Bercerita tentang "Rumah Terbuka"
Inilah rumah Am dari pandangan Satelit "Google Earth". Dapat idea ini semasa melawat blog Afzan semalam. Agak sudah untuk download program, nasib baik ada kawan di pejabat ini yang tolong. Nasib Setelit ini kurang canggih sedikit, kalau tidak Am rasa photo Am tengah mandi di kolam renang tu pun boleh dapat. ada sesiapa yang berminat tu, bolehlah cari rumah sendiri menggunakan satelit Google Earth. Rumahku Syurgaku Original Upload from Google Earth Semalam ada jamuan hari raya di pejabat Am, kali pertama makan pizza sebagai hidangan utama dalam jamuan hari raya, semua makan sambil tersenyum. Hari ini pula selepas sembahyang jumaat ada jamuan hari raya di bangunan ini pula. Bangunan ini memang tiap-tiap tahun pun buat. Nampaknya hujung minggu ini Am akan sibuk pergi rumah terbuka. Kebanyakkan rumah terbuka kawan-kawan isteri Am. Kondo Am juga akan buat jamuan hari raya pada malam Sabtu, seronok juga bila duduk dikawasan yang aktif. Bila banyak rumah terbuka ini ada dua perkara yang pastinya berlaku, pertama jimat duit makan, mana tak makan tengahari, malam bukan dirumah sendiri dan yang kedua perut makin kedepan. Itu yang paling risau tu. Rasanya minggu ini minggu terakhir rumah terbuka untuk Hari Raya tahun ini, minggu depan raya dah habis. Am? rasanya tak buat kot, isteri Am tak berapa sihat tahun ini. Nota Kaki: "Selamat berhujung minggu dan semoga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan." Labels: Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Rumah Terbuka""