Bercerita tentang "Anak"
Masih lagi koleksi photo di Melaka 2005 semasa Am melawat Melaka, sengaja ingin memaparkan kehijauan pokok ini Sementara tunggu photo-photo yang menarik dihasilkan, keluarkan dulu semua photo yang dalam simpanan Am Hijau... Agak lama Am tak bercerita tentang anak disini, hari ini timbul pula niat nak bercerita, anak Am seperti biasa makin petah bercakap, makin lasak dan yang paling tak tahan makin pandai memberi alasan. "Sekejab" itulah perkataan biasa dia gunakan kalau Am atau isteri minta dia buat sesuatu. Sekejap dia bukan sekejab tapi punyalah lama, jenuh juga Am tunggu dia punya sekejab. Kalau suruh buat kerja sekolah dah ok sekarang, jauh lebih senang dari dulu dan Am dan isteri pun jarang sangat marah dia, kalau dia taknak buat Am dan isteri kata "Tak nak buat sudah, jom tido" terus dia managis nak buat. Rasanyalah dia lebih takut dengan cikgunya dari Am dan isteri. Sekarang ini dia sibuk suruh abah dia beli kereta, asal nampak sahaja kereta yang dia rasa cantik, suruh abah dia beli, kalau kata abah dia masih suka kereta yang ada sekarang dia pula kata kita beli lagi satu kereta janganlah jual kereta ini. Amboi sedapnya cakap dia ingat abah dia ada mesin chop duit ker. Satu lagi perangai baru dia ialah, suka sangat menyanyi, kalau dia dah mula menyanyi, radio kena tutup, ganguan dia nak nyanyi, jadi kalau dalam kereta terpaksalah Am dan isteri dengar nyanyian dia, bahagian yang dia tahu punyalah kuat suara dia dan bahagian yang dia tak tahu, muzik ajalah, liriknya entah kemana. Am dan isteri hanya mampu tersenyum sahaja. Fakta Menarik Nota Kaki: |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Anak""