangan kata sebulan, 2 hari Am dah boleh percayakan orang. Kerana itulah berpuluh kali Am kena tipu masa bujang dahulu, bukan setakat duit tapi kena macam-macam lagi. Nasib baik dah kahwin ini isteri Am jaga Am, kalau tidak sah-sah kena lagi. Bila Am tahu Am kena tipu mulalah datang sifat kedua Am ini

2 Panas Baran - Jangan kata orang lain, boss Am sendiri pun perasan perangai Am yang satu ini, perangai ini memang dah lama Am nak kurangkan tapi kalau tengah panas baran dan Am sedar memang salah Am terkedu juga Am. Yang peliknya walaupun cepat panas baran tapi Am cepat "cool" balik kalau kena tempatnya. Ini menjurus pada sifat Am yang ketiga

3 Mudah Maafkan Orang - Am memang mudah maafkan sesiapa, hanya dengan perkataan minta maaf sahaja Am boleh maafkan dia dan silap-silap boleh bergurau balik dengan dia. Peliknya sampai Am boleh lupa yang dia pernah buat salah pada Am sehingga orang lain terpaksa ingatkan. Tapi sendiri mau ingatlah kalau asyik buat benda yang sama berulang kali dan mohon maaf dan masih tak insaf-insaf juga. Mulalah Am geram dalam diam. Am dah malas nak tegur dan marah lagi. Ini menjurus pada sifat Am yang keempat.

4 Pendam Perasaan - Selalunya dengan orang yang Am rapat dan marah dengan dia dan dia masih tak faham yang Am marah, Am lebih suka pendamkan perasaan Am, bukan kerana Am salah tapi kerana Am tak mahu bergaduh dan tak mahu pergaduhan itu berpanjangan. Terutama yang pergaduhan yang Am tahu susah Am nak menang kerana satu pihak lagi memang sentiasa menang hehehe, biarlah dia nak cakap dan fikir apa. Peliknya Am lebih jerit-jerit dalam hati Am tentang ketidakpuasan hati Am dari Am lafazkan dengan perkataan. Bila pendam perasaan terlalu banyak ini selalunya Am akan cari jalan lain untuk puaskan hati Am, ini mejurus pada sifat Am yang kelima

5 Cerita Kartun dan Komik - Pelik tapi Benar Am memang minat teramat sangat dengan kartun dan komik dari bujang sampailah dah kahwin ni, isteri Am memang menyampah dengan minat Am yang satu ni, sampai anak Am pun dah komen "Abah ni, asyik komik aja ya mama" Disamping tu cerita kartun kat tv pun Am layan juga terutama saluran animax. Sebut sahaja komik dari Hong Kong tu, semua Am tahu. kalau ada periksa tentu Am boleh dapat A1 hehehe. Kerana kerap sangat melayan kartun dan komik maka menjuruslah pada sifat yang keenam in…

6 Suka Berangan - Bukan apa bila sendirian Am selalu berangan Am akan berjaya naik kapal angkasa ala-ala "Star Trek" itu merayau diseluruh alam semesta ini dan berjumpa dengan bermacam-macam jenis makluk (kalau adalah makluk itu), ada juga berangan blog Am jadi blog paling top sekali (memang tak mungkin), berangan nak kahwin 4 pun ada juga hehehe. Namapun berangan tak salah kan…

Sebenarnya Am malas nak "Tag" orang lain ni tapi oleh kerana ini peraturan pemainan ini , hendak atau tidak terpaksalah Am senaraikan 6 orang-orang bertuah yang telah Am pilih. Ini menjurus pada sifat pelik yang baru ada dalam diri Am, Am tak tahu nak senaraikan siapa hehehehe

Pertama -
Kedua -
Ketiga -
Keempat -
Kelima -
Keenam -


Rules & Regulations: Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!


Nota Kaki :

Jangan marah kerana Am langgar peraturan ya, Am tak berdaya hehehe.......

Labels:

Thursday, February 23, 2006

Bercerita tentang "Tag"

Mendung


Langit mendung ini Am rakamkan ditingkap pejabat Am, cantik juga nampak langit mendung tu.

