Bercerita tanpa tajuk
Senja... Muncul tapi sebentar Sebentar tapi indah Indah tapi dingin Dingin tapi megah Senja.... Tetap datang menunaikan janji Selagi siang menutup mata Selagi malam masih tersenyum AbahMuda@Am 2005 Senja Original Upload from O2 Xda II mini Tiba-tiba hari ini datang pula mood nak bersajak, sajak yang pendek, merapu dan banyak kelemahan. Jangan gelakkan Am ya, sebenarnya Am sudah lama tak bersajak. Asalnya nak mencipta sajak untuk awan tetapi akhirnya sajak untuk senja pula yang muncul. Bercerita tentang sajak ini teringat semasa Am sekolah menengah dahulu, berebut-rebut kami mencipta sajak untuk dimuatkan didalam majalah sekolah kami dan kalau tak silap Am cipta 3 sajak. Keputusannya seperti yang dijangkakan satu pun sajak Am tak terpilih hehehe. Nota Kaki: Selalu menulis untuk memuaskan diri kerana sukar menulis untuk memuaskan sesiapa |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tanpa tajuk"