Bercerita tentang "Dua Perkara" 2
Sudah agak lama Am tak memaparkan photo waktu malam, bukan apa cuma kemera telefon Am ini selalunya tak dapat menghasilkan photo malam yang cantik. Photo ini Am rakamkan semasa balik kerja dalam keadaan jalan yang sangat sesak Ok hari ini nak bercerita lagi tentang dua perkara tapi kali ini bukan tentang orang lain tapi mengenai diri Am. Ada dua perkara yang Am rasa Am ni sangatlah tak bertuahnnya. Bukan nak merungut tapi hanya nak bercerita sahaja. Pertama mengenai pancing ikan, dalam seumur hidup Amlah, semenjak kecil mengikut ayah Am memancing hinggalah memancing sendiri, tak pernah satu ikan pun berjaya Am pancing, semasa dengan ayah Am, ayah Am duduk sebelah Am sahaja tapi dapat ikan tapi Am pula, apa orang kata tu sampai berjangut tak dapat satu ikan pun. Kadang2 nak juga rasa bagaimana perasaan bila dapat ikan, nak sahaja Am sangkutkan ikan dimata kail Am dan letakkan dikolam kemudian jerit "Ikan dah makan umpan" hehehe Kedua mengenai cabutan bertuah, walaupun namanya cabutan bertuah tapi Am tak pernah dapat pun, minggu lepas semasa boling, member pasukan Am semua dapat, Am sorang aja tak dapat. Agaknya Am kena berusaha untuk dapatkan sendiri apa yang Am hendak tanpa cabutan bertuah ini. Am tak kisah sangat kerana Am rasa hidup Am ini sendiri dah bertuah.
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Dua Perkara" 2"