Bercerita tentang "Dua Perkara"
Kembali memapar photo awan senja setelah sekian lama dengan awan pagi dan tengahari, photo ini sudah agak lama dalam simpanan. Masih cuba merakamkan photo senja yang benar-benar memuaskan hati Am. Setakat ini belum ada yang benar2 memuaskan hati. Entry kali ini bagai melepas geram, jadilah bacalah dengan perasaan geram hehehe Semasa main boling di One Utama hari Ahad lepas, ada dua benda yang Am lihat dan menyakitkan hati Am, dua benda yang bagai sudah menjadi kebiasaan dan makin menjadi ikutan dikalangan orang-orang Malaysia sekarang. Pertama Am lihat ada beberapa orang perempuan yang pakai seluar punyalah rendah dari paras pinggang, Am rasalah kalau Am tarik maunya tertanggal seluar dia, dengan baju yang lebih tinggi dari pinggang dan mendedahkan perut mereka. Terfikir juga Am, tak malu ker mereka ini, Am sebagai lelaki nak dedah perut pun malu ditempat umum macam itu, ini pula mereka perempuan yang masih muda belia lagi. Yang pastinya Am tak nampak perasaan malu pada mereka, perasaan bangga adalah agaknya. Kedua Am lihat lelaki pula pakai baju, ok tu tak ada masalah, masalahnya ialah apa yang tertulis dibaju tu, perkataan F*ck Off, F*ck*r dengan besarnya terpampang didepan baju mereka, dengan muka ala mancho dan sedikit garang, mereka berjalan dengan bangga seolah-olah baju itu memberi kebanggaan kepada mereka. Adakah mereka tak faham apa maksud yang tertulis dibaju mereka? atau mereka memang nak itu tertulis dibaju mereka. Yang paling menyedihkan ialah hampir semua yang melakukan 2 perkara itu ialah anak bangsa kita, masih muda dan itulah golongan yang bakal mengantikan kita dimasa akan datang. Kata-kata Menarik Nota Kaki: Labels: Isu Semasa, Jom Fikir, Kata-Kata |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Dua Perkara""