Monday, December 22, 2008
Tuesday, November 14, 2006
Bercerita tentang "Lagu"
Tapi pada ada Am ada beberapa lagu yang Am rasa rosak terus bila diubah dan cuba diberi nafas baru, contohnya ialah lagu "Pelangi Petang" nyanyian Sudirman dan lagu tema cerita Ali Setan kalau tak silap Am. Pada telinga Am lah, tak tahulah pada telinga orang lain ok sahaja. Yang pastinya bila dengar lagu itu yang telah dinyanyikan semula Am akan beralih ke siaran lain. Apa-apa pun ini pendapat peribadi Am sahaja, mungkin pada mereka yang lebih arif lagu baru itu jauh lebih bermutu dari lagu sebelum diubah.
Labels: Hiburan |
Friday, May 26, 2006
Bercerita tentang "Uptrend"
Akhirnya juara baru American Idol 2006 telah dimumkan semalam. Taylor Hicks telah berjaya. Pernah dengar mengenai Uptrend? Am ada kawan ajak Am join program ini, program ini perlukan Am cari downline dan tanpa downline Am tak akan dapat pulangan. Sebenarnya Am kalau bab yang cari downline ni memang payah sikit. Pasal downline satu hal, sebab satu lagi walau bagaimana pun Am rasa program ini bagai kita menyusahkan orang lain atau macam menipu pula rasanya. Am lebih selesa sertai program seperti Akojaya dimana kita jual barang dan dapat komisen. Banyak kita jual barang, banyaklah komisen yang kita dapat. Pendek kata Am lebih selesa dengan program yang nampak barangannya.
Labels: Hiburan, Isu Semasa |
Monday, May 22, 2006
Bercerita tentang "Blog"
Photo ini baru Sahaja Am akamkan minggu lepas semasa menunggu isteri Am. Nampak cantik sangat langit waktu senja itu, ada dua photo yang Am rakam tapi lebih kurang sama sahaja. Tadi nampak langit pagi yang cantik tapi naik motor jadi tak boleh nak rakamkan Sudah lama Am tak bercerita tentang Blog Am ini, sejak kali terakhir Am bercerita tentang blog Am ada sedikit yang Am tambah dalam blog Am ini, blog Am sudah ada jam, sudah ada video muzik dan sudah ada logo email yahoo. Semua tu biasalah belajar atau tiru dari blog orang lain. Ada juga yang tanya kenapa ada sampai dua Tagboard? bukan pasal nak menunjjuk tapi sebagai persedian jika salah satu problem yang satu masih boleh digunakan, apa orang tua kata tu "Sediakan Payung sebelum Hujan". Satu lagi Am betul-betul gembira, seronok dan terharu atau lebih tepat lagi Teruja bila ada orang baru yang singgah diblog Am dan kemudia tinggalkan sedikit jejak di sini. Am seperti dapat kawan baru dan selalunya Am tak sabar-sabar untuk menjengok diblog mereka semua dan meninggalkan jejak diblog mereka. Kerana bagi Am sedikit jejak walaupun sependek perkataan "Hai" akan melahirkan kemesraan dan tak mustahil akan berakhir dengan persabahatan. Mungkin ramai yang perasan sekarang banyak blog sudah mula bercerita tentang Akademi Fantasia 4, blog manakah yang akan menjadi blog utama untuk AF4 kali ini, adakah blog SM yang sebelum ini dengan ada kenyataan yang blog itu tidak akan berbicara tentang AF4 atau blog Klubbkid yang semakin hari semakin panas dengan cerita AF4nya ataupun blog-blog yang memang kita tak pernah kenal. Adakah blog Am juga akan turut bercerita tentang Akademi Fantasia 4?
