Bercerita tentang "Jantina"
Susah juga hendak langit biru sekarang ini, sekali dapat terus Am rakamkan. Lihat langit biru teringat laut, ingat laut teringat nak mandi laut, bila ya? Langit Membiru Original Upload from Samsung SGH-D500 Sekali lagi Hospital Sungai Petani, Kedah menjadi perhatian umum. Kes jantina bayi menjadi topik hangat, kes lama baru nak surut muncul pula kes baru. Nampak sangat ketidak cekapan para doktor dan jururawat disana, Am tak pernah dengar pun punya lah susah nak kenal jantina bayi sehinggakan terpaksa letak perkataan "Ragu". Sebenarnya Am susah juga nak bagi komen mengenai isu ini kerana tak dengar lagi kenyataan lagi satu pihak tapi bila dua kes berlaku dengan jarak yang dekat dan di hospital yang sama pasti ramai yang menunding jari kearah Hospital berkenaan. Pelik juga bila taraf kesihatan kita makin maju, banyak penyakit yang berbahaya berjaya diubati dan banyak alatan-alatan baru yang serba canggih dibawa masuk atau dicipta akhirnya kita tak mampu mengenal perkara asas iaitu jantina bayi yang tak memerlukan apa-apa alatan canggih. Nota Kaki: Nampaknya mereka ini kena pergi berkhusus dengan bidan kampung agaknya. Labels: Isu Semasa |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Jantina""