
Langit biru... kembali lagi, melekakan aku dalam kekaguman, melalai aku sebentar dari kenyataan Langit biru... jangan abaikan aku lagi, kerana mata ini masih belum jemu memandangmu dan mulut ini masih belum puas memujimu
- Am@Abahmuda 2006
Kembali Membiru... Original Upload from O2 Xda II mini Dalam banyak-banyak plaza Tol yang Am lalu Am perasan hanya satu plaza tol yang juruwangnya sangatlah sombong, ambil duit hanya hulur tangan dan pandang arah lain tanpa senyuman dan ucapan terima kasih. Rasanya kalau Am hulurkan ular ganti duit pun dia tak perasan kot hehehe. Kadang kala geram juga Am hendak sahaja Am tanya dia kenapa dia sombong sangat, takut bergaduh pula nanti, kesudahannya dia marah Am dan Am marah dia, tak berbaloi rasanya, hati memang dah sakit bertambah sakit pula nanti. Baru-baru ini ketika Am kearah PutraJaya, bayar tol, punyalah baik juruwang itu, siap berikan senyuman dan ucapan terima kasih, terperanjat Am dan isteri Am, Am kata pada isteri Am, baik betul, rasa macam nak pusing balik dan bayar lagi sekali tol pula hehehe. Kebetulan cerita pasal tol ini, ada seorang juruwang itu yang Am dan isteri gelar "Toll Gate Girl" ala-ala cerita Amy Mastura tulah, Kenapa Am gelar begitu? kerana dia dia punya mekap punyalah lawa, dengan bedaknya, gincunya, celaknya, fesyen rambutnya, juruwang tu pun memang cantik pun. Kalau lalu tol itu Am selalu cakao dengan isteri Am, harap2 jumpa juruwang itu dan kalau dapat beri 'Namecard' pun ok juga hehehe Hakikatnya ramai juruwang tol ini yang baik, murah dengan senyuman, rajin memberi ucapan terima kasih, hanya segenlintir sahaja yang begitu sombong dan kedekut dari segi segala-galanya. Kata-Kata Menarik "There are people who want to be everywhere at once, and they get nowhere." --Carl Sandburg. Nota Kaki: Dengan pertolongan Syah dan Noush, Am sedang dalam percubaan untuk meletakkan senarai lagu dalam blog Am, jika ada sesiapa yang minat lagu boleh beritahu Am, kalau ada dalam simpanan Am, Am akan cuba uploadkan disitu nanti.
Labels: Jom Fikir, Kata-Kata, Sajak |