|
Friday, April 28, 2006
Bercerita tentang "Ada apa dengan Artis"
Photo ini sumbangan saudari SeliparJepun semasa dia bercuti di Pulau Tioman. Cantik betul photo senja ini pada pandangan mata Am Seronok betul SeliparJepun ini pergi bercuti, sampai terlupa nak beli apa-apa untuk Am hehehe Semalam banyak betul Am dengar cerita pasal Artis Malaysia ni. Kalau cerita yang baik oklah, tapi yang tak seronoknya cerita tak baik, dari cerita mulut, surat khabar dan email. Ceritanya pula ada pasal perkahwinan, cerai, tarik rambut, gay, tidur, khayal dan beberapa lagi. Pelik juga Am boleh percaya ker tidak tapi pasal yang tarik rambut tu memang boleh percaya kot. Makin lama makin teruk perangai artis di Malaysia ni, Am rasalah mereka tersalah ikut, kita kata ikut mutu lakonan dan komitmen yang artis barat berikan pada bidang lakonan bukan kita suruh artis kita tiru perangai artis barat tu bulat-bulat. Sudahlah yang muda-muda terikut-ikut, ini yang sudah kahwin dan ada anak pun masih terikut-ikut stail artis barat tu juga. Am paling suka jawapan artis bila ditanya mengenai gossip mereka, "fitnah tu", "mana ada", "super imposed, mana ada i buat benda tu", "dari mana u tahu cerita ni?" dan yang paling popular "No Comment". Yang paling best bila kena tangkap dalam hotel jawapannya kami hanya berehat sahaja (berehat sahaja ker?), kalau di Disko jawapannya kami jumpa kawan, salah ker? (macamlah tak ada tempat lain jumpa kawan, jumpa kawan kena pakai seksi2 sangat ker). Ada kawan pejabat Am takut anak dia jadi artis, isteri Am pun serupa, bagi Am biar anak Am jadi peminat cukuplah kerana bagi Am, sekarang ni peminat dah makin pandai dalam memilih artis kegemaran mereka.
Selamat berhujung minggu dan semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan. Labels: Hiburan |
Thursday, April 20, 2006
Bercerita tentang "Minggu Setiausaha"
Semalam pergi persembahan Siti Nuhaliza semperna minggu setiausaha, mohon kat boss nak tengok Mawi tapi dapat Siti, oklah tu dari tak dapat lansung macam tahun lepas. Ini kali kedua Am lihat persembahan Siti, Suaranya memang memukau tapi kalau nak berbual dengan peminat dia memang kurang sikit (jgn marah peminat siti ya). Kekurangan berjaya diisi dengan kehadiran Apek, Yassin dan Didi. Apek dah beberapa kali lihat tapi kali pertama lihat Yassin dan Didi live, Yassin memang bersahaja orangnya tapi si Didi ni memang nampak mengoda pakai pakaian perempuan hehehe. Mulut dia pun main lepas aja, nasib baik Am tak naik pentas kalau tidak memang merah muka kena kutuk dengan dia. Keseluruhan persembahan memang best, rasanya kalau Dato' K datang lagi best hehehe, rasanya tak rugi pada siapa yang dah pergi tu. Hari ini masih ada lagi persembahan Siti disitu dan separuh lagi rakan pejabat Am akan pergi bergembira. Am rasa minggu setiausaha ni macam minggu perhargaan boss pada anak buah mereka tak kiralah apa jawatan anak buah mereka, kalau untuk setiausaha sahaja memang tak merasalah Am nak pergi. Cuma waktu sekarang Am tengah banyak kerja, pergi dengan dikepala mengira kerja yang belum siap Nota Kaki: |
Monday, April 17, 2006
Bercerita tentang "Hujung Minggu"
