Bercerita tentang "Biskut Raya"
Dah lupa bila Am ambil photo ini, yang pastinya saat itu Am memang sangat tertarik dengan keindahan langit itu. Am rasa kalau Am buat pameran photo, 90% photo langit sahaja. Indahnya Langit Original Upload from Samsung SGH-D500 Puasa belum mula lagi tapi semua dah mula, baju raya, kasut raya, segala-gala tentang rayalah termasuklah biskut raya. Macam-macam jenis biskut mula timbul semua, banyak daripadanya Am sendiri pun tak kenal. Yang pastinya semuanya cantik-cantik, beraneka warna dan macam-macam jenis rasa. Am pula tahun ini kali pertama menjadi penjual kuih raya dalam seumur hidup Am, bukan apa tolong kawan isteri Am sahaja. Nampaknya Am pun dah mula memulakan jejak untuk menjadi usahawan berjaya hehehehe. Pelik juga Am, bila dah dekat dengan hari-hari perayaan ini terlalu ramai usahawan melayu muncul dengan menjual berbagai jenis barangan dan mampu bersaing sesama mereka tetapi bila sudah habis musim perayaan semuanya hilang. Kemana agaknya pergi semua usahawan-usahawan melayu ini? Nota Kaki: Lupa nak beritahu, seekor ikan anak Am dah mati. Am ingat dia sedih sangat rupanya muka dia selamba sahaja. Dia cuma kata "Kesihan ikan tu ya Abah" 'Selamat berhujung minggu dan semuga diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan' |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Biskut Raya""