Selamat Hari Raya AidilAdha
![]() Labels: Ucapan |
"Ulam jering daun mengkudu, Juadah berbuka tepung pelita, Menjelang syawal penuh syahdu, Ampun dan maaf pohon dipinta. " "Roti sebuku petai sepapan, Daun ketupat daun palas, SMS penganti kad ucapan, Tanda ingatan tulus ikhlas. Selamat Hari Raya Aidilfitri" "Maaf dipinta sekiranya ada kepincangan dalam perlakuan dan kata-kata sepanjang perkenalan kita. Selamat Hari Raya Aidilfitri " "Ketupat lemang rendang rusa, untuk dijamu di pagi raya, Kiranya ada silap bahasa terkasar kata, Pohon maaf dipinta dari kami skeluarga. Selamat Hari Raya Aidilfitri " "Satu syawal menjelang tiba; Takbir bergema mengegar jiwa; Sekiranya ada salah & dosa; Ampun dipinta dihari mulia. " "Roti dah abis, petai dah licin. Yg ada cuma salah silap je Am yg perlu dimaafkan. " "Anak kambing menarik lori, Anak beruang tercucuk duri. Tersilap kata ku sorry, harap dimaafkan diaidilfitri. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin " "Sebening air wudhu', sesuci alqur'an, semerdu alunan zikir, seindah solat 5 waktu, setenang hati yg tiada rasa benci & dendam. Andai tgnku x sempat bjbat, jika muka x brtatap, bukalah pintu maaf untukku. Selamat Menyambut Aidilfitri " "Dlm kerendahan hati ada ketinggian BUDI, dlm kemiskinan harta ada kekayaan JIWA, dlm gurau senda ada KHILAF dan DOSA... Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin " "Barakah Ramadan dirindui Kemeriah Syawal diwai Salam Aidilfitri dari kami Maaf Zahir Batin " "Ya Allah, ya Rabbi, telah berlalu RamadhanMu. Kini menjelang syawalmu... Ya Allah jgn kau jadikan Ramadhan saudaraku ini sia2, jadikan ia org yg memperoleh kemenangan dan fitrah pd Syawalmu... Dan menjadi ramadhan kali ini sebab untuk saudara ku ini mendapat syurgamu...Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin " "Jatuh moto atas papan, Jatuh moto bersama isteri, Sms dihantar tanda ingatan, Buat menganti diru ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin " "Kalau dilipek sebosar ku, Kalau dibontang sebosar alam, Kok hilang dicaghi, Kok hanyut dipinteh, Kok tonggolam disolam, Datang biarlah nampak muko, Kok poei biarlah nampak belakang, Jauh diimbau, dokek digamit, Seuntai salam, sejambak kato, Yang mano tersalah cakap, terkutuk, termakan, terminum, terpinjam dan sebagainya...mintak2halal.... Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin " "Bt ktupat sambil bersila, tekunnya sampai x boleh ketawa, sudah tggjawab sesama manusia, bermohon maaf dihari raya.... " "Aidilfitri muncul lagi, keberkatan ramadhan mula pergi, sinar shawal menjelang pasti, Dgn rasa rendah diri, andai ada tutur kata menyingung hati, mahupun perbuatan yang menyakiti, apatah lagi dosa yang tak pasti, dari hujung rambut hingga hujung kaki harap diampun. Selamat Hari Raya Aidilfitri " "Ambilah secebis ketabahan RASULLAH S.A.W., secangkir keluhuran ABU BAKAR, selautan ilmu IMAM SHAFIE, sekudus taqwa IBNU SINA & semurni ingatan di HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir Batin " "2 3 kucing berlari, berlari kejar daun ketupat, Selamat menyambut Aidilfitri, Bermaafan kita mendapat berkat. Maaf Zahit Batin " "Hari yg indah tampak bercahaya, muslimin dan muslimat wajah berseri-seri, takbir