Photo ini sumbangan dari moon, cantik juga photo yang moon rakamkan ini, terima kasih mooh kerana sudi berkongsi photo ini dengan Am. Ada sesiapa yang ada photo yang rakamkan sendiri tu bolehlah beri pada Am ya, boleh Am paparkan disini Hujung minggu boleh kata macam menunggu tetamu datang rumah, hari minggu kawan sekolah Am datang, datang bukan kerana apa, anak dia yang paksa pasal nak mandi dikolam rumah Am tu, biasalah tu, Am pula tak pernah menolak kalau mereka nak datang kecuali Am ada hal. Kebetulan mereka dah sampai ajak makan tengahari dirumah Am, petang pula isteri ajak beli barang dapur yang dah kehabisan. Hari Ahad pula orang kampung belah isteri Am datang bertandang, juga ajak mereka makan tengahari dan macam hari sabtu juga mereka balik selepas makan tengahari. Petang ahad hujan pula, tak boleh kemana, apa lagi tengok TVlah jawabnya, menonton cerita "Lagi lagi Senario" cerita ini Am dah tengok wayang dengan anak dan isteri Am, dan yang paling tak boleh lupa ialah kerana cerita inilah isteri Am tak lalu makan roti canai lebih setahun juga, adegan keramat membabitkan Apek buat roti tu kalau tak silap Am dah kena potong semalam. Malam Ahad menonton acara penutup "Fiesta Media Idola", seperti biasa penonton Malaysia ni datang hanya untuk menonton, tepuk tangan punyalah susah, nak berdiri hormat semasa bendera diturunkan lagilah susah. Itu yang Am nampak tak tahulah kalau mereka semua berdiri. Paling menyakitkan ialah bila ada sorakkan yang tak senonoh bila pasukan KRU menang, apalah mereka-mereka ini, semangat kesukanan hancus habis, buat malu kat orang aja. Apa-apa pun Fiesta Media Idola memang meriah, seperti kata Vince "Semua pemenang tiada pengalah"
|
Wednesday, March 01, 2006
Bercerita tentang "Hajat yang tak Sampai"
Photo ini dah ada lama dalam album photobucket Am, rasanya Am belum lagi paparkan disini, ini sudah tentu photo senja menanti malam Ada beberapa photo baru dalam simpanan Am namun masih mencari photo yang menarik untuk dipaparkan disini. Semalam Am ditawarkan tiket menonton PGL (Puteri Gunung Ledang) dari boss Am, walaupun Am dan isteri memang berminat sangat nak pergi, tambahan pula isteri Am memang tahu Am ini peminat teater tapi tak dapat pergi kerana kena jemput anak buah isteri Am pula (anak pada adik isteri Am). Memang agak sakit hati juga kerana tak dapat pergi tengok tapi agaknya memang bukan rezeki Am, mungkin hari lain akan jadi rezeki Am pula. Mana tahu ada PGL2 hehehehe Kebetulan tercerita tentang PGL ni, Am rasa PGL ini telah membawa dunia teater kita arah satu dimensi baru, mungkin selepas ini orang tak akan takut lagi untuk melabur dalam pembikinan teater dan yang paling pasti orang Malaysia akan bangga dengan teater mereka. Bukan Am kata teater kita sudah maju sangat tapi sekurang-kurangnya pengiat teater sudah makin berani dan dalam haluan yang betul untuk memajukan lagi dunia teater. Fakta Menarik
|
Friday, January 27, 2006
Bercerita tentang "Banyak Perkara" III
Sebenarnya sudah lama Am hendak merakamkan gambar kilang yang memberikan pencemaran asap ini akhirnya pagi semalam berjaya dirakamkan. Am sebenarnya geram tak kira jerebu atau tidak kilang ini sentiasa mengeluarkan asap yang tebal sebegini, marah pun ada juga MARA vs IbuBapa Bagi Am pula kesalahan ibubapa janganlah anak yang hendak belajar yang dibebankan, tak perlu gangu pemikiran anak yang hendak belajar itu dengan masalah kedegilan dan kesombongan ibubapa mereka dan MARA itu sendiri kena berfikir secara rasional semula apakah tujuan penubuhannya, jangan sampai kerana nak kutip hutang semula mereka menolak tujuan asal penubuhannya ketempat kedua pula. Malaysian Most Beautiful Anak Cuti Panjang Kerja Mimpi Kereta Tag