Langit mendung ini bagai bercerita tentang bermacam penyakit yg ada di Negara kita sekarang ni.


Langit Pelik
Original Upload from O2 Xda II mini

Ok hari ini nak membayar segala hutang Tag Am, tak jawab terasa macam berhutang pula, bila dah jawab ni rasa legalah pulak

Tag 1
Nama Penuh : Nak tahu ker, terperanjat kang hehehe
Nama Manja : banyaaaak..anak panggil abah, isteri panggil sayang hehehe, member blog panggil Am, ada juga yang panggil abang (naik bulu roma)
Tarikh Lahir : 11 Ogos (jgn buat-buat lupa pula nanti ya)
Anak ke : tiga ( 3 is my fav number )
Kini menetap di : Cheras, Selangor
Kelahiran : Saya anak Malaysia
Status : banyak kali dah bercouple akhirnya dah berkahwin (baru sorang)
Pekerjaan : Assistant Company Secretary (pernah dengar ker kerja ini?)
Hobi : Baca komik (nak join Am ker)
Artis Kesukaan : Dulu suka Camelia (sekarang tak tahu pulak)
Haiwan Kesayangan : macam tak ada aja tapi semut sayang Am, kemana Am ada disitulah dia ada
Warna Kegemaran : Biru, hijau pun suka juga, hitam pun suka juga, pernah suka putih juga, ungu pernah suka sekejab, oren suka sekejap sangat masa sokong Zahid
Tentang Saya Yang Perlu Anda Ketahui : Apa nak cerita ya, Am tak byk bercakap bila baru kenal orang kerana takut salah cakap tapi bila dah kenal memang banyak cakap sampai tak terlayan kot, suka berterus terang, pemarah pun ada jugak dan perangai yang paling teruk ialah Am seorang yang cuai (sedang cuba ubah)

Tag 2
Something you want to do in your life :
Bahagiakan Ibubapa, bahagiakan Isteri dan anak, bahagiakan diri sendiri
One song that you could listen over and over again :
Ada satu lagu tu, Am dah lupa penyanyi dan tajuknya, liriknya lebih kurang bergini - Anak2 kecil mengoncangkan ibunya yang lemah longlai tak lagi bernyawa,....
Coke or Pepsi?
Dua-dua pun tan nak, Sirap limau satu
Something you currently desire :
Ada bonus, gaji, kenaikan gaji tapi tak perlu pergi kerja, ok tak
One good deed you've done lately :
Apa ya tak ingat pulak....
A funny moment in your life :
Pandang awek sampai langar tiang lampu, kelakar ker tak (buat malu aja)

Tag 3
4 jobs
1. Tolong orang jual buah, ini pertama kali kerja (kerja sambil sekolah)
2. Tolong abang angkat berniaga kedai makan (Kerja sambil sekolah)
3. Kerja kilang (seronok kerja kilang, gaji sebulan 2 kali)
4. Kerja sekarang ni, di Menara Tun Razak..
4 movies
1. Spiderman - rasa macam nak jadi spiderman pula..
2. King Kong - Langsung tak rasa macam nak jadi King Kong tu
3. Pride and Prejudis - Temankan isteri tapi tetap layan
4. Narnia - Yang ini temankan anak (Am pun minat juga sebenarnya)
4 places I have lived
1. Rumah Flat - Rumah mak ayah
2. Teres 2 tingkat - Sewa sebelum kahwin
3. Teres setingkat - Sewa lepas kahwin
4. Kondo - Rumah Sendiri
4 tv shows I love to watch
1. CSI Vegas
2. CSI Miami
3. CSI New York
4. Alias
4 places I've been on vacation
1. Tioman
2. Langkawi
3. Penang
4. Melaka
Empat aja, banyak lagi nak tulis ni hehehe
4 blogs I visit daily
1. Klinik Minda - Sendiri punya daaa..
2. Blog yg meninggalkan jejak di blog Am
3. Blog yang Am linkkan dgn blog Am
4. Blog yang linkkan Am
4 of my favorite food
1. Masak lemak Cili Api
2. Masak Lemak Putih
3. Sup
4. Telur mata kerbau
4 places i'd rather be:
1. Sudah tentulah hajat pertama nak gi Mekah.
2. New Zealand (Org kata tempat ini cantik)
3. United Kingdom (Boleh jumpa Noush nanti)
4. Hawaii...seksi dan seksa Am disini nanti hehehe
4 albums I can't live without
1. Tak ada lah pulak
2. -
3. -
4. -
4 vehicles I owned
1. Kawasaki Victor (dah jual)
3. Iswara Aeroback (dah jual)
3. Wira Aeroback (sedang digunakan)
4. Spaceship Star Trek (akan datang)...
4 mangsa seterusnya...
1. Pada sesiapa yang nak sambung
2. Pada sesiapa yang tiada idea nak tulis entry
3. Pada sesiapa yang ada cerita lebih menarik
4. Pada sesiapa sajalah

