Bercerita tentang Yang Berlaku
Photo ini Am ambil semasa melalui lebuhraya Kajang Link pada waktu malam, sunyi sungguh lebuhraya ini tidak kira siang atau malam. Seram juga kalau naik sorang-sorang, nasib baik isteri dan anak temankan Kosong Original Upload from Samsung SGH-D500 Sebenarnya post kali ini lebih pada lepas geram pada sifat setengah-setengah individu. Am ada perasan perangai seorang yang Am kenal, perangai suka hasad dengki pada kelebihan orang lain. Bila melihat orang lain dapat sesuatu kelebihan mulalah dia mengeluarkan ayat-ayat menghasut. Baginya jika dia tak dapat biar semua orang pun tak dapat. Mereka ini berusaha untuk mendapatkan kelebihan itu bukan seperti dia, tiada usaha untuk mendapatkan kelebihan itu. Yang ada cuma sifat hasad dengki yang semakin hari semakin ketara. Am akan hilang hormat pada orang-orang yang sebegini, nak ditegur lebih tua dari kita, kang dikatanya kita kurang ajar dan nak diajar mereka ini sudah besar panjang dan sudah berkeluarga. Bagi Am sifat bergini merupakan satu virus keji yang memakan nilai keharmonian masyarakat dan juga sifat bersaing bangsa kita. Inilah sifat yang paling susah dibuang dari diri kita dan yang paling teruknya kita seolah-olah tiada niat nak buang sifat ini. Am akui kadang kala sifat hasad dengki ini perlu, tapi gunakan ke arah positif bukan negatif. Jika kita lihat orang lain ada kelebihan atau berjaya kita dengki dan ingin berusaha dengan cara yang sihat agar lebih berjaya. Ini yang kita hendak bukan berusaha untuk menjatuhkan mereka pula. Ingat cerita ketam melayu dan ketam cina? kita marah bila baca cerita itu tapi inilah sifat kita jika nak dibandingkan dengan bangsa lain. Nota kaki: Maaf jika agak kasar, cuma hendak menyedarkan bangsa kita dan diri sendiri. |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang Yang Berlaku"