bergema memecah suasana, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin " "Laungan naga gegak gempita, harimau lapar mencari mangsa, memohon maaf menghapus dosa, moga selamat dihari raya. " "Ketupat Pulut Atas Para, Hendak Direbus Ditepi Perigi, SMS Dihantar penganti diri Kad Raya, Tanda Ingatan diAidilfitri. Maaf Zahir Batin " Antara ucapan yang Am dapat semasa nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Yang ada grafik semua Am tak boleh tengok. Nampak kotak kotak sahaja semua, almaklumlah telefon canggih sangat hehehe. Am paling suka dan tertarik dengan ucapan yang "Bold" tu, ringkas dan padat... Nota Kaki: Boleh guna ucapan ini untuk raya akan datang hehehee |
Dapatkan Satu Di Sini - e-comment2u Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung Blog Klinik Minda - Merenung Jejak Kehidupan ini. Am mengambil kesempatan pada entry kali ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua teman-teman yang sudi mengunjungi blog Am ini. Am memohon maaf zahir dan batin jika ada tersalah bahasa, tersalah perkataan hingga menguris hati sesiapa biarpun secara Am sedar atau tidak. Am juga ingin memohon maaf jika ada entry Am sebelum ini menyakitkan hati sesiapa yang membaca blog Am ini, semua itu tak disengajakan walaupun kadang kala tu ada juga yang disengajakan tapi entah dia baca ker tidak. Jangan takut kalau ada sesiapa yang buat salah dengan Am, Am dah maafkan pun hehehehe. Kebetulan minta maaf ni, Am juga nak minta maaf jika ada kesalahan di entry-entry akan datang juga sekali Labels: Ucapan |
Selamat Hari Jadi. Selamat Hari Jadi.. Selamat Hari Jadi AbahMuda... Selaaamat Hariii Jadiii.... Selamat Hari Jadi. Selamat Hari Jadi.. Selamat Hari Jadi AbahMuda... Selaaamat Hariii Jadiii.... Selamat Hari Jadi. Selamat Hari Jadi.. Selamat Hari Jadi AbahMuda... Selaaamat Hariii Jadiii.... Selamat Hari Jadi. Selamat Hari Jadi.. Selamat Hari Jadi AbahMuda... Selaaamat Hariii Jadiii.... Selamat Hari Jadi. Selamat Hari Jadi.. Selamat Hari Jadi AbahMuda... Selaaamat Hariii Jadiii.... Happy Birthday To You. Happy Birthday To You.. Happy Birthday to AbahMuda... Happyyy Birthdayyyy To youuuuu. Happy Birthday To You. Happy Birthday To You.. Happy Birthday to AbahMuda... Happyyy Birthdayyyy To youuuuu. Happy Birthday To You. Happy Birthday To You.. Happy Birthday to AbahMuda... Happyyy Birthdayyyy To youuuuu. Happy Birthday To You. Happy Birthday To You.. Happy Birthday to AbahMuda... Happyyy Birthdayyyy To youuuuu. Happy Birthday To You. Happy Birthday To You.. Happy Birthday to AbahMuda... Happyyy Birthdayyyy To youuuuu Allah Selamatkan Kamu. Allah Selamatkan Kamu.. Allah Selamatkan AbahMuda.... Allaah Selaaamatkan Kamuuuu.... Allah Selamatkan Kamu. Allah Selamatkan Kamu.. Allah Selamatkan AbahMuda.... Allaah Selaaamatkan Kamuuuu.... Allah Selamatkan Kamu. Allah Selamatkan Kamu.. Allah Selamatkan AbahMuda.... Allaah Selaaamatkan Kamuuuu.... Allah Selamatkan Kamu. Allah Selamatkan Kamu.. Allah Selamatkan AbahMuda.... Allaah Selaaamatkan Kamuuuu.... Panjang Umurnya. Panjang Umurnya.. Panjang Umurnya... Panjang Umurnya. Panjang Umurnya.. Panjang Umurnya... Panjang Umurnya. Panjang Umurnya.. Panjang Umurnya... Panjang Umurnya. Panjang Umurnya.. Panjang Umurnya... Nota Kaki : Aduh dah penat menyanyi...... Labels: Ucapan |