Nota Kaki:
Menjawab Tag bagai bercerita tentang peribadi diri tapi masih menyimpan sedikit untuk diri sendiri

Labels:

Friday, January 27, 2006

Bercerita tentang "Banyak Perkara" III

Pencemaran


Sebenarnya sudah lama Am hendak merakamkan gambar kilang yang memberikan pencemaran asap ini akhirnya pagi semalam berjaya dirakamkan.

Am sebenarnya geram tak kira jerebu atau tidak kilang ini sentiasa mengeluarkan asap yang tebal sebegini, marah pun ada juga

Pencemaran...
Original Upload from O2 Xda II mini

MARA vs IbuBapa
KUALA LUMPUR: Orang ramai memberikan pelbagai reaksi berhubung tindakan Majlis Amanah Rakyat (Mara) menghalang pelajar melanjutkan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) jika ibu bapa mereka yang berhutang gagal membayar balik pinjaman pendidikan Mara. Sesetengah mereka yang menyalahkan ibu bapa kerana gagal menunaikan tanggungjawab, manakala yang lain menyalahkan Mara kerana tidak menyediakan mekanisme berkesan untuk memungut pinjaman.
Sepenuhnya

Bagi Am pula kesalahan ibubapa janganlah anak yang hendak belajar yang dibebankan, tak perlu gangu pemikiran anak yang hendak belajar itu dengan masalah kedegilan dan kesombongan ibubapa mereka dan MARA itu sendiri kena berfikir secara rasional semula apakah tujuan penubuhannya, jangan sampai kerana nak kutip hutang semula mereka menolak tujuan asal penubuhannya ketempat kedua pula.

Malaysian Most Beautiful
Semalam akhirnya telah terpilihlah pemenangnya tapi secara peribadi bagi Amlah, tiada siapa yang layak untuk memang, kecantikan luar sudahlah kurang kecantikkan dalam memang sangat kurang, tapi nak buat macam manakan kena ada juga pemenang. Yang buat Am terperanjat ialah hadiahnya memang betul-betul lumayan

Anak
Anak Am macam dah sihat sahaja, dah melasak balik dan menjerit sana sini, tentang bab buat kerja sekolah mama dia kata dah ok sikit tapi masih susah nak buat dengan abah dia yang dia kata garang ini, Am ingat anak Am sahaja yang susah buat kerja sekolah tapi bila berbual dengan ayah kawan anak Am, anak dia pun susah juga rupanya. Satu lagi mengenai tulisan dia, dulu Am dan isteri memang risau kerana tulisan dia tak cantik tapi bila lihat rakan-rakan dia yang lain rupanya sama sahaja. Kadang-kadang Am ini terlalu inginkan anak Am buat yang terbaik sehingga Am terlupa pula semasa Am umur dengan dia dulu rasanya mengeja pun Am belum tahu lagi.

