Bercerita tentang "Minyak"
Kalau tak silap photo ini Am rakamkan semasa Am pergi flat 10 tingkat bapa mertua Am, sudah lama dalam simpanan Am Rasanya cuba mengambil photo matahari terbenam tapi tak menjadi seperti yang diharapkan Semalam semasa dirumah, lebih kurang pukul 11.00 malam isteri dapat sms dari rakan dia kata minyak akan naik 30 sen seliter, apa lagi dia pun suruhlah Am isi minyak kereta, kebetulan pula kereta Am memang dah keluar tanda suruh isi minyak. Sebenarnya ini adalah pengalaman pertama Am menceburkan diri dalam saingan mengisi minyak kerana harga minyak naik ni, selalunya buat tak tahu sahaja atau minyak kereta memang dah ada, sampai di pam minyak, punyalah banyak kereta, 3 pam minyak Am singgah sebelum dapat cari yang kurang orang sikit, nasib baik dapat isi sebelum pukul 12.00, harga lama lagi. Tapi malangnya hanya boleh isi RM50.00 sahaja, tak boleh isi penuh pula, alasan mereka kerana takut tak cukup minyak untuk semua orang nanti, tak apalah apa pun alasan mereka, janji Am berjaya juga isi RM50.00 dari tak dapat lansung. Mungkin inilah kali pertama Am tak begitu panas hati bila minyak naik harga, mungkin kerana terlalu banyak papan tanda tentang subsidi kerajaan keatas setiap liter minyak yang Am gunakan atau Am sendiri sudah lali dengan kenaikkan harga minyak. Am rasalah ini bukan kali terakhir minyak akan naik tahun ini, mungkin ini yang pertama dan yang kedua, ketiga akan menyusul entah bila. Fakta Menarik
Labels: Fakta, Isu Semasa, Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Minyak""