Bercerita tentang "Makcik 5 Ringgit"
Salah satu dari koleksi Awan biru terbaru Am, langit kembali cerah dan panas terik dan awan kembali berarak dan langit kembali membiru Sekarang ini agaknya musim panas sudah kembali, cuaca yang sesuai untuk mencuci dan menyidai baju Hari ini nak bercerita tentang Makcik 5 Ringgit yang berniaga ditepi jalan bangunan pejabat Am. Gelaran ini sebenarnya rakan-rakan Am yang beri kerana setiap kali Am beli nasi dengan dia 99% mesti harganya RM5.00 dengan air. Pernah sekali dulu Am cuba ambil nasi separuh dan letak lauk sikit pun RM5.00 juga, masa itu memang kena gelak besar dengan rakan-rakan Am. Pelik juga Am kenapa selalunya Am kena RM5.00 sahaja, semalam ternampak duit tukar dia dibawah suratkhabar, kebanyakkanya duit not RM5.00, patutlah RM5.00 senang nak beri duit tukar kot hehehe Apa-apa pun Am rasa taklah mahal sangat berbanding dengan tempat lain yang kadang-kadang nasi sahaja pun dah cecah RM4.80 Sabar sahajalah makanan pun dan melambung-lambung harganya. Harap-harap makcik ini tak lah tukar jadi Makcik 7 ringgit ker atau makcik 10 ringgit pulak nanti. Fakta Menarik
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Makcik 5 Ringgit""