Cuti Panjang
Cuti seminggu akan tiba, Am dan isteri tak tahu nak kemana lagi, cuma kami rancang nak piknik di Sungai Gabai sahaja, anak Am tentu suka kerana sudah lama kami tak kesana semenjak ada kolam ditempat tinggal Am ini. Kalau nak kesana sudah tentu kena pergi awal-awal pagi kalau tidak jauhlah hendak parking kereta. Ada sesiapa nak join Am sekali ker?

Kerja
Lega sikit, hampir semua kerja penting telah berjaya disiapkan sebelum cuti ini, tapi rasanya ada kerja baru yang akan datang selepas cuti nanti, Am rasa bukan Am sahaja tapi ramai yang lain juga sibuk sangat sebelum cuti panjang ini. Betul tak?

Mimpi
Jarang Am boleh ingat apa Am mimpi tapi semalam Am mimpi Telefon O2 Am pecah kerana terjatuh, punyalah Am bengang dalam mimpi Am, satu lagi semasa dalam mimpi semua orang guna telefon bimbit yang canggih-canggih hehehe, nasib baik mimpi sahaja.

Kereta
Kereta dah mula buat perangai pula sekarang, dah ada bunyi yang tak menyenangkan keluar, kadang-kadang punyalah bising, rasanya baru sahaja berhabis untuk kereta hujung tahun lepas, kereta merajuk kot, anak kata dah minat kereta lain, dia minat kereta waja lah pulak

Tag
Sebenarnya dua Tag yang Am kena dengan rakan blog dan masih tak berjawab lagi, rasa macam berhutang pula, Tag ini payah sikit nak jawab kerana kena fikirkan jawapannya, tak apa bila Am kurang sibuk selepas cuti nanti Am akan langsaikan hutang itu, biar lambat asalkan berjawab, betul tak?


Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu dan selamat bercuti, kepada siapa yang nak berkahwin selamat menempuh alam rumahtangga, kepada yang nak bertunang selamat bertunang, kepada yang beraya tu selamat beraya dan yang paling penting semuga kita semua diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan dan akan lakukan.

Labels: , , , , ,

Friday, December 23, 2005

Bercerita tentang 5 Perkara pelik dalam diri Am

Langit


Sudah agak lama photo ini dalam simpanan Am, bila dan kenapa Am rakamkan photo ini Am sendiri sudah lupa.

Cuba cari photo langit yang bersesuaian dengan entry hari ini, ini sahaja langit yang agak pelik dalam simpanan Am. Macam ada sesuatu dicelah-celah awan itu.

Langit Pelik
Original Upload from O2 Xda II mini

Kalau tak silap beberapa hari yang lepas kena tag dengan anakomak, semalam pula Am kena tag dengan saudari Noush kita, mengenai perkara pelik ini, teruk juga memikirkan apa yang pelik mengenai diri Am kerana selalunya melihat benda pelik disekeliling kita sehingga terlupa pula melihat diri sendiri.

1. Ramai yang kata muka Am ini macam muka orang yang sombong dan tak mesra, tapi bila kenal Am sebenarnya itu tak mengambarkan peribadi sebenar Am. Nak buat macam mana muka Am dah macam itu, tak boleh diubah lagi.

2. Tak tahu kenapa Am buat apa2 perkara penting selalunya dua kali, lesen memandu 2 kali, kereta 2 kali ujian motor pun 2 kali ujian baru lulus, khusus khawin pun 2 kali, sekali sijil boleh hilang jadi kena pergi kali kedua. Ujian untuk dapat lesen kerja Am pun dua kali juga. Cuma satu sahaja yang baru sekali, KAHWIN hehehehe

3. Am memang suka makan lauk yang berlemak dan berkuah, pedas-pedas lagi Am suka, apa-apa lemak pun Am makan, sampai isteri Am pun naik marah takut mejejaskan kesihatan Am. Dipejabat ini memang semua rakan dah tahu, kadang-kadang tu siap beritahu pada Am kedai mana yang ada masak kuah lemak. kerana suka sangat berkuah Am sanggup masak maggi untuk dijadikankan kuah untuk makanan Am.

