Bercerita tentang "Hujung Minggu yang Sibuk"
Photo langit ini Am rakamkan dikawasan perumahan Am, Langit ini nampak sangat menarik waktu itu, semacam langit yang terbakar Pagi Sabtu Am sekeluarga pergi klinik gigi, isteri Am ada temu janji dengan doktor gigi setiap hari sabtu selama 4 minggu bermula dari minggu lepas. Anak Am pula kali pertama cabut gigi, gigi terpaksa dicabut kerana sudah ada tanda-tanda gigi baru nak muncul. Kalau kali pertama dulu dia menangis kali ini dia ok lansung tak menangis, bangga Am dan isteri, punyalah dia tak sabar nak cerita pada wan dia, sekarang sudah dua gigi dia yang tercabut. Selepas pergi klinik, ambil barang Akojaya yang dipesan. Petang pula cat dinding luar rumah, isteri Am dah lama minta Am cat, kalau ikut Am memang tak berminat nak cat tapi bila dia beli cat terpaksalah Am cat, kalau tidak nanti dia buat bubur cat atau cat tarik ker, tak ker naya nanti. Paling tidak pun dia tarik muka, sebelum dia tarik muka baik Am tarik berus cat tu hehehe. Bila dah cat nampak menarik pula. Anak Am pula sibuk ajak kawan dia tengok abah dia cat rumah. "Cantik rumah kita" ayat dia pada kawan2 dia. Hari Ahad pagi dah mula membersihkan apa yang patut, petang pula melawat kawan di Subang Jaya Medical Centre, dia baru lepas bedah buang tonsil pada tekaknya. Kalau tak silap Am cara perbedahan itu ada dalam rancangan Medic TV3 minggu lepas. Balik dari lawat kawan pergi beli barang dapur dan sampai rumah dalam keadaan yang agak penat. Sebenarnya jarang hujung minggu sekarang kami ada aktiviti yang penuh, selalunya banyak masa dihabiskan dirumah untuk berehat, yang pastinya hujung minggu yang lepas Am memang tak sempat berehat. Fakta Menarik
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Hujung Minggu yang Sibuk""