![]() "Banner" ini disumbangkan oleh sepupu isteri Am. Kebetulan dia memang kerja dikedai buat benda-benda ini. Jangan tanya harga Am sendiri pun tak tahu. Masaalahnya sekarang lepas hari jadi tak tahu nak letak kat mana "banner" ni. Almaklumlah rumah Am kan kecil sahaja. Hari ini Hari jadi adik pula. Selamat Hari Jadi adik dari Abah, Mama, dan Abang. Doa adik serupa dengan doa untuk Abang, semuga adik berjaya didunia dan akhirat. Ingat lagi dahulu sebenarnya bila doktor suruh pilih tarikh, Am nak pilih tarikh sama dengan abang tapi abang marah dia kata tarikh tu untuk dia sahaja. Memang dah lama Am pilih lagu ini untuk adik, Anak - Carefree Ketika engkau dilahirkan Engkau menerangi alam Kegelapan ayah dan ibu mu Betapa murni kasihnya Ketika kau nyenyak tidur Menatapi wajahmu oh anak Kenanglah ibu mu tidur tak lena Menjaga tidur mu Takut engkau terbangun Menangis kehausan susu Di belai mu dengan cermat Penuh kasih dan sayang Tiap detik dan setiap waktu Kini masa terus berlalu Di mandi dengan kasih sayang Kau besar sudah oh anak Ibu dan ayahnya memberi kau Kebebasan yang engkau mahu Di samping didikan agama Yang sempurna untuk hari mu Sumbangan Liriklagu.com Naota Kaki : Adik yang ter "over" peramah dan penuh dengan senyuman...... |
![]() Photo awan biri ini Am rakamkan agak lama dahulu. Terpukau dengan kecantikkan warna birunya. Semalam pusing dalan internet tengok photo awan, memang cantik photo awan mereka. Macam langit dengan bumi dengan photo Am hehehe Awan Biru.... Original Upload from Canon IXUS 60 Bulan lepas Hari Ibu dan rasanya belum terlewat untuk Am rakamkan ucapan "Selamat Hari Bapa" kepada semua rakan yang mengunjungi blog Am ini. Teristimewa buat bapa Am dan Bapa mertua Am. Tak terlupa buat diri Am sendiri. Terima kasih juga pada semua yang sudi mengucap "Selamat Hari Bapa" pada Am ya. Nota Kaki : Masih tak percaya Am dah jadi bapa sekarang hehehe....... Labels: Ucapan |
Mama: Abang nak kasi apa pada cikgu Abang nanti Abang: Tak tahu lah Mama Mama: Cubalah fikir.... Abang:............ susah-susah nak fikir, senang-senang tak payah bagi apa-apalah Mama Abah: Apa raaaaa budak sorang ni... Hari Jumaat ini sambutan Hari Guru disekolah kebangsaan anak Am. Am dan isteri sudah benda nak kasi pada guru anak Am tu, guru sekolah ugama sahaja belum fikir lagi hehehe Mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" kepada semua guru-guru di dunia dan teristimewa pada guru-guru tang menjengok diblog Am ini. Terima kasih atas jasamu kerana sudi mendidik anak bangsa kita hingga berjaya. Nota Kaki : Pernah bercita-cita uintuk menjadi guru tapi tiada keyakinan Labels: Ucapan |
Selamat hari ibu kepada Mak Am, kepada Isteri Am, kepada Adik-Adik Am yang dah bergelar ibu, kepada Ipar-Ipar Am yang juga sudah bergelar ibu dan seterusnya kepada semua pengunjung blog Am. Tak kisah mereka dipanggil Mama, Mak, Ibu, Ummie, Mummy dan sebagainya.Ingin berkongsi satu cerita menarik dengan pengunjung blog Am. Tekan Sini Ibu - P. Ramlee Ibu ibu Engkaulah ratu hatiku Bila ku berduka Engkau hiburkan selalu Ibu ibu Engkaulah ratu hatiku Tempat menyatakan kasih Wahai ibu Betapa tidak hanya engkaulah Yang menyniari hidupku Sepanjang masa engkau berkorban Tidak putusnya bagai air lalu Ibu ibu Engkaulah ratu hatiku Tempatku menyerahkan kasih Wahai ibu Nota Kaki: Ibu Ayam sendiri mau ingatlah ya Labels: Ucapan |