4. Inginkan kepuasan dalam melakukan setiap benda, Am kalau buat sesuatu benda mesti cerewet kerana Am tak suka buat sesuatu benda asal sudah sahaja. Am akan buat sessuatu benda sampai Am puas hati. Bila Am dah puas hati dengan sesuatu benda baru Am berhenti buat, ini termasuklah tentang kerja Am.

5. Cepat marah tapi cepat reda, Am ini sejenis manusia yang cepat marah tapi cepat sangat reda balik, perangai inilah yang Am sedang cuba ubah sedikit demi sedikit, mungkin darah masih muda lagi hehehe. Nak bagi Am reda memang mudah, senyum balik dengan Am atau minta maaf, sudah pasti Am boleh mesra balik.


Nota Kaki:
Minggu depan Am akan bercuti lagi selama seminggu, kali ini tidak berjalan-jalan kemana, cuma hendak menghabiskan saki baki cuti tahunan sahaja.

'Selamat berhujung minggu dan semoga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.'

Labels:

Friday, October 28, 2005

Bercerita tentang "Kena Tag"

KENA TAG adushhhhh.... Am sendiri tak tahu apa sebenarnya kena tag ini. Semua menjawab soalan jadi Am pun menjawab lah juga. Setakat yang Am tahu 4 orang dah Tag Am

Oh ya nak ingatkan semua ini tak ikut aturan kepentinganya yer

Seven Things I Plan To Do Before I Die:
1- Buat ibadah haji kat Mekah
2- Berhenti kerja dan ada perniagaan sendiri.
3- Nak bawa isteri berjalan-jalan keseluruh dunia (anak tunggu dia habis belajar dan cari duit sendiri)
4- Nak buat rumah besar atas tanah sendiri (sekrang ada rumah tanah kongsi ramai-ramai)
5- Nak lihat anak besar dan berjaya.
6- Nak tambah anak (mana cukup sorang aja).
7- Nak buang sifat-sifat yang tak terpuji dalam diri Am

Seven Celebrity Crushes:
1- Camelia (kalau boleh tujuh2 nak tulis Camelia).
2- Rosyam Nor (yang lelaki paling atas sekali ni)
3- Camelia oooop silap Nora
4- Fauziah Latiff
5- Jins Samsudin
6- Yusof Haslam
7- Pierce Brosnan (ni satu-satunya yang "orang putih")

Seven Often Repeated Words:
1- Allah
2- Kena jugak budak ni kang (kenanya tak juga)
3- Alamak
4- Mengantuknya
5- Kenapa
6- Assalamualaikum
7- W'salam

Seven Traits I Look For In The Opposite Sex :
1- romantik
2- tak merokok (Am boleh dia jangan)
3- putih (janganlah macam bedak pulak)
4- berbudi bahasa
5- suka bergurau
6- cun hehehehe
7- sporting giler

Seven people this tags goes to... :
1-
Mely
2-
Irman
3-
Activ8ions
4-
mE
5-
Jaja
6-
Anim
Nota Kaki:
Nak tambah sikit, 7 plan Am kalau jadi Perdana Menteri
1- Pastikan menteri Kabinet bukan setakat tahu cakap sahaja tapi tapi buat apa yang mereka cakap.
2- Pastikan semua undang-undang dilaksanakan dengan jayanya bukan setakat buat undang-undang sahaja.
3- Pastikan setiap jalan di Malaysia ni tak berlubang-lubang, ini tak mula2 cantik lepas itu sana lubang sini lubang.
4- Pastikan undang-undang khidmat sosial dilaksanakan bagi pesalah jalanraya dan tak boleh digantikan dengan duit.
5- Membatalkan mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa inggeris (kalau buat mungkin lambat lagi kena tunggu tahap bahasa inggeris ok dulu baru buat semula)
6. Pastikan Malaysia bebas 100% dari rasuah paling tidak pun bebas 90% dari rasuah (Pastikan badan percegah rasuah diberi kuasa oleh kabinet dan memberikan laporan terus kabinet)
7. Pastikan kita belajar dengan orang barat bukan jadi orang barat.

Labels: