Bercerita tentang Hujung Minggu
Ambil photo ini waktu malam, ingatkan nak ambil pemandangan waktu malam, akhir ini yang jadi. Nampak macam ambil photo UFO pula, jaga-jaga UFO dah datang Malaysia. UFO Original Upload from O2 Xda II mini Hari cuti 1/2 hari, kereta buat hal pula, angin juga macam-macam dah tukar masih nak kena tukar lagi juga. Sabar sahaja lah. Ok cerita tentang hujung minggu, hujung minggu ini masih lagi mood beraya. Pergi jemputan beraya dirumah Shai, kali pertama pergi beraya dirumah rakan blog dan juga rumah orang bujang. Segan pun ada juga. Sedap juga Shai masak, ada bakat rupanya. Terima kasih Shai kerana sudi menjemput Am sekeluarga. Sebelum ke rumah Shai, sempat juga beraya dirumah sahabat isteri Am, kebetulan rumah dia dekat sahaja dengan rumah Shai. Selepas rumah Shai sepatutnya beraya lagi tapi hujan turun macam ribut pula, terus balik rumah berehat. Hari Ahad pula isteri Am masak rendang, macam raya pertama pula. Apa lagi aktiviti dirumah makan dan makanlah. Nampaknya kalau tak berjaga-jaga berat Am akan bertambah dengan jayanya. Yang tak sedapnya malam Ahad Am batuk-batuk dan rasa nak deman, sekarang pun masih batuk dan selsema juga. Nak MC tak boleh pula kerana ada kerja penting perlu diselesaikan. Nota Kaki: Minggu ini akan menjadi minggu sibuk Am harap-harap tak deman lah. Labels: Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang Hujung Minggu"