Bercerita tentang "Kehidupan"
Am rakamkan photo ini dari tingkap pejabat Am, melihat keindahan matahari yang memancar. Sementara tunggu photo-photo yang menarik dihasilkan, keluarkan dulu semua photo yang dalam simpanan Am Dari Tingkap... Am pernah tertanya-tanya pada diri Am, apakah itu maksud kehidupan itu pada Am, terlalu sukarkah kita mencari maksud atau erti kehidupan itu sebenarnya. Bagi Am kehidupan ini bagai kita sedang membawa kenderaan untuk pergi kesesuatu tempat, segala yang tinggal dibelakang ialah kenangan kita, kenderaan itu ialah aset kita dalam menghadapi kehidupan dan pemandu ialah hati kita. Seperti yang kita nampak buruk cara pemanduan pemandu itu makan buruklah ia pada mata pemandu lain, begitulah dengan kehidupan kita ini, hati begitu memainkan peranan yang penting dan mempengaruhi segala jenis tindakan kita. Berbalik pada kereta tadi, untuk sampai tujuan kita boleh mengikut jalan jauh atau jalan singkat, kita boleh melanggar peraturan atau mematuhi segala peraturan, yang pastinya akhir sekali walaupun apa yang kita lakukan kita akan sampai tempat yang sama juga. Bila dikaitkan dengan kehidupan, setiap oarang ada pilihan mereka dalam kehidupan mereka sendiri, ramai orang sanggup bersusah-susah untuk mencapai matlamat mereka, mereka ingin marasakan kemanisan kesusahan itu dan mereka juga ingin menimba pengalaman dari kesusahan yang mereka rasa. Namun begitu tak kurang juga yang lebih senang mengunakan jalan ringkas untuk mencapai matlamat mereka, menindas orang lain, rasuah, fitnah, dan macam-macam lagi agar mereka berjaya. Adakah mereka terlupa akhirnya mereka akan kembali kepada pencipta mereka itu, pencipta kita semua. Sebenarnya banyak lagi erti kehidupan yang kita boleh dapat hanya dalam pemanduan kita. Am selalunya ingatkan diri Am, dijalan raya mungkin Am boleh terlepas dari kena tangkap atau saman bila melakukan kesalahan, paling teruk pun kena sumpah dengan pemandu lain TAPI dimata tuhan tiada suatu apa pun yang terlepas kerana disana nanti setiap anggota kita akan menjadi saksi pada setiap apa yang kita lakukan.
Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Kehidupan""