|
Monday, January 16, 2006
Bercerita tentang "Sebab"
Masih lagi memaparkan photo yang Am rakamkan di Melaka, banyak photo yang Am rakamkan disana nampak sangat menarik pada pandangan Am, pada orang lain tak tahu pula Am. Gabungan awan hitam, putih dan biru memang nampak menarik, tambahan pula ada pokok yang menambah tarikannya, apa pendapat rakan2 semua. Apa khabar semua, Alhamdullilah Am masih sihat dan masih mampu untuk meninggalkan celoteh disini. Masih mampu tersenyum dan masih mampu untuk melihat dan mendengar kerenah-kerenah disekeliling Am. Semalam akhirnya berjaya juga Am menonton ulangan Finale CSI Miami, punyalah tunggu, nasib baik Moon ada beritahu bila ulangannya. Kalau tidak tak merasalah Am menonton Finalenya. Menang menarik ceritanya, penghujung yang diluar dugaan Am, berakhir dengan agak sayu bagi hampir semua watak dan Am tertunggu juga akan sambungan musim terbarunya. Sementara menunggu ulangan finale CSI Miami semalam tengoklah CSI dan CSI New York. Am agak tertarik dengan satu kes di CSI, kisah seorang adik yang belum cukup umur membunuh abangnya dengan cara yang agak kejam. Am tertanya-tanya juga apakah sebabnya, akhirnya budak itu beritahu sebabnya adalah kerana abangnya beritahu pada semua orang yang dia tidur kencing. Banyak cerita CSI dan penyiasatan lain yang Am tonton dan banyak juga penyebab kenapa mereka membunuh tapi bagi Am sebab semalam adalah sebab yang paling sayu bagi Am dan yang paling Am tak terfikir. Walaupun nampak macam tak logik tapi bagi Am benda-benda sebegini memang pernah terjadi dan tak mustahil akan terjadi. Mendengar alasan budak itu mengingatkan Am kadang kala kita terlupa perkara kecil yang kita lakukan yang pada kita hanya satu jenaka atau remeh temeh akan memberikan satu pengaruh atau tamparan yang besar kepada orang lain. Dan yang paling menakutkan ialah kita tak menyedarinya dan terus melakukannya secara berterusan. Percaya atau tidak secara tidak sedar kita adalah pencipta penjenayah atau pembunuh itu. Mungkin agak kasar bunyinya tetapi inilah kenyataannya, kita terlalu leka dengan diri kita hingga kita terlupa pada apa yang terjadi dan akan terjadi pada orang lain disekeliling kita terutam aorang yang kita sayang.
|
Monday, October 03, 2005
Bercerita tentang "Hujung Minggu"
![]() Kalau tak silap photo ini Am rakamkan sebelum hujan lebat yang amat sangat di pejabat Am. Selalu ambil photo awan terang, kali ini Am cuba ambil yang gelap pula, biasalah ingin cari kelainan sikit. Langit Gelap Original Upload from Samsung SGH-D500 Selangor akhirnya berjaya mencipta satu sejarah manis bila berjaya memenangi ketiga-tiga piala termasuk Piala Malaysia. Hebat....... sangat hebat, harap-harap tidak hebat semusim sahaja sudahlah. Terus-terang Am katakan hebat manapun di Malaysia namun seperti kata isteri Am, corak permainan mereka masih jauh berbeza dengan permain luar negara. Bagi Amlah permain kita sepatutnya didedahkan lagi dengan corak permainan antarabangsa. Akhirnya Elly memilah Danial dalam "Program Mencari cinta", benarkah Elly benar-benar mendapat cinta yang dicarinya dan Danial adalah lelaki yang benar-benar sejiwa dengannya. Malas Am nak komen kerana rasanya berbulan-bulan juga nanti baru mereka kahwin. Tunggu dan lihat sahaja lah. Hujung minggu Am pula agak memboringkan, sakit kepala, sakit hidung, sakit tekak, sakit perut dan sakit hati. Akhirnya terpaksa duduk rumah sahaja sampai naik boring anak Am. Sakit punya pasal anak Am tiba-tiba belajar buat air milo untuk abah dia, punya lah manis tapi sedap pasal air pertama anak Am buatkan untuk abah dia. Pandai anak bujang Am tu. Nota Kaki: Am mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan dan semua yang menjengok di blog Am ini. |
