Bercerita tentang ABANG & ADIK
Am suka lihat Photo ini. Isteri Am yang rakamkan, kebetulan Am lihat dan tak pasti pula bila isteri Am rakamkan. ![]() ![]() Labels: Anak |
Am suka lihat Photo ini. Isteri Am yang rakamkan, kebetulan Am lihat dan tak pasti pula bila isteri Am rakamkan. ![]() ![]() Labels: Anak |
Sejak kebelakangan ni, banyak sangat benda-benda Pelik Tapi Benar berlaku disekeliling Am. Rasanya benda ini bukan baru berlaku, dah lama dah tapi kali ini Am baru betul-betul perasan. 1. Kereta punya cantik, lampu signal mahal tapi tak mahu guna bila membelok. Memang pelik tapi memang benar-benar berlaku. 2. Menungang motosikal sambil mengunakan telefon bimbit kurang pelik, yang peliknya sambil jawab dan terima sms. Yang bertambah pelik dia tak perasan ke orang belakang dia rasa macam nak bagi penampar siam sahaja kat dia. 2. Tuan punya projek yang buat bangunan ditepi-tepi jalanraya, akan anggap sisi jalan, kaki lima jalan dan kalau boleh keseluruhan jalan itu dia punya. Itu pasal kalau mereka nak letak kenderaan besar mereka ikut suka sahaja. Jalan dia punya ler katakan. 3. Pegawai bandaraya / Polis begitu cekap menyaman motor yang parking disekeliling bangunan walaupun tak menganggu lalulintas tapi kereta yang benar-benar parking ditepi jalan dan menyebabkan kesesakkan lalu lintas tak pulak kena saman. Pelik tapi memaaaaang benar. Tak percaya pergi lihat di PERTAMA Compleks. Yang Ini Paling Pelik Tapi Benar 4. Ahli poloitik boleh lompat ke parti lawan dan tak sampai 10 hari lompat balik ke parti asal. Yang ini patut masuk "Malaysia Book Record". Peliknya tak tahu malu ker ahli polotik tu dan yang paling pelik parti tu boleh terima balik pulak. Pelik... Pelik.... Pelik.... tapi Benar-Benar Kejadian. Nota Kaki: Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan. Labels: Jom Fikir |
Photo ini photo lama, sama waktu dengan photo yang Am paparkan pada entry yang lepas. Tiada photo baru yang hendak di paparkan disini. Ada dua tiga keping lagi photo lama ni. Rasanya sekarang isteri Am lebih pandai guna kemera tu dari Am. Manatak, ada awan cantik Am suruh dia yang rakamkan hehehe Awan Senja.... Original from Panasonic Lumix DMS-FS Sekarang ini isu LOMPAT Party dah jadi hangat. Yang sini lompat kesana dan yang sana lompat kesini. Yang sini betul saya lompat yang sana, eeeh mana ada saya lompat. 2. Betul atau tidak, pokoknya Am memang tak berapa gemar dengan orang yang lompat party ni. Bagi Am mereka orang yang tak boleh percaya dan tak amanah dan tak setia dan tak ada maruah. 3. Tak kisahlah party yang mana pun. Mungkin mereka marah jika baca ni. Nasihat Am dari lompat party lebih baik mereka lompat galah ker atau paling senang lompat pagar. Nota Kaki : Yang "frust"nya rakyat yang penat berbaris dan memangkah mereka dahulu.... |
![]() Masih photo dalam kapalTerbang lagi. Tak pasti photo ini isteri atau anak yang rakamkan. Am tak perasan bila diaorang rakamkan tapi bila dah lihat lawa ler pulak. Sekarang ni isteri Am yang lebih banyak rakam photo dari Am kerana kamera dia yang selalu pegang hehehe Awan Senja.... Original from Panasonic Lumix DMS-FS Boss baru Am ni dah buat perangai, ada ke minta Monthly Report pulak. Dah ler ada Monthly Meeting. Ini mesti ingat orang tak ada ker atau dia sendiri yang tak ada kerja. 2. Semua dah angin dan malas nak sediakan pasal kami sendiri sedang sibuk gila dengan Penyata Tahunan yang perlu disiapkan dan dihantar. Rasanya Repot Bulanan untuk bulan Januari ni, bulan Februari ler baru dia dapat hehehe 3. Am bulan Januari dan Julai memang bulan tersangat sibuk. Jadi kawan-kawan blog jangan ambil hati ya jika jawatan tiada balasan. Nota Kaki: Sibuk pun hari-hari masuk dan melihat blog hehehe Labels: Kerja |
![]() Photo ini dirakamkan semasa dalam perjalanan ke Bandung, ada beberapa keping photo lagi. Ikut aturan untuk dipaparkan disini. Nampak tak lama lagi photo yang dipaparkan semua photo diatas awan kerana merakamkan photo ini didalam kapalterbang. Awan Biru.... Original from Panasonic Lumix DMS-FS Beberapa hari lepas ada 2 peristiwa yang buat Am sakit hati dan benda ini berlaku didepan mata Am dan isteri 2. Pertama semasa nak Parking kereta satu mamat yang keluar dari kereta Merz, dengan berlagaknya jalan macam badan kebal. Seolah-olah dia raja dan semua kena beri dia jalan. Sepatutnya dia tengok ada kereta atau tidak, ini kita yang kena hormat gila-gila kat dia. BERLAGAK betul... 3. Baru jadi pagi tadi semasa hantar Am ke sekolah Agama, sorang mamat berkereta Merz ni baru hantar anak dia ke sekolah yang sama. Selepas hantar keretanya terus gerak sampai budak-budak yang melintas terpaksa berhenti tengah jalan untuk memberi dia bagai raja besar tu jalan. Apa salahnya lepaskan budak-budak tu melintas dulu. GILA punya orang... 4. Am percaya bukan semua berkereta besar ini berlagak dan gila macam mamat dua orang tu. Am pernah baca dalam blog AbahMuizz dimana seorang yang berpangkat Dato' tetapi begitu rendah diri. Tapi mamat dua orang ni memang rasa kerana berkereta Merz dia ingat tarafnya tinggi melangit dan dia tak pandang orang yang berkereta kecil ni. Nota Kaki: Semakin banyak perhormatan yang kita beri semakin banyak perhormatan yang kita terima dan kita tak perlukan kereta Merz untuk dapatkan perhormatan ni.... Labels: Jom Fikir |
Rabu, dengan semangat Am dah target nak makan nasi lemak lauk ikan sardin di kedai dekat dengan pejabat. Bila sampai tiga-tiga kedai hari itu tak ada lauk sardin padahal selalunya hari-hari ada lauk sardin. FRUST betul.... 2. Khamis, sambung balik hasrat nak makan nasi lemak dengan Sardin, gembira dalam 3 kedai satu kedai ada lauk sardin. Bila minta nasi lemak. "Nasi lemak dah habis ler dik" Ayat yang buat Am Frust balik. Nak cover makan bihun dengan sardin hehehe. FRUST lagi... 3. Malam Tadi, secara kebetulan isteri Am masak sardin sambal, terus lepas geram makan sardin da nasi. Angap sahaja itu nasi lemak hehehe. LEPAS Geram ler ni.... 4. Pagi Tadi, sarapan Roti Sardin.... Takut, lama-lama jadi muka sardin. Isnin depan nak dapatkan juga makan nasi lemak lauk sardin hehehe. Nota Kaki: Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan Labels: Peribadi |