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1429H/2008M kepada semua pengunjung Blog Am. Semoga sambutan Maulidur Rasul tahun ini mampu mengukuh dan mengeratkan silaturahim yang sedia terjalin. Nota Kaki: Tiru ucapan dari Hotlink hehehe Labels: Ucapan |
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung Blog Klinik Minda - Merenung Jejak Kehidupan ini.Jangan Lupa : - Berhati-hati di jalan raya - Kunci rumah sebelum meninggalkan rumah - Jangan makan sampai melampau dan paling penting jangan lupa pada blog Am ini hehehe Labels: Ucapan |
Satu lagi photo yang Am rakamkan semasa menaiki "Eye on Malaysia". Banyak lagi photo tapi rasanya lain kali Am akan paparkan.Rasanya Am akan cuba uploadkan semua di Fotopages Am kalau berkesempatan nanti Eye on Malaysia 2.... Original Upload from Canon Digital IXUS 60 Hari ini Harijadi anak Am yang ke Tujuh, pagi-pagi dah nyanyikan lagu untuk dia. Cuma sambutan ini kurang meriah kerana isteri Am kurang sihat tapi hadiah tetap beli juga untuk dia. Oh ya semperna harijadi dia agaknya, anak Am dah makan durian, baru tadi Am dan isteri tahu. Nampaknya itu kena ingat sampai bila-bila, dia mula makan durian pada hari jadinya yang ker tujuh hehehe. 1234 - Aris Ariwatan Satu... kasih yg abadi Tiada tandingi dia yang satu Dua... sayang berpanjangan Membawa ke syurga kasihnya ibu Tiga... lapar dan dahaga Rela berpayahan setianya ayah Empat... mudah kau ketemu Berhati selalu beza antara Kasih dan kekasih ( korus ) Ibu kuingat dahulu Menyisir rambut ku kemas selalu Ayah menghantar ke sekolah Bergunalah ilmu bila dewasa Sayang dengar lagu ini Untuk kau sandarkan buat pedoman Jangan manis terus ditelan Pahit terus dibuang... itu bidalan Harus kau renungkan ( ulang korus ) Sumbangan Liriklagu.com Nota Kaki : Sekejab sahaja rasanya, anak Am dah tujuh tahun............ |
Am pernah bertanya pada isteri Am "Adakah ibu yang tak sayangkan anaknya" Tak perlulah Am beritahu apa jawapan isteri Am tentu semua sudah tahu jawapannya, setiap ibu sayangkan anaknya termasuk ibu kucing juga. Tak payang ambil contoh jauh, cukup Am pandang emak Am, emak mertua Am dan isteri Am. Lama sikit anak mereka tak telefon mereka akan mula risau, lambat anak balik sekolah mereka akan tunggu sehingga anak itu muncul, beli apa pun dia tetap akan teringat untuk beli sedikit benda untuk anaknya dan paling mudah mereka akan menyebut nama anak mereka paling kurang pun sekali sehari. Oleh itu janganlah kita anak-anak terdetik waluapun sedikit untuk menyatakan bahawa ibu kita tak sayang kita, walaupun seburuk mana ibu kita dia tetap sayang kita dan walau seburuk mana ibu kita pun kita ada tangungjawab terhadap mereka. Mereka tak jaga kita semasa kecil bukan alasan untuk kita tak menjaganya bila dia tua. Am ambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Ibu" teristimewa buat Emak Am, Mak Mertua Am dan Isteri Am juga seterusnya buat semua ibu-ibu di Malaysia maupun seluruh dunia. Sumbangan LirikLagu.com Nota Kaki : Labels: Ucapan |