Bercerita tentang "Khawin"
Photo ini Am Am rakamkan sewaktu tangan Am tengah gatal nak mengambil photo, tekan punya tekan inilah hasilnya. Matahari sedang memancar megah selepas hujan berlalu, mengeringkan bumi yang sedang lembab dan menghalau awan hitam berlalu. Awan itu sebenarnya lebih cantik dari yang Am rakamkan, lebih biru dan lebih cerah. Matahari Memancar Original Upload from O2 Xda II mini Kebetulan hari ini mendengar topik pagi di Era mengenai lebih kurang 70% perempuan dalam bidang korporat tidak berkahwin. Maksudnya lebih kurang perempuan yang berjaya dalam bidang mereka dan agak kaya atau kayalah ini. Am memang tak pernah telefon Era untuk berikan pendapat, jadi Am akan berikan pendapat Am disini. Bagi Amlah ini kerana status mereka itu sendiri menyebabkan mereka sukar atau takut didekati oleh lelaki. Orang lelaki pasti berpendapat yang perempuan sebegini sukar untuk dibawa berjalan-jalan, "demand" tinggi dan tak sesuai dengan poket mereka. Sebenarnya perempuan ini bukanlah semuanya begitu tapi cara penampilan mereka yang menyebabkan lelaki berfikiran seperti itu. Seperti kata isteri Am senang sahaja jangan sangat menunjukkan status tinggi mereka itu. Biar nampak senderhana jadi Am rasalah ramai lelaki lebih berani memikatnya. Am setuju sangat dengan pendapat salah seorang pendengar Era, pengaruh dari keluarga juga memainkan peranan yang amat penting, keluarga sendiri telah menetapkan menantu bagaimana yang mereka hendak, perempuan itu berkorban demi keluarga dan secara tidak lansung anak gadis mereka akan membujang selagi belum berjumpa lelaki yang mempunyi ciri-ciri yang dibenarkan oleh keluarga. Satu lagi Am rasa adalah kerana pengaruh rakan-rakan, mereka-mereka ini selalunya menjaga status mereka dihadapan rakan-rakan mereka. Memilih suami juga harus kena dengan status mereka takut pilih lebih rendah dari status mereka akan menyebabkan mereka malu berhadapan dengan rakan-rakan mereka. Namun begitu bukan semua wanita yang berjaya itu seperti yang Am gambarkan diatas, ramai juga yang sederhana dalam segala segi, cuma ada mereka ini telah terluka dan menyerahkan jodoh itu ditangan tuhan. Akhir sekali kita terpaksa berbalik pada jodoh, mungkin belum jodoh mereka lagi TETAPI kita harus berusaha untuk mendapatkan jodoh kita bukan berserah sahaja. Didalam zaman IT ini istilah "Perigi Cari Timba" sudah agak lama terpinggir, tak kisah kalau perempuan itu sendiri memikat lelaki tapi janganlah terover-over sangat sampai sakit dipandang mata. Nota Kaki: Hari ini terpaksa naik LRT, dengar cerita banyak jalan tutup, ada sesiapa tahu maklumat lengkap bila jalan tutup dan sampai bila bolehlah beritahu Am ya. Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Khawin""