Monday, September 26, 2005
Bercerita tentang Hujung Minggu
Akhirnya Danial menjadi juara Malaysian Idol 2 (MI2), Tahniah diucapkan.Adakah dia berjaya melepasi standard yang telah ditetapkan oleh Jaclyn Victor pada MI1? Rasanya ramai yang sudah tahu jawapannya. Secara peribadi bagi Am, kehebatan mereka tidak berjaya menandingi kehebatan Jac dan Dina di final tahun lepas, ditambah pula dengan persembahan mereka yang tidak konsisten disetiap minggu menyebabkan difinal akhirnya penonton lebih tertarik vote kerana unsur-unsur lain lebih dari bakat. Danial Juara MI2 Photo dari Berita Harian Online Selangor menang satu piala lagi, tiba-tiba rasa bangga pulak jadi penyokong selangor heehehe. Tiba-tiba hilang semangat pula bila lihat keganasan penyokong membaling bekas minum dan kerusi ke padang. Cuba ambil muka budak2 yang tak tahu malu ni dan letakkan diakbar-akbar kemudian letakkan perkataan "Mereka-mereka ini sedang dicari untuk membantu siasatan polis". Baru padan muka. Pesta Tang Long Hari sabtu pada malam yang sama Siaran lansung MI2 dan Piala FA, dirumah Am pula ada pesta Tang Lung, kali pertama kami buat, semua anak-anak dengan tanglung berpusing dikolam walaupun perancangan asalnya buat satu pusingan di Kondo itu. Bagus juga sekali-sekala ada benda ini, dapat juga kami kenal satu sama lain dan lebih rapat lagi. Mungkin hari raya nanti kami juga akan buat majlis hari raya. Hari Ahad melawat kawan isteri Am yang baru dapat anak, comel dan kesian dia ada penyakit "J6PD". Bila balik anak Am tanya "Mama, bila kita nak beli baby macam itu yer?" laaaaa dia ingat baby boleh beli-beli ker. Nota Kaki: Hari sabtu pergi One Utama, beli lukisan untuk rumah Am, kebetulan pula Siti Nurhaliza buat persembahan, makin cun pula CT tu, anak Am pula boleh kata "Bisinglah Abah" hehehehe |
Friday, September 23, 2005
Bercerita tentang "Demam"
![]() Photo ini pada asalnya Am ambil secara tak sengaja, tiba-tiba terasa unik pula. Bila difikirkan semula, Am terasa tersepit pula ditengah-tengah bangunan itu. Tersepit Original Upload from Samsung SGH-D500 Semalam melawat blog sahabat-sahabat, kawan-kawan dan blog yang baru nak berkawan kebanyakkannya ramai yang dah demam, baru sembuh atau baru nak demam. Kali ini demam betul-betul bukan demam AF. Sekarang ini agaknya memang musim demam kot, Am sekarang pun dah ada rasa sikit-sikit tapi syukurlah belum betul-betul demam lagi. Anak Am pun baru sembuh dari demamnya, 3 hari cuti sekolah, semalam baru mula bersekolah. Seperti biasa bila balik sekolah, kerja sekolah memang banyak dan akhirnya 4 sahaja yang siap dan yang selebihnya ditunda ke waktu yang akan ditetapkan kemudian. Satu lagi sekarang ini ialah musim menganti puasa, di pejabat Am ni yang perempuan semua tengah sibuk menganti puasa, yang lelaki pula sibuk mengusik hehehehehe. Malam ini juga ialah Final Malaysian Idol, siapa yang akan menang ya? Nota Kaki: Yang pastinya poket Am yang sedang demam hahahahaha Selamat berhujung minggu dan semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan |











